Ebook

Archive for August, 2008

Faktor yang mempengaruhi harga emas dunia

Monday, August 25th, 2008

Pesanan: Jangan lupa melanggan newsletter JutawanEmas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat maklumat semasa
mengenai emas dan info pelaburan emas dari blog ini. 

Salam sejahtera untuk semua pembaca.

Sekarang saya ingin berkongsi satu topik yang menarik dan ramai pembaca blog jutawanemas meminta saya menulis mengenainya.

Tajuknya: Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas dunia?

 

Topik ini huraiannya sangat panjang, tapi saya ringkaskan untuk memberi kefahaman kepada anda semua.

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan emas di pasaran dunia.

Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.
Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/

Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di pasaran dunia. 

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).

Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?

Ok, Kalau anda ingin tahu bagaimana harga emas harian dibuka untuk dagangan, ini ceritanya…

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London)  dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Ok, itu sahaja maklumat berkenaan faktor yang mempengaruhi harga emas. Jika ada soalan, sila letakkan di bahagian komen atau ruangan sembang-sembang emas.

Jika anda berminat dengan bacaan mendalam, sila download fail PDF ini:

1. Gold Market Knowledge – Supply and demand (Download)
2. Gold Prices and Pricing (Download)

Rujukan laman web:

1. http://www.marketknowledge.gold.org/

Bacaan berkaitan membeli emas:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Buku-buku menarik tentang pelaburan emas

Wednesday, August 20th, 2008
Nota ringkas:
Saya telah letakkan chatbox (sembang-sembang emas) kat blog nie.
Anda boleh berinteraksi dengan saya ataupun pengunjung lain
mengenai pelaburan emas. Jom kita sembang-sembang.

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sekarang saya sedang tumpukan perhatian saya membaca 3 buah buku mengenai pelaburan emas. Ini kerana salah satu cara terpantas untuk anda memperolehi ilmu ialah dengan membaca buku betul tak? Lepas dah dapat ilmu nie, saya akan kongsikan dengan anda dalam blog nie.

Walaupun saya surf internet untuk mendapatkan maklumat, tapi membaca buku nie lebih fleksibel.

Memandangkan bagusnya info-info yang terdapat di dalam buku-buku ini, maka saya ingin cadangkan kepada anda supaya mendapatkannya. Lepas baca, gerenti bertambah ilmu anda. Anda boleh menjadi pelabur yang berilmu dan sofistikated.

 Anda akan dapati pelaburan di dalam emas bukan sekadar membeli dan menyimpan, tetapi boleh sampai tahap anda melabur menggunakan ‘option’; salah satu cara mudah mendapatkan kekayaan dalam pelaburan emas

Untuk pengetahuan anda, tak banyak buku-buku berkenaan pelaburan emas di kedai-kedai buku di Malaysia. Jadi, jalan terbaik ialah mendapatkan buku-buku ini melalui internet. Biasanya saya akan beli daripada www.amazon.com . Ini kerana terdapat banyak tajuk buku mengenai pelaburan emas disana.

Walaupun ada maklumat tentang pelaburan emas boleh anda perolehi daripada internet, namun jika anda serius untuk memahami subjek ini, maka saya cadangkan agar anda beli buku. Ini kerana sesebuah buku pelaburan emas ditulis oleh orang yang pakar di dalam bidang ini. Buku juga mudah dibawa kesana ke sini. Kalau free, boleh baca sambil sambil minum kopi 🙂

Antara buku yang saya dah beli dan baca ialah:

1. The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold oleh Michael J. Kosares. (harga kat amazon.com USD10.17 kos pos dari US pula USD10)

Isi kandungan buku ini (sila klik untuk besarkan)

          

     Muka 1               Muka 2              Muka 3

Buku ini menarik untuk dibaca terutama bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan emas. Untuk membelinya anda perlukan kad kredit. Lepas order, biasanya buku ini akan sampai kepada anda dalam tempoh 2 minggu. Kalau nak tahu packaging amazon.com, tengok gambar dibawah.

Untuk pengetahuan anda saya memang selalu membeli buku dari www.amazon.com . Sebabnya ialah amazon.com mempunyai banyak koleksi buku. Nak cari tajuk pun pun senang. Pakai function search ajer..

Memang mudah dan tiada masalah. Recommended!

2.  Precious Metals Investing For Dummies by Paul Mladjenovic. Harga kat MPH RM83.80

Isi kandungan buku ini (sila klik untuk besarkan)
       
  muka 1       muka 2       muka 3       muka 4        muka 5

        
  muka 6       muka 7       muka 8       muka 9        muka 10

Buku nie memang best. Saya beli pun kat Malaysia. Kedai buku MPH Mahkota Parade, Melaka. Paul Mladjenovic merupakan seorang perunding kewangan dan konsultan pelaburan. Gaya penulisan yang bersahaja, kelakar dan menyelitkan cerita sebenar klien beliau membuatkan buku ini menarik. Isi kandungan pula merangkumi kaedah pelaburan di dalam logam berharga, bukan sekadar emas dan perak.

Melalui buku ini, anda akan dapati banyak cara melabur dalam emas. Antaranya ialah menggunakan ‘option’. ‘Option’ nie saya tengah study lagi.

Memandangkan saya tak khatam lagi buku nie, maka tak dapat berkongsi banyak kat sini. Apa pun saya cadangkan anda beli buku ini sekiranya anda serius untuk membuat pelaburan emas atau sekadar nak tahu cerita pasal emas.

3. Buku ketiga, Buy Gold Now: How a Real Estate Bust, our Bulging National Debt, and the Languishing Dollar Will Push Gold to Record Highs by S. McGuire 

Isi kandungan buku ini (sila klik untuk besarkan)
    
    Muka 1                         Muka 2

Yang nie saya tak recommend sangat. Tapi kalau anda suka membaca, boleh beli buku nie.

By the way, harga emas turun banyak bulan nie (turun 20% daripada harga tertinggi 1000USD/Oz) … dan sekarang nie nampaknya harga emas dah start naik. Masa terbaik untuk anda membeli emas 🙂

Jika ada soalan, boleh letakkan kat bahagian komen atau sembang-sembang emas.

Membeli dan menyimpan gold bar/bullion

Sunday, August 10th, 2008

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Antara pelaburan emas terbaik ialah dengan membeli gold bar (atau dipanggil bullion). Kalau dalam bahasa Melayu dipanggil jongkong emas.

Berdasarkan suryey saya di kedai emas, bank dan sekitar Malaysia, terdapat 3 jenis gold bar yang popular dan boleh anda beli iaitu:

1. PAMP Suisse gold bar
2. Poh Kong Bunga Raya gold bar
3. Public Gold gold bar

Mari lihat satu persatu.

1. PAMP Suisse gold bar.

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products).

PAMP yang berpengkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan palladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Maklumlah, made is Swiss. Cuba search dalam google berkenaan PAMP Suisse gold dan anda akan dapati banyak gambar-gambar emas keluaran PAMP. Gold bar PAMP senang dijual beli di mana-mana negara di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan (Assay certificate).

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual:

1. PAMP Suisse gold bar 100 gram dengan sijil ketulenan warna pink.


PAMP gold bar 100 gram

Klik gambar untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler 🙂

PAMP gold bar close up
Klik untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler 🙂
.

Gold bar nie boleh dibeli kat Habib Jewel, Etika Emas, UOB Bank dan kedai emas tertentu.

Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

Memandangkan harganya yang tinggi, maka tak banyak kedai emas yang jual gold bar 100 gram nie.

Emas nie sesuai untuk buat pelaburan dengan cara beli dan simpan. kalau boleh 3 tahun ke atas. kalau boleh simpan lebih 10 tahun, lebih baik.

Kebaikan:

1. Emas PAMP Suisse terkenal di seluruh dunia. Boleh dijual beli di seluruh dunia.
2. Ada sijil ketulenan dan nombor siri
3. Kualiti emas 24K, 999.9

2. PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru.


PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru

Antara bentuk lain gold bar PAMP suisse ialah seperti di atas.

Gold bar nie boleh di dapati di kedai emas biasa, tapi anda kena tanya.

Kalau kat Melaka emas PAMP Suisse boleh dibeli di Kedai Emas Poh Win, Melaka Mall, kat Mahkota Parade pun ade. Antara saiz yang boleh didapati ialah 10 gram, 20 gram, 31.10 gram, 50 gram dan 100 gram.


Gold bar PAMP suisse kat kedai emas Poh Win, Melaka

Emas nie dibalut dalam bekas plastik yang keras, tujuannya ialah untuk melindungi emas kat dalam tu. Jadi anda tak boleh nak buka dan pegang emas tu. So, tengok dari luar ajelah. Kalau nak buka jugak kena toreh dengan pisau ler jawabnya 🙂

2. Poh Kong gold bar (Bunga Raya).

Jika anda mengunjungi kedai Emas Poh Kong, mereka juga ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri yang dinamakan Bunga Raya gold bar.

Gold bar ini boleh didapati di dalam berat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

 


Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya.
(p/s: terima kasih diucapkan kepada saudara Dzulhusni Anjang
kerana mengirimkan gambar gold bar Bunga Raya kepada saya) .

By the way, ini website kedai emas Poh Kong http://www.pohkongjewel.com/

Emas nie kualitinya 24K, 999.9 . So memang tulen. Tapi dari segi popular, emas Poh Kong Nie kurang terkenal berbanding PAMP Suisse.

Kalau anda nak jual kembali emas nie kepada Poh Kong, Biasanya mereka akan tolak 15% ke 18% dari harga emas semasa.

3. Gold bar Public Gold.

Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan gold bar untuk tujuan pelaburan.

Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan gold bar dan syiling emas atas jenama Public Gold.

Untuk gold bar, saiz yang ditawarkan mereka ialah 20 gram, 50 gram dan 1 kilogram. Kualiti emas ialah 24K (999.9)

Laman web Public Gold boleh dilawati di www.publicgold.com.my

Saya telah mengunjungi ibu pejabat Public Gold untuk mendapatkan maklumat dan melihat sendiri gold bar keluaran mereka.

 

Ini gambar gold bar Public Gold:


Gold bar 20 gram dan 50 gram Public Gold
.

Gambar belakang gold bar
.

Jika anda nak tahu cerita penuh mengenai Public Gold, cara membeli dan pengalaman saya, sila lawati artikel saya di sini http://jutawanemas.com/v1/?p=837

Ok then, selamat membeli emas 🙂

Jika ada sebarang komen, sila letakkan di ruangan komen.

Segala pertanyaan anda dialu-alukan.

1.Jangan lupa melanggan Newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update
mengenai pelaburan emas di Malaysia :)

Analisis Teknikal 4

Wednesday, August 6th, 2008

Salam. Seperti biasa lah, saya ni asyik terlambat jek nak tulis artikel. Kepada yang sedang menunggu, sori ye.

Saya di beritahu oleh agen saya, hari ni (6 Ogos), harge emas ialah RM110.70. Semalam, rm113.xx. uikss!! rendah gile!! bagus ni kalau nak beli. So sape nak beli emas, bole la roger saya or en syukor yek. 🙂

Jadi bagaimana pergerakan emas kite minggu ini?? adakah harga emas akan turun lagi?

berdasarkan kepada carta di atas, harga emas telah sampai ke Weekly S2 iatu pada harga usd872.43. Harga ini telah di capai semalam sebenarnya, tetapi berlaku sedikit kenaikan harga pada pagi ini. takpe lah. tak byk sgt pon..ehhe. Harga sekarang ialah usd877.90.

Saya menjangkakan WS2 akan dipecahkan dalam hari ini jugak. jika harga ini berjaya di pecahkan, harga akan terus menjunam ke paras usd865.63 (DS1), kemudian ke usd857.57 (DS2), usd851.32 (WS3) dan kemungkinan ke usd842.78 (DS3). Line Support2 bukanlah line support yang kukuh sebenarnya. jadi saya beranggapan, jika line ini berjaya di pecahkan, tidak mustahil harga emas akan turun lagi.

Namun, jika WS2 tidak berjaya di pecahkan, harga akan membuat correction. Paras terhampir sekali ialah, usd880.42(Daily Pivot), kemudian ke zon usd888.48/890.57 (R1). tapi nampak macam susah jek…hehe

Anyway, semoga harga emas turun supaya kita bole beli gold banyak2!

p/s: harga emas turun = harge minyak turun = usd menguat. bagus tu…. 🙂

untuk sebarang maklumat berkaitan FOREX, sila layari melakafx.com

Harga emas akan naik bermula Ogos ini?

Monday, August 4th, 2008

Salam sejahtera,

ramai yang masih menunggu ilham dan masa yang tepat untuk membeli emas. Jadi di sini saya kongsikan analisis pergerakan harga emas dan ramalan pergerakan harga emas. Mungkin ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti masa terbaik untuk membeli emas 🙂

.
Untuk tujuan ini saya telah merujuk kepada artikel daripada laman web www.usagold.com . Pemilik laman web ini ialah Michael J. Kosares

Beliau merupakan penulis buku The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold“. Saya sendiri membeli dan membaca buku ini.

Bagi beliau, masa terbaik untuk membeli emas ialah daripada bulan Jun dan Julai.
Anda boleh baca artikel berkenaan di http://www.usagold.com/analysis/doldrums-2008.html

Namun bagi saya pula masa terbaik ialah pada awal bulan Ogos (iaitu sekarang).
Saya ada buat analisis saya yang tersendiri.

Mari kita lihat sejarah harga emas daripada tahun 2000 sehingga 2007.

Garisan merah menegak mewakili bulan Ogos
Garisan merah mendatar menunjukkan pergerakan harga daripada Ogos sehingga Disember.

Graf di bawah: Carta harga emas dari tahun 2001 sehingga 2008

 

Daripada graf harga emas sepanjang 7 tahun ini, boleh dikatakan harga akan mula naik dari Ogos sehingga hujung tahun.

Jadi sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas.

Semoga anda kini mendapat ilham.

Ok, saya nak buat survey… penglibatan anda diperlukan 🙂

[poll id=”2″]

 

Disclaimer: Ini adalah ramalan sahaja berdasarkan maklumat lepas.
Ia tidak menjamin prestasi harga emas pada masa hadapan.
Ini sekadar analisis berpandukan sejarah harga emas.

Bacaan berkaitan:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas