Ebook

Archive for April, 2009

Gold Bar Public Gold Mencipta Rekod “The Malaysia Book Of Record”

Thursday, April 23rd, 2009

tn_malaysia_book_of_recordAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda sihat sejahtera adanya…

Saya nie baru nak sihat. Rupanya sekarang musim demam.. batuk.. selsema dan sebagainya… kalau anda belum kena.. Alhamdulillah.. kalau baru kena…harap bersabar.. kalau dah pulih.. syukur pada Ilahi ūüôā

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin bercerita satu pencapaian pertama di Malaysia oleh Public Gold.

Untuk pengetahuan anda Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod “The Malaysian Book of Record” sebagai:

1. Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya.

Gold bar yang diiktiraf adalah 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Tahniah saya ucapkan kepada Public Gold kerana berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia book of Record (klik sini utk melihat gambar sijil)

Mengapa pengiktirafan ketulenan emas penting?

Untuk pengetahuan anda, gold bar yang berjenama kesemuanya diiktiraf oleh Certified Assayer.

Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Setelah assayer menjalankan ujikaji terhadap logam berkenaan dan berpuas hati dengan ketulenan berkenaan, maka assayer tersebut akan menandatangani sijil pengesahan ketulenan emas berkenaan.

Contohnya gold bar yang terkenal dan berjenama seperti PAMP Suisse akan mempunyai “Assay Certificate“.

Ini adalah contoh gold bar yang disahkan ketulenannya oleh “Certified Assayer

lady_fortuna
PAMP Suisse lady Fortuna

pamp_tembam
PAMP Suisse dengan pink certificate

credit_suisse
Gold bar Credit Suisse

public_gold_100gram
Sijil ketulenan gold bar Public gold

Dengan adanya “Assay Certificate” maka pembeli boleh merasa yakin dengan kualiti emas yang dibeli.

Teknik Assay Emas

Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh assayer untuk menguji ketulenan emas contohnya Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (bahasa ringkas Fire Assay) dan Induction Couple Plasma, icp-oes or icp-ms.

Untuk gold bar Public Gold, teknik yang digunakan adalah  Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (Fire Assay).

fire_assay

Dalam kaedah ini, sampel gold bar akan diambil, dimasukkan ke dalam ketuhar dan dipanaskan sehingga¬†¬†1064¬į C (suhu dimana emas akan melebur).

Kemudian emas yang melebur ini akan diuji ketulenannya dengan proses-proses tertentu.

(saya tak boleh cerita dengan details sebab teknikal sangat). Tapi anda boleh baca tentang fire assay (kat sini)

Tips: Bagaimana kita boleh menguji ketulenan emas?

Bagi orang biasa cara termudah untuk kita mengetahui ketulenan emas ialah dengan menggunakan mesin precious metal tester. Biasanya mesin ini ada di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro bank atau mana-mana Ar-Rahnu.

precious_metal_tester
Gambar precious metal tester

Contohnya jika anda membeli emas Public Gold dan mahu menguji ketulenannya,

pg_gold_bar_50gram
Gold bar Public Gold 50 gram

Mudah ajer.. bawa gold bar tersebut ke Ar-Rahnu, kemudian cakap macam nie:

“Saya bercadang nak gadai emas nie.. boleh tak encik tolong kira berapa saya boleh dapat?” jadi, pegawai Ar-Rahnu tadi akan uji emas anda dan beritahu ketulenan emas tersebut dan berapa jumlah yang akan anda dapat. Lepas tu kalau tak nak gadai.. just ucap terima kasih dan cakap… “terima kasih ye.. nanti saya fikir dulu…”

Kalau boleh elakkan daripada cakap macam nie:

“Encik, saya nie baru beli emas nie.. entah tulen.. entah tidak…boleh tak encik tolong test emas nie.. tengok tulen ke tak tulen?”

Kalau cakap macam tu.. most likely pegawai Ar-Rahnu akan keberatan nak uji sebab anda bukan nak gadai kat diorang.

Buang masa diorang ajer…

Kesimpulannya.

First sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Public Gold kerana telah mendapat pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Record. Dengan pencapaian ini, ia sedikit sebanyak menaikkan nama Public Gold sebagai pengeluar gold bar yang berkualiti.

Bagi rakyat Malaysia, ia sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa gold bar Public gold adalah setanding dengan gold bar terkemuka yang lain seperti PAMP Suisse. Jika anda berminat mendapatkan emas Public Gold, anda boleh menghubungi agen Public Gold yang berhampiran dengan tempat anda (klik sini)

Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold dan menjual gold bar dan dinar keluaran mereka, sila baca kat sini.

Jika ada soalan, anda boleh letakkan di forum jutawanemas.com atau hubungi saya melalui melalui online form ini (klik)

Ok then… Selamat membuat pelaburan emas.

Dalam Apa Jua Situasi Ekonomi dan Politik, Menyimpan Emas Menguntungkan Anda.

Tuesday, April 7th, 2009

main1Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya berharap anda sihat walafiat.

Saya nie baru nak recover dari demam dan batuk.

Letih … so pembaca semua, tolong doakan saya sihat ok!

Harga emas turun banyak sekarang.
Dalam USD870 per Oz.

Jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli emas ūüôā

baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

Yang pertama, ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli  emas, biasanya ada 4 tujuan:

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan –¬†untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai.

Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe.

Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

 huge-inflation
5 ,000,000,000,000,000,000,000% inflasi. Pergh… teruk giler…

100-billion-dollar
Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur.

Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya (baca kat sini)

carry-money
Wang kertas Zimbabwe tak laku…

Kehidupan rakyat Zimbabwe.

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai.

Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. Emas.

Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

Anda mesti lihat video kat bawah nie… wajib tengok…

 

Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, maka tak boleh beli makanan Рanda akan mati kebuluran. 

Roti, bijirin, minyak masak dan berbagai barangan keperluan dibeli menggunakan emas.

gold-for-bread
Nak beli roti nie? bayar dengan 0.1 gram emas

dont-remember
Wang kertas tak laku pun..

everything-they-want-gold
Segala keperluan dibeli menggunakan emas

without-03g-gold-you-wont-survive
Di Zimbabwe, tanpa emas anda tak boleh hidup.

because-hunger
Mereka mendulang emas untuk meneruskan kehidupan

starving
Rakyat Zimbabwe yang kelaparan… 3 hari tak makan

fighting-for-life1
Emas adalah penyambung kehidupan.

Kesimpulannya.

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti.

Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang! Jika berminat membeli emas Public Gold, anda boleh dapatkan disini (klik)

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com -
anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini..
Kalau nak dapat lebih banyak ilmu sila kunjungi forum jutawanemas.
Banyak lagi ilmu pelaburan emas kat sana :) 

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas