Ebook

Archive for December, 2009

Temui Dato’ Salleh Majid di Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas – 16 Januari 2010

Tuesday, December 29th, 2009
Nota admin: Seminar ini telah selamat dijalankan. Terima kasih kepada
mereka yang hadir.
________________________________________________________________________

tn_seminar_adsAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya kat sini, macam biasa lah.. sibuk dengan membaca, research dan aktiviti seminar peluang perniagaan emas Public Gold.

Sambutan orang ramai terhadap seminar dari Putrajaya, Sungai Petani, Butterworth, Kota Bharu dan Kuala Terengganu sangat menggalakkan.

Klik sini kalau nak tengok gambar (klik). So, saya penat sikitlah sekarang nie.. tapi happy 🙂

Baiklah, untuk pengetahuan anda, salah satu daripada rancangan TV yang berjaya memberikan kesedaran mengenai kepentingan pelaburan emas ialah rancangan Bijak Wang yang ditayangkan di TV3 (tayangan  pada 7 November 2009)

Topiknya ialah pelaburan emas.

Panel istimewa yang diundang  bagi  menjelaskan topik ini ialah Dato’ Mohd Salleh Abdul Majid (www.sallehmajid.com).

dato_salleh_bijak_wang

Beliau merupakan bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (sekarang dipanggil Bursa Malaysia). Dato’ Salleh Majid telah menjadi presiden BSKL selama 19 tahun ( daripada tahun 1984 sehingga 2003).

Di dalam rancangan tersebut Dato’ Mohd Salleh menyebut harga emas telah mengalami kenaikan harga sebanyak 250% sejak 5 tahun lepas.

harga_emas_5_tahun

Harga emas pada 4/1/2005 = USD426.80/Oz
Harga emas pada 6/11/2009 = USD1095.00/Oz
sumber rujukan: http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Jadi, sekiranya pelabur boleh membuat perbandingan antara pulangan amanah saham/fixed deposit dengan emas maka emas dilihat lebih menguntungkan.

Walaupun pulangan daripada pelaburan emas adalah tinggi, namun kesedaran terhadap pelaburan emas di kalangan rakyat Malaysia masih begitu rendah.

Dato’ Salleh turut menceritakan mengenai emas pelaburan yang terbaik iaitu wafer/jongkong 999.9 dan waktu terbaik membeli emas ialah pada bila-bila masa sahaja. Tak perlu tunggu harga emas turun.

Pelabur juga perlu mempunyai ilmu yang betul bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian. Ini boleh terjadi jika seseorang menjual emas/barang kemas kepada kedai emas dan akan dipotong sehingga 40% daripada harga emas semasa.

Nak jumpa Dato’ Salleh Majid?

me_and_dato_salleh
Gambar saya dan Dato’ Salleh Majid

Untuk pengetahuan anda saya telah mendapat peluang berjumpa face to face dengan Dato’ Salleh Majid. Jadi saya ambil peluang ini untuk menimba ilmu dan bertukar-tukar pandangan mengenai masa depan emas, situasi ekonomi dunia dan juga pasaran saham.

Memandangkan Dato’ Salleh merupakan pakar di dalam bidang pelaburan dan juga saham, memang best dapat berjumpa beliau 🙂

Nanti saya akan tulis satu artikel pasal pengalaman saya berjumpa dengan Dato’ Salleh Majid.

Bila anda boleh berjumpa Dato’ Salleh Majid?

Anda berpeluang berjumpa beliau pada 16 Januari 2010 nanti. Ini kerana Dato’ Salleh Majid akan menjadi penceramah di dalam seminar yang dianjurkan oleh Public Gold.

seminar_ads

Tema seminar tersebut adalah: Krisis Kewangan dan Peranan Emas.

Dato’ Salleh Majid akan membuat pembentangan yang bertajuk  “Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan”

Anda akan berpeluang mendengar dan bersoal jawab dengan Dato’ Salleh.

Maklumat lanjut seminar ini adalah seperti berikut:

seminar_emas_ads

 

 

 

 

.

Bagi mereka yang minat mendapatkan ilmu mengenai emas. Saya nasihatkan anda menghadiri seminar ini.

Jika anda berminat menghadiri seminar ini, sila hubungi saya melalui contact form disini (klik sini) atau sms 013-2126999/013-3819901. Untuk maklumat pembayaran, sila rujuk kat cara-cara mendaftar seminar kat bawah.

Memandangkan tempat yang terhad kepada 500 tempat, maka sesiapa yang berminat perlu mengambil tindakan cepat untuk booking tempat.

Senarai penuh penceramah dan topik seminar.

Selain daripada Dato’ Salleh Majid, terdapat ramai lagi pakar-pakar yang akan turut hadir memberikan ceramah di dalam seminar ini.

Antaranya ialah:

dato_salleh
YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid
Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
(sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)
Tajuk: Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan

 

dr_kameel
Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
Faculti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk: Ekonomi Dunia 2010 Dan Emas

 .
.

louis_ng

Louis Ng.
Pengerusi Eksekutif,
Public Fine Gold International Sdn Bhd
Tajuk: Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?

 
.

nik_mahani
Nik Mahani Mohamed
Pengarah Eksekutif,
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Tajuk : Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini

 

syukor
Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com 
Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

 

 Cara-cara mendaftar seminar ini.

Jika anda berminat menyertai seminar ini, sila ambil langkah-langkah berikut:

1. Bank-in yuran pendaftaran RM50 ke dalam salah satu akaun berikut:

1. Maybank 554110101693 Jutawanemas Trading
2. CIMB 04060067201528 Syukor bin Hashim
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

2.  E-mailkan bukti pembayaran kepada admin@jutawanemas.com ataupun melalui
     contact form ini (klik sini) . Sertakan nama penuh, nombor telefon/email anda.

3. Selepas menerima bukti pembayaran, saya akan berikan pengesahan
    pendaftaran anda.

4. Selesai. Itu sahaja.

Kesimpulan:

1. Seminar yang julung kalinya dianjurkan ini sangat bermanfaat.
   Anda mesti menghadiri seminar ini jika berminat untuk mengetahui mengenai
   situasi ekonomi dunia dan juga peranan emas.

2. Bayaran RM50 nie memang sangat murah jika dibandingkan dengan jumlah
    ilmu yang anda akan perolehi. Berbaloi sangat.

3. Jika anda terlepas seminar nie… memang rugi sebab susah nak dapatkan
     penceramah-penceramah yang hebat-hebat ini ini dalam satu masa.

Ok then, semoga kita dapat berjumpa di dalam seminar ini 🙂

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.
Cuma masukkan emel anda ke dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
Ianya adalah FREE.

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Bulan Disember 2009

Sunday, December 13th, 2009
Nota admin: Jika anda merupakan pembaca blog yang baru dan masih blur
mengenai pelaburan emas dan cara nak memulakan pelaburan emas,
saya cadangkan anda baca semua artikel terdahulu (klik sini)
________________________________________________________________________

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera.

Saya disini.. Alhamdulillah, sihat seperti biasa, tetapi sangat sibuk dengan berbagai rutin harian.

Baiklah… untuk pengetahuan anda, saya mendapat banyak email dan pertanyaan daripada pembaca meminta agar diadakan kembali seminar  peluang perniagaan emas bersama Public Gold.

Rupanya ramai yang minat nak berniaga emas ye 🙂

Mula-mula tu ingat nak rehat kejap dari bagi talk pasal business emas nie.. tapi ramai yang bertanya bila lagi nak buat seminar.

Tambahan pula harga emas sedang menurun sikit maka saya ambil keputusan untuk buat lagi seminar untuk bulan Disember.

Saya harap mereka yang terlepas dari mengikuti seminar ini bulan lepas agar ambil kesempatan untuk menghadiri seminar ini.

Bagi mereka yang ingin melihat sambutan terhadap seminar perniagaan emas Public Gold yang saya buat sebelum ini, anda boleh baca posting ini:

http://jutawanemas.com/v1/public-gold/gambar-gambar-seminar-peluang-perniagaan-emas-public-gold/

Memang hangat.

First sekali – seminar ini adalah PERCUMA/FREE.

Kali ini saya buat 6 negeri/tempat iaitu:

1. Putrajaya – dah selesai
2. Sungai Petani – dah selesai
3. Butterworth – dah selesai
4. Kota Bahru – dah selesai
5. Kuala Terengganu – dah selesai
6. Johor Bahru

Bagi orang negeri lain, sabar ye.. nanti kita jumpa 🙂

Isi kandungan seminar:

Seminar ini dikhususkan kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan emas melalui platform Public Gold.

Ia menjurus kepada pengenalan terhadap keistimewaan emas, Kenapa berniaga emas? dan Keistimewaan menjadi agen Public Gold

 Jadualnya adalah seperti berikut:

Jadual Seminar

Hari

Tarikh

Masa

Bandar

Tempat Seminar

Rabu

16.12.09

8 pm-10pm

Putrajaya

Auditorium 1, Pusat Kejiranan Presint 16

Sabtu

19.12.09

8 pm-10pm

Sungai Petani

Park Avenue Hotel

Ahad

20.12.09

8pm-10pm

Butterworth

Pearl View Hotel

Sabtu

26.12.09

8pm-10pm

Kota Bahru

Grand Riverview Hotel

Ahad

27.12.09

8pm-10pm

Kuala Terengganu

Ming Star Hotel

Sabtu

02.01.10

8pm-10pm

Johor Bahru

J. A. Residence Hotel

Alamat:

Putrajaya:
Auditorium 1,
Pusat Kejiranan Presint 16,
Putrajaya.

Sungai Petani:
Park Avenue Hotel
Jati room,Level 2
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

Butterworth:
Pearl View Hotel
Pearl 6 (Level 5)
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

Kota Bharu:
Grand Riverview Hotel
Dewan Congkak (1stFloor)
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988

Kuala Terengganu:
Ming Star Hotel
Dewan Tanjung 2 – Level 1
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666

Johor Bharu:
J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
Hall J.A. Residence
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000

Bagaimana menyertai seminar ini?

Jika berminat, anda kena booking seat dulu. Tempat adalah sangat terhad. Dalam 40-50 seats sahaja. So, siapa cepat dia dapat. Jadi, kalau anda berminat menyertai seminar ini anda perlu mengambil langkah-langkah berikut:

1. SMS nama penuh, nombor telefon dan lokasi pilihan seminar anda kepada saya 
   di talian 013-3819901. Anda juga boleh menggunakan contact form ini untuk 
   menghubungi saya (klik sini)

2. Jika anda bercadang membawa rakan, SMS nama rakan dan nombor telefon rakan
   supaya saya boleh reserved tempat.

3. Selepas menerima pendaftaran anda, saya akan confirmkan tempat anda.

4. Itu sahaja.

Ok then, harap berjumpa di seminar. Selamat menjadi tokey emas 🙂

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Cuma masukkan emel anda dalam kotak diatas sana. FREE ajer..

Beli Emas Sekarang- Harga Emas Boleh Mencecah USD2500/Oz

Wednesday, December 2nd, 2009

front_coverAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Saya kat sini sihat dan ceria seperti biasa, cuma terlalu sibuk dengan seminar, training dan kerja.

Tapi Alhamdulillah saya dapat luangkan masa untuk menulis artikel ini dan berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian.

Penting nie.. panduan apa yang patut dibuat bila harga emas meningkat dengan banyak. Beli atau tak beli?

Tapi sebelum itu, mari kita lihat prestasi harga emas sekitar tahun 2009. Berapa banyak harga emas dah naik?

Mari kita lihat gambarajah di bawah 🙂

Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Januari, maka kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak  37%

Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz

Sumber : www.lbma.org.uk (klik sini)

harga_emas_naik_37_peratus

Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie 🙂

Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.

Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.

Sejak awal saya menulis blog mengenai pelaburan emas, rata-rata persepsi orang ialah harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.

Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal 😛

Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal.

So, tak perlu dengar cakap orang lah nampaknya… kalau didengar alamat tak beli emas lah jawabnya.

Bila masa nak beli emas?

Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.

Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.

hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.

Kenapa harga emas boleh mencecah USD2500/Oz?

cover_depanBaiklah, saya ingin berkongsi maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk: The Trader’s Great Gold Rush – Must Have Methods for Trading and Investing in the Gold Market.

Buku ini ditulis oleh James DiGeorgia.

Beliau merupakan pengasas Gold and Energy Advisor (www.goldandenergyadvisor.com) dan merupakan pakar di dalam bidang pelaburan emas dan komoditi.

Bagi saya buku ini adalah diantara buku yang terbaik mengenai pelaburan emas.

Memang sangat informatif. Bagi sesiapa yang betul-betul berminat mengenai pelaburan emas, buku ini patut dimiliki. Anda boleh beli buku ini kat www.amazon.com

buku_emas
Gambar: Petikan belakang buku ini.

james-digeorgiaDi dalam buku ini, James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:

1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya
    akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
3. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik
    (perang atau ketidakstabilan politik)
4. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

.
Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas – bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.

Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.

Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″.

Mari kita lihat video dibawah.

Kesimpulannya:

1. Belilah emas sekarang. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini.

2. Jangan tunggu harga murah. Ada duit ajer terus beli emas.

3. Untuk kali kedua.. ada duit beli ajer emas

4. Untuk kali ketiga.. ada duit beli ajer emas

5. Kalau berminat membeli emas pelaburan Public Gold, sila klik sini (klik sini)

6. Jika ingin menjadi emas sebagai perniagaan, sila klik sini (klik sini)

7. Masih blur dengan pelaburan emas? Jika anda mahukan ilmu pelaburan emas, 
     anda boleh baca artikel terdahulu (klik) atau anda boleh beli ebook saya (klik)

8. Jika berminat mendengar seminar peluang perniagaan emas Public Gold
    tunggu pengumuman saya di dalam blog ini. Nanti saya letak.

9. Mahu menjadi orang pertama mendapat update blog ini? Jangan lupa 
    melanggan newsletter blog jutawanemas.com – ianya PERCUMA
    masukkan emel anda kedalam kotak di penjuru kanan blog ini.

10. Jika ingin membuat pertanya, sila hubungi saya melalui contact form (klik)

Ok then, selamat membuat pelaburan emas 🙂

.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas