Ebook

Archive for September, 2010

Seminar Bulan Oktober – Peluang Perniagaan Emas Public Gold di Penang, Sungai Petani, Ipoh, KL dan Johor Bahru.

Thursday, September 30th, 2010
Nota admin: Dapatkan beberapa topik percuma daripada Ebook saya
"Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas". Anda boleh download topik 5 dan
teknik 5 (menjana keuntungan dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu)
di dalam bentuk pdf. Ianya adalah PERCUMA!! Klik sini (download).
---------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir ke seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold di sepanjang bulan September.

Saya tak sangka sambutan yang diberikan sangat menggalakkan sehingga penuh bilik seminar.

Mungkin lepas raya semua orang bersemangat – termasuklah saya ūüėÄ

Bagi mereka yang ketinggalan seminar lalu, InsyaAllah saya akan buat seminar lagi di dalam bulan 10 di Sungai Petani, Ipoh, Penang, Kl dan Johor Bahru.

Jadual seminar boleh tengok kat bawah.


Gambar: Seminar di Ipoh


Gambar: Seminar di KL


Gambar: Seminar di Melaka


Seminar di Sungai Petani (selepas seminar)

Ilmu extra di dalam seminar ini – cerita pasal Ar-Rahnu.

Bagi mereka yang hadir, anda semua beruntung kerana terdapat ilmu extra di dalam seminar tersebut.

Ini kerana saya ceritakan teknik manipulasi Ar-Rahnu dan bercerita bagaimana orang yang bijak emas boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu untuk menjana keuntungan.

Teknik ini jika digunakan dengan betul akan memberikan keuntungan lumayan kepada pelabur emas.

Boleh dikatakan semua orang teruja dengan teknik Ar-Rahnu ini.

Berminat untuk hadir? Silakan datang ūüôā

Jadi bagi mereka yang berminat anda boleh hadir ke seminar ini. Pengetahuan yang anda perolehi bukan sekadar berkisar mengenai peluang perniagaan emas Public Gold tetapi merangkumi perkara-perkara ini penting seperti:

1. Apakah keistimewaan emas?
2. Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Jadi, bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, seminar ini boleh membantu. Anda juga boleh bersoal jawab terus dengan saya mengenai pelaburan emas. Kalau ada soalan, tanya ajer..

Apa lagi ilmu yang akan dikongsikan selepas ini?

Fikir punya fikir, saya dapat satu ilham.

Untuk seminar yang akan datang saya akan kongsikan dengan anda satu topik special

Bagaimanakah emas boleh menguntungkan saya?

Saya akan memberitahu anda bagaimana emas boleh menguntungkan anda, bukan sekadar pelaburan tetapi lebih daripada itu. Selepas ini pandangan anda terhadap emas akan berubah 100%.

Kalau nak tahu kena datang ke seminar dulu lah…

Apa kata mereka yang hadir ke seminar ini?

Selepas seminar, saya dapat banyak feedback daripada mereka yang hadir ke seminar ini kat dalam facebook.

Terima kasih kepada mereka yang memberikan feedback. Saya amat menghargainya.

Jadi, bagi mereka yang telah memberikan feedback kat dalam facebook, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Semoga ilmu yang saya kongsikan ini akan memberikan kekayaan dan kejayaan kepada kita semua.

Ok, lepas nie seminar kat mana pula?

Melihat respon daripada peserta seminar kali ini, saya akan buat seminar di negeri/tempat berikut sepanjang bulan 10.

1. Ipoh (Public Gold branch
2. Sungai Petani (Public Gold Branch)
3. Penang (Public Gold Branch)
4. KL (Public Gold Bandar Sunway)
5. Johor Bahru (Public Gold Taman Perling)

Ini jadualnya:

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Rabu
.
06/10/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Perak (Ipoh) Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Khamis
.
07/10/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan, 
08000 Sungai Petani
Jumaat
.
08/10/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Sabtu
.
09/10/2010
8.30 malam Р10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office 
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Sabtu
.
16/10/2010
(ada 2 sesi)
Sesi I
.
2.30pm ‚Äď 4.30pm
.
Sesi II
.
8.30pm ‚Äď 10.30pm

p/s: pilih salah satu sesi ajer.

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Johor Bahru Public Gold Taman Perling Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.

Seminar ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua orang.

Bagaimana cara untuk hadir ke seminar ini:

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-3819901  butiran-butiran berikut:

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Ok then, jumpa di sana ūüôā

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com

p/s:

1. Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan Facebook anda.
Klik ikon facebook dibawah. Terima kasih.

2. Ingin mendapat update daripada blog ini dengan pantas? Sila subscribe newsletter blog Jutawanemas.com. FREE sahaja. Anda cuma masukkan emel di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
.

September 2010: Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold di Kl, Sungai Petani, Ipoh dan Melaka.

Friday, September 17th, 2010
Nota admin: Dapatkan beberapa topik percuma daripada Ebook saya
"Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas". Anda boleh download topik 5 dan
teknik 5 (menjana keuntungan dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu) 
di dalam bentuk pdf. Ianya adalah PERCUMA!! Klik sini (download).
---------------------------------------------------------------------

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

First sekali saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Saya doakan anda mendapat keberkatan dan kebahagian pada hari raya tahun ini.


Salam Aidilfitri daripada Syukor, Jonaina, Aisyah, Fadzil dan Arif.

Jika ada salah dan silap sepanjang saya menulis blog ini maka saya ingin memohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Baiklah, disini saya ingin membuat pengumuman.

Seminar  Peluang Perniagaan Emas Public Gold dan Agent Training.

Saya akan mengadakan seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold dan juga training untuk agen-agen baru Public Gold sepanjang bulan September di negeri-negeri berikut:

1. Sungai Petani, Kedah
2. Ipoh
3. Melaka
4. Bandar Sunway (termasuk agent training)

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui rahsia emas dan juga peluang perniagaan emas  bersama Public Gold, anda boleh datang ke seminar saya.

Seminar ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua orang.

Bagaimana cara untuk hadir ke seminar ini:

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-3819901  butiran-butiran berikut:

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

p/s: Untuk agen Public Gold, training akan diadakan pada Sabtu 25/9/2010 di Office Public Gold, Bandar Sunway jam 10 pagi – 1 tengahari.

Tarikh dan masanya adalah seperti berikut:

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Rabu
.
22/9/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan, 
08000 Sungai Petani
Khamis
.
23/9/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Perak (Ipoh) Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Jumaat
.
24/9/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka Hotel Mitc Ancasa
Kompleks Mitc,
Ayer Keroh,
Melaka
Sabtu
.
25/9/2010
10 pagi Р1 tengahari Training untuk Agen Baru Public Gold.Oleh Mr. Louis Ng. Chairman Public Gold Bandar Sunway Public Gold Office 
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Sabtu
.
25/9/2010
8.30 malam Р10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office 
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,

Apakah faedah yang anda akan perolehi daripada seminar ini?

Pertama sekali saya akan membuka minda anda mengenai keistimewaan emas. Mengapa emas penting kepada anda?

Kedua, anda akan mengetahui rahsia tokey emas yang anda tak pernah tahu selama ini.

Ketiga, anda akan mengetahui keuntungan menjadi pelabur + peniaga emas.

Keempat, anda boleh tanya saya apa-apa soalan berkenaan pelaburan emas.
.

Jadi, apa tunggu lagi, tempah tempat seminar anda sekarang.

Jumpa disana ūüôā


Ok, jumpa di seminar nanti.

Syukor Hashim
Admin
www.jutawanemas.com
.

Persiapan Minda Sebelum Memulakan Pelaburan Emas dan 3 Pelan Tindakan.

Wednesday, September 1st, 2010
Nota Admin:
.
1. Anda boleh download topik 5 dan teknik 5 (menjana keuntungan dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu) daripada Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas di dalam posting ini di dalam bentuk pdf. Ianya adalah PERCUMA!!  (download).
.
2. Berminat menjadi agen Public Gold? Promosi!! kos menjadi agen kini adalah RM20k sahaja. Jika berminat, sila sms saya di 013-2126999 atau anda boleh menggunakan contact form (klik sini) Promosi sehingga 31/10/2010 sahaja.
Anda boleh baca cerita lanjut kat sini (klik sini) . 
———————————————————————————————————————————

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semuanya sentiasa sihat dan ceria adanya. Maklumlah kita sudah berada di penghujung Ramadan. Semoga amalan kita sentiasa diberkati Allah SWT.

Baiklah, semalam harga emas telah naik mendadak sebanyak 17 USD/Oz (menjadi USD 1249) sepanjang urusniaga  pasaran NYMEX (New York Mercantile Exchange).

Ceria pelabur-pelabur emas semalam tengok harga emas naik banyak ūüôā

Kalau nak tahu tentang NYMEX, (sila klik sini)


Gambar: Graf harga emas kat kitco (http://www.kitco.com/charts/livegold.html)

.

Bagi mereka yang belum lagi memulakan pelaburan emas anda, jangan la tunggu lama-lama.

Nanti bila harga melonjak terlalu tinggi, anda cuma boleh tengok ajer… dah terlepas kapal terbang.

Okie, sekarang saya ingin memberikan panduan mengenai persiapan minda dan 3 pelan tindakan sebelum memulakan pelaburan emas dan ketika sedang membuat pelaburan emas.

Topik ini terkandung di dalam Ebook Saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Edisi 2010” Saya copy paste kat sini untuk share dengan anda (klik sini).

Ramai lagi orang kat luar sana yang baca blog nie dah lama tetapi masih teragak-agak. Selepas membaca topik daripada e-book nie anda akan mendapat panduan untuk mengambil tindakan yang mantap.

 

————————–e-book copy paste start here——————————————————

Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas.

Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.

Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan kongsikan dibawah.

Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Bila minda sudah bersedia.. semuanya mudah belaka ūüôā

.

Siapkan minda anda terlebih dahulu.

First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
   menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan
   sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan
   proses menunggu harga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.
    Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa
    yang sesuai untuk bermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam 
    jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.
    Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas
    bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.
   Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim
    pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan
    pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka
    (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).
    Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan
    pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan
     dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca
     laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:

i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.

Inilah dia pelan tindakan anda.

Pelan tindakan.

 Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:

  1. Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
  2. Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
  3. Tindakan ketiga: –untuk lebih untung lebih buat tindakan nie — (baca dalam¬†ebook)

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!

Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.

Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.

Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas ‚Äúmahal‚ÄĚ.

Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal ūüôā


Gambar: Harga emas makin lama makin naik.

Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.

Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu.  Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.

Jadi ambil tindakan sekarang!!


Langkah pertama – beli emas sekarang!

Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.

Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.

Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.

Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:

 

Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2006 sehingga tahun 2009.

Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ¬Ĺ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.

(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia)
di laman web: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141 )

Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2006 ‚Äď 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas.

Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.

Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:

(RM2027 ‚Äď RM1453) x 16 keping = RM9184.00

Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49%

Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.

p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut. Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.

TIPS! Bagaimana memaksimakan lagi keuntungan pelaburan emas anda menggunakan teknik pemurataan kos?

Untuk memaksimakan lagi keuntungan anda perlu menggunakan teknik ini:

(.. teknik ini diceritakan di dalam ebook saya, jika anda rasakan ilmu emas ini sangat menarik, apa kata anda dapatkan ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”

Saya jamin ilmu yang ada kat dalam ebook ini akan memudahkan anda membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan)

Kesimpulan:

1. Ilmu emas sangat menguntungkan jika dibuat dengan betul.

2. Ilmu pelaburan emas yang lengkap boleh diperolehi di dalam ebook saya
¬†¬†¬†¬† “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas¬†Edisi 2010”.¬†(klik sini)
     Anda boleh beli jika mahukan ilmu emas yang lengkap.

3. Setelah mendapat ilmu yang betul, anda perlu membuat tindakan.

4. Kongsikan ilmu pelaburan emas dengan rakan-rakan Facebook anda.
     Klik ikon recommend/syorkan di bawah sana.
     Mereka akan berterima kasih kepada anda.

Saya doakan anda yang bertindak akan kaya dan berjaya.

Selamat berpuasa dan bersedia untuk raya ūüôā

Syukor Hashim
Admin Jutawanemas.com

.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas