Ebook

Archive for August, 2012

Soalan-soalan Yang Perlu Ditanya Kepada Diri Anda Sebelum Membuat Pelaburan Emas.

Wednesday, August 15th, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya. Raya dah semakin dekat. Mood raya pun dah melekat.. bestnyer..

Jadi disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Saya doakan kesemua pembaca saya semakin kaya dan semakin berjaya dengan emas.

Baiklah, pada 6/8/2012 saya telah menulis artikel bertajukApakah sebab anda melabur dan menyimpan emas .

Saya telah berikan contoh 5 sebab dan saya anjurkan peraduan Kongsikan sebab anda melabur dan menyimpan emas.

Banyak sekali komen yang saya terima dan kesemuanya menarik-menarik belaka. Cuba anda lawati dan baca komen-komen yang diletakkan di ruangan komen.

Baiklah, sekarang saya akan berkongsi dengan anda tentang soalan-soalan yang perlu ditanya kepada diri anda sebelum membuat pelaburan emas.

Setiap pelaburan ada soalan-soalannya. Begitu juga dengan Emas…

Terdapat 6 soalan kesemuanya.

Soalan-soalan ini saya petik daripada buku Azizi Ali “Masa Untuk Emas : Bagaimana untuk melabur dalam emas dengan tepat dan mengelakkan kesilapan-kesilapan yang besar” (gambar atas).

Sebelum itu mari kita berkenalan dengan beliau. Siapakah Azizi Ali?


Gambar: Azizi Ali, lawati blog beliau di http://www.beahappymillionaire.com/

Beliau merupakan seorang penulis, penceramah dan jurulatih kewangan #1 di Malaysia.

Beliau telah menulis lebih 30 buah buku, bercakap kepada lebih 200,000 orang peserta dan sering muncul di media massa – semuanya dalam subjek kewangan dan penjanaan kekayaan.


Sebahagian daripada buku-buku tulisan Azizi Ali.

Kalau tuan-tuan nak jadi jutawan cepat, inilah orang yang boleh menjadi mentor anda (klik sini)

Baiklah, apakah soalan-soalannya?

Sebelum membuat sesuatu pelaburan, anda perlu bertanya diri anda 6 soalan. Jawapan yang anda perolehi akan mendorong anda membuat keputusan yang lebih baik kerana ia membolehkan anda menilai pelaburan dari segi logik bukan menggunakan tekaan, mengikut emosi atau membuat keputusan dengan sesuka hati.

Soalan pertama: Mengapa saya melabur?

Jawapan pendek, tentulah nak buat untung. Tapi anda perlu bertanya diri anda dengan lebih mendalam. Apakah sebab anda melabur di dalam emas? Artikel saya  “Apakah sebab anda melabur dan menyimpan emas” mungkin boleh membantu anda menjawab soalan ini.

Soalan kedua: Berapa lama tempoh saya boleh menyimpan?

Berapa lama anda boleh menyimpan wang di dalam pelaburan emas? setahun? Dua tahun? tiga tahun? 5 tahun? Selama-lamanya?

pelaburan emas - harga emas 5 tahun
Gambar: Harga emas naik di dalam jangka masa panjang.

Untuk emas, sekiranya anda boleh menyimpan selama 2 tahun keatas, maka anda mampu menanggung risiko yang lebih tinggi kerana faktor masa berpihak kepada anda.

Sebaliknya jika anda hanya mempunyai masa beberapa bulan maka pelaburan emas dilihat kurang sesuai dengan anda. Ini kerana faktor masa tidak berpihak kepada anda.

harga emas tahun 2012
Gambar: Harga emas boleh turun di dalam jangkamasa pendek.

Soalan ketiga: Adakah ia sesuai dengan kedudukan kewangan saya?

Setiap pelaburan yang anda jalankan perlulah sesuai dengan kedudukan kewangan anda.

Kadang-kadang anda mungkin terlalu teruja dan membuat pelaburan emas yang tidak sepadan dengan kedudukan kewangan anda. Contohnya, jika anda pelabur hartanah, anda membeli hartanah yang terlalu mahal. Sewa yang diterima adalah lebih kecil daripada bayaran pinjaman bank menyebabkan anda menanggung masalah aliran tunai yang negatif. Walaupun anda boleh membuat bayaran bulanan namun ia akan menjadi bebanan kerana anda perlu memantau setiap sen belanjawan anda.

Kalau dalam emas pula, anda buat pinjaman dan kesemuanya dilaburkan ke dalam emas (dengan andaian harga emas sentiasa naik). Namun anda masih perlu membayar pinjaman tiap-tiap bulan. Kalau harga emas lambat naik maka anda kena cari jalan untuk membayar pinjaman tersebut. Takkan nak terus jual emas kot?

Kemudian, kalau anda terjebak dengan skim pembelian emas secara 30:70 ( bayar 30 peratus nilai emas, bakinya melalui pajakan emas di Ar-Rahnu), maka anda boleh rugi sekiranya harga emas tak naik. Ini kerana anda masih lagi perlu membayar upah simpan kat Ar-Rahnu.

Soalan keempat: Bolehkah saya tidur pada waktu malam?

Pastikan setiap pelaburan emas yang anda lakukan membolehkan anda tidur malam dengan nyenyak.

Jangan invest sampai tak boleh tidur.

Contohnya kalau beli emas berkilo-kilo tapi simpan kat rumah, confirm tak boleh tidur sebab risau. Jadi anda perlu sewa safe deposit box atau beli emas menggunakan akaun simpanan emas sahaja.

Soalan kelima: Bolehkan saya menjualnya kelak untuk mendapatkan keuntungan?

Apabila harga emas naik adakah emas tersebut mudah untuk dijual kembali? bagaimana dengan reputasi penjual? Ada jaminan belian balik tan?

Bagaimana dengan susutnilai emas ketika mereka membeli balik? Besar tak susutnilai tersebut?

Soalan keenam: Bolehkah saya menjualnya dengan mudah?

Beli emas memang senang. Bayar ajer. Tapi ketika nak jual semula nanti adakah mudah? Apakah syarat-syarat yang mungkin dikenakan oleh penjual?

Contohnya kalau emas fizikal yang dijual oleh bank contohnya syiling Kijang Emas, UOB, Kuwait Finance House, Al-Rajhi Bank maka syaratnya ialah plastik tak boleh dibuka, tak boleh calar, goris, bengkok. Resit asal perlu ada. Ini anda kena tahu. Mana tahu kalau lipas makan resit anda dan bank tak nak terima sebab resit takder. Tak ker naya tu. Memang ler salah lipas tu… tapi bank nak terima ke?

Kalau kat kedai emas seperti Poh Kong, saya dimaklumkan kalau buka plastik @ hilang resit belian maka boleh ditolak sehingga 25% – 30%. Pergh!!

Adakah ada jaminan belian balik? Sebagai contoh Public Gold menawarkan jaminan belian semula pada harga belian balik walaupun emas mereka calar, goris, bengkok asalkan berat sama. Kalau hilang sijil ketulenan pun mereka tolak RM10 sahaja.

Itu dia pembaca sekalian kaedah ‘soal dan jawab’ Ianya mudah, senang dan paling penting ia membawa keputusan yang lebih baik berbanding melabur tanpa berfikir panjang. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua jenis pelaburan, bukan sekadar emas.

Jika anda berminat mendapatkan buku ini, anda boleh cari kat kedai-kedai buku terkemuka contohnya Popular dan MPH. Saya beli buku ini kat Popular bookstore.

Baiklah, itu sahaja buat kali ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Syukor Hashim
Admin jutawanemas.com

 

 

Peraduan “Kongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas dan Menangi sekeping 10 Dirham Public Gold.

Monday, August 13th, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya. Kita sudah berada di minggu terakhir bulan puasa. InsyaAllah minggu depan kita raya. Yes!

Saya doakan persiapan raya anda semuanya beres. Cuti raya dah diapply dan mood raya dah tersemai kat hati anda semua 🙂

Ok! Minggu lepas saya telah menganjurkan satu peraduan iaitu download FREE preview ebook saya, jawab soalan dan menangi hadiah 10 dirham Public Gold dan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan versi penuh.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Keputusan pun telah diumumkan dan pemenangnya telah pun menerima hadiah masing-masing 🙂  (klik sini)

Terima kasih kepada semua pembaca blog saya. Semoga anda semakin kaya dan berjaya dengan emas.

Baiklah, seperti yang dijanjikan, saya teruskan dengan peraduan buat kali kedua.

Peraduan ini saya namakan sebagai:

“Kongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas”

dan menangi hadiah lumayan!

Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:

1. Komen @ cerita yang paling menarik akan memenangi hadiah 1 x 10 Dirham Public Gold dan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas versi penuh.

2. Komen kedua dan ketiga terbaik akan memenangi ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”  versi penuh.

3. Tarikh peraduan bermula sekarang dan berakhir pada 15/8/2012

4. Keputusan hakim adalah muktamad.

Tempat pertama akan memenangi 1 x 10 Dirham Public Gold dan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas versi penuh

 

Komen kedua dan ketiga menarik akan memenangi Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas versi penuh

Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda mestilah melanggan newsletter blog jutawanemas.com
2. Anda baca artikel Apakah Sebab Anda Melabur dan Menyimpan Emas (klik sini)
3. Selepas baca artikel tersebut, sila jawab soalan undian (pool) di bawah artikel tersebut
4. Kemudian di ruangan komen di bawah artikel tersebut anda berikan komen/cerita/pengalaman peribadi  di ruangan komen
5. Komen anda dikira sebagai satu penyertaan.
6. Seorang pembaca cuma boleh menghantar 1 penyertaan/1 komen sahaja.
7. Setiap komen/penyertaan tidak melebihi 200 patah perkataan (amended on 13/8 12.24 tengahari)

Itu sahaja.

Apa tunggu lagi, sila ke artikel Apakah Sebab Anda Melabur dan Menyimpan Emas (klik sini), sertai undian dan berikan komen @ cerita terbaik anda sekarang!

 

Anda mungkin pemenang yang saya cari-cari!

 

Keputusan Peraduan: Pemenang 10 Dirham dan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

Tuesday, August 7th, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia selalu.

Baiklah, pada 2/8/2012 yang lalu saya telah menganjurkan satu pertandingan.

Syaratnya mudah sahaja. Anda cuma perlu download FREE preview ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”, kemudian baca ebook tersebut dan jawab 2 soalan mudah.

Peraduan ini terbuka kepada semua pembaca blog jutawanemas yang melanggan newsletter. Pembelian tidak diperlukan.

Ini adalah soalan-soalan yang ditanya (baca FREE preview confirm boleh jawab)

Soalan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana: __________

Soalan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana:  _________

Untuk pertandingan ini, saya menerima 60 penyertaan dari seluruh Malaysia termasuk Brunei (terima kasih orang Brunei).

Setelah diteliti dan dinilai jawapan-jawapan tersebut maka saya telah memilih 4 orang pemenang.

Pemenang tempat pertama akan mendapat hadiah:

1 keping syiling 10 dirham Public Gold manakala tempat kedua, ketiga dan keempat akan menerima ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas versi penuh”.

 

Mari kita lihat siapa pemenang peraduan ini:

Setelah tamat tempoh penyertaan, kini tiba masanya untuk saya umumkan pemenang bagi peraduan ini:

Tempat Pertama dimenangi oleh Shazwani Elya Shaharuddin,
e-mail: elqiranibizz@gmail.com

 

Jawapan beliau:

Jawapan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana menyimpan emas bermaksud anda menarik kekayaan kepada anda. Harga emas meningkat (jangkamasa panjang) & tiada istilah rugi dalam emas. Ia tidak boleh dibinasakan & dimanipulasi, mudah dibahagikan kepada unit kecil tanpa menjejaskan nilainya.

Jawapan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana terdapat 1001 cara mendapatkan keuntungan dari emas selaras dengan fakta & ilmu berlandaskan Al-Quran. Dengan emas, saya boleh menjadi seorang penjual, pelabur, usahawan, penggadai & menjadi seorang yang berilmu dalam emas.

Sekarang mari kita lihat pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat.

Tempat kedua dimenangi oleh: Munirah Husny Faiz,
e-mail: eatdatpaper@yahoo.com

Jawapan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana menyimpan emas bermasud anda menarik kekayaan kepada anda. Dengan emas anda terpaksa kaya.

Jawapan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana saya ingin menyimpan harta yang terunggul maka emas boleh menjadi harta terbaik. Ia tidak boleh dibinasakan, ia bernilai untuk selama-lamanya, ia mudah dibahagikan dan ia merupakan harta yang paling mudah dicairkan kepada tunai.

Tempat ketiga dimenangi oleh: Khairul Ryzman bin Bahari,
e-mail: krul_ryzman@yahoo.com

Jawapan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana dengan menyimpan emas kita akan menjadi kaya. Emas merupakan salah satu aset yang tidak akan turun susutnilai berbanding matawang dan hanya dengan menyimpan, nilai emas akan sentiasa meningkat.

Jawapan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana ebook ni menceritakan mengenai pelaburan emas secara detail dan menyakinkan. Saya yakin bahawa pelaburan emas mampu membawa saya dan keluarga ke satu kehidupan yang baru.

Tempat keempat dimenangi oleh: Abdullah Hakim Ab Alim
E-mail: hakim5885@gmail.com

Jawapan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana nilainya yang sentiasa meningkat di pasaran dengan syarat si penyimpan mempunyai ilmu.

Jawapan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana mendapati begitu banyak pendapatan yang boleh dijana dengan mempunyai ilmu emas.

Tahniah diucapkan kepada Shazwani Elya, Munirah Husny, Khairul Ryzman dan Abdul Hakim. Saya akan hubungi anda melalui email atau sms untuk urusan penghantaran hadiah.

Bagi mereka yang tidak menang untuk peraduan kali ini, anda masih ada peluang kerana saya akan mengadakan pertandingan lagi di dalam jangkamasa terdekat.

Nantikan pengumumannya! 🙂

 

Apakah Sebab Anda Melabur dan Menyimpan Emas?

Monday, August 6th, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua?
Saya doakan anda semua berada di dalam situasi sihat, ceria dan bahagia adanya.

Baiklah, topik kali ini adalah berkenaan:

Apakah sebab anda melabur dan menyimpan emas?

Soalan ini adalah unik dan perlu dijawab oleh anda dengan JELAS sebelum anda menceburi pelaburan emas. Setelah anda tahu sebab anda membuat pelaburan emas, maka anda boleh selaraskannya dengan mind setting yang betul dan strategi yang sesuai bagi memaksimakan keuntungan anda.

Dengan kata lain untuk memaksimakan keuntungan dengan emas, anda perlu:

1. Tahu sebab anda membuat pelaburan emas (ini perkara 1)
2. Membuat “Mind Setting” yang sesuai dengan (perkara 1).
3. Menyusun strategi yang bersesuaian dengan (perkara 1).

Sebab-sebab seseorang membuat membuat pelaburan emas.

Setiap orang mempunyai sebab-sebab yang tersendiri mengapa mereka melabur dan menyimpan emas. Jika anda masih mencari sebab-sebab untuk menceburi pelaburan emas, maka anda boleh lihat contoh-contoh di bawah:

Antara sebab-sebabnya adalah:

1. Inginkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB @ pelaburan lain.
2. Emas digunakan untuk tujuan penyimpanan bermatlamat.
3. Emas dilihat sebagai ubat mengelakkan kebocoran wang.
4. Emas dilihat sebagai aset @ harta.
5. Emas dilihat sebagai pelaburan/keuntungan jangka masa pendek.

Mari kita lihat satu persatu 🙂

 1. Inginkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB @ pelaburan lain:

Anda melihat di dalam tv,  baca surat khabar dan majalah tentang trend pelaburan emas yang semakin menjadi-jadi.

Anda ditunjukkan bukti-bukti graf kenaikan harga emas yang semakin tinggi.

Jadi  anda rasa teruja apabila melihat peratus kenaikan harga emas adalah lebih tinggi berbanding pelaburan konvensional di Malaysia. Jadi anda berminat untuk membuat pelaburan emas kerana inginkan pulangan yang lebih tinggi daripada ASB atau pelaburan-pelaburan lain.

Anda melihat emas sebagai pelaburan yang berpotensi memberikan pulangan  yang lebih lumayan berbanding ASB, Tabung Haji dan unit trust.

Anda buat perbandingan pulangan satu persatu. Contohnya emas vs. ASB, emas vs unit trust, emas vs saham, emas vs timah, emas vs getah, emas vs kelapa sawit dan emas vs the rest of the world of investment.

Ini adalah mentaliti pelabur. Anda cenderung membandingkan kenaikan harga emas berbanding instrumen pelaburan yang lain. Time frame anda pula adalah sekitar 1 tahun sahaja (Januari sehingga Disember)

Bila harga emas naik dari Januari – Disember, anda rasa seronok.


Gambar: Graf harga emas di dalam 5 tahun (2028 – 2012)

Sumber: http://www.goldprice.org/spot-gold.html

Kalau harga emas jatuh dari Januari – Disember atau kenaikan harga emas kurang berbanding instrumen pelaburan lain maka anda tidak gembira. Mungkin akan marah, mengutuk emas dan mengetuk kepala anda kat dinding.


Gambar: Prestasi harga emas Januari – Ogos 2012 menurun

Di dalam hati anda akan berkata “Daripada aku beli emas, baik aku beli getah sekerap, sebab peratus harga getah sekerap naik setahun lebih tinggi daripada emas”

Bagi anda, simpanan emas dilihat berbaloi sekiranya peratus kenaikan harganya lebih tinggi dari pelaburan lain. Kalau tidak, anda tak minat nak simpan emas. Mungkin anda minat invest komoditi lain seperti minyak sawit, timah, gas asli atau arang batu.

Mentaliti anda: Saya berharap peratus kenaikan harga emas setahun adalah lebih tinggi daripada pulangan ASB, tabung haji, unit trust dan bla.. bla.. bla…

2. Emas digunakan untuk tujuan simpanan bermatlamat.

Ada orang menyimpan emas untuk satu tujuan yang jelas. Ini dipanggil simpanan bermatlamat @ tabungan bermatlamat.


Gambar: Emas sebagai simpanan bermatlamat.

Emas disimpan bagi mencapai objektif tertentu. Selepas objektif dicapai maka emas tersebut dijual dan tidak lagi disimpan. Contohnya ialah menyimpan emas bagi tabung kahwin, menunaikan haji, membeli tanah, melancong atau simpanan untuk anak masuk universiti. Memandangkan trend harga emas menaik maka anda simpan dengan harapan kenaikan harga emas yang tinggi mempercepatkan anda mencapai matlamat anda.

Biasanya anda akan membeli emas secara konsisten. Anda simpan sedikit demi sedikit. Samada harga naik atau turun  anda tetap membeli emas secara konsisten.

Anda tahu dengan kaedah ini anda mendapat keuntungan dengan teknik pemurataan kos.

Apabila kenaikan harga emas mencecah target RM yang diingini maka anda terus menjual, tukar kepada RM dan melaksanakan impian anda.

Mentaliti anda: Simpan emas secara konsisten + keuntungan harga emas naik = impian tercapai.

3. Emas dilihat sebagai ubat mengelakkan kebocoran wang.

Untuk pengetahuan anda, ada orang tangannya panas. Tak boleh pegang duit kertas. Mulalah fikir nak invest (yang karut-karut) atau belanja. Memandangkan simpanan di dalam bentuk ringgit lebih senang bocor (asal duit banyak ajer, mula gatal tangan nak berbelanja atau nak invest ke mana-mana).

Belanja duit kertas nie senang sangat. Betul tak?

Budak darjah satu pun tahu habiskan duit kertas. Inikan pula orang dewasa 😛

Jadi bagi orang seperti ini, emas adalah ubat bagi mengelakkan kebocoran wang.


Gambar: Anda selalu kebocoran wang? simpanlah emas.

Simpan emas confirm duit tak bocor.

Contohnya: jika anda ada duit RM100 ribu maka banyak idea datang utk menghabiskan wang tersebut ataupun anda mula teringin nak melabur kat macam-macam skim. Tapi kalau duit tersebut ditukarkan kepada emas, maka anda dah tak boleh belanja sesuka hati.

Jadi anda terselamat dari keborosan diri sendiri.

Mentaliti anda: “Aku tak boleh simpan duit kertas, asal tengok duit ajer nak belanja. Simpan emas selamat duit aku”

4. Emas dilihat sebagai aset @ harta.

Manusia suka menyimpan harta. Itu lumrah jiwa manusia. Apatah lagi jika harta itu berbentuk aset (aset = nilainya semakin naik). Contoh harta berbentuk aset ialah tanah, emas dan perak, rumah sewa, perniagaan dan harta intelek.

Dalam hal ini anda melihat emas sebagai harta kerana nilainya meningkat di dalam jangka masa panjang.

Kalau sesak-sesak maka emas boleh digadaikan di Arrahnu untuk tunai segera. Kalau beli emas di dalam bentuk barang kemas maka ia adalah harta yang boleh dipakai di badan.


Gambar: Emas ialah harta yang mudah dicairkan kepada tunai

Kalau anda simpan jongkong atau dinar, maka anda boleh rasa kepuasan apabila dapat melihat dan memegang “harta emas” anda. Harta di dalam bentuk kereta juga disukai oleh manusia, tetapi nilai kereta sentiasa jatuh. Harta di dalam bentuk wang kertas juga ada masalah kerana nilai wang kertas merosot akibat inflasi.

Bagi orang ini, kelebihan emas adalah ia adalah harta yang mudah dikumpulkan secara kecil-kecilan berbanding tanah atau rumah. Emas boleh dibeli di dalam kuantiti yang kecil (contohnya 1 dinar, 10 gram, 20 gram). Asal ada duit, tukar jadi harta emas.

Lama-lama banyak harta emas anda. Bagi orang yang menyimpan emas sebagai harta, mereka melihat tempoh masa yang sangat panjang dan sangat jauh.

Kenaikan dan penurunan dalam jangka masa pendek tidak mempengaruhi mereka untuk membeli dan menjual “harta” mereka. Kadang-kadang mereka tak fikir langsung nak jual “harta emas” nie. Ia adalah harta sampai mati.

Mentaliti anda: “Emas adalah harta. Kumpul emas ibarat kumpul harta. Kalau sesak boleh gadai. Kalau dah tua boleh kasik kat anak cucu”

Contoh pelabur di dalam kategori ini adalah mak saya.

Mak saya memang hobinya ialah membeli, memakai dan menyimpan emas. Dari dulu sampai sekarang, kalau ada duit ajer.. tukar jadi emas. Kalau nak pakai duit mak saya akan gadaikan emas ini (mak saya beli tanah RM50 ribu dengan gadai emas).

Mak saya tak pernah terfikir nak jual emas bila harganya naik. Bagi mak saya emas adalah harta. Dan harta adalah untuk disimpan. Dan emas yang mak simpan tu nanti emak nak bagi kat anak-anaknya. hehehehehe.. terima kasih ye mak! 🙂


Gambar: Rantai leher mak dan 10 dinar dah kena tukar jadi buah rantai.


Gambar: Rantai tangan yang dibeli dengan harga RM80.95 segram pada tahun 2007. Dah untung kalau dijual, tapi confirm tak jual punya.

5. Emas dilihat sebagai pelaburan yang boleh memberikan keuntungan jangka masa pendek.

Ada orang yang melihat emas boleh memberikan pulangan jangkamasa pendek.

Lebih kurang macam saham.

Ya memang betul. Kalau pandai beli-jual maka anda boleh untung di dalam jangka masa pendek. Emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran antarabangsa dan harga emas ada turun naiknya. Walaupun harga emas adalah “long term bullish” atau meningkat untuk jangkamasa panjang, namun di dalam jangka masa pendek harga emas boleh jatuh banyak (buying opportunity).

Jadi anda boleh membuat keuntungan dengan kemahiran analisis teknikal atau pun menggunakan sejarah harga emas (historical price) untuk mengenal pasti peluang memborong.

Anda sentiasa peka dengan pergerakan harga emas. Anda tahu sejarah harga emas seperti harga tertinggi, harga terendah, fibonacci retracement, fibonaci expansion etc. Graf kitco dan graf Metatrader 4 sentiasa menjadi kitab rujukan.

Bila harga turun anda beli, bila harga naik dan anda dah untung, maka anda jual. Bila harga turun anda beli lagi, bila harga tinggi anda jual. Anda ulang-ulang proses ini.

Bila harga turun emas turun anda rasa seronok. Bila harga emas naik pun anda rasa seronok. Ke mana sahaja arah harga emas. Anda seronok. Mungkin bagi orang lain anda nampak pelik, tapi sebenarnya anda tahu apa yang anda buat 🙂



Gambar: Anda boleh buat untung jangkamasa pendek dengan emas.

Mentaliti anda:  “Harga emas naik atau turun, peluang buat duit tetap ada bro! kena pandai timing market ajer…”

p/s: Kalau rajin anda cuba ke FB kawan saya, Wazir tokey emas. Beliau aktif membeli, simpan dan jual. Beliau juga menggalakkan simpanan emas untuk jangka masa panjang. FB dia kat sini:  http://www.facebook.com/tokeyemas999

Kesimpulan:

Itu dia tuan-tuan pembaca sekalian, sekarang anda sudah nampak sebab-sebab seseorang individu melabur dan menyimpan emas. Walau apa pun alasan anda untuk menyimpan emas. Anda betul!

Sekiranya anda masih kabur tentang sebab anda nak menyimpan emas. Pilih ajer salah satu daripada 5 sebab diatas 🙂

Lepas nie saya akan tulis pasal mind setting dan menyusun strategi yang bsersesuaian mengikut “sebab” anda melabur di dalam emas.

pesanan: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.

p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .

Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas.

Anda boleh download FREE preview 94 mukasurat ebook ini (klik sini)

atau anda boleh membeli terus versi penuh. Klik sini untuk mendapatkannya (klik)

 

 Kongsikan artikel ini di FB anda, klik icon Recommend di bawah. Terima kasih!

 

 

Sertai Peraduan dan Menangi 10 Dirham dan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

Thursday, August 2nd, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira selalu.

First sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa. Saya doakan anda semua mendapat banyak pahala dan murah rezeki.

Baiklah, disini saya ingin membuat satu pengumuman.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya akan mengadakan satu peraduan untuk semua pembaca blog jutawanemas.

Cukup mudah dan hadiahnya menarik 🙂

Hadiahnya ialah:

Tempat pertama:

1 keping 10 dirham Public Gold beserta sijil ketulenan (harga RM115)

 

 

Hadiah tempat kedua, ketiga dan keempat:

Ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” + ebook Emas-Emas Yang Hilang x nilai RM80 (total 3 unit untuk dimenangi)

 

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Peraduan ini terbuka kepada pembaca blog yang melanggan newsletter
2. Anda download FREE preview Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dan baca (sebab jawapan kepada soalan ada di dalam ebook)
3. Untuk download FREE preview ebook, sila klik sini
4. Jawab 2 soalan mudah di bawah.
5. Tarikh mula peraduan ialah pada 2/8/2012
6. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada hari Isnin 6/8/2012
7. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
8. Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya hari Rabu 8/8/2012
9. Keputusan hakim adalah muktamad.

p/s: Hadiah 10 dirham akan di courier kepada pemenang manakala ebook akan diemelkan kepada pemenang. Kos saya tanggung.

Soalan peraduan.

Ok, selepas download FREE preview ebook ini, sila baca dan jawab 2 soalan di bawah:

Soalan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana ____(maksimum 30 patah perkataan)_____

Soalan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana  ____(maksimum 30 patah perkataan) ______________

Bagaimana menghantar jawapan?

Jawapan boleh dihantar melalui 2 cara iaitu:

1.) Melalui contact form blog jutawanemas (klik sini)

2. Anda boleh juga emelkan jawapan kepada saya di admin@jutawanemas.com

Letakkan di bahagian perkara @subject email: Jawapan peraduan di blog Jutawanemas.com

Ok, itu sahaja.

Ok, itu sahaja. Selepas pemenang diumumkan minggu depan, saya akan buat lagi peraduan untuk kali kedua.

Jadi anda masih boleh menang hadiah yang sama minggu depan 🙂

Terima kasih kerana melanggan newsletter blog jutawanemas, terima kasih kerana download preview ebook saya dan terima kasih kerana menyertai peraduan ini.

Semoga anda kaya dan berjaya!

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas