Ebook

Archive for June, 2011

Julai: Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas di Kelantan, Terengganu, Sabah dan JB.

Thursday, June 23rd, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira hendaknya.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta-peserta seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas di Kuala Terengganu pada 21 Mei 2011 yang lalu (baca kat sini)

Terima kasih kerana datang. Sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan saya 😀


Saya dan Shufaad bersama peserta seminar di Kuala Terengganu.

Saya gembira melihat peserta-peserta seminar yang berminat untuk mempelajari ilmu analisis teknikal harga emas. Saya doakan ilmu yang anda perolehi ini akan memberikan manfaat kepada anda.

Selepas ini anda boleh kembangkan ilmu anda dengan membaca semua hadiah ebook daripada Shufaad.  


Shufaad sedang memberikan seminar analisis teknikal harga emas.

Memandangkan sambutan hebat daripada Pantai Timur, saya membuat keputusan untuk membuat seminar analisis teknikal harga emas di Kota Bharu, Kelantan, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Johor Bharu pada bulan Julai ini.

Jadi, inilah peluang untuk anda mendalami ilmu pelaburan emas + analisis teknikal harga emas berhampiran tempat anda.

Bagi mereka yang tinggal di negeri-negeri lain, harap bersabar. Insyaallah seminar ini akan diadakan di tempat anda pada masa hadapan.

Maklumat Seminar di Kota Bharu, Kuala Terengganu Sabah dan JB.

Seminar pelaburan emas + analisis teknikal harga emas di Kota Bharu, Kelantan akan diadakan pada:

Tarikh: 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik kuliah, tingkat 1, Bangunan Tabung Haji Lama.
Yuran seminar: RM190 seorang
Pendaftaran: Hubungi En. Ahmad Shazzli. (H/P: 012-9081323)
Bilangan tempat: 20 sahaja

Seminar pelaburan emas + analisis teknikal harga emas di Kuala Terengganu akan diadakan pada:

Tarikh: 2 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat: Anjung Emas8kilo, No. 27 Taman Dato Wan Salleh, Jln Pusara Kuala Terengganu (belakang KTS/ Bangunan Etiqa Takaful)
Masa: 9.00 Pagi – 5.00 petang
Yuran seminar: RM190 seorang
Pendaftaran: Hubungi En Azman 016-9864800
Bilangan tempat: 25 sahaja

Maklumat seminar di Sabah (tentatif)
Tarikh: 23/7/2011 (sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Tempat: Hotel di sekitar Kota Kinabalu (akan dimaklumkan kelak)
Status: Boleh booking tempat
Pertanyaan: Hubungi En. Shufaad h/p: 016-6447174

Maklumat seminar di JB (tentatif)
Tarikh: 30/7/2011 (sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Tempat: Hotel di sekitar JB (akan dimaklumkan kelak)
Status: Boleh booking tempat
Pertanyaan: Hubungi En. Shufaad h/p: 016-6447174

p/s: Jika anda ingin booking tempat seminar di Kota Kinabalu/ JB, boleh sms/call En. Shufaad.

Isi kandungan seminar.

Di dalam seminar ini anda akan belajar mengenai bagaimana cara untuk membuat pelaburan emas dengan betul, selamat dan paling menguntungkan.

Kemudian, kita akan belajar mengenai analisis teknikal harga emas, baca graf menggunakan perisian Meta Trader 4, candlestick pattern dan banyak lagi.


Anda akan belajar analisis menggunakan perisian Meta Trader 4.

Apa yang menarik kali ini? Hadiah PERCUMA!

Selain daripada mempelajari ilmu analisis teknikal, setiap peserta akan mendapat hadiah indicator Meta Trader 4 yang bernilai RM176. Indicator ini adalah untuk memudahkan anda melihat/mengenalpalsti candlestick pattern.


Indicator Meta Trader yang akan membantu anda mengenalpasti candlestick pattern.

Isi kandungan seminar ini:

Penceramah: Syukor Hashim

1. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
2. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia
3. Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas.
4. Bagaimana mengelak daripada terjerumus dengan skim pelaburan emas.

Penceramah: Noor Shufaad b. Md. Norani

1. Analisis Teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4.
2. Memulakan Program Meta Trader 4
3. Analisis pergerakan harga emas menggunakan tools dan indikator asas MT4

Pecahan topik kecil analisis teknikal:

  • Analisis harga emas dari bulan Januari sehingga Jun 2011.
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas.
  • Candlestick pattern dan formation.
  • Mencari Support dan Resistance menggunakan Fibonacci dan Price Action.
  • Volume Analysis sebagai penanda aras psikologi buyers dan sellers
  • Membaca laporan pakar analisis teknikal harga emas.
  • Analisis harga emas untuk 6 bulan akan datang.Anda boleh membaca maklumat lanjut di dalam blog saudara shufaad di www.melakafx.com
  • Special requirement untuk peserta seminar:

    1. Sila bawa laptop/notebook sendiri untuk topik analisis teknikal.
    2. Sila bawa plug extension – in case anda perlukan kuasa elektrik untuk  notebook anda.
    3. Internet disediakan, tapi kalau anda ada mobile broadband sendiri lagi bagus.
    4. Sila download dan baca nota persediaan sebelum seminar (klik sini) 
    5. Sila install perisian Meta Trader 4 di dalam notebook anda dan customize.

    Ok, jumpa anda di seminar 🙂

    Jadual Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Bulan Jun 2011 dan Seminar Analisis Teknikal Harga Emas 25 Jun 2011 di Cititel Midvalley, KL.

    Friday, June 10th, 2011

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera dan ceria adanya.

    Maklumlah cuti sekolah. Saya sendiri mengambil kesempatan bercuti bersama-sama keluarga. Asyik sibuk memanjang ajer….

    Anda pergi melancong? Kalau ada kelapangan pergilah cuti-cuti Malaysia. Negara kita memang indah dan banyak tempat yang menarik untuk dilawati.

    Okie, habis bab cuti-cuti malaysia, sekarang kita cerita bab seminar emas pulak.

    Baiklah, disini saya ingin membuat pengumuman, pada bulan ini saya akan membuat 3 jenis seminar untuk anda semua.

    1. Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
    2. Educational seminar tentang emas di Bangi, Selangor
    2. Seminar Analisis Teknikal Harga Emas.

    Sebelum cerita lebih lanjut, saya nak buat ucapan tahniah 🙂

    Tahniah Kepada Public Gold diatas pembukaan cawangan baru di Melaka

    Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Public Gold kerana telah membuka cawangan baru di Melaka. Dengan kata lain, Public Gold kini mempunyai cawangan hampir di seluruh Malaysia. 

    Sempena pembukaan cawanganMelaka ini, seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold di Melaka akan diadakan buat pertama kalinya di cawangan Public Gold Melaka.


    Public Gold Melaka, kat Melaka Baru, Batu Berendam. Sebelah kedai kek Italy.

    Baiklah, first kita lihat jadual seminar peluang perniagaan emas Public Gold. Bagi mereka yang ingin menjana keuntungan dengan pelaburan + perniagaan emas, anda dijemput hadir. Seminar ini FREE.

    Jadual seminar bulan Jun.

    Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
    Ahad
    .
    12/6/2011
    8.30 PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka Public Gold cawangan Melaka,No. 9A Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, MelakaMelaka Baru, Batu Berendam (bersebelahan kedai kek Italy.
    Isnin
    .
    13/6/2011
    8.30 PM-10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Bishop, Penang Public Gold Bishop
    No. 84 Lebuh Bishop
    10200 Penang Malaysia.
    Selasa
    14/6/2011
    8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Alor Setar The Regency Hotel, Alor Setar.
    Lot 134 Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
    Rabu
    .
    15/6/2011
    8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Ipoh Public Gold Office
    No. 45A, Jalan Yang Kalsom, Ipoh (opposite Public Bank)
    Sabtu
    .
    18/6/2011
    8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Sunway, Petaling Jaya Public Gold Office
    42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
    Mentari Business Park,
    Bandar Sunway,(bilik seminar baru)
    Ahad
    19/6/2011
    9.30 pagi to 12.00 tengahari Educational seminar: Maksimumkan Simpanan Wang Anda Dengan EMAS Bangi, Selangor Dewan Orang Ramai Kg Dato’ Abu Bakar Baginda, Bangi (dekat UNITEN, Bangi.Untuk tempahan hubungi Suzie 010-434 7449 / 012-260 2747www.goldsuzie.blogspot.com
    Ahad
    19/6/2011
    8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Ampang, KL Hotel De Palma, Ampang
    Isnin
    .
    20/6/2011
    8.00 PM – 10.00 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kota Kinabalu, Sabah Promenade Hotel,No. 4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu
    Selasa
    .
    21/6/2011
    8.00 PM- 10.00 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Lahad Datu, Sabah Untuk tempahan dan maklumat tempat sila hubungi En. Jamasri hp: 013-5454021
    Rabu
    .
    22/6/2011
    8.00 PM- 10.00 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Labuan Grand Dorsett Labuan Hotel,462 Jalan Merdeka, 87029 Labuan F.T,Malaysia
    Sabtu
    .
    25/6/2011
    9.00 AM – 5.30 PM Seminar Analisis Teknikal Harga Emas (berbayar)Harga RM350 utk seorang.p/s: Harga diskaun RM300 seorang jika register sebelum 20 Jun 2011. KL Cititel Midvalley KL,Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
    59200 Kuala Lumpur, Malaysia.Untuk tempahan sila hubungi Shufaad hp: 016-6447174 (Nota: Jumlah tempat 55 seats. Sekarang tinggal 10 tempat sahaja lagi)
    Isnin
    .
    27/6/2011
    8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kuantan, Pahang Public Gold Office
    A-6624, Tingkat 1 dan 2, Jalan Berserah 25250 Kuantan Pahang (sebelah Maybank Jalan Beserah)
    Selasa
    .
    28/6/2011
    8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kuala Terengganu Public Gold Office 16A, tingkat 1, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (sebelah KFC).
    Rabu
    .
    29/6/2011
    8.30 PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kota Bharu Public Gold Kota Bharu
    Tingkat 1, Lot 257
    Jalan Kebun Sultan (sebelah Public Bank)

    Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas.

    Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

    Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

    First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.

    Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

    Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-3819901 butiran-butiran berikut

    1. Nama penuh
    2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

    Contoh SMS:

    SEMINAR: Ahmad bin Abu, 25/2/2011, Kota Bharu.

    Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:

    SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob, 3. Halim Ahalim@yahoo. , 4. Linda Onn, 25/2/2011. Kota Bharu

    Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

    Apa faedah datang ke seminar ini?

    First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.

    Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.


    Ok, jumpa anda di seminar 🙂

    p/s: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.

    p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .

    Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas 🙂

    Klik sini untuk mendapatkannya (klik)

    Tambahkan Ilmu Pelaburan Emas Anda Dengan Melanggan Newsletter Casey Research, Goldsilver.com dan Livegoldprices.com

    Wednesday, June 8th, 2011

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

    Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya. Maklumlah, sekarang musim cuti sekolah, mungkin ada yang mengambil kesempatan bercuti-cuti bersama keluarga 🙂

    Dalam jangka masa terdekat saya akan keluarkan jadual seminar bulan 6. Bulan nie saya akan buat seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold dan juga Seminar Analisis Teknikal untuk pasaran emas. Nantikan posting terbaru saya.

    Baiklah, salah satu cara terpantas mendapat ilmu mengenai pelaburan emas dan perak serta isu-isu semasa mengenai dunia pelaburan adalah dengan melanggan newsletter yang berkaitan. Kebanyakan newsletter ini ditulis oleh individu berpengalaman atau firma penyelidikan.

    Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa newsletter FREE yang boleh membantu meningkatkan lagi ilmu anda mengenai pelaburan emas dan perak. Ia juga membolehkan anda mengetahui isu-isu semasa yang boleh mempengaruhi harga emas dan perak dunia.

    Saya sudah lama subscribe newsletter ini dan mendapat manfaat yang sangat banyak daripadanya. Justeru, anda pun boleh mendapat manfaat yang sama dengan melanggan newsletter ini.

    3 FREE newsletter yang ingin saya syorkan kepada anda ialah:

    1. Casey Research (caseyresearch.com)
    2. Goldsilver.com (goldsilver.com)
    3. Shaun Connell (LiveGoldPrices.com)

    Newsletter Casey Research.

    Casey Research merupakan sebuah firma penyelidikan dan analisis. Mereka membuat analisa mengenai peluang-peluang pelaburan yang menguntungkan untuk pelanggan newsletter mereka. Apa yang menarik Casey Research mempunyai newsletter yang dikhaskan untuk pelaburan emas dan perak yang dinamakan Big Gold.

    Casey research menawarkan newsletter percuma dan juga berbayar. 3 newsletter percuma mereka yang terkenal adalah:

    1. Casey’s Daily Despatch
    2. Conversations with Casey
    3. Ed Steer’s Gold & Silver Daily


    Newsletter FREE daripada Casey Research.

    Ketiga-tiganya newsletter ini sangat bermanfaat. Anda boleh mendapat banyak input-input semasa mengenai pelaburan, pasaran kewangan dan isu-isu semasa dunia. Untuk melanggan newsletter ini, sila klik sini http://www.caseyresearch.com/free-publications

    Setelah melanggan newsletter ini, anda akan mendapat update di dalam email anda.

    Newsletter www.goldsilver.com

    Newsletter kedua yang ingin saya syorkan ialah daripada Michael Maloney www.goldsilver.com 

    Beliau merupakan penulis buku Guide to Investing in Gold and Silver


    Mike Maloney dan buku tulisannya.

    Beliau seorang pelabur yang berpengalaman dan menumpukan perhatian kepada pelaburan emas dan perak. Jika anda mengunjungi kedai buku seperti MPH, Popular atau Kinokuniya maka anda boleh membeli buku ini. Sangat best!


    Langgan newsletter goldsilver.com sekarang.

    Anda boleh melanggan newsletter beliau dengan melawati link ini http://goldsilver.com/join-our-newsletter/

    Setiap kali beliau menghantar newsletter maka anda akan mendapatnya secara PERCUMA di dalam email anda.

    Newsletter Shaun Connell (LiveGoldPrices.com)

    Satu lagi newsletter yang saya syorkan adalah daripada Shaun Connell, beliau merupakan seorang pelabur dan menumpukan kepada pelaburan emas dan perak secara fizikal.


    Website livegoldprices.com

    Untuk melanggan newsletter ini, anda boleh lawati website beliau di sini www.livegoldprices.com

    Cadangan daripada saya.

    Jika anda mendapat newsletter yang menarik dan bermanfaat, saya cadangkan kepada anda untuk mengambil tindakan berikut:

    1. Cetak artikel tersebut dan failkan untuk bacaan lanjut.
    2. Copy dan paste ke dalam bentuk Microsoft word dan simpan kat dalam komputer.


    Artikel yang menarik perlu dicetak dan disimpan untuk memudahkan rujukan.

    Lagi satu, jangan lupa melanggan newsletter daripada blog jutawanemas.com. Ianya FREE. Anda akan mendapat update setiap kali saya menulis artikel terbaru. Jadi anda boleh mengetahui tarikh seminar dan isu-isu semasa mengenai pelaburan emas. Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.


    Langgan newsletter blog jutawanemas.com untuk mendapat update. FREE ajer.

    Kesimpulan.

    Jika anda ingin mendapat ilmu pelaburan emas dengan pantas, anda perlu banyak membaca. Samada membaca blog ini sampai habis atau pun membeli buku-buku yang berkaitan pelaburan emas. Namun cara paling mudah dan cepat untuk mengetahui  paling mudah ialah dengan membeli ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas(klik sini)

    Mari kita kongsikan ilmu emas ini dengan rakan-rakan anda. Klik ikon facebook dibawah. InsyaAllah akan membawa manfaat kepada rakan-rakan anda.

    .

    syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

    Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

    Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

    Dari: Syukor Hashim (PG000012)
    Public Gold Official Speaker
    PG Dealers trainer and Gold consultant.
    Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

    **Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


    Follow FB saya...


    Langgan newsletter PERCUMA di sini.

    Langgan RSS


    Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

    Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



    Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas