Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Archive for March, 2009

Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas.

Monday, March 23rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap anda semua sihat sejahtera.

Kali ini saya ingin bercerita tentang keburukan membeli jongkong emas di kedai emas. Kalau boleh biarlah pengalaman saya menjadi pengajaran untuk kita semua.

Kisah sedih nie… :(

Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar. Sebagai contoh:

1. Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna
2. Kedai Emas biasa - PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)
3. Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.

Saya sendiri telah membeli 3 ketul PAMP Suisse (Lady Fortuna) dengan Kedai Emas Poh Win Melaka.

 

kedai_emas_poh_win

Pada waktu tu, memang gembira rasa hatiku…

my_pamp_suisse
PAMP Suisse saya – Lady Fortuna

Namun setelah dibuat kajian mendalam, saya dapati membeli emas kat kedai emas ini lebih banyak kelemahannya.

Antaranya kelemahan ialah:

1. Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM)
2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi
3. Tak boleh bukak plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut
     maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai.

Kisah Lady Fortuna yang dibuka.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Kena pakai pisau.

buka_lady_fortuna
Kena toreh dengan pisau. Plastiknya keras.

Bukan seketul, tapi ketiga-tiganya saya buka :P

lady_fortuna_dibuka
hehehe.. PAMP Suisse Lady Fortuna yang telah dibuka.

Sebabnya saya nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik dengan membeli lebih banyak emas.

Kemudian, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:

1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)

“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win”
“I see…  jadi you all akan tolak 18% la…
“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…

Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%

Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)

Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…

“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
“Aiya! apasal banyak sangat” saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya …
“Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…

Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira used gold.

Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.

Rasa menyesal beli emas kat diorang nie.

Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

poh_kong_bunga_raya
Gold Bar Bunga Raya – tak boleh buka.

Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri…  jadi waktu isteri dok tengah pilih gelang, saya tanya sales girl pasal gold bar Bunga Raya.

Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600)

“Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?” saya bertanya
“Oh.. ini potong dalam 11.5% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.
“Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?” saya tanya sales girl tu..
“Oooo.. kalau buka plasik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%”

Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik cover yang tak bernilai tu boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11.5% kepada 25%”

Rugi betul.

Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…

Kalau tak boleh bukak plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik tu…

Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai. Bertambah lagi potongan yang dikenakan.

Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

So far, yang saya tahu ialah Gold Bar Public Gold.

Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalar… tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama.

Ini adalah jaminan daripada chairman Public Gold sendiri, Mr. Ng

public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Gold Bar Public Gold – kalau buka sarung plastik pun tak terjejas harganya.

Berbezaan harga belian dan jualan emas public gold pula sangat berpatutan, iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.

Jadi, saya berpendapat ia lebih menguntungkan pembeli yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Lebih cepat buat untung bila harga naik.

Kesimpulannya.

Disini saya sekadar menceritakan pengalaman peribadi saya. Ianya hanyalah panduan untuk anda semua. Jika anda ada pengalaman seperti saya, harap dapat dikongsikan bersama-sama pembaca yang lain. Lebih banyak ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan bersama, maka kesannya lebih baik.

Pada pendapat saya, memang lebih jelas Gold Bar Public Gold lebih menguntungkan pelabur emas.

Jika anda berminat mendapatkan gold bar Public gold, anda boleh lihat senarai agen Public Gold yang berhampiran dengan anda. (Klik sini)

Apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang!

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
- anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini. Tq

.

Peluang Keemasan Untuk Anda Menjadi Agen Public Gold

Tuesday, March 10th, 2009
Nota admin: Jika anda telah memahami peluang perniagaan emas
Public Gold dan ingin menjadi agen, anda boleh lihat langkah seterusnya
iaitu mengisi borang agen dan membuat pembelian stok.(klik sini)
2. Anda boleh download presentation saya mengenai Peluang Perniagaan
Emas Public Gold (pdf file). Klik untuk download (klik)
________________________________________________________________________

peluang_keemasan_menjadi_agenAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? Harap sihat sejahtera adanya… saya kat sini sihat dan bertambah teruja… mengapa saya teruja ye?

Sebenarnya ada satu perkara yang sangat mengembirakan yang perlu saya kongsikan bersama anda.

Saya gembira kerana Public Gold kini telah menawarkan peluang kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan.

Ini membolehkan anda mendapat keuntungan melalui perniagaan emas tanpa memerlukan modal yang besar.

Dengan kata lain anda boleh menjadi pelabur + berniaga emas :)

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, saya ada menulis artikel berkenaan Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Anda boleh baca artikel tersebut disini (klik sini) .

Namun ketika itu modal yang diperlukan adalah tinggi, iaitu sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat menjadi menceburi business emas walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen hanyalah RM38 xxx
(bergantung kepada harga emas semasa)

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima.

Sekarang, dengan modal RM38 xxx++ anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri.

RM38 xxx++ tersebut anda akan mendapat 7 jenis produk Public Gold iaitu:

1. Gold Bar 20 gram x 1 keping
2. Gold Bar 50 gram  x 1 keping
3. Gold goin 50 gram x 1 keping
4. Gold Bar 100 gram x 1 keping
5. 1 Dinar x 1 keping
6. 5 Dinar x 1 keping
7. 10 Dinar x 1 keping

Selain itu anda akan mendapat aksesori-aksesori ini:

1. Kotak kayu untuk mengisi emas (gambar bawah)
2. T-shirt Public Gold
3. Profil Korporat Public Gold
4. DVD Korporat Public Gold

p/s: RM38 xxx  itu tak fixed. Kos menjadi agen bergantung kepada harga emas. Kalau harga emas turun maka kos jadi agen pun akan berkurangan. Kalau emas naik, maka kos jadi agen pun akan naik.

set_lengkap_public_gold
Dengan 3x K ++ anda akan mendapat set lengkap gold bar dan dinar.
termasuk 50 gram gold coin.

Kalau anda nak tahu harga sebenar jadi agen, anda boleh buat pengiraan sendiri berdasarkan harga emas kat website www.publicgold.com.my dan juga www.publicdinar.com.my

pg_price

public_dinar_price

Pendapat saya.

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat rendah bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu diambil.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan Public Gold.

Emas pelaburan memang senang dijual. Very hot item :)


Gold Bar 20 gram,  50 gram dan gold coin 50 gram

 dinar_specs1
Dinar Emas 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

Memandangkan saya sendiri telah menjadi agen Public Gold, maka saya boleh bercerita tentang kebaikan menjadi agen dengan panjang lebar:

1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
    pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
    Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.

2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
    beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.

3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order
    daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.

pamplet
Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Faedah menjadi Agen – Komisyen jualan.

Dalam surat tawaran Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5%  untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan).

Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).

Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan. Strategi ini telah saya ajarkan kepada pembaca jutawanemas yang menjadi agen.

Seronok bila dapat bantu orang buat duit nie…

Selain itu, saya akan memberikan teknik-teknik lain untuk memaksimakan keuntungan perniagaan emas anda.

Target Jualan Bulanan.

Updated – Sekarang tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.

Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Hehehe… memang best :)

Bagi agen yang baru dilantik, terdapat target jualan bulanan iaitu RM20,000 sebulan. Ini untuk memastikan agen-agen yang dilantik memberikan komitmen di dalam business ini, bukan semata-mata hendak membeli emas dengan harga diskaun. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh Mr. branson, CEO Public Gold.

Bagi saya, sales RM20,000 sebulan memang mudah tercapai. Kalau sales tak sampai RM20,000 maka komisyen kena hold. Bila jualan dah mencecah RM20,000 then semua komisyen akan dibayar.

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.

Anda untung, mereka pun untung.

Jika berminat, hubungi saya.

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya dengan menghantar pertanyaan (klik sini) ataupun letakkan di bahagian komen.

Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

Kalau nak berbincang mengenai perkara ini dalam forum, saya amat mengalu-alukan. Banyak benda kita boleh berkongsi di sana.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

______________________________________________________________

adobe_pdf_icon

 

p/s: Anda boleh download presentation saya mengenai
Peluang Perniagaan Emas Public Gold (pdf file).
Klik sini untuk download (klik)
 p.p.s: Jika anda telah memahami peluang perniagaan emas
Public Gold dan ingin menjadi agen, anda boleh lihat langkah seterusnya
iaitu mengisi borang agen dan membuat pembelian stok.(klik sini)
_______________________________________________________________________
Join the forum discussion on this post - (24) Posts
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook