Ebook

Archive for January, 2009

Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar

Monday, January 19th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita baru melangkah ke tahun baru.

Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..

Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?

 Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!

Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?

Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya 🙂

Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?


Ringgit Malaysia – wang kertas kita

Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!

Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.

Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
    Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
    Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
    Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
    Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
    dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. 
    Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
    anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
    Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
    dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
    Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
    Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
   Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
   maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
    Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
    Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
    hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
    Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
    menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir

11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”  (petikannya di sini)

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?

Memang sah tak bagus 🙁

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.


Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842

Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.

Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.. 🙂

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang =  Emas

Simpan wang = Simpan emas

Survey

Ok, saya nak buat sedikit survey, harap anda semua dapat mengambil bahagian 🙂

 

[poll id=”4″]

Jika anda hendak mengetahui mengenai emas pelaburan, sila rujuk link kat bawah;

1. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
2. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
3. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
4. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
5. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold. 

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila letakkan di bahagian komen. Jika anda perlukan lebih banyak maklumat mengenai pelaburan emas di Malaysia, sila kunjungi forum jutawanemas.com

Banyak maklumat di sana. Terima kasih banyak-banyak ye 🙂

Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.

Friday, January 9th, 2009

Assalamualaikum dan salah sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap semuanya sihat sejahtera. Pertama  sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009. Semoga tahun 2009 membawa lebih banyak rezeki kepada kita.

Untuk pengetahuan anda semua, apabila tirai 2009 dibuka, terdapat 2 berita menarik yang dipaparkan di akhbar tempatan berkenaan pelaburan emas.  Satu berkenaan penipuan syarikat yang menawarkan pelaburan emas menggunakan syiling Kijang Emas dan yang kedua ialah berkenaan Etika Emas. 

.1. Harian Metro 3 Januari 2009
  
    Tajuk: Pelaburan syiling emas Kijang: 53 pelabur berputih mata.
    (Klik untuk baca kat Harian Metro Online)
         
 
Klik untuk besarkan

2. Berita Minggu 4 Januari 2009 
   
   
Tajuk: Simpan emas lebih untung: Etika Emas tawar skim simpanan emas
    yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan.
    (Klik untuk baca kat Berita Harian Online)
 

 
Klik untuk besarkan

 Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

 Apakah itu:

1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan diantara ketiga-tiga perkara diatas.

Pelaburan emas.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia.

Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:

1. Membeli emas fizikal
2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)

Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan. Untuk maklumat lanjut sila refer posting ini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/anugerah-juara-pelaburan-emas-2008-musim-pertama/

Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.

Skim Pelaburan Emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.

Untuk artikel ini, saya tak fokus kepada mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Kalau nak tahu, better saudara refer kat forum jutawanemas di sini:

http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/

Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas. Namun disini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.

Oh ya! Jika anda mengetahui mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, sila letakkan di bahagian komen ataupun forum. Maklumat ini perlu dikongsikan bersama.

Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:

Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
   Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
   anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
   Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?

3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos
    sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
    mengurangkan keuntungan pelabur. 

4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.
    Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan
    tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.
    Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
 
5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda
    kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!
    Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?
   Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

 7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’  
     Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
     minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. 
     Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.

8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah
   di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.
   Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.
   Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.
 
9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko.
   Nanti tak tidur lena lah jawabnya…

Faktor risiko.

Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.

Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.

Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.

Anda boleh rugi besar 🙁

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

Ok, last sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:
.
1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.
    Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

 2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
    aktiviti jual beli emas.

 3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan
    yang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan

6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
    semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

Kesimpulan:

Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.

 Dengan memahami 3 jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah satu anda boleh joint dan yang mana satu perlu dielakkan.

 Jika anda ada maklumat berkenaan syarikat yang menawarkan pelaburan emas, sila kongsikan di bahagian komen dan juga forum jutawanemas.com

 

Terima kasih.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas