Ebook

Archive for September, 2009

Pembentangan Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar

Thursday, September 10th, 2009

buku_seminar_dinar_2009Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya disini.. Alhamdulillah sibuk banyak. Maklumlah bulan Ramadan nie.. banyak betul aktiviti yang dibuat sampai tak menang tangan.

Walau apapun, saya berdoa agar keberkatan bulan Ramadan akan memberikan limpah rahmat daripada Allah SWT kepada kita semua. Amin

Untuk pengetahuan anda semua , pada 27 Ogos 2009 lalu saya telah dijemput untuk membuat pembentangan kertas kerja di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar.

Seminar ini bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Seminar yang dianjurkan oleh Dinar Research Group – UKM ini bertujuan menyoroti sejarah perkembangan wang dinar sejak awal Islam sehingga zaman Uthmani serta membincangkan banyak aspek-aspek berkaitan kelemahan sistem wang fiat serta menyediakan pelan strategi bagi mengaplikasikan wang dinar bagi negara-negara Islam.

gambar_ilim
Institut Latihan Islam Malaysia – Bangi

Majlis ilmu yang berfaedah.

Seminar seperti ini adalah majlis ilmu yang sangat berfaedah. Banyak ilmu yang boleh diperolehi melalui seminar ini. Jika ada seminar seumpama ini di masa hadapan, saya cadangkan anda mengambil peluang untuk menyertainya. InsyaAllah ilmu yang mencurah-curah datang akan memberikan kesan kepada anda.

Anda takkan tahu apakah ilmu yang akan meresap ke dalam jiwa anda apabila menghadiri majlis ilmu seperti ini.

Saya just nak berkongsi 1 kata-kata bestari:

 “Knowledge is never a lialibility, always an asset

Pembentangan kertas kerja saya.

Di dalam seminar ini, saya membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”.

Kertas kerja ini boleh dibaca di dalam buku prosiding seminar ini. 

 kertas_kerja
Kertas kerja saya di dalam buku prosiding seminar.

p/s:  Anda boleh beli buku Prosiding Seminar Dinar 2009 dengan menghubungi 012-9332448 (En Safuan), 0193-610096 (Cik Najihah) atau 03-89215558 (Sekretariat SEDINAR 09). Harga termasuk bayaran pos: RM70 senaskhah

Pengalaman menjadi pembentang kertas kerja.

Pengalaman membentangkan kertas kerja dan berkongsi ilmu berkenaan pelaburan emas amat menyeronokkan.

Ini kerana saya telah mendedahkan kepada peserta seminar cara-cara pratikal untuk membuat pelaburan emas di Malaysia.

Ia sedikit sebanyak membantu para peserta memulakan  pelaburan emas mereka dengan cara yang paling tepat.

ebook_pelaburan_emasUntuk pengetahuan anda sekalian, kebanyakan maklumat yang dibentangkan di seminar ini diambil daripada e-book saya iaitu “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas“.

Saya yakin kualiti maklumat yang terdapat di dalam ebook ini boleh membantu peserta seminar memahami:

1. Mengapa kita perlu menyimpan emas
2. Bagaimanakah cara membuat pelaburan emas di Malaysia
3. Perbezaan diantara pelaburan emas dan menyertai skim-skim pelaburan emas

Jika anda berminat mendapatkan ebook saya, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)

 Gambar-gambar seminar

Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar ILIM dan seminar berkenaan 🙂 

  seminar_dinar_2009_opening
Gambar ketika sesi perasmian program seminar 

 barisan_pembentang
Gambar saya bersama 2 pembentang kertas kerja yang lain.  

seminar_dinar_2009
Gambar saya membentangkan kertas kerja.

seminar_dinar_2009_1
Semasa menerangkan kenaikan nilai emas dan kejatuhan nilai duit kertas 

peserta_seminar_dinar_2009
Gambar peserta-peserta seminar

seminar_dinar_2009_3
Saya menerima sijil penghargaan dan cenderamata daripada penganjur.

Perancangan selepas ini:

Alhamdulillah, pengalaman membentangkan kertas kerja seminar di ILIM memberikan satu pengalaman baru.

InsyaAllah selepas ini saya akan membuat sesi seminar berkenaan pelaburan emas untuk orang ramai pula. Sekarang nie saya tengah study teknik-teknik memberikan latihan yang berkesan.

Selain itu, saya juga di dalam proses mengeluarkan buku berkenaan pelaburan emas.
Target tahun depan.  Doakan saya ok!

Kesimpulan.

1. Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan seminar yang penuh ilmu.

2. Kepada pembaca sekalian, cuba luangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu
    seperti ini. Banyak manfaatnya.

3. Ilmu itu adalah aset bagi manusia. Menjadi orang yang mengetahui itu jauh
   lebih baik dari menjadi orang yang tidak mengetahui.

4. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas