Ebook

Archive for May, 2013

Panduan Pelaburan Emas Tahun 2013.

Wednesday, May 29th, 2013

gold_investing_guide_2013Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya.

Baiklah, disini saya ingin berkongsi Laporan Panduan Pelaburan Emas Tahun 2013 (Gold Investing Guide 2013)

Laporan ini ditulis di dalam bahasa Inggeris dan sangat membantu jika anda ingin mengetahui hala tuju pelaburan emas untuk tahun 2013 dan seterusnya.

Anda boleh download laporan ini disini:

Klik sini untuk download (klik)

Secara ringkasnya:

1. Majoriti penganalisis daripada bank terkemuka seperti Bank Of America, Goldman Sachs, Barclay Capital, BNB Paribas dan UBS menjangkakan harga emas akan meningkat antara USD1800/Oz ke USD1900/Oz

2. Prestasi harga emas tahun 2012 diterangkan secara panjang lebar (mukasurat 3)

3. Krisis zon Euro dijangka akan menjadi pemangkin kenaikan harga emas

4. Masalah Amerika Syarikat – Beban hutang yang meningkat, cetakan wang dan kadar faedah yang rendah akan mendorong harga emas naik (mukasurat 4)

5. Pembelian emas oleh bank-bank pusat di seluruh dunia akan memainkan peranan di dalam kenaikan harga emas. Ini kerana kebanyakan bank pust di seluruh dunia ingin memperbagaikan rizab mereka selain dari US Dollar yang dilihat tidak stabil.

gold_quotes

Faktor-faktor yang terhampir yang boleh memberikan kesan positif terhadap harga emas adalah:

1. Masalah Geopolitik – Masalah ketidakstabilan politik yang berlaku di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan, Syria boleh menyebabkan harga minyak naik mendadak. Apabila harga minya naik mendadak, biasanya harga emas turut serta naik.

2. Peningkatan permintaan penghantaran emas fizikal di COMEX (Comodity Futures Exchange) boleh menyebabkan kekurangan bekalan emas fizikal. Ini boleh menyebabkan peningkatan harga emas fizikal.

3. Emas dikenali sebagai aset selamat. Ia mengekalkan nilainya semasa krisis kewangan tahun 2009 dan telah menunjukkan peningkatan harga sehingga tahun 2012. Pada masa ini, pelabur-pelabur menunjukkan keresahan terhadap pasaran bon dan hutang negara. Di dalam kitaran pelaburan, apa yang mungkin berlaku ialah pasaran bon akan jatuh menyebabkan pelabur lari kepada emas dan perak.

gold_quotes2

Banyak lagi maklumat-maklumat yang anda boleh perolehi daripada laporan ini.

Saya harap anda boleh download dan membacanya.

Mari berkongsi ilmu!

Kongsikan laporan ini dengan semua rakan anda yang ingin mengetahui potensi emas pada tahun 2013 dan seterusnya. Anda boleh forwardkan artikel ini kepada mereka atau kongsikan dengan rakan-rakan FB anda.

Klik ikon FB recommend di bawah sana.

Rakan-rakan anda pasti berterima kasih kepada anda.

pelaburan_emas_2013

Klik sini untuk download Panduan Pelaburan Emas 2013 (klik)

Berikan komen anda!

Selepas anda membaca laporan ini, sila letakkan sebarang komen atau soalan di ruangan komen ini. Insyaallah kita boleh berbincang dengan panjang lebar mengenai potensi pelaburan emas pada tahun ini dan akan datang.

 

Selamat membuat pelaburan emas!

 

ecover_ebook_menyingkap_rahsia_pelaburan_emas

p/s: Inginkan panduan lengkap kaedah membuat pelaburan emas di Malaysia dengan lengkap, tepat dan menguntungkan? Dapatkan buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” sekarang.

Lawati www.pelaburanemas.com untuk mendapatkannya!

p.p.s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya FREE!
Masukkan emel anda di dalam kotak “Subscribe by e-mail” dibawah.
Setiap kali saya update blog ini maka anda akan mendapat update di dalam e-mail anda.




 

 

 

Ilmu-ilmu Pelaburan Emas Yang Patut Anda Kuasai Jika Ingin Kaya Dan Berjaya Dengan Emas.

Sunday, May 12th, 2013
1. Nota admin: Inginkan ilmu emas? Hadiri seminar saya 
Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas bulan Mei 2013 di kawasan Kajang,
Ampang, Kelang, Melaka, Sunway, Seremban dan Shah Alam. Masuk PERCUMA.
SMS nama anda dan lokasi pilihan ke hp saya 013-3819901.
(klik sini untuk melihat jadual)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya 🙂

Baiklah disini saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang selok belok pelaburan emas di Malaysia. Pengalaman saya ini jika diambil, sudah tentu memberikan manfaat yang tidak ternilai kepada anda.

Saya juga ingin berkongsi 4 ilmu emas yang boleh anda kuasai bagi memaksimakan keuntungan anda.

Kesemua ilmu-ilmu ini saya belajar dari masa ke semasa.

Kemudian ilmu-ilmu ini saya praktikkan mengikut keadaan semasa.

Pengenalan.

Saya mula membuat penyelidikan tentang emas sejak tahun 2005. Kemudian melibatkan diri secara aktif sejak tahun 2008.

Ini adalah perjalanan yang memakan masa 8 tahun.

Saya telah melalui pengalaman harga emas naik banyak, jatuh banyak, lambat naik, lambat jatuh dan macam-macam lagi. Emas boleh jatuh di dalam jangkamasa pendek, namun fundamental terhadap pelaburan emas masih kuat.

Potensi emas sangat cerah. Ini kerana hampir kebanyakan negara-negara di seluruh dunia mempunyai masalah debt bubble terutamanya USA.

Jika debt bubble ini pecah maka harga emas dan perak akan naik dengan banyaknya.

pelaburan_emas_2005_2013
Gambar: Saya mula berkecimpung dengan emas tahun 2005.

 Iklim Pelaburan Emas di Malaysia.

Pelaburan emas di Malaysia juga melihat banyak perkembangan positif dan negatif. Antara perkembangan positif ialah kebanyakan bank-bank turut menawarkan pelaburan emas samada melalui akaun simpanan emas atau emas fizikal.

Ini adalah pengiktirafan bank tentang kehebatan pelaburan emas.

public_bank_gia
Gambar: Contoh Akaun simpanan emas oleh Public Bank.

Skim cepat kaya oh! skim cepat kaya!

Dalam masa yang sama, skim-skim cepat kaya yang bertopengkan emas muncul macam cendawan selepas hujan. Skim-skim saham emas maya, perlombongan emas di luar negara dan dalam negara telah menipu puluhan ribu rakyat Malaysia.

Jumlah kerugian bukan sedikit, mencecah ratusan juta dan billion RM!

Skim-skim cepat kaya ini betul-betul memberikan tamparan buruk kepada nama pelaburan emas.

Namun itulah hakikat dunia.

Ada yang original, ada yang palsu.

genneva

pelaburan_emas_tipu
Gambar: Antara keratan-keratan akhbar tentang skim cepat kaya pelaburan emas.

Sebagai pelabur bijak anda perlu tahu yang mana tulen, yang mana palsu.

Sekarang ada orang yang serik bila mendengar perkataan pelaburan emas.

Mereka yang serik ini terdiri dari orang-orang yang tertipu dan pernah tertipu dengan skim-skim cepat kaya yang bertopengkan emas ini.

Pengalaman saya dengan individu yang tertipu.

Saya banyak berjumpa dan menerima call dari mangsa-mangsa skim cepat kaya. Apa yang menarik, mereka bukan orang biasa. Mereka juga terdiri daripada golongan professional seperti doktor, lawyer, engineer dan lain-lain. Kerugian yang dialami antara RM300 ribu ke RM500 ribu (ratusan ribu ooo…).

Jadi, mereka adalah golongan yang banyak duit tetapi kurang ilmu.

Duit banyak ilmu takder akan menyebabkan duit hilang banyak, baru dapat ilmu.

Jadi apakah yang penting untuk mendapat keuntungan dengan emas?

knowledge of course! Saya berpendapat setiap pelabur perlu mendapatkan ilmu dahulu sebelum menceburi bidang pelaburan emas.

Apakah ilmu-ilmu yang boleh anda pelajari bagi memaksimakan keuntungan pealburan emas?

Baik, di sini saya ingin berkongsi 4 ilmu pelaburan emas yang boleh anda kuasai.

Setiap satu ilmu yang anda kuasai akan menguntungkan anda.

Ilmu-ilmu tersebut adalah:

1. Ilmu pelaburan emas yang betul.
2. Ilmu Analisis Teknikal Harga Emas
3. Ilmu Ar-Rahnu (gadaian Islam)
4. Ilmu berniaga emas.

1. Ilmu pelaburan emas yang betul.

Right-or-Wrong-image-500x330

Pernah dengan pepatah “Hanya jauhari mengenal manikam?” Pepatah ini  mengatakan orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara. Anda perlu belajar ilmu pelaburan emas yang betul supaya anda tidak terjebak dengan skim cepat kaya. Anda perlu belajar ilmu pelaburan emas yang betul supaya anda boleh memilih produk pelaburan yang sesuai dengan matlamat dan objektif pelaburan anda.

Untuk mendapatkan ilmu pelaburan emas yang betul anda hanya perlu membaca buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” tengok kat sini (klik)  www.pelaburanemas.com 

2. Ilmu Analisis Teknikal Harga Emas.

technical-analysis-and-fundamental-analysis

Sekiranya matlamat anda adalah untuk mendapatkan keuntungan dengan aktif membeli dan menjual emas, maka ilmu menganalisis harga emas merupakan satu KEWAJIPAN.

Ini kerana ilmu ini akan memudahkan anda mencari harga yang terbaik untuk membeli dan menjual emas.

Ramai orang  ingin membeli harga emas ketika harga jatuh dan menjual ketika harga naik. Namun tanpa ilmu ini ia akan menyukarkan anda membuat penilaian. Kekadang tu tunggu ajer dari harga emas jatuh dan naik balik, tapi tak buat apa-apa tindakan sebab tak yakin, takut harga turun lagi dan sebagainya.

Ilmu analisis teknikal harga emas memudahkan anda mencari support dan resistance harga emas dan merancang strategi pembelian anda nanti. Ilmu ini anda boleh pelajari dengan mendapatkan buku Analisis Teknikal Harga Emas (klik sini)

3. Ilmu Ar-Rahnu (gadaian Islam)

arrahnu

Ilmu ini membolehkan anda menggunakan emas sebagai pusingan modal. Salah satu kelebihan emas ialah ia boleh digadaikan jika anda memerlukan pusingan modal.

Dengan kata lain jika anda memilih produk emas yang betul (emas fizikal) maka anda boleh balajar ilmu Ar-Rahnu ini.

Jika anda seorang businessman, mempunyai emas fizikal sangat membantu anda. Apatah lagi jika harga emas naik, maka nilai pinjaman akan meningkat.

Selain itu, emas yang disimpan setahun jika cukup haul dan nisab, maka diwajibkan zakat.

Namun emas yang digunakan (gadaikan) terkecuali daripada zakat. Sebab itu emas yang digunakan akan memberikan keuntungan yang lebih banyak berbanding emas yang disimpan.

4. Ilmu berniaga emas.

berniaga_emas

Ilmu ini membolehkan anda mendapat keuntungan samada harga emas naik atau turun. Jika anda menjadi pelabur, keuntungan anda hanyalah membeli pada harga rendah dan menjual semula ketika harga tinggi.

Namun sekiranya anda berniaga emas, anda akan mendapati keuntungan anda berlipat kali ganda apabila harga emas jatuh (sebab ramai orang membeli emas).

Jika harga naik, stok di tangan anda juga akan naik harga. Anda untung capital gain. pergh!! bestnyer 🙂

Contohnya, anda boleh menjadi pelabur dan agen kilang emas Public Gold. Anda untung menyimpan + untung berniaga.

Jika berminat mengetahui melabur dan berniaga emas (Klik sini).

Kesemua-ilmu-ilmu ini sangat berguna dan bermanfaat kepada setiap pelabur emas. Anda boleh belajar dan mahir kesemuanya.

Jangan ingat pelaburan emas ini simple dan straight forward.

The more you learn the more you earn! (Lagi banyak yang anda belajar, lagi mudah anda membuat keuntungan)

pelaburan_emas_learn_earn

 

Kesimpulan.

Membuat keuntungan dengan emas memerlukan penguasaan 4 ilmu di atas.  Saya yakin dengan mendalami ilmu diatas anda mendapati membuat keuntungan dengan emas adalah mudah. Anda juga dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan skim pelaburan emas yang sentiasa menipu.

Saya menghargai setiap komen anda. Sila letakkan di ruangan komen.

Oh ya, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda. Klik ikon Recommend dibawah.

Semoga kita semua mendapat manfaat.

Terima kasih.

 

 

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas