Ebook

Archive for August, 2010

Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu.

Friday, August 27th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria dan bahagia selalu.

Setelah saya menyiarkan artikel: Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank (klik sini) saya dapat banyak soalan mengenai teknik pajak gadai Ar-Rahnu.

Ramai orang bertanya kepada saya mengenai cara-cara menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu.

Betul ke boleh untung? hehehe… sudah tentu boleh untung. Kalau rugi buat apa saya nak share kat sini betul tak? ūüôā

Masalah akan berlaku jika orang yang tanya tu:

1. Tak pernah beli emas
2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.
3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.

Memang confirm tak akan faham. Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.

Sebagai orang berpengalaman (sebab hari-hari tengok harga emas nie ūüôā )¬†mereka tahu bila akan berlakunya buying opportunity. Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas¬†yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah.

Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)

Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Sebagai contoh, perhatikan graf dibawah. Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.

Ini contoh buying opportunity. Harga emas turun banyak.
p/s: Buying opportunity bukan datang setiap masa. Setahun 2-3 kali ajer.
.

.

Baiklah…¬†sekarang saya akan terangkan teknik-teknik ini dengan lebih mendalam.

Untuk pengetahuan anda teknik ini adalah salah satu teknik di dalam ebook saya¬†“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini) .

Saya tambah beberapa gambar baru bagi memudahkan anda bayangkan proses ini secara visual.

Bagi yang berminat mengetahui cara-cara membuat pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas maka anda perlu membaca ebook ini (klik sini)
.

——————————-copy paste e-book start here—————————————–

Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.

Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.


Gold Bar Public Gold 100 Gram sesuai digunakan sebab spread 5% sahaja.

Bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat.


.

Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
    semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.

2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu

p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.

Teknik ini lagi best ūüôā

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. 
    Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya 
    Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)

2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
    kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
    Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
    RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)

3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
    naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
    emas di dalam Ar-Rahnu.
    Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.

4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
    Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
    boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
.


Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal.
.

Disclaimer:

1. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya.
    Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada
    entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda
    membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.

2. Semakin banyak pengalaman anda, semakin mudah anda membuat
     teknik ini. So apa tunggu lagi, beli emas sekarang.

3. Teknik ini adalah petikan daripada ebook saya. Banyak lagi maklumat
     tentang pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan di dalamnya.
     Jika anda berminat mempelajari cara-cara membuat pelaburan emas
     dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh
     mendapatkan ebook saya
“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
     Lepas tu praktikkan ilmu tersebut secepat mungkin
(klik sini)

4. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
     Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada
     blog ini. Ianya FREE

5. Ada komen? kongsikan komen anda di ruangan komen.

6. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan Facebook anda
    Klik FB icon syorkan/recommend kat bawah sana. Mereka
¬†¬†¬† akan berterima kasih kepada anda ūüôā

.

Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank :)

Tuesday, August 24th, 2010
Nota Admin: Sekarang (tahun 2013)  Ar-Rahnu Agrobank TIDAK MENERIMA sebarang gadaian untuk gold bar dan dinar emas), jadi artikel ini sudah tidak valid lagi. Sekarang Bank Rakyat dan Arrahnu Pos Malaysia pula menerima gadaian untuk gold bar jenama Public Gold.
________________________________________________________________________

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria semasa menjalani ibadah puasa.

Baiklah disini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat istimewa kepada pembeli emas pelaburan seperti jongkong emas Public Gold, PAMP Suisse, Dinar Emas Public Dinar dan juga jongkong-jongkong emas yang lain.

Untuk pengetahuan anda Ar-Rahnu Agrobank (www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memperkenalkan beberapa terma yang sangat mesra emas pelaburan.

Perubahan ini sangatlah baik kepada pelabur-pelabur emas di Malaysia.

Dengan kata lain, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank¬†sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu ūüôā

Terima kasih banyak-banyak Ar-Rahnu Agrobank.

Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.

Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang istimewa untuk gadaian jongkong emas.

Memang best sangat.


Gambar: Gold bar PAMP Suisse dan Public Gold

.

Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:

1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang

4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70%  diberikan walaupun ia gadaian pertama.

Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut… hehehe money is only a tool to make more money.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).

Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.80/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.90 (70% daripada RM148.80) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.

p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10390.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1570.00. Banyak tu..

3.  Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000

Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari¬†x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh¬†menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank¬†ūüôā

p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.

4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)

5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)

Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah. Jadi, saya pun cepat-cepat ke Agrobank Melaka untuk memperbaharui surat-surat gadaian saya untuk mendapat rate yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih murah.

Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:

.

Surat-surat gadaian saya di Ar-Rahnu Agrobank. Kalkulator tu untuk kira untung ūüôā

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai keistimewaan Ar-Rahnu.

Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?

1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba.
Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.

2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman.
Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun
setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang
6 bulan lagi baru¬†fikir¬†bayar.¬†Courts¬†Mammoth pun kalah oooo…)

3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu
membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan
pinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma
dibayar 6 bulan akan datang.

4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi
keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin
meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam)
Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!

5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong.
Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan
memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).

Kesimpulan.

Tahniah saya ucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank.

Terma baru ini banyak membantu pembeli emas jongkong dan juga peniaga emas seperti saya.

Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru yang memerlukan kemudahan Ar-Rahnu iaitu pelabur emas.

Kepada pembeli jongkong emas, anda kini boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Agrobank.

Mereka akan menerima anda dengan tangan terbuka dan senyuman lebar ūüôā

.

p/s: Jika anda ingin mengetahui mengenai pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh membeli ebook saya yang bertajuk Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
.
 
 
Saya jamin dengan membaca ebook ini anda akan mendapat ilmu dan boleh memulakan pelaburan emas yang menguntungkan. Sila klik link ini (klik sini)
.
 
 
2. Jika anda berminat menjadi belajar membuat perniagaan emas, anda boleh hadir ke seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold.
. 
InsyaAllah saya akan buat seminar tersebut selepas raya di Kl, Penang, Sungai Petani, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Tunggu pengumumannya di blog ini nanti.
.
 
3.  Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda di facebook, klik ikon FB recommend / syorkan kat bawah nie. Terima kasih.
.
4. Komen anda di dalam blog ini amat dialu-alukan. Kongsikan pendapat anda di bahagian komen di bawah sana.
.
 

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold di Sungai Petani dan Penang

Monday, August 9th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira ūüôā

Baiklah, kita akan menyambut ketibaan Ramadan tidak lama lagi. Semoga Ramadan kali ini memberikan kegembiraan kepada seluruh umat Islam.

Baiklah, just a quick update.

Saya akan membuat 2 seminar peluang perniagaan emas Public Gold di Sungai Petani dan juga Penang.

Maklumatnya adalah seperti berikut:

Seminar di Sungai Petani
Tarikh:
9/8/2010 (Isnin)
Tempat:  Public Gold Office
                86B, First Floor, Jalan Pengkalan,
                08000 Sungai Petani, Kedah.
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Bayaran: PERCUMA
Untuk hadir, sms nama dan email anda ke hp saya: 013-2126 999

Seminar di Penang
Tarikh: 10/8/2010 (Selasa)
Tempat: Public Gold Office (Bishop Street, Penang)
               No. 84, Lebuh Bishop,
               10200 Penang.
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Bayaran: PERCUMA
Untuk hadir, sms nama dan email anda ke hp saya: 013-2126 999

Ok then, jumpa disana ūüôā

Akhir kata, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa ūüôā

Syukor.

Keistimewaan Emas: Ia Adalah Lambang Kejayaan di Dunia dan Akhirat.

Monday, August 2nd, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya ūüėÄ . Saya disini Alhamdulillah..sihat.

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi satu fakta yang menarik mengenai emas.

InsyaAllah, setelah memahami keistimewaan ini anda akan melihat emas dari perspektif yang lebih menarik.

Emas sebagai simbol kejayaan.

Untuk pengetahuan anda, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan.

Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik.

gold_medal
Gambar – Kejayaan diraikan dengan pingat emas.

Olympic-gold-medals-001
Mari tengok gambar dekat – pingat emas sukan Olimpik.

Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan dapat pingat atau piala emas.

Tak kiralah emas betul ke atau plastik celup warna emas ke (ala..macam pingat sukan zaman sekolah dulu-dulu)

Orang tetap panggil pingat emas ūüėõ

Piala Dunia 2010 – Piala emas yang hebat.

Kita semua sedia maklum, pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 telah berakhir.

Sepanyol telah menjadi juara dunia dan menjulang Piala Dunia buat kali pertama.

Tahniah untuk Sepanyol. U all memang best.

spain_menang_world_cup
Semua pemain Sepanyol gembira meraikan kemenangan mereka.

Kemenangan hebat mereka diserikan dengan menjulang Piala Dunia yang diperbuat daripada emas.

Apa kata kita jengok kejap fakta Piala Dunia yang istimewa ini (klik sini)

Fakta Piala Dunia FIFA.

1. Ia diperbuat daripada emas 18 Karat
2. Beratnya ialah 5 kilogram
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter).

Pergh!!! memang best.

world-cup-trophy
Gambar – Piala Dunia FIFA.

Cuba bayangkan diri anda menjulang emas seberat 5 kilo. Memang sah anda akan teruja dan rasa sangat luar biasa.

Ini kerana emas mempunyai auranya yang tersendiri.

APTOPIX South Africa Soccer WCup Final Netherlands Spain
Bestnyer menjulang piala emas (emas betul pulak tu)

Emas lambang kejayaan di akhirat.

Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.

Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.

Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:


Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.

Sudah pasti kita inginkan syurga bukan?

gelang_emas
Ini gambar gelang emas kat dunia. Gelang emas kat akhirat kita tak tahu cammana rupanya. Yang pasti.. ia semestinya sangat cantik kerana ia adalah hadiah dari Allah yang Maha Kaya kepada hamba-hambanya yang berjaya.

Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.

Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.

Jika anda berjaya di dunia – anda akan dapat hadiah pingat atau piala emas
Jika anda berjaya masuk ke syurga – anda mendapat hadiah gelang emas.

Sebab itulah saya sukakan emas.

Ia menyebabkan saya rasa kaya dan berjaya ūüôā

Public_gold_100g
Emas menyebabkan pemiliknya berasa kaya dan berjaya.

Kesimpulan.

1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.

2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.

3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga. Wow!

4. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas
atas kertas tu (Maybank GSPA atau Public Bank GIA).
Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.

Pesanan saya:

1.¬†Jika anda berminat mengetahui rahsia Pelaburan Emas. Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”. Anda akan didedahkan dengan pelaburan emas yang betul, jenis-jenis emas yang betul serta teknik-teknik membuat keuntungan dengan emas. Jadi anda boleh jimatkan banyak masa dan cepat faham¬†(klik sini)

2. Jika anda berminat untuk membeli jongkong emas Public Gold, anda boleh dapatkannya daripada agen-agen sah Public Gold di seluruh Malaysia yang berhampiran tempat anda. (Klik sini)

3. Anda ingin mengetahui rahsia perniagaan emas? Anda boleh datang ke seminar peluang perniagaan emas Public Gold yang saya adakan dari masa ke semasa. Anda perlu subscribe newsletter blog jutawanemas.com untuk mendapat update mengenai tarikh, tempat dan masa seminar ini. Newsletter ini adalah PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kotak di penjuru atas kanan blog ini.

4. Jika anda merupakan pembaca baru, anda boleh baca semua artikel terdahulu mengenai emas disini (klik sini)

5. Kongsikan ilmu emas ini dengan rakan-rakan anda. Jika anda rasa artikel dan blog ini bagus, klik icon Facebook recommend kat bawah sana. Terima kasih banyak-banyak.

6. Ada komen, pendapat? Sila letakkannya di ruangan komen ūüôā Terima kasih.

Ok then, selamat menyimpan emas ūüôā

.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas