Ebook

Archive for October, 2012

Kisah Skim Pelaburan Emas yang diserbu pihak berkuasa.

Thursday, October 18th, 2012
Nota admin:
1. Ingin membaca cerita bagaimana seorang pelabur emas, Muhamad Hazwan dan keluarga tertipu RM280,000 di dalam skim pelaburan emas? (klik sini)
2. Ingin memenangi USB drive 8GB berbentuk jongkong emas? berikan komen anda di bawa. Komen terbaik akan menang hadiah dari saya. 

—————————————————————————————————————————-

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Untuk pengetahuan anda, bulan Oktober 2012 menyaksikan banyak tragedi di dalam pelaburan emas.

Pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia aktif membuat serbuan keatas syarikat-syarikat skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan bulanan.

Antaranya yang terlibat:

1. Pada 1/10/2012 Syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas Genneva Sdn. Bhd telah diserbu oleh pihak berkuasa (Bank Negara, Polis, Kementerian Perdagangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Urusniaga emas Genneva dianggarkan bernilai 4 Billion Ringgit Malaysia.

Dalam masa yang sama cawangan Genneva Pte. Ltd. di Singapura turut diserbu oleh pihak berkuasa singapura iaitu Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura.
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121002/je_01/Syarikat-jongkong-emas-diserbu 

2. Pada 5/10/2012, 3 lagi syarikat yang membuat skim pelaburan emas yang dipercayai berkaitan dengan Genneva Sdn. Bhd.  iaitu Pageantry Gold Sdn. Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd. dan Worldwide Far East Sdn. Bhd. telah diserbu pihak berkuasa.

Laporan penuh boleh dibaca di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121006/dn_17/Lagi-syarikat-jongkong-emas-diserbu


Gambar: Syarikat Skim Pelaburan Emas Diserbu.


Sebelum pihak berkuasa menyerbu Genneva Sdn. Bhd, pada 1 Ogos 2012, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat laporan polis terhadap syarikat itu yang didakwa menjalankan urusniaga emas yang tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syariah dan undang-undang negara.

Kemudian, pada 10/10/2012 Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan siaran akhbar dan dipaparkan di FB rasmi mereka http://www.facebook.com/bnm.official?fref=ts

Pemantauan Bank Negara menunjukkan skim ini tidak boleh bertahan lama dan telah melengah-lengahkan pemulangan emas dan bayaran yang dijanjikan.

Apakah kesan daripada tindakan pihak berkuasa ini?

Kesan daripada serbuan ini, kesemua akaun bank dan set syarikat skim pelaburan emas ini telah dibekukan sementara menunggu tindakan mahkamah diambil.

Pelabur skim pelaburan emas mengalami kerugian. Kalau anda ditempat mereka, sudah tentu akan menghadapi masalah.

Ada kerugian mencecah ratusan ribu. Ramai yang buntu.

p/s: Saya kenal dengan seorang pelabur yang membuat pinjaman RM200 ribu selama 30 tahun semata-mata mahu menyertai Genneva Sdn Bhd. Sekarang beliau terpaksa membayar ansuran bulanan ke bank selama 30 tahun sedangkan income dari Genneva pulak kosong. Memang menderita.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121007/dn_03/Pelabur-jongkong-emas-buntu

Apa yang boleh kita pelajari daripada kes-kes ini?

1. Terdapat pelaburan emas yang betul dan ada juga skim cepat kaya yang bertopengkan emas.
2. Pelaburan emas yang betul menguntungkan dan selamat, tapi kalau terlibat dengan skim cepat kaya bertopengkan emas maka anda boleh kerugian yang sangat banyak.
3. Anda perlu berilmu agar tidak terjerumus dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi boleh menipu atau diserbu pihak berkuasa.
4. Kalau terkena dengan skim pelaburan emas. Merana.

Komen saya.

Saya pernah menulis artikel berkenaan isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas pada 27/7/2009 (dah 3 tahun dah artikel ini). Anda boleh baca kat sini

1. http://jutawanemas.com/v1/news/isu-isu-berkenaan-skim-cepat-kaya-dan-skim-pelaburan-emas/

2. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pelaburan-emas-yang-betul-vs-skim-pelaburan-emas/

3. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/lagi-kisah-penipuan-skim-pelaburan-emas/

Saya pernah membuat kenyataan berikut:

1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.

2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur.
Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.

3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.

Di dalam ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” Saya telah menulis secara mendalam isu pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Anda boleh baca maklumat lanjut tentang ebook saya (klik sini)

Jika anda berminat mengetahui analis blogger lain tentang Genneva Sdn. Bhd, anda boleh baca kat sini.

Menarik analisis yang dibuat:

1. http://jeenhao.com/precious-metal-investment/genneva-gold-investment-scheme-legit-or-scam/

2. http://www.financetwitter.com/2012/10/genneva-gold-another-collapsing-ponzi-scam.html

Pengalaman kerugian RM280,000 akibat skim pelaburan emas.

Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian, bagaimana En. Muhamad Hazwan dan keluarga beliau telah ditipu sebanyak RM280,000 di dalam skim pelaburan emas.

Beliau telah berkongsi cerita dengan terpeinci bagaimana beliau dan keluarga boleh terjerumus di dalam skim ini pelaburan emas.

Walaupun pahit tapi beliau sanggup menulis pengalaman ini agar pengalaman ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Apa yang menarik, setelah ditipu dengan skim pelaburan emas, beliau tidak melatah, sebaliknya telah berusaha mencari ilmu pelaburan emas yang betul. Beliau membeli ebook saya, membacanya sehingga faham dan mengambil tindakan membuat pelaburan emas yang betul.

Cerita tersebut boleh dibaca disini:

http://pelaburanemaspublicgold.com/category/pengalaman/

Sekarang beliau aktif berkongsi ilmu pelaburan emas yang betul, tepat, selamat dan menguntungkan dengan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya bagi orang KL.

Jadi, jika anda berada di KL, anda boleh menghubungi beliau untuk khidmat nasihat percuma.

Kesimpulan.

1. Emas menguntungkan bila anda jual ketika harganya naik.

2. Emas TIDAK memberikan pulangan bulanan. Skim-skim aje yang beri pulangan bulanan.

3. Skim pelaburan emas berakhir dengan tragedi samada mereka lesap atau disebu oleh bank negara.

4. Untuk pelabur Genneva dan 3 syarikat yang diserbu oleh bank negara, saya berharap pihak berkuasa membawa kes ini ke mahkamah. Di mahkamah segalanya akan dibongkarkan. Baru kita tahu samada business mereka tulen atau tidak.

Berikan komen dan menangi hadiah.

Kongsikan pengalaman atau komen anda di ruangan komen. Komen @ cerita @ pengalaman  terbaik akan mendapat hadiah USB Drive berbentuk jongkong Emas dengan kapasiti 8GB.

Seorang pemenang sahaja 🙂

Tarikh tutup memberi komen ialah pada 25/10/2012. So, hantarkan komen anda sekarang!


Gambar: Komen terbaik akan menang USB drive berbentuk jongkong emas dengan kapasiti 8 GB.

 

Sekian, terima kasih

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas