Ebook

Archive for March, 2011

Update: Seminar Analisis Teknikal Harga Emas 2/4/2011

Monday, March 28th, 2011
Nota admin: Seminar telah habis berlangsung. Terima kasih kepada
semua peserta. Saya doakan anda akan bertambah mahir baca harga emas. 
-------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semoga sentiasa sihat, ceria dan gembira hendaknya.

Update tentang seminar Analisis Teknikal Harga Emas.

First sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta seminar Analisis Teknikal Harga Emas yang akan dianjurkan pada 2/4/2011 nanti.

Segalanya berjalan dengan lancar. Hotel telah dibooking, tarikh, tempat dan masa pun sudah pun di confirmkan.

Bagi mereka yang berminat mendaftar, anda masih boleh lagi mendaftar untuk menyertai seminar ini. Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum tarikh seminar.

Sikit ajer lagi tarikh tu..

Jika anda berminat mengetahui introduction kepada seminar ini, anda boleh baca di laman web saudara Shufaad di www.melakafx.com (klik sini) 

Apa yang menarik di dalam seminar edisi ke 3 ini?

Apa yang menarik mengenai seminar kali ketiga ini adalah, kami akan menekankan beberapa topik favourite peserta-peserta seminar kali pertama dan kedua.

Maklumbalas daripada peserta seminar edisi 1 dan 2 menunjukkan beberapa topik menjadi favourite topic.

So, topik ini akan diajar dengan lebih lanjut kepada peserta seminar edisi ketiga.

Berikut adalah butiran lanjut seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas Edisi ke 3.

Tarikh: 2 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Bintang Ballroom, tingkat 5, Hotel Cititel Midvalley, KL
Masa: 9.00 Pagi – 5.00 petang
Pendaftaran: 8.30 pagi – 5.00 petang
Yuran Pendaftaran: RM198 seorang
Tarikh pendaftaran: bermula 9/3/2011 – 31/3/2011
Tarikh tutup pendaftaran: 1 April 2011 (dilanjutkan sehari)
Perhubungan: En. Shufaad 016-6447174/ Syukor 013-2126999
p/s: Walk-in tak diterima sebab takut tak cukup tempat.

Gambar-gambar seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas Edisi Kedua.

Untuk pengetahuan anda semua, sambutan terhadap seminar kali kedua pada 29/1/2011 sangat menggalakkan. Begitu ramai orang yg begitu berminat mengetahui cara-cara menganalisis harga emas.

Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar seminar.


Peserta memenuhi dewan


Saudara Shufaad sedang mengajar analisis teknikal harga emas.


Sesi fotografi selepas seminar.

Siapa lagi yang patut hadir ke seminar ini?

1. Mereka yang ingin mengetahui apakah itu pelaburan emas?
2. Mereka yang ingin tahu emas yang paling sesuai untuk pelaburan
2. Mereka yang tahu sikit-sikit pasal emas dan nak tahu dengan lebih banyak
3. Mereka yang ingin tahu bagaimana menjana keuntungan dengan emas.
4. Mereka yang ingin tahu mengenai teknik-teknik menganalisa harga emas dunia
5. Mereka yang ingin tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Pendek kata, kalau anda meminati emas, anda disarankan hadir ke seminar ini.

Best nie 🙂

Isi kandungan seminar:

Syukor Hashim

1. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia
2. Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas.
3. Bagaimana mengelak daripada terjerumus dengan skim pelaburan emas.

Noor Shufaad b. Md. Norani

1. Analisis Teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4.
2. Meramal pergerakan harga emas menggunakan tools dan indikator asas MT4
3. Faktor-faktor yang menggerakkan harga emas.

Special requirement untuk peserta seminar:

1. Sila bawa laptop/notebook sendiri untuk topik analisis teknikal.
2. Sila bawa plug extension – anda perlukan kuasa elektrik untuk notebook anda.
3. Internet disediakan, tapi kalau anda ada mobile broadband sendiri lagi bagus.
4. Sila download dan baca nota persediaan sebelum seminar (klik sini)

Bagaimana mendaftar ke seminar ini?

Untuk hadir ke seminar ini, anda boleh bank in ke dalam akaun bank berikut:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

p/s: Sila bawa dan serahkan bukti pembayaran kepada staff kaunter pendaftaran pada hari seminar ie. slip bank in, ATM transfer, Cash deposit slip atau internet banking slip

Selepas bank in, apakah tindakan anda?

Selepas anda bank in, sila klik ikon online contact form dibawah dan masukkan butiran-butiran peserta dan bayaran:

Contohnya:

Selepas itu anda akan mendapat balasan email daripada saya mengatakan pendaftaran seminar anda berjaya.

Selepas itu, kita jumpa di seminar 🙂

p/s: Dapatkan update daripada blog ini secara percuma. Langgan newsletter blog jutawanemas.com. Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

2. Berminar mengetahui rahsia pelaburan emas. Dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” klik sini (klik)
3. Kongsikan ilmu emas dengan rakan-rakan fb anda. Klik ikon recommend kat bawah sana. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

.

Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold pada bulan Mac 2011.

Thursday, March 10th, 2011
Nota admin: Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas Edisi ke-3 akan diadakan pada 2/4/2011 bertempat di Cititel Hotel Midvalley, KL. (dah habis)
.
Ingin tahu sebab kenapa anda perlu mempelajari kemahiran Analisis Teknikal
Harga Emas? Sila baca di www.melakafx.com (klik sini) 
———————————————————————————————————–

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia semuanya 🙂

Saya kat sini sihat sahaja, cuma sibuk banyak kerana memberikan seminar di Sabah dan Sarawak, kemudian akan balik ke semenanjung untuk meneruskan misi berkongsi ilmu emas dengan anda semua .

Baiklah, disini saya ingin mengumumkan jadual seminar Peluang Perniagaan Emas bersama Public Gold pada bulan Mac 2011.

Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold pada bulan March 2011.

Baiklah, disini ini adalah jadual seminar bulan Mac 2011.

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Khamis.
10/3/2011
8.30 PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Johor Public Gold Johor Branch
45A Jalan Persisiran Perling
Johor Bahru
Jumaat
.
11/3/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka The Emperor Hotel Melaka123 Jalan Munshi Abdullah 75100 Melaka
Selasa
.
22/3/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Pahang Hotel Seri Malaysia, Jalan Teluk Sisek, Kuantan
Rabu
.
23/3/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
Khamis
.
24/3/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1,
Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Sabtu
.
26/3/2011
Sesi 1
.
3.00 PM–5.00 PM
.
Sesi 2
.
8.30 PM– 10.30 PM
.
p/s: Pilih salah satu sahaja
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Sunway
.
(New seminar room)
Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
Ahad
.
27/3/2011
10 pagi sehingga 1 tengahari Sesi untuk dealer baru Public Gold sahaja.
.tajuk: Entrepreneurship with Public Gold.
.
Sila daftar nama dengan office Public Gold Sunway/Penang.
Sunway
.
(New seminar Room)
Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
Isnin28/3/2011 8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Sungai Petani Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Selasa
.
29/3/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Penang Public Gold Bishop Street,
No. 84, Lebuh Bishop, 10200 Penang
Rabu
.
30/3/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.

Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-3819901 butiran-butiran berikut

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

Seminar: Ahmad bin Abu, ahmad@yahoo.com, 25/2/2011, Kota Bharu.

Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:

Seminar: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, Ahmad@yahoo.com, 2. Halimah Ayob, halimah@yahoo.com, 3. Halim Ayob, halim@yahoo.com, 4. Linda Onn, linda@yahoo.com, 25/2/2011. Kota Bharu

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.

Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

Ok, jumpa anda di seminar 🙂

p/s: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.

p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” . Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas 🙂

Klik sini untuk mendapatkannya (klik)

.ps:

Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas pada 2 April 2011 di Cititel Hotel Midvalley, KL.

Wednesday, March 9th, 2011
Nota admin: Pendaftaran seminar sudah dibuka. Anda boleh membuat tempahan
-------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semoga sentiasa sihat, ceria dan gembira hendaknya.

Sekarang saya berada di Kota Kinabalu, semalam baru lepas memberikan seminar Peluang Perniagaan Emas bersama Public Gold. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.

Terima kasih kepada mereka yang hadir. Semoga ilmu emas yang saya kongsikan bersama anda akan memberikan manfaat dan keuntungan kepada anda semua 🙂

Baiklah, saya dan saudara Shufaad ingin memaklumkan satu berita baik kepada anda.

Kami akan menganjurkan seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas edisi ke 3 pada 2/4/2011 di Cititel Hotel Midvalley, KL.

Apa yang menarik di dalam seminar edisi ke 3 ini?

Apa yang menarik mengenai seminar kali ketiga ini adalah, kami akan menekankan beberapa topik favourite peserta-peserta seminar kali pertama dan kedua.

Maklumbalas daripada peserta seminar edisi 1 dan 2 menunjukkan beberapa topik menjadi favourite topic.

So, topik ini akan diajar dengan lebih lanjut kepada peserta seminar edisi ketiga.

Berikut adalah butiran lanjut seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas Edisi ke 3.

Tarikh: 2 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Bintang Ballroom, tingkat 5,  Hotel Cititel Midvalley, KL
Masa: 9.00 Pagi – 5.00 petang
Pendaftaran: 8.30 pagi – 5.00 petang
Yuran Pendaftaran: RM198 seorang
Tarikh pendaftaran: bermula 9/3/2011 – 31/3/2011
Tarikh tutup pendaftaran: 31 March
Perhubungan: En. Shufaad 016-6447174/ Syukor 013-2126999
p/s: Walk-in tak diterima sebab takut tak cukup tempat.

Gambar-gambar seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas Edisi Kedua.

Untuk pengetahuan anda semua, sambutan terhadap seminar kali kedua pada 29/1/2011 sangat menggalakkan. Begitu ramai orang yg begitu berminat mengetahui cara-cara menganalisis harga emas.

Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar seminar.


Peserta memenuhi dewan


Saudara Shufaad sedang mengajar analisis teknikal harga emas.


Sesi fotografi selepas seminar.

Siapa lagi yang patut hadir ke seminar ini?

1. Mereka yang ingin mengetahui apakah itu pelaburan emas?
2. Mereka yang ingin tahu emas yang paling sesuai untuk pelaburan
2. Mereka yang tahu sikit-sikit pasal emas dan nak tahu dengan lebih banyak
3. Mereka yang ingin tahu bagaimana menjana keuntungan dengan emas.
4. Mereka yang ingin tahu mengenai teknik-teknik menganalisa harga emas dunia
5. Mereka yang ingin tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Pendek kata, kalau anda meminati emas, anda disarankan hadir ke seminar ini.

Best nie 🙂

Isi kandungan seminar:

Syukor Hashim

1. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia
2. Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas.
3. Bagaimana mengelak daripada terjerumus dengan skim pelaburan emas.

Noor Shufaad b. Md. Norani

1. Analisis Teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4.
2. Meramal pergerakan harga emas menggunakan tools dan indikator asas MT4
3. Faktor-faktor yang menggerakkan harga emas.

 Special requirement untuk peserta seminar:

1. Sila bawa laptop/notebook sendiri untuk topik analisis teknikal.
2. Sila bawa plug extension – anda perlukan kuasa elektrik untuk notebook anda.
3. Internet disediakan, tapi kalau anda ada mobile broadband sendiri lagi bagus.
4. Sila download dan baca nota persediaan sebelum seminar (klik sini)

Bagaimana mendaftar ke seminar ini?

Untuk hadir ke seminar ini, anda boleh bank in ke dalam akaun bank berikut:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

p/s: Sila bawa dan serahkan bukti pembayaran kepada staff kaunter pendaftaran pada hari seminar ie. slip bank in, ATM transfer, Cash deposit slip atau internet banking slip

Selepas bank in, apakah tindakan anda?

Selepas anda bank in, sila klik ikon online contact form dibawah dan masukkan butiran-butiran peserta dan bayaran:

Contohnya:

Selepas itu anda akan mendapat balasan email daripada saya mengatakan pendaftaran seminar anda berjaya.

Selepas itu, kita jumpa di seminar 🙂
Jumpa disana.

p/s: Dapatkan update daripada blog ini secara percuma. Langgan newsletter blog jutawanemas.com. Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
2. Berminar mengetahui rahsia pelaburan emas. Dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” klik sini (klik)
3. Kongsikan ilmu emas dengan rakan-rakan fb anda. Klik ikon recommend kat bawah sana. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

.

Pengiraan Zakat Emas dan Perak

Saturday, March 5th, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya 🙂

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

– Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

– Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

– Haul ialah tempoh masa setahun

– Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak 🙂

.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas