Ebook

Archive for March, 2010

Pengalaman Memajak Emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank

Friday, March 26th, 2010

ar_rahnu_agro_bankAssalamualaikum dan salam ceria. Apa khabar semua pembaca?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga ūüôā

Ramai yang bertanya kepada saya “Selain dari Bank Rakyat, di mana lagi saya boleh menggadaikan jongkong emas dan dinar emas saya?”

Ini kerana buat masa ini Bank Rakyat menghentikan seketika penerimaan jongkong emas dan syiling emas untuk digadaikan.

Jadi jawapan saya ialah “Kita boleh gadai kat Ar-Rahnu Agrobank”

Ini kerana Agrobank merupakan salah satu alternatif bagi mereka mereka yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.

Baiklah, untuk kali ini saya akan bercerita pengalaman menggadaikan emas di Ar-Rahnu Agrobank.

Kenapa Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas dan syiling emas?

Pegawai Bank Rakyat memaklumkan bahawa faktor utama mereka menghentikan penerimaan jongkong emas ialah kerana skim-skim pelaburan emas.

Skim-skim pelaburan emas ini menggunakan kemudahan Ar-Rahnu bagi menjalankan operasi mereka.

Pergh.. hebat betul penangan skim-skim pelaburan emas nie.

Jadi, bila Ar-Rahnu Bank Rakyat dah stop, maka pembeli gold bar dan dinar emas kena cari alternatif lain.

So, paling mudah ialah Ar-Rahnu Agrobank.

agrobank_melaka
Agro Bank Jalan Hang Tuah, Melaka 

Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?

Pada 4/3/2010 saya telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:

Ia termasuk:

Р 3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
–¬† sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
–¬† sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)

Tujuan saya menggadaikan produk-produk ini ialah:

1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.

Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:

1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak.

20gram
Jongkong emas Public Gold 20 gram

tn_5dinar_10_Dinar
5 dinar dan 10 dinar

Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.

Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Kesemua jongkong emas dan dinar emas Public Gold mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate.

Best ūüôā

5_dinar_berat
Berat 5 Dinar – tepat

10_dinar_berat
Berat 10 dinar – tepat

20gram_berat
Berat 20 gram x 3 keping – tepat

Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.

Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank.

tn_20gram_x_3pcs

Pengiraan.

Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.

Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.

Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.

Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram

Jadi, 60 gram x RM118.20 ¬†= RM7092¬† –> (ini adalah nilai emas)

Nilai pinjaman = 65% x RM7092
¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†= RM4609.80 –> dibundarkan kepada RM4600.00

Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00

Pengiraan upah simpan.

Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu 

Margin pinjaman

Upah simpan sebulan

 50% ke bawah  RM0.50 / 100 
 50.1% sehingga 60%   RM0.60 / 100
 60.1%  sehingga 70%  RM0.75 / 100

Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:

(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14

Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14

Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.

No problem.

Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?

Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.

Bagi kes saya, emas yang saya pajak di Agrobank ini telah saya tebus pada 25/3/2010 (pajakan 21 hari sahaja).

Jadi saya cuma kena bayar upah simpan sebanyak RM53.19 + RM4600 (pinjaman)

Mudah sahaja ūüôā

slip_tebus_pajak
Slip bayaran untuk menebus emas yang dipajak.

.

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.

Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:

1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.

1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
   jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
   dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

Ok then.. selamat membuat pelaburan emas ūüôā

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com - anda akan menjadi
orang pertama mendapat update daripada blog ini. Ianya PERCUMA.
Masukkan e-mail anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
p.s.s: Jika anda masih baru dengan pelaburan emas. Anda boleh membaca
artikel di dalam blog ini ataupun membeli ebook saya yang bertajuk
"Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"(klik sini).
Ini cara terpantas untuk mendapat ilmu emas.
.

Lagi Kisah Penipuan Skim Pelaburan Emas

Monday, March 22nd, 2010
Nota admin: Training untuk agen-agen Public Gold akan
diadakan pada hari Sabtu dan Ahad 27/3/2010 & 28/3/2010 jam 10 pagi
di PG Sunway outlet. Agen PG yang berminat sila SMS saya untuk booking
tempat (klik sini untuk maklumat lanjut)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhbar Harian Metro hari ini  memaparkan kisah skim pelaburan emas di Kuala Lumpur yang telah menipu 130 orang mangsa.

Saya sedih melihat riak muka mereka di dalam gambar di bawah sana.

Ada yang marah.. ada yang termenung…

pelabur_berang
Gambar: Pelabur yang menjadi mangsa skim pelaburan emas.

Jadi untuk artikel ini, saya akan membuat analisa apa sebenarnya yang berlaku.

Kita juga boleh belajar daripada kesilapan yang mereka.

Modus operasi syarikat.

Modus operasi syarikat sangat mudah.

Mereka menjual jongkong emas pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran (RM150/gram)

Namun pelabur tertarik untuk melabur kerana bagi setiap 100 gram yang dibeli, mereka dijanjikan pulangan tetap RM300 sebulan selama 8 bulan. Syarikat memberikan jaminan akan memulangkan modal mereka setelah tamat kontrak. 

Malangnya, sebelum tamat kontrak syarikat ini telah menghadapi masalah aliran tunai yang tidak mencukupi.

Anda boleh baca keseluruhan kisah tersebut di dalam keratan akhbar dibawah:

skim_pelaburan_emas

Apa yang berlaku selepas itu?

Syarikat tersebut hanya mampu membayar pulangan untuk beberapa bulan awal.

Selepas itu syarikat dah tak boleh bayar. Alasan yang diberikan ialah aliran tunai yang tidak mencukupi.

Jadi timbul persoalan kat sini.. takkan sebuah syarikat yang berniaga emas boleh menghadapi masalah aliran tunai??

Bukankah syarikat yang buat skim pelaburan emas nie sepatutnya kaya raya?

Analisa saya.

Berdasarkan pengalaman saya, syarikat yang membuat skim seumpama ini menjalankan skim ponzi (klik sini)

Mereka menggunakan wang daripada pelabur baru untuk membayar pelabur yang lama. Apabila bilangan pelabur baru berkurangan maka syarikat akan kekeringan dana untuk membayar pelabur yang sedia ada.

Akhirnya keseluruhan skim pelaburan akan runtuh.

Kesannya, ramai yang takut dan was-was bila mendengar perkataan pelaburan emas.

Sedangkan pelaburan emas adalah paling selamat, menguntungkan dan meyakinkan.

Sedikit pengiraan.

Dengan menjanjikan pulangan RM300 sebulan selama 8 bulan syarikat ini terpaksa memperuntukkan sekurang-kurangnya RM312 000 untuk belanja faedah sahaja (andaian 130 orang invest 100 gram).

Ini tak termasuk kos-kos tetap yang lain seperti sewa, elektrik, gaji pekerja, untung syarikat, kos belian dan penyimpanan emas dan lain-lain lagi.

Ini akan memberikan tekanan yang besar kepada syarikat untuk membayar pelabur. Sebab itulah syarikat skim pelaburan emas tidak boleh bertahan lama.

Kesimpulan.

Saya pernah menulis tentang pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.

Anda boleh baca kat sini:

1. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas
2. Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd. Kenapa pelabur mengalami kerugian.
3. Pelaburan emas yang betul vs. skim pelaburan emas

 Saya berharap perkongsian ilmu di dalam blog ini akan memberikan panduan yang terbaik bagi mereka yang ingin membuat pelaburan emas.

Elakkan menyertai skim-skim pelaburan emas.

p.s: Jika anda ingin mendapat ilmu pelaburan emas dengan cepat,
     sila dapatkan ebook saya "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"
     klik sini (klik)
p.p.s: Jadilah orang pertama mendapat update daripada blog ini.
     Langgan newsletter jutawanemas.com sekarang. Ianya PERCUMA.
     Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

p.p.p.s: Jika anda ingin membeli jongkong emas/dinar emas
     Public Gold, sila dapatkan daripada agen berhampiran (klik sini)
.

Sekitar Majlis Pelancaran Public Jewellery dan Public Silver

Saturday, March 6th, 2010

logo_pelancaranAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda sihat, ceria dan bertenaga.

Saya disini Alhamdulillah sihat sahaja ūüôā

Baiklah, kali ini saya ingin membawa anda ke sekitar majlis pelancaran Public Jewellery dan Public Silver yang telah dianjurkan pada 28/2/2010 yang lalu.

Tempatnya ialah di, Dewan Sri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya.

Majlis ini memang cukup meriah kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

kehadiran

Memang ramai yang datang… mungkin¬†sebab¬†datang nak melihat barang kemas Public Jewellery ataupun jongkong perak Public Silver.

launching_all_vip

Tambahan lagi majlis ini diserikan dengan kehadiran Datuk Danny Ooi, pengasas The Malaysian Book of Records dan Duta Public Jewellery Diana Danielle.

Di dalam majlis ini terdapat beberapa acara yang penting iaitu:

1. Pelancaran koleksi barang-barang kemas Public Jewellery
2. Pelancaran Public Silver
3. Penyampaian sijil The Malaysian Book of Records daripada Datuk Danny Ooi.

Pelancaran koleksi barang kemas Public Jewellery.

Di dalam majlis ini Public Jewellery, anak syarikat Public Gold telah melancarkan koleksi barang-barang kemas mereka.

Design bagi barang-barang  kemas tersebut adalah berdasarkan design Timur Tengah.

Memang cantik ūüôā

Antara kebaikan membeli barang kemas daripada Public Jewellery ialah:

1. Harganya adalah mengikut harga emas antarabangsa
2. Tiada kos upah (workmanship) dikenakan.
3. Susutnilai adalah 20 peratus sahaja (jika anda nak jual balik)
4. Dijamin mutu dan ketulenannya oleh Penang Assay Office Sdn Bhd.

Barang-barang kemas yang dikeluarkan terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

1. Subang dan pendant
2. Rantai leher
3. Rantai tangan

Ini adalah sebahagian daripada gambar barang kemas Public Jewellery ūüôā

design_pendant
pergh.. bersilau mata melihatnyer….

public_jewellery_pendant
Amacam…¬†cantik tak?

rantai_tangan_public_jewellery
Koleksi rantai tangan Public Jewellery

launching_diana_danielle_public_jewellery
Diana Danielle memperagakan barang kemas Public Jewellery

Anda boleh tengok semua design-design ini kat www.publicjewellery.com.my

launching_website_public_jewellery
Laman web Public Jewellery – www.publicjewellery.com.my

Jika hati anda teruja dengan barang-barang kemas ini, anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda dan order kat mereka.

Senarai agen Public Gold di seluruh Malaysia (klik sini)

Pelancaran Public Silver.

Public Silver – anak syarikat Public Gold telah melancarkan produk mereka iaitu jongkong perak 1 kg.

jongkong_perak_1kg_public_silver
Jongkong perak 1 kg keluaran Public Silver.

Bagi mereka yang berminat melabur melalui jongkong perak, ini adalah peluang anda.

Ini kerana jongkong perak keluaran Public Silver ini mempunyai ketulenan 999.9 dan di iktiraf oleh assayer yang bertauliah.

Setiap jongkong perak mempunyai sijil ketulenan.

Buat masa ini spread untuk jongkong perak adalah 20%. 

Namun Public Silver memberi jaminan bahawa spread ini akan dikurangkan dari masa ke semasa berdasarkan sambutan daripada pelabur.

Analisis kenaikan harga perak sepanjang 5 tahun lepas.

Pada 6/3/2006 – harga perak ialah 10.22 UDS/Oz
Pada 5/3/2010 – harga perak ialah 17.25 USD/Oz

Ini adalah kenaikan harga 40.7% dalam 5 tahun ( purata 8.14% setahun)

Harga jongkong perak ini adalah mengikut harga perak dunia. Anda boleh melihat harga jongkong perak ini di laman web www.publicgold.com.my

silver price

Jika anda ingin memiliki jongkong perak ini anda boleh menghubungi agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda dan order kat mereka.

Senarai agen Public Gold di seluruh Malaysia (klik sini)

Penyampaian sijil The Malaysian Book of  Record kepada Public Gold.

Majlis pelancaran ini dimeriahkan lagi dengan penyampaian rasmi sijil The Malaysian Book of Record daripada pengasasnya, Datuk Danny Ooi, kepada Louis Ng, Pengarah Eksekutif Public Gold.

Ini berikutan kejayaan Public Gold menghasilkan jongkong emas tempatan pertama di Malaysia yang diiktiraf mutu dan ketulenannya oleh assayer yang bertauliah.

launching_malaysia_book_of_record
Penyampaian sijil The Malaysian Book of Record kepada Public Gold

Anda boleh membaca mengenai perkara ini di dalam artikel saya disini (klik)

Duta Public Jewellery – Diana Danielle.

Public Jewellery telah melantik Diana Daniele sebagai duta bagi barang-barang kemas Public Jewellery.

Sebagai seorang artis yang cantik, popular dan meningkat naik, Diana Daniel memang sangat sesuai menjadi duta barang kemas ūüôā

diana_and_louis_ng
Diana Danielle dan Louis Ng ketika melancarkan barang kemas Public Jewellery

Di dalam majlis pelancaran ini, Diana Danieel memperagakan koleksi barang kemas Public Jewellery dan juga membuat persembahan.

Memang best ūüôā

launching_diana_danielle_modelling
Diana Danielle memperagakan barang kemas Public Jewellery

launching_diana_danielle_menyanyi
Diana Danielle membuat persembahan.

Acara-acara lain.

Antara acara lain yang dianjurkan ialah cabutan bertuah.

Tahniah kepada beberapa agen saya sebab memang hadiah besar ūüôā

Khairul sebab dapat 10 dinar, Pok Ya dapat 5 dinar dan Pok Li dapat 1 dinar… hehehehe.. menang rezeki korang nie dengan emas lah..

lucky_draw
Pemenang-pemenang cabutan bertuah

Selepas habis acara nie saya sempat bersembang-sembang dengan beberapa agen dan ambil gambar.

denga_pokli_dan_sebol
saya, pokli dan sebol.

suzie
bersama agen saya dari Bangi – suzie dan suami

Kesimpulannya.

1. Anda kini boleh membuat pelaburan emas dan perak melalui produk-produk
   keluaran Public Gold. Ini kerana Public Gold dan anak-anak syarikatnya telah
   mengeluarkan emas dan perak khusus untuk tujuan pelaburan.
 
   Produk Public Gold kini merangkumi:

   i. Jongkong emas dan Syiling Emas
   ii. Dinar Emas
   iii. Jongkong perak
   iv. Barang kemas

2. Selain membeli, Public Gold menawarkan peluang perniagaan kepada anda
   untuk menjadi agen mereka. Sebagai agen Public Gold, anda boleh menjual
   produk-produk Public Gold dan menjana pendapatan. Sila klik sini untuk
   mendapatkan maklumat mengenai peluang perniagaan emas Public Gold (klik)

3. Jika anda masih baru dengan pelaburan emas, anda boleh mendapat maklumat
   lanjut dengan membaca semua artikel saya (klik sini) atau pun mendapatkan
¬†¬†¬†ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini)¬†

4. Jika anda berminat menghadiri seminar peluang perniagaan emas bersama
   Public Gold, anda boleh dapatkan maklumat terkini di notis board (klik sini).

Ok then, selamat membuat pelaburan emas ūüôā

.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas