Ebook

Archive for April, 2010

Tambahkan Ilmu Emas Anda di www.kitco.com

Wednesday, April 21st, 2010

logoAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.

Saya kat sini Alhamdulillah sihat sahaja. Baru balik dari kunjungan ke Kelantan dan Terengganu.

Tujuan utama ke sana ialah untuk buat kajian mengenai industri emas, perak dan batu permata.

Saya telah meluangkan masa pusing-pusing sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Terengganu mencari kedai emas dan tokey emas 🙂

Memang best.

Kalau takder aral melintang, saya akan kongsikan dengan anda pengalaman saya disana.

Baiklah, untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat terkenal dengan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain iaitu www.kitco.com

Saya akan menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan maklumat dan servis yang ditawarkan oleh kitco. InsyaAllah pengetahuan anda mengenai emas, perak dan komoditi  akan lebih mendalam selepas membaca artikel ini.

Apa itu kitco.com?

Untuk pengetahuan anda, kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga. Pejabat mereka mereka letaknya di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika.

Laman web mereka sangat terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.

tn_kitco_website

laman web kitco.com

Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:

1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)

Ok, mari kita lihat satu persatu ilmu-ilmu ini:

1. Bagaimana mengetahui kenapa harga emas naik atau turun?

Setiap pembaca yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan? Contoh graf kitco tersebut adalah seperti dibawah.

Memandangkan harga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini? Well anda boleh dapat jawapannya kat kitco.

contoh_graf_harga_kitco

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:

1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia

Jadi, 2 daripada faktor berkenaan dinyatakan di dalam laman web kitco iaitu.

1. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran

Jadi, setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.

huraian_kenapa_harga_naik

Bila USD lemah maka harga emas naik.

 kitco_price2

Bila USD kuat maka harga emas turun.

Jadi, kalau ada orang bertanya kepada anda “Eh, kenapa harga emas naik or kenapa harga emas turun ye?” Maka anda tengok ajer kat kitco untuk jawapannyer 🙂

2. Sejarah harga emas/perak.

Website kitco juga menyediakan sejarah harga emas dan perak serta beberapa logam lain.

Rekod sejarah harga emas adalah dari tahun 1833 dan perak pula sejak tahun 1792.

chart

chart2

Anda boleh check kat sini.

http://www.kitco.com/charts/ 

Anda boleh melihat pergerakan harga emas harian, bulanan, tahunan, 3 tahun dan 10 tahun.

chart_yearly

Contoh graf harga emas yang dipaparkan (harga tahunan)

Data yang diberikan sangat menarik dan bermanfaat. Jadi, jika anda melihat sendiri bagaimana kenaikan harga emas dari tahun ke tahun, sudah pasti anda akan kagum dengan trend kenaikan harga emas ini 🙂

3. Mendapat graf harga emas.

Jika anda mempunyai blog atau laman web dan berminat untuk meletakkan graf harga emas (macam kat blog jutawanemas nie) maka anda boleh menggunakan kod html yang disediakan oleh kitco.

free_chart

 Graf ini adalah percuma 🙂

Ini adalah contoh banner yang boleh anda gunakan.

tn_bannner
contoh banner

bannner2
contoh banner

Anda boleh ambil kod tersebut di sini dan copy paste ajer kat blog anda.

http://www.kitco.com/price/ (banner)

http://www.kitconet.com/ (carta)

4. Forum perbincangan mengenai pelaburan logam berharga.

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di web kitco ialah forumnya.

Ini adalah link untuk ke forum kitco (https://www.kitcomm.com/index.php)

kitco_forum 

Info yang boleh diperolehi daripada forum kitco tersebut amatlah banyak dan berguna.

Saya sarankan anda untuk mengujungi forum kitco ini untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas mengenai precious metals investments dan juga komoditi yang lain.

Kesimpulan:

1. Laman web kitco sangat bermanfaat bagi mereka yang berminat mendapatkan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain.
2. Anda boleh melihat sendiri sejarah kenaikan harga emas kat kitco.

p/s: Jika anda masih baru mengenai pelaburan emas, sila baca semua artikel
  saya disini (klik sini)
2. Jika anda berminat untuk mendapatkan ilmu pelaburan emas di Malaysia
  dengan pantas, sila dapatkan ebook saya yang bertajuk
  "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" (klik sini)
3. Jika anda berminat untuk mendapatkan emas fizikal Public Gold untuk
  tujuan pelaburan, anda boleh membelinya daripada agen yang berhampiran
  dengan tempat anda (klik sini)
4. Langganlah newsletter jutawanemas.com. Anda akan menjadi orang pertama
  mendapat update daripada blog ini. Ianya percuma. Selain itu
  anda akan menjadi orang yang pertama mendapat special offer saya :)
  Cuma masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

Ok then.. selamat membaca n selamat memburu ilmu 🙂

.

April: Seminar Peluang Perniagaan Emas di Terengganu, KL dan Kuantan

Sunday, April 11th, 2010

assalamualaikum dan salam ceria untuk semua pembaca.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan bertenaga 🙂

Atas permintaan daripada warga Terengganu dan Pahang, saya telah menambah 2 lagi tempat seminar bagi bulan ini iaitu di Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Jadi, bagi warga Pahang dan Terengganu, ini adalah peluang anda untuk mengetahui tentang peluang perniagaan emas bersama Public Gold.

Bagaimana cara menyertai seminar?

Untuk hadir, sms nama dan email anda ke h/p saya 013-3819901 dan nyatakan lokasi dan tarikh pilihan anda.

Seminar ini PERCUMA. Anda tak perlu bayar apa-apa.

Details seminar adalah seperti berikut:

Day Time Title Town Venue
Wednesday

14-4-2010

8pm -10pm Seminar Peluang Perniagaan  Emas Terengganu Ming Star Hotel, Terengganu
Thursday

15-4-2010

8pm -10pm Agent Training Session Terengganu Ming Star Hotel, Terengganu
Friday

16-4-2010

8pm -10pm Seminar Peluang Perniagaan  Emas Kota Bharu, Kelantan Public Gold Office
Sunday

18-4-2010

10am -1 pm Agent Training Session Bandar Sunway, Selangor Public Gold Office
Sunday

18-4-2010

8pm – 10pm Seminar Peluang Perniagaan  Emas Bandar Sunway, Selangor Public Gold Office
Saturday

24-4-2010

8pm – 10pm Seminar Peluang Perniagaan  Emas Pahang Mega View Hotel,Kuantan
Sunday

25-4-2010

8pm – 10pm Seminar Peluang Perniagaan  Emas Pahang Mega View Hotel, Kuantan

Public Gold office Sunway
Tingkat 3 (atas Royal Safe Deposit Box)
Nombor 42A, Jalan PJS 8/6
Mentari Business Park
Bandar Sunway, Petaling Jaya

Ming Star Hotel Sdn Bhd
217,Wisma Cermerlang,
Jalan Sultan Zainalabidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Mega View Hotel Kuantan
567,Jalan Besar,
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-5171888 (Mega View Hotel)

Peta Lokasi (sunway)

seminar_emas_address

Berminat untuk hadir?

Jika anda ingin hadir ke mana-mana seminar ini, sms nama, email dan lokasi pilihan anda kepada saya di 013-3819901. Saya akan confirmkan pendaftaran anda.

Seminar ini adalah PERCUMA.

terima kasih.

Syukor
Admin www.jutawanemas.com

 

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas