Ebook

Archive for February, 2013

Buku Fizikal “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Telah Diterbitkan!”

Saturday, February 16th, 2013
Nota: Dapatkan FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"
Sebanyak 94 muka surat. Masukkan nama dan email anda ke dalam di dalam 
Kotak kuning "Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA (di bawah)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia semuanya ­čÖé

Baiklah disini saya ingin memaklumkan satu berita baik kepada peminat-peminat ilmu pelaburan emas.

Kini ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas”┬átelah diterbitkan di dalam bentuk buku fizikal.

Sila ke www.pelaburanemas.com untuk melihat maklumat lanjut.

Bagi mereka yang ingin┬ámempelajari ilmu pelaburan emas dan selok-belok pelaburan emas, saya cadangkan anda mendapatkan buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas“. Ini kerana buku ini akan mendedahkan anda dengan ilmu-imu pelaburan emas di Malaysia, bagaimana kaedah membuat pelaburan emas yang betul, selamat dan menguntungkan.

Mengapa anda perlu mendapatkan ilmu emas melalui buku ini?

buku_pelaburan_emas_di_malaysia
Gambar: Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Jika anda ingin belajar mengenai pelaburan emas, buku ini merupakan sumber terbaik. Buku ini saya hasilkan berdasarkan kajian dan pengalaman saya di dalam pelaburan emas sejak tahun 2005. Kesemua maklumat-maklumat penting mengenai pelaburan emas di Malysia saya susun di dalam bentuk buku agar mudah difahami.

Apabila anda ingin menjadi seorang pelabur yang berjaya, perkara pertama yang perlu anda buat ialah membuat kajian terperinci mengenai pelaburan tersebut. Jangan sesekali meletakkan wang anda di dalam instrumen pelaburan yang anda tidak tahu hujung pangkalnya.  Ayat mudah, jangan melabur tanpa ilmu.

Jangan sesekali percaya kepada janji-janji manis seseorang mengenai pulangan yang tinggi, keuntungan beratus % setahun.

Anda perlu menjadi seorang pelabur bijak!

Saya ingin berkongsi satu mutiara kata daripada Kenneth L Fisher, seorang Billionaire dari Amerika Syarikat (harta kekayaan beliau ialah 1.8 Billion USD). Beliau mempunyai agensi pelaburan sendiri iaitu Fisher Investments. Beliau menguruskan aset bernilai 43 Billion USD dibawah agensinya. Memang kaya dan berjaya.

 

Ken Fisher: “I often say investing success is two-thirds avoiding mistakes, one-third doing something right”

 

pelaburan_emas_ken_fisher_profile

Dengan kata lain, sebelum membuat sesuatu pelaburan, anda perlu mengelakkan diri dari membuat kesilapan.

Kesilapan di dalam pelaburan emas.

Kesilapan di dalam pelaburan emas boleh merugikan ribuan, puluh ribu malahan ratusan ribu ringgit duit anda.┬áNamun jika anda membuat pelaburan emas yang betul, anda boleh untung ribuan, puluh ribu dan ratus ribu ringgit ­čÖé

pelaburan_emas_keuntungan_emas_2
Gambar: Keuntungan 60% dari pelaburan emas (klik untuk besarkan)

Disini saya senaraikan serba sedikit kesalahan-kesalahan lazim:

1. Beli emas tanpa mengetahui berapa spread@susutnilai
2. Beli emas kat kedai emas
3. Beli emas maya di bank yang tak patuh syariah
4. Terlibat dalam skim belian emas secara Ar-Rahnu 35:65 tanpa escape plan.
5. Beli saham emas maya dari syarikat luar negara
6. Beli emas sebab inginkan pulangan bulanan
7. Beli emas dan harap keuntungan dalam masa 2-3 bulan
8. Beli emas dan tak tahu kat mana nak simpan
9. Beli emas tapi tak tahu tentang zakat emas
10. Beli emas ketika harga tinggi, bila harga turun tak tahu apa nak buat.
11. Nak beli emas ketika harga turun sahaja
12. Tidak mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi turun naik harga emas.
13. Tidak tahu bila masa nak gadaikan emas untuk multiply stock.
14. Tidak tahu posisi terbaik untuk memaksimakan keuntungan dengan emas.

dan banyak lagi…

Kesemua kesalahan-kesalahan ini boleh diatasi dengan mudah jika anda berilmu.

Perkongsian pengalaman peribadi sebelum mengenali emas.

Sebelum mengenali emas, saya pernah terlibat dengan bermacam-macam jenis pelaburan contohnya forex, MLM dan skim cepat kaya. Saya kerugian puluhan ribu ringgit di dalam pelaburan-pelaburan tersebut. Saya serik!

Selepas itu saya telah berazam “Apa sahaja pelaburan yang datang lepas ini, aku akan belanjakan RM1000 untuk membeli buku, pergi kursus dan buat research sampai faham. Kalau tak faham, jangan join”.

“Kalau ada orang minta duit dan janji nak tolong uruskan dan nak kongsi profit sharing. Jangan percaya.

Pelaburan yang melibatkan alam maya, matawang maya, emas maya, saham maya, jangan join”.

Dah ramai orang kena. Masalahnya orang cepat lupa ­čÖü

Untuk penipuan di dalam skim pelaburan emas, tengok di bawah…

skim_pelaburan_emas

 

pelaburan_emas_genneva_diserbu

mangsa_skim_pelaburan_emas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kebun_emas

Memang teruk kalau anda terjebak dengan skim pelaburan emas. Rugi banyak.

Emas dan saya.

Bila saya diperkenalkan dengan pelaburan emas, perkara pertama yang saya buat ialah membeli dan membaca buku berkenaan pelaburan emas.

Apa-apa sahaja buku yang ada perkataan emas saya akan beli, baca.


Gambar: Koleksi buku-buku berkenaan pelaburan emas dan kewangan yang saya miliki.

Kemudian saya menambahkan ilmu dengan menemubual individu-individu yang terlibat di dalam industri emas especially tokey emas, peraih emas, penender emas lelong, pelebur emas dan ramai lagi.

Selepas itu saya tambah lagi ilmu emas dengan mempelajari ilmu analisis teknikal. Ilmu ini biasanya digunakan untuk main forex, tetapi saya fokuskan kepada analisis teknikal untuk pasaran emas.

Invest in knowledge first!

Adakah berbaloi saya melabur masa, tenaga dan wang saya untuk mendalami ilmu emas? Ya sudah tentu!

Menjadi bijak dalam ilmu pelaburan emas mengubah pemikiran saya. Bagi saya, emas bukan setakat simpanan atau pelaburan. Ia juga magnet kekayaan. Ia juga mengelakkan manusia daripada kebocoran wang. Sesiapa yang menguasai ilmu emas, dia terpaksa kaya.

Adakah berbaloi jika anda laburkan sedikit wang dan masa untuk mengetahui ilmu dan rahsia emas?

Sudah tentu ya!

Seperti mutiara kata Benjamin Franklin – seorang tokoh Amerika yang terkenal “An investment in knowledge always pays the best interest”

pelaburan_emas_investment_in_knowledge

Kesimpulan, bagi mereka yang baru nak mengenali pelaburan emas dari peringkat pengenalan ke peringkat pertengahan, dapatkan buku ini dan baca sampai habis.

Saya gerenti anda akan pandai tentang selok-belok pelaburan emas di Malaysia.

Ilmu anda lebih banyak dari mereka yang tidak membaca buku ini.

buku_pelaburan_emas

Gambar: Buku fizikal menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

Bagaimana cara mendapatkan buku ini?

Anda boleh membuat tempahan buku ini di www.pelaburanemas.com

Harganya ialah RM80 (termasuk kos pos)

Dengan RM80, anda akan mendapat:

1. Buku fizikal Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
2. Ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (versi PDF)
3. Bonus ebook “Emas-emas yang Hilang”

Silalah ke www.pelaburanemas.com untuk membuat tempahan.

Semoga anda akan celik emas dan boleh membuat pelaburan emas dengan betul, selamat dan menguntungkan.

website_pelaburan_emas

Selamat menimba ilmu emas.

syukor

 

Syukor Hashim

Penulis buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”

Admin Jutawanemas.com

sms: 013-2126999

p/s: Anda boleh klik recommend button kat bawah untuk menyebarkan maklumat ini di Facebook. Terima kasih

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas