Ebook

Archive for June, 2009

Keistimewaan Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan.

Monday, June 29th, 2009

only_gold_grow_more_precious1Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian?  Saya doakan agar anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Saya sekarang sihat ajer.. dan sibuk macam biasa. Kalau anda ada contact saya dan saya terlewat reply, tolong ingatkan saya ek..

Maklumlah saya tengah menanti cahaya mata yang baru. InsyaAllah hujung bulan depan dapat sorang lagi baby, so sibuk banyak lah… kerja office lagi, business, family, reading dan blogging.

Pergh… 😀

Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat keistimewaan emas sebagai penyimpan nilai @ kekayaan yang terunggul.

Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.

Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

 Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Gold dust
Emas – di dalam bentuk debu pun ia tetap berharga

Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..

Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang (baca sini)

Kisah rantai emas emak saya.

rantai_emas_makSaya ingin berkongsi satu cerita menarik berkenaan rantai emas mak saya.

Dalam cerita ini kita akan dapat lihat bagaimana nilai emas semakin meningkat dari masa ke semasa. Jika ditambah dengan kreativiti maka keuntungan yang dijana oleh emas ini sangat berbaloi.

Ceritanya macam nie…

Pada tahun 1980, ayah saya berikan hadiah seutas rantai emas kat mak.

Pada waktu tu nilai rantai emas tersebut ialah RM4000.00

Pada tahun 1990 ketika menunaikan haji di Mekah, emak saya belikan buah rantai (yang bulat tu) dengan harga RM1000.

Jadi, harga rantai emas tersebut ialah RM5000.00

Pada tahun 2005, emak saya memerlukan wang untuk membeli tanah pusaka arwah datuknya kat Langkawi.
Jadi untuk mendapat wang dengan cepat, emak pergi gadaikan rantai emas tersebut kat Ar-Rahn Bank Rakyat.

Mak saya terkejut apabila Ar-Rahn offer RM11,000 untuk rantai tersebut (lebih dari 2 kali ganda harga rantai tersebut).

So, dari tahun 2005 sehingga 2008 mak saya start pajak rantai tersebut. Daripada hasil gadaian tersebut, mak saya membayar kepada adik-beradiknya
(yang berkongsi nama dalam geran tanah pusaka tersebut).

Bila cukup tempoh gadaian maka mak saya pergi tebus balik rantai tersebut.
Lepas tu, gadai semula, dapat duit dan bayar kat adik-beradik yang lain.

Dengan menggunakan teknik pajak dan rolling duit pajakan, emak saya berjaya membeli tanah pusaka seluas 2 relung dengan harga RM50,000

tanah_mak
Inilah tanahnyer…

hehehe.. kreatif kan?

Kenapa emak saya menggunakan teknik gadaian?

me_and_momFirst sekali, emak saya nie suri rumah sepenuh masa. Jadi memang takde income bulanan.
Tak boleh nak buat personal loan lah jawabnya…

Duit kebanyakannya diberi oleh saya dan adik yang telah bekerja. Abah pun kasik juga.

Kedua, mak saya tahu bahawa emas boleh digadai untuk mendapat cash. So, bila Ar-Rahn offer RM11,000.. memang seronoklah mak saya 🙂

Jadi, memang untung simpan emas fizikal nie. Boleh pakai kalau nak nampak cantik, boleh gadai kalau nak pakai duit. Tak seperti pelaburan emas atas kertas seperti Public Bank GIA dan Maybank GSPA.

Dalam jangkamasa panjang memang boleh nampak kenaikan harganya.
Jika ditambah dengan financial intelligent, maka lebih besar pulangannya.

Kesimpulannya:

1. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.
   Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung.

2. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.

3. Kekadang, ada peluang yang datang kat depan mata dan kita perlukan tunai
    segera. Emas boleh membantu.

4. Bagaimana boleh buat untung dengan pajak emas? hehehe.. cerita diatas
   adalah salah satu contoh ajer… yang lain kena fikir sendiri lah ek…

Anda ada kisah menarik yang ingin dikongsi kat sini? Sila berikan komen anda.

Saya pasti ramai lagi pembaca yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.

Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas, anda boleh membeli gold bar dan dinar emas Public Gold. Anda boleh tengok agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda (klik sini)

So, apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang 🙂

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.

Happy Birthday Jutawanemas.com – Dari meja admin

Monday, June 22nd, 2009

me_small_picAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan senyum selalu.

Saya kat sini sihat dan ceria… dan sibuk memanjang… 😀

Untuk pengetahuan anda, pada 21/6/2009 – blog Jutawanemas telah mencecah usia setahun.

hehehe.. Happy Birthday Jutawanemas.

Pejam celik-pejam celik dah masuk setahun saya menulis pasal pelaburan emas. Kejap ajer rasanya.

Saya nampak blog jutawanemas telah berkembang daripada blog pasal pelaburan emas  kepada sebuah komuniti peminat-peminat emas. Terima kasih kepada semua.

Sepanjang saya menulis blog nie saya berharap semua artikel kat sini akan membuka minda anda mengenai kepentingan menyimpan emas.

Itulah tujuan utama saya sebenarnya: berkongsi ilmu tentang emas.

Selain itu, saya berharap anda telah mendapat keuntungan daripada teknik-teknik yang saya tulis kat blog nie.

Dah untung banyak ke? Nanti jawab kat pool di bawah tu ek 😀

Mengapa saya berkongsi maklumat ini?

Ilmu dan sejarah emas merupakan sesuatu yang sangat menarik.

Banyak ilmu-ilmu yang saya perolehi samada melalui pembacaan dan seminar memberikan pengetahuan yang tidak ternilai harganya.

Kalau saya simpan ilmu ini sendiri pun tak bagus… so baik kita kongsikan bersama-sama betul tak? Semua orang dapat manfaat.

old_civilizationUntuk pengetahuan anda semua, emas mempunyai sejarah yang sangat penting di dalam kehidupan manusia.

Selama ribuan tahun manusia telah menggunakan emas dan perak sebagai wang dan menikmati kemakmuran.

Sejarah juga menunjukkan bahawa sesebuah tamadun yang hebat dan berjaya akan menggunakan emas dan perak sebagai matawang.

Ini kerana wang merupakan elemen yang sangat penting bagi mengembangkan ekonomi sesebuah negara.

Dengan adanya wang maka perdagangan, sistem cukai, sistem gaji dan sistem hutang dapat dijalankan dengan mudah. Wang yang stabil membolehkan tamadun manusia berkembang.

Namun, apabila manusia lari dari sistem wang emas dan perak, contohnya menggunakan kertas sebagai wang, maka banyak masalah akan berlaku. Ini kerana wang kertas boleh dimanipulasikan. 

Ia boleh dicetak sesuka hati.  Akhirnya nilai wang kertas akan merosot.

Inilah realiti dunia kita sekarang.

Dunia wang kertas.

Di dalam dunia wang kertas, nilai wang semakin merosot. Tetapi nilai emas akan semakin melambung tinggi.

Oleh sebab itu, sekarang merupakan masa yang paling penting untuk kita menyimpan emas.

gold_vs_dollar
Carta: Nilai emas menaik, nilai USD semakin menurun.

Selain daripada menyimpan emas, aset yang paling bernilai untuk seseorang manusia pada masa kini ialah kepintaran kewangan. Dengan menambahkan kepintaran kewangan InsyaAllah anda akan berjaya dari segi kewangan.

Duit dan aset anda akan menjadi lebih banyak.

Kat mana nak dapat ilmu emas?

Selain daripada membaca artikel kat blog nie ataupun kat forum jutawanemas, kalau nak dapat ilmu, kena rajin membaca buku.

Namun kat Malaysia nie tak banyak buku-buku pasal emas. Susah betul nak dapat.

Jadi kebanyakan buku-buku mengenai pelaburan emas saya beli dari www.amazon.com – kedai buku online terbesar di dunia.

Jika anda berminat mendalami ilmu emas, saya recommend anda beli buku-buku kat sana.

tn_my_books
Koleksi buku berkenaan emas, wang dan sistem kewangan saya. 

Setiap pengarang mempunyai perspektif yang tersendiri.

Ada yang menulis dari sudut sejarah, ada yang menulis dari sudut kewangan, ada yang menulis dari sudut pelaburan, sudut keagamaan dan lain-lain lagi. Jadi, dengan membaca buku-buku ini, kita dapat melihat fungsi emas secara menyeluruh.

Bila kita dapat melihat fungsi emas secara menyeluruh, kita akan rasa emas nie sangat best.

Bagi yang sudah ada ilmu, maka rajin-rajinlah berkongsi ilmu dengan orang lain, semoga kita kan mendapat manfaat daripadanya. 

Soalan: dah untung ke belum?

Ok, meh nak buat survey sket…bagi pembaca yang start buat pelaburan emas. Dah untung ke belum?

[poll id=”5″]

Sila berikan undian anda 🙂

Soalan: Boleh jadi jutawan ke dengan emas nie?

thoughtSamada emas nie akan menjadikan anda jutawan atau tidak, bergantung kepada ilmu dan tindakan anda.

Kalau anda buat pelaburan dengan beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.. untung jugak lah.. tapi sikit ajer.

Begitu juga kalau buat loan dan beli emas.

Tapi, kalau anda ambil peluang buat business emas, contohnya jadi agen Public Gold.. maka untung lebih lagi lah.. sebab jual emas dapat komisyen.. tak perlu tunggu harga tinggi baru untung.

Kalau anda jadi master agen Public Gold, buka kedai emas.. pergh.. lagi lah untung besar… memang sah jutawan emas nie 🙂

Nampak tak? nak untung besar, usaha pun kena besar lah…

Dari masa ke semasa saya akan terus berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan emas.

Semoga kita kaya bersama-sama. Amin.

Apa komen anda?

Ok, sempena setahun umur blog nie, saya perlukan feedback daripada pembaca semua.. mungkin ada cadangan bagaimana nak perbaiki blog nie. Semua cadangan anda saya akan nilai dan buat. InsyaAllah..

Semoga blog ini akan terus memberikan maklumat yang lebih berguna.

Terima kasih kepada semua pembaca dan pengiklan.

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com.
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada saya.

 

Tips: Membuat keuntungan dengan emas fizikal

Monday, June 8th, 2009

tn_gold_for_moneyAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya… dan saya doakan agar financial IQ anda semakin bertambah…

Saya kat sini Alhamdulillah.. sihat tapi sibuk memanjang.

Minggu lepas sangat mencabar.. komputer kat office kena virus, komputer rumah kena virus.. jenuh pikir cammana nak clean virus.. 3-4 hari jugak buang masa cari penyelesaian.. akhirnya semuanya dah selesai.

Saya kembali ceria 🙂

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.

emas-fizikal
Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

So sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat 🙁

soalanUntuk pengetahuan anda semua, saya seringkali menerima soalan seperti berikut”

“En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
 Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:

“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”

Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah?

Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?

Jawapannya.

Emas fizikal nie banyak keistimewaannya.

Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.

public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Emas fizikal adalah pilihan yang lebih baik berbanding akaun simpanan emas.

Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung.

Sebab boleh gi pajak.

GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

Pajak memang sah tak boleh.

Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.

Bagaimana caranya? Meh sini saya nak ajar….

Membuat keuntungan dengan emas fizikal.

Sekarang saya ingin berkongsi 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.

Teknik 1:  Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal then pajak lagi..

Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.

Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.

Kalau harga naik banyak, makin banyaklah untung kita 🙂

kenaikan_harga_small
Carta 1: Kenaikan harga emas daripada 2/12/2008 ke 20/2/2009 
(USD741 kepada USD1005.50) bersamaan 26% dalam hampir 3 bulan.

kenaikan_harga_2_small
Carta 2: Kenaikan harga emas daripada 6/4/2009 ke 3/6/2009 
(USD864 kepada USD989.45) bersamaan 12.58% dalam masa 2 bulan.

Huraian teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (baca sini)
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas 🙂

Emas yang sesuai digunakan untuk teknik ini ialah emas fizikal seperti barang kemas, gold bar dan gold coin.

Huraian teknik 2. Pajak emas dan beli lebih banyak emas

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie. 
    No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli
    untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda
8. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas 🙂

p/s: Kalau rasa susah nak paham teknik nie, sila baca details kat sini:

http://www.knizambiz.com/teknik-pelaburan-emas/bagaimana-saya-melakukan-teknik-pelaburan-jangka-pendek.html

Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah.

Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1.

Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu.

So pastikan ada tunai di tangan, just in case.

Tips lain: Bagaimana nak tahu masa terbaik untuk membeli emas?

Kalau anda tak tahu timing membeli emas, jangan risau..

tn_sembangSenang ajer… rajin-rajinlah jenguk kat ruangan sembang-sembang emas.

Kat sini tempat peminat-peminat emas bercerita, buat ramalan harga, bersoal jawab dan berinteraksi.

Sebab tu kalau saya tak update blog nie pun anda kena datang jugak 🙂

Kat sini anda boleh datang bersembang atau tengok kaki-kaki emas bersembang kat sini.

Antara  chartist yang glamour kat sini ialah Hafiz dan gldsnpr.

kalau tak sempat nak tengok diorang bersembang, anda boleh mengunjungi blog Hafiz kat sini untuk melihat analisis teknikal harga emas:
http://pampsuisse.blogspot.com/

Diorang nie murah ilmu. Orang yang murah ilmu nie murah rezeki.

 Kesimpulan:

1. Beli emas fizikal nie tak rugi, walaupun harganya tinggi
2. Emas fizikal nie banyak kali lebih baik dari membeli emas melalui akaun GIA
    atau Maybank GSPA.
3. Semakin tinggi ilmu anda, semakin banyak keuntungan yang anda akan perolehi
    ( emas + ilmu = banyak duit)
4. Rajin-rajinlah jenguk blog nie… in case ada tips-tips dari cikgu-cikgu.

Jika anda ingin membeli emas fizikal, anda boleh beli kat sini (klik).
Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh lawati forum jutawanemas.
dan jika anda ingin menghubungi saya, anda boleh menggunakan form ini (klik).

Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada website ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas 🙂

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas