Saturday, February 20th, 2010
Nota admin: Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold bulan March:
Lokasi: Bandar Sunway, JB ,Kota Bahru, Penang, Ipoh dan Perak,
Jika inginkan maklumat lanjut sila kilk sini (notice board)
________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya
Baiklah, disini saya ingin membuat satu pengumuman.
Public Gold akan menganjurkan majlis pelancaran Public Silver dan Public Jewellery bersempena pembukaan cawangan Public Gold Kuala Lumpur.
Oleh yang demikian, Public Gold ingin menjemput anda semua untuk hadir ke majlis pelancaran ini. Maklumatnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 28/2/2010 (Ahad)
Tempat: Dewan Sri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya.
Masa: 2.00 petang – 6.00 petang
Bayaran: FREE, makanan dan minuman disediakan.
Memandangkan tempat duduk adalah terhad, anda perlu membuat tempahan untuk hadir ke majlis pelancaran ini.
Untuk tempahan sila hubungi:
1. Katrina/Carmen: 03-5634 8999
2. Denise/ Cyrene: 04-2619999
3. Cheryl / Kay: 04-6449999
Apa yang istimewa di majlis pelancaran ini?
First sekali anda berpeluang melihat dan menempah jongkong perak 1 kilogram keluaran Public Silver
Pergh.. memang cun.. saya pun dah order seketul.

Jongkong Public Silver mempunyai sijil ketulenan daripada Assayer yang bertauliah iaitu Penang Assay Office Sdn Bhd.
Ini bagi menjamin mutu jongkong perak keluaran Public silver adalah setaraf dengan jongkong perak lain di peringkat antarabangsa.
Selain itu, anda boleh melihat harga jongkong perak ini di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my
Harga yang ditawarkan adalah mengikut harga perak antarabangsa.

Public Jewellery
Bagi peminat barang kemas, anda juga boleh melihat koleksi barang kemas keluaran Public Jewellery.
Banyak barangan Public Jewellery yang akan dipamerkan di majlis pelancaran tersebut.

err… ini bukan gambar sebenar koleksi Public Jewellery dan ini bukan model Public Jewellery
Kalau nak tengok gambar-gambar koleksi sebenar anda kena datang sendiri ke majlis pelancaran nie…
saya tak nak letak gambar-gambar tu kat sini.
hehehehe.. kasik suspen sikit.
Harga barang kemas Public Jewellery adalah mengikut harga emas semasa dan tiada kos workmanship.
Best tu.

Selain itu, terdapat penampilan istimewa duta produk Public Jewellery, Diana Danielle.
Diana Danielle, yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi popular tanahair akan membuat persembahan di majlis pelancaran ini.
Kesimpulannya.
Booking diari anda, datanglah beramai-ramai ke majlis pelancaran Public Silver dan Public Jewellery.
Ambillah kesempatan ini untuk melihat dengan lebih dekat Diana Danielle, jongkong perak 1 kg dan barang-barang kemas keluaran Public Jewellery.
Memandangkan masuk adalah percuma tapi tempat terhad, sila buat reservation terlebih dahulu. Telefon staf-staf Public Gold diatas.
Ok, jumpa di sana
Posted in Public Gold, event, pelaburan emas | 5 Comments »
Friday, February 19th, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya
Baiklah, kali ini saya akan bercerita berkenaan skim pelaburan emas yang dikatakan telah menipu sehingga RM25 juta.
Saya juga akan berkongsi maklumat dengan anda semua bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim-skim pelaburan emas.
Selain itu saya akan terangkan bagaimana membuat pelaburan emas dengan cara yang paling betul, selamat dan menguntungkan.
Cerita skim cepat kaya menggunakan emas.
Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.

Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas.
Memang menyedihkan apabila membaca berita seumpama ini.
Ini bukanlah kali pertama penipuan seperti ini berlaku. Kalau anda baca artikel saya yang terdahulu anda dapati dari tahun lepas lagi syarikat-syarikat yang menawarkan skim-skim pelaburan emas telah menipu atau diserbu oleh BNM.
Ramai pelabur yang rugi.
Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan.
Tetapi anda kena tahu cara membuat pelaburan emas yang betul.
Kalau tersalah langkah, anda boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.

Pelaburan emas yang betul maka anda akan tersenyum sebab untung.
Kalau masuk skim pelaburan emas alamatnyer pening kepala ler…
Membuat pelaburan dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas adalah cara yang paling tak selamat, paling tak teguh dan sangat tidak meyakinkan. Tak boleh tidur lena lah jawabnya.
Saya pernah menulis banyak artikel berkenaan pelaburan emas, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya. Saya juga membuat analisis kenapa pelabur skim pelaburan emas boleh mengalami kerugian yang banyak.
Anda boleh membaca artikel-artikel tersebut disini:
1. Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya
2. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas
3. Kajian kes Etika Emas – kenapa pelabur mengalami kerugian?
Kenapa orang masih memilih skim pelaburan emas?
Walaupun skim pelaburan emas telah menipu pelabur sejak Januari 2009, namun masih ramai yang masih terjebak dengan skim pelaburan emas.
Persoalannya mengapa?
Hasil kajian dan temubual saya dengan mangsa-mangsa skim pelaburan, jawapan mereka adalah:
1. Tamak – nak untung cepat
2. Tiada pengetahuan mengenai pelaburan emas
3. Mudah percaya kata-kata dan janji-janji manis penganjur skim.
Jadi, disini saya ingin memberikan panduan bagaimana mengelakkan skim-skim seperti ini.
1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi
(gunakan harga emas Public Gold www.publicgold.com.my sebagai benchmark)
3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat
untuk didagangkan.
4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu
diserahkan kepada syarikat
5. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan,
bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
6. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen
seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
7. Elakkan melabur jika anda perlu menyerahkan emas sekarang dan menunggu
beberapa hari untuk mendapat semula duit anda (bagi kes jualan semula).
Bagaimanakah cara membuat pelaburan emas yang sebenar?
Pelaburan emas yang sebenar ialah dengan cara membeli emas-emas pelaburan samada jongkong, syiling atau akaun simpanan emas bank. Contohnya syiling Kijang Emas, syiling emas UOB Bank, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold dan dinar emas Kelantan.
Anda tak perlukan janji-janji pulangan setiap bulan.
Bila harga naik, anda boleh jual emas tersebut untuk mendapat keuntungan.
Jika anda mahir, anda boleh menggunakan teknik-teknik manipulasi emas yang betul.
Ini membolehkan anda menjana lebih banyak keuntungan daripada emas anda. Semua ini anda boleh pelajari dengan membaca semua artikel terdahulu di dalam blog ini (klik sini).
Selain itu, cara termudah dan terpantas mendapat ilmu emas ialah dengan membeli ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”.
Anda tak perlu menghabiskan masa berhari-hari untuk membaca keseluruhan artikel di dalam blog jutawanemas nie.
Harganya RM80 sahaja.
Anda boleh membaca mengenai ebook saya kat sini (klik sini) .
Ia disusun dengan teliti agar memudahkan anda mudah memahami pelaburan emas dengan pantas.
Anda boleh praktikkan terus tips-tips pelaburan emas yang diceritakan di dalam ebook ini.
InsyaAllah pulangan yang diperolehi adalah berkali-kali ganda daripada modal anda membeli ebook ini.
Macammana kalau saya nak pulangan cepat?
Andaikata anda nak pulangan cepat daripada pelaburan emas, anda kena buat pelaburan emas + berniaga emas + buat teknik-teknik manipulasi emas.
Ilmu-ilmu ini saya boleh ajarkan kepada anda :)
Confirm memberikan pulangan dengan cepat dan selamat.
Jadi, kalau anda berminat untuk mengetahui peluang perniagaan emas, saya sarankan anda membaca artikel saya mengenai peluang perniagaan emas bersama public gold.
Jika anda menjadi agen di bawah network jutawanemas.com maka anda akan mendapat banyak kelebihan. Antaranya saya akan berikan material untuk memulakan business emas ini dan saya akan membimbing anda menjadi pelabur + usahawan emas yang berjaya.
Nama agen-agen Public Gold juga akan diletakkan di dalam blog ini (klik sini). Jadi anda dapat publisiti free lagi
Bacaan: Peluang perniagaan emas Public Gold (klik sini)
Bagaimana mengelakkan dari terjerumus ke dalam skim cepat kaya?
Selain daripada skim pelaburan emas, terdapat beribu-ribu lagi jenis skim pelaburan atau skim cepat kaya diluar sana.
Anda perlu pandai mengenalpasti ciri-ciri skim ini bagi mengelakkan wang dan harta anda terlebur.
Di dalam realiti, anda mesti pernah berjumpa dengan orang-orang yang terlibat dengan skim cepat kaya. Betul tak?
Saya sendiri pernah berjumpa orang yang kehilangan RM80k (duit personal loan) yang dilaburkan di dalam skim pelaburan internet dan forex dan seorang yang lain kehilangan RM100k ++ hasil duit jualan tanah kerana dilaburkan kedalam skim cepat kaya.
Memang malang.
Tanpa ilmu yang betul, ramai lagi yang akan menjadi mangsa.
Untuk mendapat maklumat mengenai skim cepat kaya, saya cadangkan anda menbaca buku karangan Azizi Ali MBA ChFC yang bertajuk “SCAM Buster – How to protect yourself from scams, get rich quick schemes and other unwordly investments.
Harga buku ini ialah RM29.90 dan boleh dibeli di kedai-kedai buku.
Di dalam buku ini banyak diterangkan tentang sejarah skim penipuan, skim Ponzi, piramid dan banyak pelaburan yang menipu.
Pembaca juga diajar bagaimana mengenalpasti skim-skim ini serta bagaimana melindungi diri anda daripada terjebak dengan penipuan-penipuan.
Azizi Ali memberikan contoh skim pelaburan internet Swisscash, Pak Man Telo, skim hadiah percuma, Nigerian 419, e-mail scam dan banyak lagi.
Saya recommend anda untuk baca buku ini.
Ini kerana penipuan yang berlaku diluar sana adalah terlalu banyak. Bukan setakat skim pelaburan emas, tetapi banyak lagi skim-skim pelaburan yang mencari mangsa.
Dengan ilmu yang betul maka akan sukar bagi kita untuk ditipu.
Kesimpulan:
1. Mulai hari ini, kita elakkan skim pelaburan emas dan skim-skim cepat kaya.
2. Pelaburan emas yang betul adalah selamat, teguh dan lumayan.
3. Kalau nak untung cepat anda kena jadi pelabur + berniaga emas di bawah
network jutawanemas. Saya akan membimbing anda.
4. Kalau nak ilmu emas dengan cepat, baca semua artikel bog jutawanemas
dan beli ebook saya (klik sini).
5. Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com. Ianya PERCUMA.
Cuma masukkan e-mail anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas
Posted in pelaburan emas, skim cepat kaya | 53 Comments »
Monday, February 8th, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bercadang nak tulis artikel pasal pembentangan kertas kerja seminar dinar emas di UKM pada 24 Januari yang lalu.
Memang best sebab dapat berjumpa dan berbicara dengan YB Dato Hj Hussam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan – seorang tokoh politik yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang dinar dan dirham.

YB Dato Hj Hussam Musa merupakan salah seorang pembentang di dalam seminar Dinar Emas 2010 ini.

tapi masa tak mengizinkan. Terlalu sibuk.
InsyaAllah akan update selepas ini
Seminar peluang perniagaan Emas Public Gold.
Baiklah, ramai yang sms saya bertanya bila lagi seminar perniagaan emas akan dibuat…. mungkin ramai orang dah tertarik dengan kilauan emas kot
Jadi kat sini saya nak inform yang saya akan membuat satu seminar peluang perniagaan emas Public Gold bertempat di pejabat Public Gold, Sunway hari selasa nie.
Kemudian, lepas raya Cina saya akan buat seminar di Kuantan dan Johor Bahru.
Ok, Tarikh dan masanya adalah seperti berikut:
Tarikh: 9/2/2010
Hari: Selasa
Masa: 8.00 malam sehingga 10 malam
Tajuk: Peluang perniagaan emas bersama Public Gold.
Alamat:
Tingkat 3 (atas Royal Safe Deposit Box)
Nombor 42A, Jalan PJS 8/6
Mentari Business Park
Bandar Sunway
Petaling Jaya
Selangor
Untuk tempahan tempat duduk (terhad 40 sahaja) sila SMS kepada 013-3819901 untuk mengesahkan kehadiran.
Peta lokasi.
Sila lihat peta dibawah (klik untuk besarkan)

Ok then, jumpa kat sana.
Kalau ada agen Public Gold yang nak datang berjumpa pun boleh…
lepas seminar kita gi minum
Posted in pelaburan emas | 106 Comments »