Ebook

Archive for June, 2008

Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank

Sunday, June 29th, 2008

Selain membeli emas fizikal, kini anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.

Di Malaysia terdapat 2 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

1. Public bank – Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA)

Saya telah pergi ke Public Bank dan Maybank untuk mendapatkan maklumat mengenai skim simpanan emas dan ingin berkongsi maklumat ini dengan anda.

Mari kita lihat satu persatu:

1. Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).

Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.

Untuk membuka akaun ini, anda cuma pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran. Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.

Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram

Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa. Untuk melihat rate harian anda boleh tengok link ini:

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Jika anda hendak mengeluarkan wang (istilah: menjual kepada bank ) maka bank akan mengira jumlah gram emas dalam akaun anda darab harga jualan bank.

Contohnya.

Katakan rate pada 1 Julai 2008 ialah:
harga jualan emas = RM98 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM95 per gram (harga bank beli daripada anda)

Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM98 x 5gram = RM490
Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM95 x 5 gram = RM475

Mengeluarkan emas fizikal.
Berdasarkan website Public bank, pelanggan akaun pelaburan emas ini boleh mengeluarkan emas tetapi mesti dengan nilai 100g, 500g dan 1000g Namun pelanggan terpaksa membayar kos insurans, penghantaran dan servis tax (jika ada).

(update: Public Bank tidak lagi menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal. Sila rujuk laman web public bank untuk maklumat lanjut)

Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.

Semasa saya ke Public bank untuk melihat harga emas (dalam lingkungan 13-23 Jun 2008)

Saya dapati harga jualan dan belian emas Public Bank adalah seperti berikut:

harga jualan = RM95.96 / gram
harga belian = RM 92.96 / gram

Ini adalah perbezaan RM3 antara harga belian dan harga jualan.

Perbezaan ini kecil dan menguntungkan pelabur.

2. Maybank Gold Savings Passbook Account.

Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.
Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).

Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran.

Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.

Bagaimana melihat harga emas harian Maybank?

Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.

Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.

Pengeluaran emas fizikal.
Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.

Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.

1. Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.

Contohnya:

Pada 9 Jun 2008 semasa saya ke Maybank untuk melihat harga emas, saya dapati harga belian dan jualan emas Maybank adalah seperti berikut:

harga jualan = RM99.81 / gram
harga belian = RM92.36 / gram

bersamaan 7.464% ! agak tinggi bagi saya.

Justeru itu, saya mencadangkan agar anda membuka akaun simpanan emas dengan Public bank berbanding Maybank.

Kebaikan akaun simpanan emas:

1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank.

2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.

3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.

Kelemahan:

1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.

2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.

3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.

4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.

Kesimpulan.

Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah. Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun membeli wang dengan kaedah ini pun ok juga.

Semoga maklumat ini membantu anda untuk menyimpan emas.

Laman web rujukan:
1. Public Bank Gold Investment Account (GIA):
2. Maybank Gold Saving Passbook:

.

Bacaan berkaitan:

1. Pengalaman membuka akaun Public Bank GIA
2. Bagaimana memaksimakan keuntungan keuntungan GIA anda
3. Membuat keuntungan lumayan dengan membeli/menjual emas.

Bagaimana mengira harga emas dunia dan Malaysia?

Wednesday, June 25th, 2008

Bagaimana cara melihat dan mengira harga emas semasa dunia dan juga Malaysia?

Laman web paling terkenal untuk melihat harga emas semasa dunia ialah di www.kitco.com

bagi pasaran emas New York spot gold, harga emas berubah setiap saat dan setiap minit.

Sebagai contoh, jika anda lihat jadual di bawah,

pada 19 Jun 2008, harga emas di Pasaran Spot Gold New York ditutup pada USD898.00/Oz

1 Oz ( atau Troy Ounce) bersamaan 31.10 gram.

Dengan andaian 1 USD = RM3.25
maka harga emas di pasaran spot gold New york pada 19/6/2008 ialah:

RM2918.50 untuk 1 Oz/31.10 gram
atau bersamaan RM93.84 sen/gram

Memandangkan perbezaan waktu antara Malaysia dan New York, saya akan ambil harga emas Malaysia pada 20/6/2008.

Pada 20/6/2008 – Harga Emas Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia ialah RM3088.00/Oz.

ini bersamaan RM99.30 per gram.

Pada 20/6/2008 – harga emas bar PAMP Suisse di kedai Emas Poh Win Melaka Mall adalah RM111.00 se gram.

Walaupun berbeza harga sebanyak RM5.46 dan RM17.70 se gram, namun ingin saya nyatakan bahawa harga pasaran Emas dunia New york tidak boleh disamakan dengan harga emas harian Bank Negara atau pun kedai emas di Poh Win di Melaka Mall, Melaka 🙂

Kita boleh anggap harga emas New York Spot Gold adalah lebih kepada harga pengeluar emas.

Harga emas Bank negara pula dikemaskini setiap hari bekerja manakala harga emas di kedai emas Poh Win biasanya dikemaskini seminggu sekali.

Dalam konteks harga emas Malaysia (emas fizikal), kita boleh merujuk kepada 2 website utama bank yang terlibat dengan penjualan emas fizikal iaitu bank Negara Malaysia dan UOB Bank.

1. Laman web Bank Negara malaysia (Kijang Emas price)
di: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Laman web UOB Bank (Gold coin dan bullion price)
di: http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Jika anda nak tahu harga emas per gram, anda ambil nilai jualan 1 troy ounce/ Oz dan bahagikan dengan 31.10

Ini kerana 1 troy ounce/ Oz bersamaan 31.10 gram.

Contoh:

Harga Emas Aust Nugget UOB Bank 20/6/2008 ialah RM3052.00
Jadi harga emas se gram pada 20/6/208 bersamaan
RM3052/31.10 = RM98.14 se gram.

Soalan: Kenapa harga emas tak sama dari satu institusi dengan institusi lain?

Memandangkan harga emas bukan harga kawalan, memang terdapat perbezaan antara satu institusi dan institusi yang lain. Ini kerana terdapat banyak overhead yang terlibat, contohnya kos insurans, kos simpanan, kos pengangkutan, kos staff, kos operasi dan pengambilan untung.

Justeru, anda akan dapati harga emas di bank negara dan kedai emas tidak sama. Begitu juga harga semasa emas bagi institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Agrobank. Mereka mempunyai harga harian sendiri. Kalau nak tahu harga harian mereka, kena telefon ke bank berkenaan.

Bagi kes Gold Saving Passbook (samada Maybank atau Public bank), anda akan dapati harga emas yang dipaparkan adalah lebih rendah dari emas fizikal. ini kerana gold saving passbook tak deal dengan emas fizikal, cuma nilai emas sahaja. Jadi kos seperti insurans, simpanan, pengangkutan tiada atau minimum.

Ok, itu sahaja. Semoga anda lebih memahami tentang bagaimana menyemak / mengira harga emas dunia dan di Malaysia.

Bacaan berkaitan:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan


Membeli emas fizikal daripada UOB Bank

Sunday, June 22nd, 2008

Untuk pengetahuan anda UOB Bank ada menyediakan perkhidmatan menjual emas fizikal ( gold bullion dan syiling emas).

Maklumat berkenaan boleh didapati daripada laman web UOB Bank.

http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_pga.html

Saya telah membuat artikel panjang lebar mengenai UOB tetapi telah diminta agar mengeluarkan artikel tersebut daripada blog ini:

Jadi, bagi mereka yang berminat, sila baca info kat website UOB sendiri.

thank you.

Membeli emas fizikal di kedai emas

Sunday, June 22nd, 2008

Salah satu cara termudah membeli emas ialah dengan membeli di kedai emas yang berhampiran di tempat anda. Mudah kan?

Saya sendiri ada membeli emas dengan cara ini. Jadi saya ingin berkongsi tips bagaimana membeli emas di kedai emas.

Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli emas di kedai berkenaan.

1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong, K.M Oli Mohamed dan Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.

Kat Melaka nie saya pergi beli emas di Kedai Emas Poh Win, kat Melaka Mall.

Cuma 5 minit driving dari rumah saya.
Yang bestnyer kat situ ada jual PAMP Suisse gold bar.

2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.

Contoh gold bar yang lain ialah PAPM Suisse (terkenal). Bukan semua kedai emas menjual gold bar. Kalau kedai emas tersebut tidak menjual gold bar, pergilah ke kedai emas lain.

Contoh gold bar terbaik: PAMP Suisse gold bar. Saya recommend gold bar ini untuk tujuan simpanan.
.

Kedai emas Poh Kong ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri.
Namanya Bunga Raya gold bar.

Gambar: Ini adalah gold bar Poh Kong Bunga Raya. Klik untuk besarkan
.

3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.

4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.

5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.

6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%

Bila anda sudah mendapat jawapan-jawapan ini, maka anda boleh membuat keputusan samada nak membeli di situ atau pergi ke kedai lain.

Kebaikan membeli di kedai emas.

1. Kedai emas biasanya senang nak cari dan berdekatan dengan tempat tinggal anda. Berbeza dengan pembelian syiling emas Kijang Emas yang cuma boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja.

2. Boleh beli after office hour. Tak seperti membeli emas di bank yang opis hournya dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang, kedai emas kadang-kadang buka sampai pukul 10 malam.

3. Boleh beli pakai emas kat sana pakai kad kredit. So mudah sket kalau takder cash in hand 🙂 kalau nak beli emas kat bank kena pakai cash.

4. Dapat emas fizikal. Boleh pegang. seronok. Boleh gi gadai kalau sesak-sesak nak pakai duit 🙂

5. kalau pandai tawar menawar, boleh dapat diskaun sket.

Antara Kelemahan beli emas di kedai emas.

1. Kalau beli kat kedai emas yang tak de brand name, mungkin dia akan tutup dan pergi ke tempat lain. Nanti susah nak jual balik.

2. Harga akan dipotong antara 10% ke 15% daripada harga semasa. Berbanding Kijang Emas yang cuma ditolak 3.1% – 3.2%.

Jadi itu sahaja yang saya dapat ceritakan berkenaan belian emas di kedai.

Semoga anda memperolehi manfaat dan akan memulakan simpanan emas anda sekarang.

Bacaan berkaitan:

1. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
2. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
3. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
4. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
5. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.


Pesanan: Jangan lupa untuk melanggan newsletter JutawanEmas.com Blog ini sentiasa diupdate dengan panduan dalam pelaburan emas. Pastikan anda menjadi orang pertama mendapat update. Cuma masukkan email anda didalam kotak sebelah kanan laman web ini 🙂

.

Nantikan kemunculan ebook saya yang bertajuk “Peluang Pelaburan Emas di Malaysia – Bagaimana membuat pelaburan emas yang menguntungkan” .
Ianya mengandungi panduan, fakta-fakta, tips berkenaan pelaburan emas. ianya adalah PERCUMA!!
Semoga ia akan membantu anda mendapatkan kekayaan sebenar .
.
.

Bagaimana membuat pelaburan Emas di Malaysia

Saturday, June 21st, 2008

Panduan Pelaburan Emas di Malaysia di www.JutawanEmas.com

Emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai contoh,

harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:

>> 18/7/2001 ialah RM1082.00
>> 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun.
atau purata pulangan 25.95% setahun!!

Namun tahukah anda bagaimanakan cara untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? apakah pelaburan yang terbaik? dimana mendapatkannya? blog Jutawanemas.com akan menjawab persoalan ini untuk anda.

Saya akan membuat analisa dari masa ke semasa tentang kebaikan/keburukan dan perkembangan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan



Saya akan menghuraikan secara terperinci satu persatu peluang pelaburan emas ini dari masa ke semasa. Semoga ia dapat memberikan panduan kepada anda bagaimana membuat pelaburan emas.

.

Pesanan 1: Jangan lupa untuk melanggan newsletter JutawanEmas.com Blog ini sentiasa diupdate dengan panduan dalam pelaburan emas. Pastikan anda menjadi orang pertama mendapat update. Cuma masukkan email anda didalam kotak sebelah kanan laman web ini 🙂

.

Pesanan 2: Nantikan kemunculan ebook saya yang bertajuk “Peluang Pelaburan Emas di Malaysia – Bagaimana membuat pelaburan emas yang menguntungkan” .
Ianya mengandungi panduan, fakta-fakta, tips berkenaan pelaburan emas. ianya adalah PERCUMA!!
Semoga ia akan membantu anda mendapatkan kekayaan sebenar .

.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas