Ebook

Archive for January, 2012

Panduan untuk Pelabur Emas – Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas @ Sebarang Pelaburan?

Monday, January 23rd, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan gembira adanya.

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda.

Sangat bagus bagi pembaca yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas atau apa-apa sahaja pelaburan.

Sewaktu saya mengunjungi kedai buku MPH kat Mydin Melaka, saya terpandang satu buku yang bertajuk “Menjadi Seorang Pelabur Bijak” tulisan Dr. Zulnaidi Yaakob. Buku ini diterbitkan oleh Must Read Sdn. Bhd.

“Wah! menarik buku nie” cakap hati kecil saya. So saya terus beli buku nie dan membacanya.

Memandangkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat, saya tertarik untuk berkongsi intipati buku ini dengan anda semua.


Gambar: Muka depan buku Menjadi Seorang Pelabur Bijak.

Buku ini ada berkisar kepada topik “Mengapa setiap individu perlu menguasai ilmu pelaburan?” Terdapat banyak jenis pelaburan yang dibincangkan di dalam buku ini antaranya:

1. Saham amanah
2. Emas (secara ringkas)
3. Hartanah
4. Saham koperasi
5. Koleksi barangan
6. sukuk

Kemudian ada satu topik berkenaan “Ciri-ciri Pelabur Yang Baik” – mukasurat 37. Ini screenshotnya.


Gambar: screenshot buku ini mukasurat 37. 

Daripada topik ini, jelas sekali faktor terpenting sebelum melabur ialah anda mesti berilmu. Kemudian proaktif dan diikuti dengan ciri-ciri lain.

Di dalam pelaburan emas. Apakah yang dimaksudkan dengan berilmu?

Untuk pelaburan emas, pelabur yang berilmu saya takrifkan sebagai pelabur yang mengetahui bagaimana  memilih emas pelaburan yang betul, membeli daripada institusi yang betul, pada spread (susutnilai) yang betul dan disimpan di tempat yang betul.

Kemudian anda perlu bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas (klik sini). Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh rugi banyak.

Apa yang ditakrifkan dengan Proaktif?

Pelabur emas yang proaktif  ialah pelabur yang sentiasa memantau pergerakan harga emas dan juga berita-berita semasa yang mempengaruhi harga emas, contohnya Kitco news atau Bloomberg commodity news.

Kenapa?

Ini membolehkan pelabur emas proaktif mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas @ memborong dan masa terbaik untuk menjualnya. Contohnya menggunakan Meta Trader 4 dan melukis trendline (baca sini).

Jadi anda boleh memaksimakan keuntungan.

Kalau nak main teknik gadaian maka anda perlu tahu bila masa terbaik untuk menggadai emas dan masa terbaik untuk menebusnya.

Semua ilmu ini anda perlu belajar.

Kena start dari kosong. Zero to hero.

Jadi, untuk mendapat ilmu pelaburan emas dengan pantas anda boleh:

1. Membaca semua isi kandungan blog jutawanemas.com sampai habis (klik sini)
2. Membeli/membaca ebook saya “Menyingkap Rahsia pelaburan Emas” (klik)
3. Menghadiri seminar-seminar yang saya anjurkan (samada percuma atau berbayar)
4. Menghadiri apa-apa sahaja seminar berkenaan pelaburan emas @ skill2 emas.
5. Membeli apa-apa sahaja buku mengenai pelaburan emas di kedai buku.


Gambar: Ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” 

Dengan melaburkan sedikit wang dan masa anda untuk mendalami ilmu pelaburan emas, saya yakin anda akan mendapat ilmu yang betul dan boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas.

Saya sendiri melaburkan ribuan RM untuk memahami selok belok pelaburan emas. Kebanyakan di dalam bentuk buku dan seminar. Alhamdulillah saya menjadi pelabur emas yang sangat berjaya. Banyak ilmu emas yang saya kongsikan di dalam seminar-seminar saya.

Jadi sesiapa yang datang ke seminar saya akan dapat banyak ilmu emas 🙂


Gambar: Antara buku-buku yang saya baca berkenaan emas.

Kesimpulan:

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Mulakan dengan mencari ilmu terlebih dahulu. Jadilah pelabur bijak.

Bagi mereka yang dah melabur emas. Tambahkan lagi ilmu anda. Kalau dahulu anda menjadi pelabur pasif, cari ilmu lebih supaya anda boleh menjadi pelabur proaktif. Nanti boleh buat lebih banyak untung.

Selamat mencari ilmu!

Selamat membuat keuntungan maksima!

Saya doakan anda semakin kaya dan berjaya dengan emas mulai sekarang sehingga selama-lamanya! 🙂

p/s: Jangan lupa membeli dan membaca buku “Menjadi Seorang Pelabur Bijak” dan membeli Ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”

.

 

Pendaftaran Dibuka: Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas 11 Februari 2012.

Saturday, January 21st, 2012
Nota admin:Jadual seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold untuk
bulan Februari 2012 sudah dikeluarkan. Anda boleh download jadual
seminar tersebut di dalam bentuk PDF (klik sini utk download)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya dan Shufaad doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan gembira adanya 🙂

Baiklah, untuk tahun ini apakah matlamat pelaburan emas anda?

Jika anda berhasrat untuk memaksimakan keuntungan di dalam pelaburan emas maka saya ucapkan tahniah!

Ini kerana artikel kali ini lebih menjurus kepada bagaimanakan cara memaksimakan keuntungan di dalam pelaburan emas bagi tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Prestasi harga emas sepanjang tahun 2011.

Jika anda perhatikan graf harga emas untuk tahun 2011, anda dapati pergerakan harga emas sangat menarik.

Daripada awal tahun 2011 sehingga 6 September 2011 harga emas naik sehingga 30.51% ( garisan biru bertanda A).

Banyak tu 🙂


Gambar: Graf harga emas sepanjang tahun 2011.

Kemudian dari harga puncak tersebut harga emas telah mengalami penurunan sebanyak 17.2%  (garisan hitam)

Dengan kata lain, jika anda mengukur pencapaian tahunan emas maka tahun 2011 harga emas mencatat kenaikan sebanyak 13.31% sahaja (garisan hijau B)

Jadi apakah rahsia memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda?

Salah satu rahsia untuk memaksimakan pulangan adalah anda perlu menjadi pelabur aktif. Anda perlu peka terhadap pergerakan harga emas dan bersedia menjual emas anda apabila harganya mencecah ketinggian tertentu.

Sebagai contoh, dengan menggunakan garisan trendline anda boleh melihat garisan kenaikan harga emas dengan mudah.

Trendline dan historical price merupakan kaedah favourite saya bagi menentukan bilakah masa yang sesuai untuk membeli@memborong emas dan bilakah masa terbaik untuk menjual emas.


Gambar: Trendline dapat dilukis dengan mudah menggunakan perisian Meta Trader.

Untuk menjadi pelabur aktif, kemahiran analisis teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4 sangat penting.

Ia membantu anda menganalisis pergerakan harga emas dengan lebih mudah.

Ingin belajar kemahiran analisis teknikal?

Jika anda ingin mempelajari kemahiran analisis teknikal, anda boleh mendaftar untuk menyertai seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas yang akan dianjurkan pada 11 Februari 2012 (sabtu) di CITITEL Midvalley Hotel KL.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 11/2/2012 (Sabtu)
Tempat: Tingkat 5, Seminar room, Hotel Cititel Midvalley Kuala Lumpur
Masa: 9.00 pagi – 5 petang.
Yuran penyertaan: RM300 untuk seorang peserta.
Contact person: Shufaad: 016-6447174
Special gift:Indicator Meta Trader 4 bernilai RM176 untuk setiap peserta
Bilangan tempat: 40 tinggal 25 tempat lagi.


Peserta-peserta seminar sedang belajar.

Siapa yang patut hadir ke seminar ini?

1. Mereka yang ingin mengetahui apakah itu pelaburan emas?
2. Mereka yang ingin tahu emas yang paling sesuai untuk pelaburan
2. Mereka yang tahu sikit-sikit pasal emas dan nak tahu dengan lebih banyak
3. Mereka yang ingin tahu bagaimana menjana keuntungan dengan emas.
4. Mereka yang ingin tahu mengenai teknik-teknik menganalisa harga emas dunia
5. Mereka yang ingin tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Pendek kata, kalau anda meminati emas, anda disarankan hadir ke seminar ini.

Best nie 🙂

Isi kandungan seminar ini:

Penceramah: Syukor Hashim

1. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
2. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia
3. Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas.
4. Bagaimana mengelak daripada terjerumus dengan skim pelaburan emas.

Penceramah: Noor Shufaad b. Md. Norani

1. Analisis Teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4.
2. Memulakan Program Meta Trader 4
3. Analisis pergerakan harga emas menggunakan tools dan indikator asas MT4

Pecahan topik kecil analisis teknikal:

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas.
  • Candlestick pattern dan formation.
  • Mencari Support dan Resistance menggunakan Fibonacci dan Price Action.
  • Membaca laporan pakar analisis teknikal harga emas.

Anda boleh membaca maklumat lanjut di dalam blog saudara shufaad di www.melakafx.com

Nak tengok video kelas analisis teknikal yang sebelum ini? Anda boleh klik video dibawah 🙂

Special requirement untuk peserta seminar:

1. Sila bawa laptop/notebook sendiri untuk topik analisis teknikal.
2. Sila bawa plug extension – in case anda perlukan kuasa elektrik untuk  notebook anda.
3. Internet disediakan, tapi kalau anda ada mobile broadband maka sila bawa ke seminar.
4. Sila download dan baca nota persediaan sebelum seminar (klik sini)
5. Sila install perisian Meta Trader 4 di dalam notebook anda dan customize.
6. Digalakkan anda bawa mouse/tetikus sebab ia memudahkan anda nanti.

Pembayaran yuran penyertaan.

Untuk hadir ke seminar ini, anda boleh bank in ke dalam akaun bank berikut:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

p/s: Sila bawa dan serahkan bukti pembayaran kepada staff kaunter pendaftaran pada hari seminar ie. slip bank in, ATM transfer, Cash deposit slip atau internet banking slip

Selepas bank in, apakah tindakan anda?

Selepas anda bank in, sila klik ikon online contact form dibawah dan masukkan butiran-butiran peserta dan bayaran:

Contohnya:

Selepas itu anda akan mendapat balasan email daripada saya mengatakan pendaftaran seminar anda berjaya.

Selepas itu, kita jumpa di seminar 🙂


Jumpa disana.

p/s: Dapatkan update daripada blog ini secara percuma. Langgan newsletter blog jutawanemas.com. Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
2. Berminar mengetahui rahsia pelaburan emas. Dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” klik sini (klik)
3. Kongsikan ilmu emas dengan rakan-rakan fb anda. Klik ikon recommend kat bawah sana. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

.

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Januari 2012.

Thursday, January 12th, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya 🙂

Pertama sekali saya ucapkan selamat tahun baru 2012. Semoga tahun ini akan memberikan anda kejayaan, kekayaan, kesihatan dan kebahagian.

Apa perancangan anda tahun ini? Saya doakan tahun ini anda akan berusaha mendalami ilmu pelaburan emas.

Ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan dengan pelaburan emas anda?

 

Contohnya. Anda dah pandai baca graf harga emas?

Anda nak tahu rahsia tokey-tokey emas membuat timing bila nak membeli dan menjual emas? Senang ajer. Mereka pandai tengok graf harga emas. Diantara perisian yang memudahkan anda membuat analisis harga emas adalah Meta Trader 4.


Gambar: Timing membeli dan menjual emas lebih mudah dilihat menggunakan Meta Trader.

Kalau nak tahu serba sedikit maka anda datanglah ke seminar saya.

Saya akan tunjukkan serba sedikit teknik-teknik melihat harga emas menggunakan Meta Trader 4.

Baiklah, disini saya paparkan jadual seminar peluang perniagaan emas Public Gold untuk bulan Januari 2012.

Pada bulan Januari 2012 saya akan mengadakan seminar di tempat-tempat berikut:

1. Senawang, Negeri Sembilan, 13 Januari 2012
2. Sunway, KL, 14 Jan 2012
3.  Kuantan, 19 Januari 2012
4. Kuala Terengganu 20 Jan 2012
5. Kota Bharu, 21 Januari 2012
6. Singapura, 28 Januari 2012
7. Ipoh, Perak, 30 Januari 2012
8. Alor Setar, 31 Januari 2012

Untuk maklumat lengkap sila rujuk jadual dibawah:

Jadual Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Januari 2012

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas.

Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.

Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-3819901 butiran-butiran berikut

1. Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

SEMINAR: Ahmad bin Abu, 25/2/2012, Kota Bharu.

Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:

SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob, 3. Halim Ali. , 4. Linda Onn, 25/2/2012. Kota Bharu

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.

Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.


Ok, jumpa anda di seminar 🙂

p/s: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.

p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .

Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas 🙂

Klik sini untuk mendapatkannya (klik)

 

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas