Ebook

Archive for September, 2012

Keputusan Pemenang Peraduan “Kongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas”

Monday, September 3rd, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan gembira hendaknya.

First sekali, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”

Saya doakan raya ini akan memberikan anda banyak inspirasi emas 🙂

Baiklah, disini saya ingin mengumumkan pemenang bagi peraduan:

“Kongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas”

Peraduan ini dianjurkan pada 13 Ogos yang lalu (baca kat sini).

Banyak komen komen yang menarik telah dikongsikan disana oleh pembaca-pembaca blog jutawanemas.

Anda boleh lihat pengalaman-pengalaman pembaca pembaca blog ini dan sebab-sebab mengapa mereka menyimpan emas.

Pemenang peraduan “Kongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas”

Baiklah, setelah meneliti komen-komen pembaca, saya telah memilih 3 komen terbaik untuk memenangi peraduan ini.

Ini adalah senarai pemenang-pemenangnya.

 

Tempat pertama: 1 x 10 dirham dan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dimenangi oleh:

Puan Noor Fadilah Kasim (fediera@yahoo.com)

Komen beliau: Saya menyimpan emas sebagai salah satu aset sebagai langkah untuk saya mencapai kebebasan kewangan. Saya mempelbagaikan aset saya dengan emas selain daripada hartanah, perniagaan dan simpanan wang. Selain daripada itu, saya menyimpan emas sebagai simpanan untuk pendidikan anak-anak saya kerana saya sedar bahawa sekiranya saya menyimpan wang ringgit, wang tersebut akan dimamah inflasi, menyebabkan yuran pendidikan anak-anak saya tidak akan mencukupi kelak. Saya juga menjadikan emas sebagai barang perhiasan saya supaya sentiasa nampak cantik dan bergaya. Tambahan pula, saya cuba untuk menjadikan emas sebagai aliran tunai saya setiap bulan melalui perniagaan emas yang bakal saya ceburi satu masa nanti setelah saya mempunyai cukup modal kewangan dan telah benar-benar ‘celik emas’ melalui penyelidikan saya mengenai emas dengan dibantu oleh website jutawanemas.com dan bahan-bahan bacaan lain seperti richdad.com, buku-buku Azizi Ali serta banyak lagi.

Tempat kedua: Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dimenangi oleh:

Encik Sanadi Abdul Latif  (sanadial@yahoo.com)

Komen beliau: Saya melabur dan menyimpan emas kerana sebelum ini pelbagai pelaburan dan perniagaan saya telah mencuba namun bagaikan Buluh Kasap, Untung tiada modal pun lesap. Saya mula tertarik dengan emas apabila saya terfikir bahawa emas memang disebut di dalam Al Quran. Dan saya yakin kalau sejak zaman nabi s.a.w emas dibandingkan dengan seekor kambing maka sehingga kini nilainya tidak berubah. Maka benarlah bahawa emas adalah kalis inflasi. Benar seperti kata-kata sifu En. Syukur, Orang yang tangannya panas dengan duit..Emas adalah penyejuknya..BENAR sejak saya menyimpan emas walaupun sedikit..tangan saya dah mula sejuk..Terima Kasih Sifu.

Tempat ketiga: Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dimenangi oleh:

Puan Nurulhuda Mokhtar  (nur_rizq@yahoo.com)

“Adik…dah nak raya ni..pakai barang kemasnya…nanti orang tengok tak berseri…”.Itulah yang sering diucapkan oleh arwah ibu saya pada satu masa dahulu setiap kali menjelang Syawal. Pada saya waktu itu, barang kemas hanyalah sekadar perhiasan orang perempuan. Memandangkan saya masih lagi bersekolah ketika itu, maka ibu hanya memberi kebenaran untuk memakainya setiap kali menjelang musim perayaan atau ketika menghadiri majlis kenduri kahwin. Betapa ceteknya ilmu mengenai emas saat itu.
Kini ibu sudah tiada namun barang kemas peninggalan ibu masih saya simpan dengan rapi. Sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa blog Jutawanemas mengenai kisah pelaburan emas. Pada mulanya saya fikir ini adalah bisnes jual barang kemas tetapi setelah dibaca dengan teliti barulah saya tahu bahawa emas adalah logam ciptaan tuhan yang sangat tinggi nilainya.Sekarang saya telah berjaya membeli beberapa keping bar emas dan syiling emas kijang.Saya berazam untuk menukar wang yang saya ada kepada emas untuk meraih keuntungan sebanyak mungkin. Anak-anak saya sedang membesar, dengan simpanan emas ini diharapkan dapat meringankan beban saya melawan perang inflasi di masa anak saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ya.. ayuh..kawan-kawan..kumpulkan harta anda dengan cara yang bijak!

 

Tahniah saya ucapkan kepada Puan Noor Fadilah Kasim, Encik Sanadi Abdul Latif dan Puan Nurulhuda Mokhtar.

Kepada Puan Noor Fadilah, saya akan hantarkan email untuk meminta alamat pos untuk saya poskan hadiah 10 dirham ini.

Kepada En. Sanadi dan Puan Nurulhuda, saya akan emelkan ebook saya kepada anda berdua.

 

Terima kasih kepada semua pembaca yang mengambil bahagian. Kalau tak menang sekarang tak apa.

Cuba lagi ye!

Akan ada lagi peraduan seperti ini yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas