Ebook

Archive for August, 2011

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan Melalui Barang Kemas i-Series

Tuesday, August 16th, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Baiklah, di dalam artikel saya yang lalu, saya telah berkongsi tips dengan anda mengenai cara memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas. Anda boleh baca artikel ini disini:

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.

Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda.

Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan… iaitu…

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.


Sepintas lalu – Rantai leher i-Series Public Gold


Rantai leher i-Series ( i-Series bermaksud investment series)

Di dalam artikel yang lepas, saya telah memberikan 6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

Diantara tips-tips tersebut adalah:

1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)

2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)

3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).

6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.

Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.pulicgold.com.my), sebuah syarikat  yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.

Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.

Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Ciri-ciri istimewa barang kemas i-series.

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.

Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my)  Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).


Harga emas di kedai emas Wah Chan pada 13/8/2011 adalah RM190/gram.

Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (16/8/2011 1.00 pagi) hanyalah RM174.14 segram! Dengan kata lain pembeli i-Series dapat berjimat sehingga RM15.86 segram.

Memang best 🙂

p/s: Harga emas untuk barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit. Anda boleh memantau harganya di laman web Public Gold Live Price di http://www.publicgold.com.my/liveprice.html


Harga barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit.

Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).

Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.

p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.

Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)

Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian 🙂

Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.

Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.


Gambar dekat rantai leher i-Series. Tebal, padu dan tahan lasak.


Perbandingan ketebalan rantai leher i-Series 100 gram, 50 gram dan 20 gram dengan paper clip.

Ujian ketulenan emas i-Series menggunakan densimeter.

Apabila diuji menggunakan mesin densimeter, produk i-Series memberikan bacaan ketulenan yang tepat iaitu 22 karat (916). Jadi, ini membolehkan anda mendapat pinjaman maksimum apabila menggadaikan emas i-series di Ar-Rahnu (pajak gadai Islam).


i-Series yang diuji menggunakan densimeter. Tepat 22K (916)

Jadi, bagi mereka yang berminat membuat pelaburan emas + menggunakan emas sebagai pusingan modal + boleh dipakai hari-hari, maka i-series merupakan pilihan terbaik.

 Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.

Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold.

Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.

Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!

Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.

Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.

Memang menguntungkan.


Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja. Memang kecil.

Kelebihan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.

Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.

Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.


Barang kemas boleh digadaikan dengan mudah di Arrahnu.

Dengan kelebihan-kelebihan diatas, anda akan mendapati bahawa barang kemas i-Series adalah contoh terbaik pelaburan emas melalui barang kemas. Anda akan mendapat keuntungan yang maksima jika membeli barang kemas yang memiliki kelebihan-kelebihan diatas.

Bayangkan, harganya adalah lebih murah, design pula tebal dan tahan lasak manakala susut nilai pula cuma 10%.

Jenis-jenis produk di dalam i-Series.

Jika anda berminat mendapatkan i-Series, Produk i-Series terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1. Rantai leher
2. Rantai tangan
3. pendant.

Rantai leher i-Series terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 (±) 1 sentimeter)
b) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)
c) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)


Rantai leher 20 gram (atas), 50 gram (tengah) dan 100 gram (bawah sekali)

Untuk rantai tangan terdapat 1 jenis sahaja iaitu 10 gram.


Rantai tangan (10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter (±) 1 sentimeter)

Untuk pendant, terdapat 3 jenis berat iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.


Pendant terdapat di dalam 3 saiz iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:

1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price: http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon ke office Public Gold (paling mudah)

3. Anda juga boleh walk-in ke pejabat Public Gold yang berhampiran tempat anda.

Bagi mereka yang menempah dan mengambil produk di Penang, anda tidak akan dikenakan kos pengangkutan.


Sebahagian cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Ini adalah alamat dan telefon untuk cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

*klik sini (senarai cawangan Public Gold)

pesanan: Jika staff Public Gold tanya bagaimana anda tahu tentang produk i-series, sila inform mereka yang anda membacanya dari blog saya www.jutawanemas.com

Kesimpulan.

1. Emas adalah aset. Jadi, membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas tetetap menguntungkan anda. Namun anda perlu memilih barang kemas terbaik. Dengan adanya barang kemas i-series, pelabur emas kini boleh memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

2. Anda boleh menggunakan spesifikasi i-Series sebagai perbandingan dengan barang kemas di kedai emas. Anda akan mendapati barang kemas i-Series adalah jauh lebih menguntungkan pembelinya.

3. Dengan cawangan Public Gold di seluruh negara, kini anda boleh mendapatkan barang kemas i-Series dengan mudah.

p/s:

 1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

2. Berminat mempelajari ilmu pelaburan emas dan teknik2 menjana keuntungan dengan emas di Malaysia dengan pantas? dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini) . Anda akan mempelajari dengan pantas kaedah membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

3. Saya akan sambung buat seminar Peluang Perniagaan Emas bersama Public Gold selepas hari Raya Aidilfitri. Nantikan jadual seminar saya di dalam blog ini. Untuk memudahkan anda, sila subscribe newsletter blog jutawanemas.com. Anda akan mendapat update daripada saya secara percuma ke email anda.

Sekian terima kasih 🙂

Selamat berpuasa.

 

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.

Monday, August 8th, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan memberikan kebahagian kepada anda semua. Amin.

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

Ini merupakan soalan favourite yang selalu saya terima sepanjang memberikan seminar pelaburan emas.

Pelaburan emas melalui barang kemas.

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”

Saya akan menjawab:

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).

Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.

Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.

Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:

1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.

1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya 🙂


Makin banyak makin ceria 🙂


2. Kelebihan dari segi zakat emas (sila klik sini untuk topik zakat emas)

3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal

 


Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.

 

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.


Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.


5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).

 


Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!

 

Kelemahan barang kemas.

Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.

1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).

2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.

3.  Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)

4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.


Contoh: Rantai tangan yang putus.

 


Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

 

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)

6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.


Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.

Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.

Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.


Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.

 

Tips 2:  Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.

Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.


Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.

 

Tips 3:  Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.

Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).


Biasanya gred barang kemas adalah 916

 

Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi 🙁  Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.

Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke  18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k). 


Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak

 


Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak

 


Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)

 


Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.

 


Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter. 

 

Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.

Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:

a)  Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b)  Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja


Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh. 

 

Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.

Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?  Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).

 

Kesimpulan.

Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.

Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.

Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik 🙂

Untuk artikel akan datang, saya akan tunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda.

p/s:  1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

2. Berminat mempelajari ilmu pelaburan emas dan teknik2 menjana keuntungan dengan emas  di Malaysia dengan pantas? dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini) . Anda akan mempelajari dengan pantas kaedah membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

2. 

 

 

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas