Ebook

Archive for May, 2010

Jadual Seminar Bulan Mei 2010 – Peluang Perniagaan Emas Bersama Public Gold di JB, Sunway, Kuching, Sibu, Miri dan Kota Kinabalu.

Monday, May 10th, 2010
Nota admin: Seminar di Sarawak dan Sabah telah habis.
Terima kasih semua :)
---------------------------------------------------------------------

.
Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua pembaca.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat dan bertenaga ūüôā

Baiklah.. disini saya ingin memaklumkan jadual seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold untuk bulan Mei 2010.

Kali ini tempatnya adalah di Johor Bahru, Sunway, Kuching, Sibu, Miri dan Kota Kinabalu.

 Bagaimana cara anda untuk menyertai seminar ini?

First sekali seminar ini adalah PERCUMA.

Untuk hadir, sms kepada saya maklumat berikut:

1. Nama dan
2. Email anda
3. Tarikh dan lokasi pilihan anda

kepada saya di talian 013-3819901.

Details seminar adalah seperti berikut:

Day

Date

Time

Title

Town

Venue

Saturday

15-5-2010

8.30pm-10.30pm Seminar Potensi Pelaburan Emas Johor Bahru Genius Global Marketing,
19-A Jalan Undan 15, Taman Perling.

Sunday

16-5-2010

8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Bandar Sunway PG Sunway

Tuesday

18-5-2010

8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Johor Bahru Hotel Sri Malaysia

Wednesday

19-5-2010

8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Johor Bahru Hotel Sri Malaysia

Monday

24-5-2010

8.30pm ‚Äď 10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Kuching,
Sarawak
Dewan SipecMini Auditorium

Tuesday

25-5-2010

8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Kuching,
Sarawak
Dewan SipecMini Auditorium

Thursday

27-5-2010

8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Sibu,Sarawak Tanahmas Hotel

Friday

28-5-2010

8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Sibu,Sarawak Tanahmas Hotel

Sunday

30-5-2010

8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Miri,Sarawak Mega Hotel

Tuesday

   1-6-2010 8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Kota Kinabalu Grand Borneo Hotel

Wednesday

   2-6-2010 8.30pm -10.30pm Seminar peluang perniagaan emas Kota Kinabalu Grand Borneo Hotel

Alamat tempat seminar:

Public Gold office Sunway
Tingkat 3 (atas Royal Safe Deposit Box)
Nombor 42A, Jalan PJS 8/6
Mentari Business Park
Bandar Sunway, Petaling Jaya

Peta Lokasi (Public Gold sunway )

Klik gambar untuk besarkan Рlebih jelas

seminar_emas_address

Johor Bahru,
Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru
Lot PTB 17648, Jalan Langkasuka, Johor Bahru,
80350 Larkin,Johor, Malaysia.

Kuching
Mini Auditorium
Sarawak Industrial Promotion and Exhibition Centre (SIPEC)
Jalan P.Ramlee Kuching, Sarawak.

Sibu
Tanahmas Hotel
227, Block 5, Jalan Kampung Nyabor,96007 Sibu,
Sarawak, Malaysia.

Miri
Mega Hotel Miri
Lot 907, Jalan Merbau, 98000 Miri,
Sarawak, Malaysia.

Kota Kinabalu
Grand Borneo Hotel
TA-00-01, 1Borneo Hypermall,
Jalan UMS, 88450 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com

 

Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia (KFH Gold Account-i)

Thursday, May 6th, 2010

kuwait_finance_house_malaysiaAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya ūüôā

Saya kat sini Alhamdulillah..sihat dan ceria sahaja.

Sekarang saya agak sibuk  menulis buku mengenai pelaburan emas.

Saya berharap buku ini akan menjadi panduan yang lebih lengkap dan mantap bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia membuat pelaburan emas dan rahsia berniaga emas. InsyaAllah

Baiklah, untuk posting kali ini saya akan berkongsi tentang akaun simpanan emas Kuwait Finance House Gold Account (KFH Gold Account-i) serta pengalaman saya membuka akaun simpanan ini.

Pengenalan kepada Kuwait Finance House.

kuwait_finance_house_malaysia
Kuwait Finance House cawangan KL – Etiqa Twins

Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH)  adalah bank yang menawarkan perbankan Islam.  KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah.

Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i.

Anda boleh check kat sini untuk melihat produk-produk mereka:
http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1 

Pengenalan kepada KFH Gold Account-i.

kuwait_finance_house_gold_account_brochure

Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan РKFH Gold Account-i). 

KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.

Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i  boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan.

Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:

1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini (klik sini)

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran¬†Istanbul Altin Rafinerisi –¬†daripada Turki.

KFH_goldbar_front_back
Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi

Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0

Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.

(p/s:  Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)

 KFH_995_goldbar
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0

Harga Emas KFH Gold Account-i

 Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.

Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/

 KFH_gold_account

Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.

Selain daripada melihat harga emas, KFH turut meletakkan jadual waktu sembahyang bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya ūüôā

Hehehehe… selain asyik tengok harga emas, diorang nak suruh kita tengok waktu sembahyang jugak ūüėÄ

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL.  Hehehe.. excited nak mencuba.

So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini.

kuwait_finance_house

Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH.

Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i

isi_borang

Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.

Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.

(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.

Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.

Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.

Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

8_gram_emas
Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)

Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok 

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.

Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).

Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.

Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash ūüôĀ

Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).

Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia.

Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. (Klik sini)

So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.

Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.

smiley_good2

Kelebihan KFH Gold Account-i.

1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

thumb_down

Kekurangan KFH Gold Account-i

1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
    mempunyai ketulenan 999.9 . 
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
    membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.

p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
    maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
    UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.

Kesimpulannya.

First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.

Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.

Bagi mereka ingin melihat perkembangan harga emas, anda boleh nampak dengan jelas trend kenaikan harga emas sejak 5 tahun kebelakangan ini menjangkau 2.58 kali ganda (kenaikan harga 38.49% setahun).

harga_emas_5_tahun

Ini menyebabkan sebahagian daripada bank-bank tempatan dan bank asing di Malaysia bertindak menawarkan peluang membuat pelaburan emas samada melalui emas fizikal ataupun akaun simpanan pelaburan emas.

 

ebookPesanan saya.

Jika anda masih baru di dalam pelaburan emas dan berminat mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas, saya cadangkan anda untuk membaca semua artikel terdahulu saya di dalam blog ini (klik sini)

Jika anda merasakan¬†yang pelaburan emas ini boleh menjana keuntungan untuk anda untuk masa hadapan, saya cadangkan anda untuk mendapatkan e-book saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”.

Info-info di dalam ebook ini dijamin akan membantu anda memahami pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan melalui emas dengan lebih cepat. 

Jika berminat anda boleh dapatkannya disini (klik sini)

Selain itu, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas secara PERCUMA.

Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini. Cuma masukkan emel anda ke dalam kotak di penjuru kanan blog ini. Mudah ajer…

Ok then. Selamat membuat pelaburan emas ūüėÄ
.
.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas