Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Archive for August, 2009

E-book – Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Tuesday, August 25th, 2009
Nota 1: PERCUMA!! satu topik penuh ebook ini saya hadiahkan kepada anda.
Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas -Teknik-teknik Menjana Kekayaan
dengan Emas Dibongkarkan (klik sini untuk mendapatkan 1 topik PERCUMA)
________________________________________________________________________

coverAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan penuh tenaga.

Baiklah… sekarang saya ingin membuat sedikit pengumuman.

E-book saya telah siap ditulis dan dibuka untuk jualan sekarang.

(p/s: ebook adalah produk digital yang boleh di muat turun serta -merta dan dibaca kat komputer)

Tajuknya ialah:

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas Dibongkarkan.

Saya amat gembira kerana akhirnya saya dapat berkongsi ilmu ini dengan anda di dalam bentuk yang lebih mantap.

Bagi mereka yang membaca dan mengikuti blog jutawanemas ini, saya pasti ianya begitu informatif dan banyak membantu anda.

Namun, kehadiran e-book ini akan lebih membantu mempercepatkan kefahaman anda mengenai pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan daripadanya.

Siapakah yang patut membeli e-book ini?

E-book ini patut dibeli oleh:

1. Mereka yang ingin mengetahui keistimewaan emas
2. Mereka yang inginkan panduan bagaimana memilih emas pelaburan terbaik
3. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan dengan emas
4. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjadikan emas sebagai perniagaan
5. Mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang bijak
6. Mereka yang inginkan mendapat bimbingan daripada pakar emas

Apa keistimewaan pembelian e-book ini?

1. Anda akan diberikan keahlian emas (gold membership) di blog jutawanemas.
   Keahlian ini sah untuk tempoh 6 bulan.  Banyak keistimewaan ahli nie:

2. Sepanjang tempoh 6 bulan ini juga anda akan mendapat update e-book ini secara
    percuma. Ini kerana e-book ini akan diupdate dari masa ke semasa sehingga ia
    menjadi sangat komprehensif.

3. Sebagai ahli anda akan menjadi orang pertama mendapat laporan-laporan khas
    daripada saya. Laporan ini biasanya berkaitan kajian kes pelaburan emas.

4. Di dalam ruangan ahli anda boleh bersoal jawab dengan saya jika anda perlukan
    maklumat tambahan. Ahli akan mendapat keutamaan dari segi bantuan. 

5. Ahli akan mendapat diskaun bagi seminar pelaburan emas yang akan saya buat.

6. Anda bukan sahaja mendapat e-book saya tetapi juga mendapat e-book
   Emas-Emas Yang Hilang  tulisan Abd. Hafiz Wasa PERCUMA.

Jadi anda mempunyai 2 e-book akan membantu anda membuat pelaburan emas yang menguntungkan.   

Berapa Harga Kedua-dua ebook ini?

Harga bagi kedua ebook ini serta semua kelebihan diatas adalah RM80 sahaja.

Untuk membeli ebook-ebook ini, anda boleh bank in ke dalam akaun saya samada:

1. Maybank 554110101693 Jutawanemas Trading
2. CIMB 04060067201528 Syukor bin Hashim
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

Setelah membuat pembayaran, anda boleh sms saya 013-3819901 atau menggunakan contact form (klik sini)

p/s: Untuk mendapat ebook dengan lebih pantas, sila SMS nama dan emel anda kepada saya selepas membuat bayaran.

2_ebook

Bagaimana dengan pembeli e-book versi 1?

Jika anda merupakan pembeli e-book Emas-Emas Yang Hilang karangan saudara Abd Hafiz, maka anda akan mendapat e-book ini secara PERCUMA. Sila berhubung dengan admin rahsia emas, saudara Jamal atau saudara Abd Hafiz. Mereka akan berikan anda access kepada keahlian emas.

Apakah rahsia pelaburan emas yang pertama?

Rahsia pelaburan emas yang pertama ialah:

Anda  perlu mendapat ilmu yang betul berkenaan pelaburan emas. Emas/kekayaan akan datang pada orang yang berilmu.

Sebaliknya emas/kekayaan hilang daripada orang yang tiada ilmu.

Jadi, membaca e-book ini merupakan jalan pantas mendapat ilmu yang betul mengenai pelaburan emas.

Ucapan Terima Kasih.

teamSaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team Rahsia Emas iaitu saudara Jamal dan Abd. Hafiz diatas bantuan yang diberikan.

Dengan bantuan mereka saya telah berjaya menyiapkan e-book ini dengan lebih awal.

Terima kasih ye..

Kesimpulannya.

1. Langkah pertama anda di dalam pelaburan emas akan menjadi lebih mudah dengan
    membaca e-book ini. Ia dijamin membantu anda.

2. Kemudian anda perlu praktikkan segala ilmu yang ada di dalam e-book ini.

3. Kemudian anda sentiasa perlu menambah ilmu di dada.  Kerana semakin banyak
    ilmu anda… semakin hebat diri anda.

Ok then, selamat menimba ilmu emas.

syukor


Syukor Hashim

Penulis e-book “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”
Admin Jutawanemas.com
sms: 013-3819901
24/8/2009
.

.
p/s: Anda boleh klik recommend button kat bawah untuk menyebarkan
maklumat ini di Facebook. Terima kasih
.

Memajak Jongkong Emas Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat

Thursday, August 20th, 2009

ar_rahnu_bank_rakyatAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda sihat sejahtera. Saya kat sini sibuk banyak.

Untuk pengetahuan anda semua saya telah dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia”.

Kertas kerja ini akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Tempatnya di Auditorium, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Tarikhnya  pada 27 Ogos 2009. Anda dijemput hadir.

Kalau nak tahu details event nie anda boleh  (klik sini). 

Jika anda berminat membaca kertas kerja saya then anda boleh download kat sini:

Kertas Kerja Penuh Sedinar09 UKMBagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia (klik)

Baiklah, untuk posting kali ini saya akan menceritakan pengalaman memajak gold bar Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Ini kerana saya dapati ramai orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza apabila pergi memajak gold bar Public Gold.

Jadi disini saya ingin berkongsi pengalaman saya pula.

Saya pajak pada 18/8/2009.

Tujuan saya memajak gold bar Public Gold.

1. Untuk melihat samada gold Bar Public Gold diterima di Ar-Rahnu Bank Rakyat
2. Menguji berat dan ketulenan Public Gold
3. Saya perlukan modal cepat untuk rolling balik
4. Melihat samada boleh buat pinjaman Ar-Rahnu bank Rakyat sehingga RM100,000
   (sebab saya dah dapat pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat RM45 900 sebelum nie)

Gold bar yang dipajak.

Saya memajak 5 x 100 gram gold bar Public Gold (jumlah semua 500 gram)

public_gold_gold_bar_5pcs_100gram
5 keping Gold Bar Public Gold 100 gram yang dipajak

Proses memajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Sampai ajer kat Bank Rakyat saya terus tengok berapa harga emas Ar-Rahnu pada hari tersebut.

Mudah jer.. tengok kat papan elektronik. Anda boleh lihat jenis emas serta nilai gadaian pada hari tersebut dan juga rate pada hari sebelumnya.

Ar_Rahnu_Bank_Rakyat_electronic_display
Jenis emas dan nilai pajakan akan dipaparkan di papan elektronik.

Kemudian saya pun masuk ke dalam bilik Ar-Rahnu tersebut.

Soalan pertama saya kat pegawai Ar-Rahnu “Boleh ke saya pajak gold bar Public Gold?”

Jawapan yang diberikan “Ya, boleh. ” jawab pegawai Ar-Rahnu Bank Rakyat tersebut.

So.. pembaca semua.. Ar-Rahnu Bank Rakyat menerima gold bar Public Gold.
No problem.

Gold bar yang tidak diterima adalah daripada Etika Emas, Bestino dan Geneva. Ini kerana syarikat-syarikat ini sedang di dalam siasatan Bank Negara.

Menguji berat dan ketulenan gold bar Public Gold.

Kelima-lima gold bar tersebut diuji berat dan ketulenan menggunakan mesin Precious Metal Tester model GK300. Mesin nie memang sensitif kepada getaran dan tekanan.

precious_metal_tester
Gold bar Public Gold yang ditimbang.

Hasil ujian timbang berat:

1 keping dapat 100.01 gram
3 keping dapat 100.00 gram
1 keping dapat 99.99 gram

So, sisihan piawai untuk timbang berat ialah 0.01 gram.
Jumlah berat kesemua gold bar ialah 500 gram.

Perfect!!

Hasil ujian ketulenan (timbang isipadu).

Selepas diuji, kesemua lima keping gold bar Public Gold memberikan bacaan 24K/999.9

Perfect!!

ujian_ketulenan
Bacaan dari mesin akan dipindahkan secara automatik kedalam sistem komputer.

proses_pajak
Selesai ujian berat dan ketulenan, semua gold bar disimpan Ar-Rahnu.

Selepas semua proses menguji berat dan ketulenan selesai, saya diberikan surat pajak.

Ini suratnyer…

surat_pajak_small
Surat pajak emas Public Gold. Klik untuk besarkan.

jadual_berat_dan_ketulenan
Jadual berat, ketulenan dan nilai marhum gold Bar Public Gold.

Hasil pajakan yang diterima:

Dengan menggadaikan 500 gram gold bar Public Gold saya telah memperolehi pinjaman sebanyak RM41 300.

Ini pengiraannya:

Nilai marhum 500 gram emas tersebut adalah RM63 540.00
Jadi pinjaman 65% pula berjumlah RM41 300.00
Upah simpan bulanan = RM480.47
Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM2882.80

Kesimpulannya.

1. Anda boleh memajak emas dan meminjam wang sehingga RM100,000 daripada
   Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yes!!

2. Gold bar Public Gold boleh dipajak di Bank Rakyat. No problem

3. Gold bar Public Gold memang dijamin berat dan ketulenannya. Kalau kurang
   0.01 gram tu boleh dikira sebagai sisihan timbang. Public Gold memberi jaminan
   membeli mengikut berat seperti di dalam sijil gold bar tersebut.

4. Nilai pinjaman adalah berdasarkan kepada nilai semasa emas. Jadi, semakin
   lama kita menyimpan emas, nilainya semakin naik dan nilai pinjaman Ar-Rahnu
   juga semakin bertambah.

5. Emas sangat mudah ditunaikan. Proses gadai nie kurang dari setengah jam.

6. Emas fizikal adalah jauh lebih baik berbanding akaun simpan emas. Sebab anda
   boleh gadaikan emas fizikal tanpa perlu menjualnya.

7. Kalau anda pergi gadai emas dan bacaan mesin kurang dari sepatutnya, 
   saya cadangkan anda pergi kat tempat lain. Kekadang mesin yang problem.

p/s:  Jika anda berminat mendapatkan gold bar Public Gold, anda boleh membelinya daripada agen yang berhampiran tempat anda. (klik sini)

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)

Ok then. Selamat membuat pelaburan emas.

Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.

Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd : Mengapa Pelabur Mengalami Kerugian?

Monday, August 10th, 2009

maklumat_lanjut
________________________________________________________________________
kajian_kes_etika_emasAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya di sini sibuk banyak. Sekarang nie tengah sibuk buat research pasal pelaburan emas. InsyaAllah kalau takder aral melintang hujung bulan ini saya dah boleh keluarkan e-book saya sendiri :)

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi maklumat kajian kes skim pelaburan emas yang dijalankan oleh Etika Emas Estet Sdn Bhd.

Dalam kes ini saya akan menerangkan kaedah pengiraan kerugian pelabur-pelabur skim Etika Emas Estet dan kenapa kerugian tersebut berlaku.

Follow-up posting yang lepas.

Di dalam artikel yang lepas, saya ada meminta pelabur-pelabur yang bermasalah dengan skim pelaburan emas untuk menghubungi saya.

Niat saya ialah untuk membantu menilai jumlah kerugian yang dialami serta memberikan penyelesaian bagaimana nak meminimakan kerugian.

Saya telah menerima 29 e-mail daripada pelabur yang menyertai skim pelaburan emas.

Kesemuanya daripada pelabur Etika Emas Estet Sdn. Bhd.

Jadi saya membuat keputusan untuk memaparkan cara mengira untung rugi bagi pelabur Etika Emas.

Ini adalah bagi kes Ar-Rahnu.

Bagaimana mengira kerugian/keuntungan anda?

Untuk membuat pengiraan anda perlukan maklumat-maklumat berikut:

1. Berapa nilai marhum emas yang dipajak
2. Nilai pinjaman Ar-Rahnu
3. Upah simpan bulanan
4. Jumlah upah simpan (setelah 6 bulan)
5. Tarikh tamat kontrak
6. Berapa harga emas ketika dibeli dengan Etika Emas
7. Berapa harga emas yang boleh dijual (kepada pihak ketiga)

Contohnya:
En. A melabur 100 gram (1 +1) pada 17/6/2009  dengan kos RM13 296

- Tarikh masuk program = 17/6/2009
- Tarikh tamat = 17/12/2009
- Jumlah emas yang dipajak = 200 gram
- Nilai marhum = RM25 326
- Nilai pinjaman = RM16 460
- Upah simpan sebulan = RM191.51
- Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM1149.04
- Kos kontrak = RM100
- Harga belian Etika Emas = RM13 296 (termasuk 5% brokerage fee)
- Harga emas dijual kepada pihak ketiga = RM10500/100 gram (harga pada 10/8/2009)

Pengiraan untuk En. A:

Jika menggunakan pihak ketiga untuk menebus emas (pada bulan 8/2009) , maka pengiraan untung rugi adalah seperti berikut:

Bayaran yang diterima = RM10 500 x 2 ketul
= RM21 000 –>

ditolak semua kos-kos dibawah
(- ) RM16 460 –> nilai pinjaman Ar-Rahnu
(-) RM383.12 (upah simpan 2 bulan, sehingga bulan 8 sahaja)
(-) RM100 (kos kontrak etika)
Baki ditangan = RM4056.88

Jumlah modal ketika menyertai pelaburan = RM13 296
Jumlah modal yang dapat diselamatkan = RM4056.88
Jumlah kerugian = RM9239.
Peratus kerugian = 69.48%

hmm… banyak juga kerugian En. A.

Lebih kurang 70% modal beliau telah hangus.

Disclaimer:

Jumlah keuntungan dan kerugian pelabur Etika Emas tak sama antara seorang pelabur dan pelabur yang lain. Kat sini saya cuma mengira kerugian bagi kes encik A.

Sekiranya anda tergolong didalam kategori yang dah untung.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.

Bagaimanakah cara meminimakan kerugian?

Setelah anda membuat pengiraan dan mengetahui jumlah kerugian yang perlu ditanggung, maka anda boleh mengambil tindakan-tindakan alternatif seperti :

1. Biar pihak ketiga uruskan penebusan. Anda boleh terima hakikat yang anda telah
   rugi. Kalau simpan pun menyakitkan hati jer..

2. Biar aje dalam Ar-Rahnu sehingga kontrak hampir tamat. Anda boleh tunggu
   harga emas naik supaya boleh jual tinggi kepada pihak ketiga.
   (p/s: anda masih perlu membayar semua upah simpan kat Ar-Rahnu)

3. Kalau kontrak dah nak expired, anda boleh bayar upah simpan sahaja
   dan sambung kontrak lagi 6 bulan (andaian harga akan naik lebih tinggi nanti).
    Harap-harap anda akan dapat harga yang lebih baik lah..

4. Tebus sendiri dan simpan semua emas-emas tersebut sendiri (kalau ada modal)

5. Biar habis kontrak dan emas tu kena lelong. Kalau lelong dapat harga tinggi nanti
    Bank Rakyat akan pulangkan lebihan wang kat anda (ini alternatif terakhir lah..)
    Kalau dibuatnyer orang tak beli emas lelong anda, jatuh rugi lah jugak..

Mengapa pelabur rugi banyak?

Berdasarkan analisa saya, pelabur Etika Emas mengalami banyak kerugian disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Harga emas yang dijual oleh Etika Emas lebih tinggi berbanding harga pasaran.
    Jadi apabila masalah berlaku, pihak Etika Emas tidak mampu membeli semula pada
    harga yang dijanjikan di dalam kontrak ( -2%) sebaliknya emas tersebut terpaksa
    dijual kepada pihak ketiga pada harga yang rendah.

2. On top of that, ada cas 5% brokerage fee ke atas harga jualan emas Etika Emas
    menyebabkan kos yang ditanggung pelabur lebih tinggi.

3. Semua wang gadaian diberikan kepada Etika Emas.

4. Pelabur terpaksa menanggung upah simpan di Ar-Rahnu
    (sebab akaun Etika Emas kena freez dengan Bank Negara)

5. Hibah bulanan daripada Etika Emas dah tak dapat.

6. Emas tersebut terpaksa dijual pada harga diskaun kepada pihak ketiga.
    Ini kerana tiada siapa yang hendak membeli emas tersebut pada harga Etika Emas.

7. Kalau buat personal loan dengan bank, maka kena tanggung interest.
     Ini adalah kerugian dalam jangkamasa panjang. Kalau campur dengan kerugian
     interest loan, memang lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur.

Apakah pengajaran daripada peristiwa ini?

Well, saya rasa ramai pelabur yang sudah serik nak menyertai skim-skim pelaburan emas. Ini kerana skim pelaburan emas dilihat mempunyai risiko yang tinggi.

Siapa sangka syarikat-syarikat ini akan diserbu dan disiasat oleh pihak berkuasa.

Namun begitu jangan jadikan pengalaman pahit ini sebagai penghalang daripada anda membuat pelaburan emas.

Pelaburan emas memang sangat menguntungkan, tapi ia perlu dilakukan dengan betul.

Kalau nak tahu pasal kaedah pelaburan emas yang betul, anda kena ikuti blog juwawanemas nie. Saya akan ceritakan bagaimana cara membuat pelaburan emas yang sebenarnya.

By the way, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua. Ini saya perolehi daripada buku Robert Kiyosaki yang bertajuk “The REAL Book of Real Estate. Real Expert. Real Stories. Real Life.

robert_kiyosaki_book

Didalam buku tersebut, salah seorang penulisnya telah menceritakan pengalaman peribadi beliau sebelum berjaya.

Katanya “Kejayaan bukanlah datang di dalam bentuk garis lurus; ia adalah siri perjalanan dan perhentian, naik dan turun

i_thought2

Tapi itu bukanlah realitinya.

Ini sebenarnya perjalanan ke arah kejayaan:

reality_of_success1

Jika kita terus bersabar, berani belajar dari kesilapan dan sentiasa tabah.

Dan yang penting sekali ialah menimba ilmu pengetahuan sebelum membuat sesuatu.

Kita akan berjaya. InsyaAllah.

Mari berkongsi pengalaman.

Ok, kat sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Perjalanan mencari kekayaan saya sebijik macam graf zig zag kat atas tu.

Ada ketikanya dapat untung banyak.. lepas tu kena scam, kena tipu dengan janji palsu dan banyak lagi. Berpuluh ribu jugaklah abis..

Semua tu menyebabkan saya lebih berhati-hati.

Nak kumpul duit memang susah.. nak hilang duit senang ajer…

Jadi saya telah berjanji kepada diri saya sendiri.. sebelum saya berbuat sesuatu, saya akan pastikan yang saya mendalaminya terlebih dahulu.

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini :) 
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook