Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar? Saya harap anda semua ceria-ceria belaka.
Nampaknya tahun 2008 akan meninggalkan kita. Tahun 2009 pula akan datang. Selamat datang tahun 2009!
Bagi saya, semoga tahun 2009 akan memberikan lebih banyak ilmu yang berguna dan bermanfaat dan boleh dikongsikan di blog ini
Setiap kali tiba hujung tahun, salah satu perkara yang hangat dibincangkan ialah berkenaan pulangan ASB betul tak? Dekat bahagian sembang-sembang emas nie pun saya tengok ASB nie ada dibincangkan. Maklumlah… peram duit kat situ dekat setahun… then bila hujung tahun… tunggu pengumuman berapa dividen ngan bonus…
Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua, bagaimana membuat pelaburan jangka masa panjang menggunakan kombinasi pelaburan ASB dan juga emas. InsyaAllah, akan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang.
Pelaburan ASB + emas.
Memandangkan teknik ini saya sendiri telah mencubanya, maka ada baiknya saya berkongsi dengan anda semua. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.
Sejarah dividen & bonus ASB dari tahun 1991-2008.
Setelah setahun menunggu akhirnya diumumkan… dividen ASB bagi tahun 2008 ialah 7 sen manakala bonus pulak 1.75 sen seunit. Alhamdulillah… tapi bagaimana prestasi pelaburan ASB tahun-tahun sebelumnya?
Jadual dibawah menunjukkan pulangan ASB daripada tahun 1991-2008. Bagi pelaburan yang dijamin oleh kerajaan, ASB memang sesuai bagi pelabur yang ingin pulangan yang menarik dengan risiko yang paling minimum untuk jangka masa panjang.
Sejarah pulangan dividen dan bonus ASB 1991-2008
Hukum pelaburan ASB
First sekali, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus .
Jadi ia sedikit sebanyak melegakan hati pelabur yang risau status pelaburan ASB ini.
Kelebihan ASB
Saya mendapati ASB mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah:
1. Termasuk di dalam pelaburan kategori selamat
2. Pelaburan dijamin kerajaan
3. Rate pulangan yang tinggi berbanding fixed deposit
4. Bank sanggup memberikan pinjaman ASB sehingga maksima RM200,000
5. Ada bank yang menawarkan skim pinjaman ASB secara Islamik
6. Pinjaman ASB boleh disertakan perlindungan insurans (macam MRTA),
jadi kalau sesuatu tragedi terjadi, maka loan tersebut tidak perlu dibayar
dan menjadi milik kita sepenuhnya.
Teknik memaksimakan keuntungan ASB.
Secara ringkasnya, untuk mendapat simpanan ASB yang maksimum anda perlu:
1. Buat personal loan dalam lingkungan RM30,000
(sebagai leverage untuk membayar ABS loan selama setahun)
2. Buat ASB loan RM200,000 kat Maybank Islamic
3. Balance personal loan dilaburkan di dalam Public Bank GIA untuk
menjana keuntungan tambahan.
Kalau penerangan dalam bentuk grafik, ini gambar nyer
.
Membuat pelaburan ASB secara pinjaman.
Berdasarkan pengiraan saya, mengambil pinjaman untuk pelaburan ASB adalah baik.
Ini kerana ia adalah pinjaman yang mengkayakan peminjam.
Memang ada faktor risiko, tetapi memandangkan faktor pulangan tahun sebelum-sebelumnya, adalah berbaloi untuk mengambil risiko ini. Ini kerana risikonya adalah rendah.
ASB Loan dari Maybank Islamic
Maybank Islamic ada menawarkan pinjaman ASB. Cuba tengok gambar kat bawah.
Kalau anda buat pinjaman maksimum RM200,000 selama 20 tahun maka bayaran bulanan ialah RM1406.00 sebulan.
Dalam setahun anda kena bayar RM16,872.00
Pinjaman ASB Maybank Islamic (klik untuk besarkan)
Strategi.
Selepas setahun, ASB akan memberikan dividen dan bonus. Jadi dividen dan bonus tu boleh rolling untuk bayar loan daripada tahun ke-2 dan seterusnya… sehingga 20 tahun.
Andaian yang dibuat ialah pulangan ASB adalah di sekitar 9.00 peratus setahun.
Soalan: Saya tak ada duit RM16 872.00. Kat mana nak cekau?
Jawapan: Guna personal loan
Saya sendiri pun asalnya takder modal RM16 872.00. Jadi saya buat personal loan RM30,000 dengan Bank Rakyat.
Tempoh 10 tahun. Kena bayar RM394.00 sebulan.
Lepas tolak kos pinjaman, saya terima bersih around RM28,000. Daripada jumlah tu saya dah reserved duit bayaran setahun ASB dalam akaun.
Dengan kata lain, saya tak perlu membayar RM1406.00 sebulan untuk ASB loan, tetapi hanya membayar RM394.00 sebulan untuk personal loan.
Jadi, personal loan menjadi leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar di dalam ASB loan RM200,000.00
Baki personal loan tu invest kat Public bank GIA.
Bakinya RM10,000 ++ tu saya cadangkan anda simpan kat Public Bank GIA. Kalau anda main strategi beli waktu murah, jual waktu tinggi, insyaAllah keuntungan melebihi 10%.
Pada tahun 2006 saya try buat loan ASB sebanyak RM100,000.
Tiap-tiap bulan kena bayar RM630.00 selama 20 tahun.
Dividen dan bonus 2006 dapat RM7501.82 memang boleh cover bayar loan tahun depan.. kena topup RM58.18 aje.
Statement ASB tahun 2006 (RM100,000)
Pulangan tahun 2007
Lepas tu.. pada tahun 2007 saya tambah lagi ASB loan menjadi RM200,000.
Installment bulanan pulak RM1362.00 sebulan untuk tempoh 20 tahun.
Selepas setahun, pulangan ASB pada tahun 2007 ialah RM15,135.96
Jadi untuk tahun 2008, saya cuma kena topup lagi RM1208.04 (bersamaan RM100.67 sebulan).
Statement ASB tahun 2007 (RM200,000)
Dengan melabur baki personal loan ke dalam emas, saya boleh generate keuntungan RM1208.04 nie.
Dengan mengulang-ulang proses ini selama 20 tahun, maka ASB loan RM200,000 itu akan menjadi milik anda sepenuhnya
hehehehe…. best tak?
Pulangan tahun 2008
Setelah mengemaskini akaun ASB, saya dapati dividen dan bonus tahun 2008 ialah RM15,527.33
Erm.. memang best..
Loan nak bayar tahun nie ialah RM16,344.00
Jadi saya kena top-up lagi RM816.67 bersamaan RM68.05 sebulan untuk cover ASB loan nie sepanjang tahun 2009.
Ok, that’s a very good investment.
Kebaikan:
1. Berdasarkan jadual pulangan ASB diatas, didapati pulangan ASB mampu cover
sebahagian besar duit loan ASB anda.
2. Dengan menggunakan strategi ASB + pelaburan emas, anda boleh menjana
keuntungan tambahan untuk cover sebahagian lagi installment loan tersebut.
3. Duit ASB nie boleh guna untuk cover pendidikan anak-anak, atau
bayar hutang rumah sekali gus setelah 20 tahun
4. Dengan menggunakan strategi personal loan sebagai leverage,
anda boleh memiliki pelaburan ASB semaksimum RM200,000
5. Kemudahan pinjaman ASB Islamik dan personal loan berkonsep Islam
memudahkan orang Islam membuat pelaburan ini.
6. Pinjaman ASB nie baik untuk memenuhi matlamat kewangan jangka panjang
contohnya untuk pendidikan anak-anak, melangsaikan hutang rumah
sekali gus.
7. Dengan perlindungan insurans, amount yang dipinjam tidak perlu dibayar sekiranya
terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada peminjam contohnya
kematian dan kecacatan kekal
Keburukan:
1. Membuat pinjaman untuk pelaburan adalah sesuatu yang berisiko.
Tidak semua orang sesuai untuk mengambil risiko pinjaman untuk pelaburan
2. Prestasi ASB boleh berubah-ubah. Mungkin ada risiko pulangan rendah
3. Pinjaman ASB akan ditukar dalam bentuk sijil dan disimpan oleh pihak bank
4. Jika gagal membayar installment, maka bank akan menjual sijil ASB
Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin membincangkan perkara ini secara lanjut, sila buka topik di forum jutawanemas.com. Saya akan membantu menjawab persoalan anda.
Sama-samalah kita menjana kekayaan
Disclaimer: Posting ini bukanlah merupakan nasihat pelaburan. Cuma ikhlas nak berkongsi maklumat semata-mata. Anda dinasihatkan membuat pengiraan dengan teliti sebelum mengambil keputusan untuk mengambil loan ABS. Pendapatan ASB pada masa lepas tidak menjamin pendapatan pada masa hadapan. .
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? harap-harap anda akan sihat dan ceria semua.
Nampaknya kita sudah menghampiri hujung tahun 2008. Tak lama lagi tahun 2009 akan tiba.
Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2009 ini akan membawa lebih banyak keberkatan, kekayaan dan juga kebahagiaan.
Ok! sekarang mari kita bercakap pasal emas pula
Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:
1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.
Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank.
Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia.
Sistem pajak gadai di malaysia.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:
1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)
Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00
Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.
So saya tak recommend lah….
Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.
Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:
1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.
Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.
Memandangkan saya pernah memajak emas di kedua-dua bank, maka saya akan tumpukan kepada bank-bank ini.
Saya ada memajak 6 ketul emas PAMP Suisse 100 gram di Bank Rakyat Melaka.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis rate pajak iaitu barang kemas dan juga gold bar.
Jika anda hendak pajak gold bar, anda perlu membawa sijil gold bar berkenaan atau resit pembelian gold bar tersebut. Tapi untuk barangan kemas, tak perlu bawa sijil.
Emas PAMP Suisse 100gram yang digadai
Memajak emas di Bank Rakyat sangat mudah.
Dalam 15-20 minit aje dah selesai.
Apa yang perlu dibawa ialah emas dan kad pengenalan.
Kalau ada resit pembelian emas, saya cadangkan anda membawanya. In case pegawai Bank Rakyat minta tengok.
Emas yang biasa digadaikan ialah emas 999 (24K) dan emas 916 (22K)
Pegawai bank akan menguji berat dan ketulenan emas.
Bank Rakyat akan memberi pinjaman 65% daripada nilai keseluruhan emas.
Rate harga emas pula berubah-ubah setiap hari berdasarkan harga emas pasaran.
kalau nak tahu rate, kena telefon atau kunjungi cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat.
Tempoh simpanan ialah 6 bulan. Anda boleh tebus awal kalau nak.
Anda akan dapat diskaun jika menebus awal.
Selepas tempoh 6 bulan, anda boleh terus menyimpan lagi 6 bulan, tapi dengan syarat anda kena jelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang terdahulu.
Upah simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat
Upah simpan yang dikenakan oleh Bank Rakyat bergantung kepada nilai harga emas yang disimpan ( dipanggil nilai marhum).
Macam kes saya nie, nilai emas (marhum) ialah RM64,500.
Jadi, saya boleh pinjam 65% daripada nilai marhum iaitu bersamaa RM41,900.00
Memandangkan nilai gadaian melebihi RM5000, ia dah masuk kategori Az-Zahab (Az- Zahab adalah skim lanjutan kepada Ar-Rahnu. Ia menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu. Ar-Rahnu untuk nilai marhum RM5000 ke bawah)
Pengiraan:
Nilai emas yang disimpan = RM64 500.00
Nilai pinjaman yang diberikan = 65% x RM64 500.00
= RM41 925.00 (dibundarkan jadi RM41 900.00)
Jumlah upah simpan 6 bulan = RM485.08 x 6
= RM2910.45
.
Ini adalah resit pajakan emas di bank Rakyat.
Kebaikan:
1. Proses gadaian mudah dan cepat
2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000
3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak
4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut
Kelemahan:
1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu
ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan
Pengalaman memajak emas di Agro Bank.
Saya ada memajak emas PAMP Suisse 50gram (plastik biru) dan Kijang Emas 1Oz di Agro Bank Melaka.
Ini kerana Agro Bank boleh menerima gold bar yang ada gambar untuk dipajakkan.
PAMP Suisse 50gram yang digadai
Kijang emas yang digadai
Prosesnya pun mudah juga. Dalam 20 minit selesai urusan mengisi borang dan menguji ketulenan emas. Pegawai Agro Bank meminta saya sertakan resit pembelian emas untuk disimpan.
Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.
Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.
Bagi kes saya, saya ambil 70%
Ini adalah resit gadaian emas Agro Bank
Klik untuk besarkan
Kebaikan:
1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.
Kelemahan:
1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.
Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.
Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi
Lain-lain fakta:
Institusi lain yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu (setahu saya):
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca yang beragama Islam.
Semoga hari raya ini memberikan erti yang besar untuk kita semua. Mungkin ada yang telah membuat korban, atau berniat nak buat korban tahun depan…. atau mungkin ada yang berniat nak menunaikan haji dalam jangka masa yang terdekat.
Walau apapun niat kita, berdoa dan berusahalah kearah itu… semoga usaha kita akan diberkati dan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Baiklah, untuk posting kali ini saya akan letakkan link-link harga-harga emas yang berguna untuk rujukan kita bersama. Ini kerana saya mendapati masih ada pembaca yang masih mencari-cari kat mana nak tengok harga emas.
Pertama sekali, anda kena tahu bahawa harga emas tidak dikawal oleh kerajaaan. Oleh yang demikian harganya berubah-ubah mengikut kehendak penjual emas tersebut.
Harga emas kat Malaysia nie biasanya dikira berdasarkan per gram atau per Troy Oz.
1 Troy Oz adalah bersamaan 31.1 gram.
Bagi dinar pula, 1 dinar bersamaan 4.25 gram emas 916 (22K).
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi satu fakta yang menarik mengenai wang. Apa itu wang dan mengapa wang mempunyai nilai. Untuk memahami perkara ini kita kena belajar daripada sejarah. Ini kerana sejarah tidak pernah menipu.
Untuk itu, kita perlu menonton satu video yang sangat menarik. Ianya berkisar tentang sejarah matawang USA. Ia menarik kerana ianya membuktikan bahawa wang yang sebenar ialah emas dan perak.
Ia juga membuktikan bahawa penggunaan wang fiat (wang yang tidak disandarkan pada aset bernilai) akan merosakkan ekonomi sesebuah negara dalam jangka masa panjang.
Money – A Brief History Of The American Dollar
Daripada video ini kita dapat belajar beberapa fakta berharga:
1. Wang yang sebenarnya ialah emas dan perak.
2. Wang kertas yang dikeluarkan dahulu sebenarnya disokong oleh emas dan perak.
3. Wang kertas yang disandarkan dengan nilai emas dan perak adalah sangat stabil.
Inflasi tidak akan berlaku kerana bilangan emas dan perak yang terhad.
4. Apabila wang kertas tidak lagi disandarkan dengan emas dan perak,
maka nilai wang akan jatuh. Ini kerana wang kertas boleh dicetak
sewenang-wenangnya menyebabkan banyak wang kertas yang akan masuk
kedalam pasaran.
5. Penggunaan wang fiat memang akan memudaratkan ekonomi dan masyarakat
dalam jangka masa panjang.
Oleh yang demikian, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kekayaan sebenar terletak pada emas dan perak, bukannya wang kertas.
Oleh sebab itu, saya menyeru pembaca sekalian untuk menyimpan emas. First choice, beli emas fizikal dan simpan. Kemudian, baru buat simpanan melalui gold investment account. Kalau anda pembaca yang baru kat blog nie, rajin-rajinlah membaca artikel-artikel terdahulu berkenaan pelaburan emas di Malaysia.
Dengan menyimpan emas, kita sebenarnya menyimpan kekayaan sebenar.
Jika ada komen, sila letakkan di bahagian komen atau pun kita boleh berbincang di dalam forum jutawanemas.com
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini.
Terima kasih