Ebook

Archive for February, 2009

Keistimewaan Emas Sebagai Logam Terpilih

Friday, February 27th, 2009

seminar_gold_dinar_2009Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 21 Februari 2009 saya telah menghadiri Seminar Dinar Emas 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.

Tahniah saya ucapkan kepada persatuan berkenaan kerana mengajurkan program sedemikian rupa. Ianya bermanfaat dan bermaklumat. Harap-harap acara sebegini boleh dianjurkan lagi pada masa hadapan.

Jika ada lagi seminar seperti ini. Anda kena hadir. Ilmu yang diperolehi tak ternilai harganya. Walaupun saya tahu banyak pasal emas, tapi seminar ini masih memberikan saya ilmu tambahan.

Untuk posting kali ini, saya cuma nak ambil petikan daripada salah seorang penceramah seminar berkenaan iaitu YB Dato’ Paduka Hj Husam Musa.

husam

Beliau menyebut “Emas adalah logam terpilih… yang dijadikan Allah dengan keistimewaannya yang tersendiri”.

Menarik betul ayat tersebut.

Saya sangat bersetuju dengan Dato’ Paduka Hj. Husam.

Emas adalah logam yang sangat istimewa. Bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan
Emas adalah lambang kejayaan di akhirat

Emas sebagai lambang kekayaan.

gold-coins-images

Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.

Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia.

Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’.

Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak.

Emas itu lambang kecantikan.

bridaljewellery_13286

Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.

Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.

Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.

Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas.

Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.

Emas itu lambang kekuasaan.

 mahkota_emas

Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan alat-alat kebesaran kerajaan. Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan. Even kat Malaysia sekarang, kita semua tahu bahawa kuning ialah warna Diraja.

Amacam? Hebat tak emas?

Jadi, memang saya bersetuju dengan YB Dato’ Paduka Hj. Husam Musa.

Emas adalah logam terpilih.

 

Emas itu lambang kejayaan di akhirat.

Satu perkara yang menarik mengenai emas ialah ianya wujud di dalam syurga.

Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera.

al-hajj-23-2
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua..

Memang logam terpilih emas ni 🙂

Bagi mereka yang belum membeli emas. Cuba beli seketul. Letak kat tapak tangan. Kemudian cuba renung betul-betul. Saya jamin emas tersebut akan memberikan anda satu ‘good feeling’.

public_gold_bar_atas_tapak_tangan

Kalau tak percaya, cubalah buat 🙂

Jika anda berminat untuk mendapatkan gold bar diatas, anda boleh membelinya daripada saya. (Klik sini untuk maklumat lanjut)

Jika ada sebarang komen, sila letakkan di bahagian komen. Jika mahu lebih banyak maklumat berkenaan pelaburan emas, lawati forum jutawanemas.

Mulakan pelaburan emas anda sekarang!

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini.

Pengalaman Membeli Kijang Emas Yang Berbeza-beza

Sunday, February 15th, 2009
Berminat untuk mengiklan di blog ini? Saya akan membantu anda membuat
promosi yang berkesan. (Klik sini)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca.

Untuk posting kali ini, saya ingin bercerita mengenai pengalaman membeli syiling emas Kijang Emas yang berbeza-beza diantara satu cawangan Maybank dengan cawangan Maybank yang lain.

Saya pasti anda telah membaca pengalaman saya membeli syiling Kijang Emas di Maybank Melaka main.

Posting tersebut boleh dibaca disini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/membeli-syiling-kijang-emas/ 

Pengalaman membeli Kijang Emas yang berbeza-beza.

Ramai pembaca blog jutawanemas memberitahu saya yang pengalaman mereka semasa membeli Kijang Emas adalah berlainan dengan apa yang saya tulis.

Sebagai contoh:

1. Tak perlu tunjukkan IC sewaktu hendak membeli Kijang Emas
2. Tak dapat sijil pembelian daripada Maybank sebaliknya dapat resit bank-in sahaja
3. Tak dapat cover biru daripada Maybank, cuma dapat syiling Kijang Emas sahaja

Daripada feedback ini, saya boleh buat kesimpulan bahawa kaedah jualan Kijang Emas mungkin berbeza daripada satu cawangan Maybank dengan cawangan yang lain.

Jadi, janganlah risau.

Apa yang penting ialah anda mendapat 2 benda nie daripada Maybank:

1. Syiling Kijang Emas itu sendiri (samada diberi cover atau tidak)
2. Bukti pembelian (samada sijil atau slip bank-in)

Pengalaman membeli Kijang Emas di Maybank Langkawi.

Ayah saya telah membeli syiling Kijang Emas 1 Oz di Maybank Langkawi.
Kijang Emas tersebut tak ada cover biru macam yang saya beli kat Melaka. Cuma diberi syiling seketul sahaja.  Bukti pembelian pula adalah resit bank-in sahaja.


Beli Kijang Emas di Langkawi, takder cover dan sijil. Just resit bank-in.

Jadi ayah saya terpaksa membeli sendiri cover plastik untuk Kijang Emas tu… Kalau tak ada cover takut nanti senang calar. Nanti takut Maybank tak nak terima balik kalau nak gi jual.

Resit pembelian pun ayah saya simpan dalam cover plastik tu…


Cover plastik tu ayah saya beli sendiri.

Kesimpulannya,

Pengalaman anda membeli Kijang Emas mungkin berbeza dengan apa yang saya tulis kat blog nie.. tapi jangan risau… it’s normal.

Jika anda mempunyai pengalaman yang tersendiri sewaktu membeli Kijang Emas, marilah berkongsi di sini. Letakkan di bahagian komen.

Jika nak tahu lebih lanjut berkenaan pelaburan emas, jemput datang ke forum jutawanemas. InsyaAllah persoalan anda akan terjawab.

Ok then.. selamat memburu Kijang Emas 🙂

Ketahui Perkembangan Pelaburan Emas Dengan Google Alerts

Thursday, February 12th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya pasti semua pembaca blog ini merupakan peminat emas betul tak? Jadi kat sini saya ingin berkongsi satu maklumat yang sangat menarik.

Dengan ilmu ini anda boleh mendapatkan perkembangan semasa mengenai emas, pelaburan emas dan apa-apa sahaja mengenai emas.

Caranya ialah menggunakan perkhidmatan Google Alerts.

Google Alerts akan menghantar maklumat yang relevan mengenai topik pilihan anda ke e-mail anda.

Memandangkan Google merupakan search engine yang hebat, saya dapati kebanyakan maklumat yang dihantar adalah terkini, relevan dan menarik.

Bagaimana cara menggunakannya?

Caranya sangat mudah, anda cuma perlu mengunjungi laman web Google Alerts disini:

http://www.google.com/alerts

Kemudian, masukkan maklumat yang diperlukan ke dalam Search Terms: contohnya gold investment.


Gambar: Google Alerts: Gold Investment

Paling baik ialah carian di dalam Bahasa Inggeris kerana banyak maklumat mengenai pelaburan emas terdapat di dalam Bahasa Inggeris.

Untuk Type, anda boleh klik menu dan pilih samada comprehensive, News, Blogs, Web etc. Biasanya saya pilih comprehensive.

How often: pilih once a day

Lepas tu klik Create Alert.

Kemudian, Google akan menghantar verification email kepada e-mail anda.
Klik link tersebut.


Gambar: Confirmation e-mail dari Google

Selepas itu, setiap hari anda akan mendapat e-mail alert daripada Google berkenaan gold investment. Jika ada berita yang menarik perhatian anda, klik sahaja link di dalam email tersebut dan anda akan dapat membaca berita tersebut.


Gambar: Contoh alerts yang dihantar ke-email anda setiap hari

Kesimpulan.

Saya dah lama menggunakan perkhidmatan Google Alerts untuk mendapat maklumat terkini mengenai pelaburan emas.

Memang best.

Banyak info-info baru dan terkini dan relevan mengenai pelaburan emas akan dihantar ke email saya. Mudah dan menjimatkan masa saya. Kadang-kadang idea untuk menulis blog nie datang daripada Google Alerts nie 🙂

So, gunakan Google Alerts sekarang!

Pelaburan Emas Melalui Dinar Emas Public Gold

Tuesday, February 3rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya…

Saya pula baru menghabiskan cuti seminggu untuk pulang ke Langkawi. Terlalu banyak cerita-cerita gembira yang berlaku sewaktu saya pulang ke kampung, especially tentang emas.

Salah satu cerita yang paling menarik ialah berkenaan dinar emas Public Gold. Dah lama saya menunggu dinar emas nie… dari tahun lepas lagi. Akhirnya saya dimaklumkan bahawa dinar emas Public Gold telah dikeluarkan.

Jadi, dalam perjalanan balik ke Langkawi, saya singgah sebentar di pejabat Public Gold di Bukit Jambul, Pulau Pinang untuk melihat dinar emas yang telah siap.

Memang best!

Nampaknya bertambahlah lagi alternatif bagi kita untuk membeli emas pelaburan. Jadi disini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dinar emas keluaran Public Gold ini.

Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

– 1 dinar
– 5 dinar
– 10 dinar.

Spesifikasi dinar emas Public Gold.

Ini adalah spesifikasi dinar-dinar tersebut:

Kalau nak tengok gambar dinar emas Public Gold secara dekat, lihat gambar-gambar yang saya ambil nie 🙂


1 dinar


5 dinar

 


10 dinar


Gambar 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar (klik untuk besarkan)

Sijil ketulenan.

Bagi setiap pembelian dinar emas Public Gold, anda akan mendapat sijil ketulenan.
public_dinar_cert
Gambar: Sijil ketulenan dinar emas Public Gold

 Harga jualan dinar Public Gold

Harga dinar emas Public Gold dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah mengikut harga emas antarabangsa.

Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/ 


Gambar: Harga harian dinar Public Gold

Harga yang dipaparkan adalah harga bersih.
Tidak ada sebarang kos tambahan seperti minting dan delivery.

Jika anda berminat untuk membeli dinar emas ini maka anda boleh membaca kaedah jual belinya disini: http://www.publicdinar.com/content/view/49/81/

Kesimpulan.

Salah satu cara membuat pelaburan emas dengan cara yang termudah ialah dengan membeli dinar emas. Ini kerana harga dinar emas agak murah dan mampu dimiliki. Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya cadangkan anda bermula dengan dinar emas.

Selain rupanya yang cantik, dinar emas mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia boleh digunakan sebagai mas kahwin, membayar zakat dengan lebih tepat, sebagai hadiah kepada orang tersayang serta penyimpan nilai yang unggul.

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila letakkan di ruangan komen. Jika ingin berbincang dengan lebih lanjut, bolehlah mengunjungi forum jutawanemas.com

Ok then.. selamat membuat pelaburan emas 🙂

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas