Ebook

Archive for October, 2013

Skim Cepat Kaya Bertopeng Pelaburan Emas Masih Wujud. Berhati-Hati!

Tuesday, October 22nd, 2013

Pada 4/10/2013 Team Majalah Niaga (www.majalahniaga.com) telah menulis satu artikel yang menarik.

Tajuknya ialah “Manipulasi Bisnes MLM & Skim Cepat Kaya (klik)”

Di dalam artikel ini team Majalah Niaga telah membongkarkan kisah dan ciri-ciri MLM yang memanipulasikan ahli-ahlinya. Kemudian, Majalah Niaga membuat analisis panjang lebar tentang perkembangan skim cepat kaya di Malaysia.

majalah_niaga_skim_cepat_kaya
Gambar: Artikel dari www.majalahniaga.com

Memandangkan saya tidak terlibat dengan aktif dengan MLM (sekadar jadi ahli Cosway ajer) maka saya kongsikan apa yang saya tahu sahaja.

> Ada MLM yang betul (ada produk dan sistem, very establish)
> Ada MLM yang palsu (money game, fokus kepada rekrut ahli)

> Ada pelaburan emas yang betul
> Ada pelaburan emas yang palsu.

Fokus saya adalah kepada skim cepat kaya.

Saya akan fokus panjang tentang skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelaburan emas.

Walaupun beberapa syarikat skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas seperti Genneva telah diserbu dan pengarahnya dihadapkan ke mahkamah, masih wujud lagi syarikat-syarikat di luar sana yang menjalankan skim cepat kaya.

Awas tuan-tuan dan puan puan. Skim-skim ini masih wujud!

Jika anda tidak berhati-hati, anda pasti rugi besar.

awas_skim_pelaburan_emas
Gambar: Awas dengan skim cepat kaya

Timeline skim cepat kaya di Malaysia (copy dari artikel Majalah Niaga)

Skim cepat kaya tahun 1980 – 1990

pak_man_teloDaripada tahun 1980-an sehingga 1990-an generasi lama menyaksikan kejatuhan skim-skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Labu Peram, Platinum Lane, Skim 350 dan banyak lagi. Ketika ini, perbankan Internet masih tidak wujud.

Majoriti pelaburan dibuat melalui serahan tangan dan melalui mesin deposit tunai. Pulangan pelaburan pula ada yang dihantar menggunakan kenderaan ke rumah-rumah pelabur. Selepas kes serbuan dan penutupan skim ini, ia terus senyap sepi.

Komen saya: Ayah saya sendiri merupakan mangsa skim cepat kaya Pak Man Telo. Rugi RM10,000. Lepas tu ramai-ramai cuba appoint lawyer utk fight kes dan dapat balik duit. Pun tak dapat duit balik. 

 

Skim cepat kaya tahun 2006 – 2007

swisscash_scam

Pada tahun 2006, fenomena skim cepat kaya kembali gempar dengan kemunculan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Internet seperti Swiss Cash, EA Index, DanaFutures, E-Barrel, Arabic Fund dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, skim-skim pelaburan Internet ini mula ditutup dan pusat operasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa.

Majoriti penganjur-penganjur dan individu di sebalik tabir skim ini masih bebas kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

Komen saya: Saya sendiri pernah terjebak dalam skim cepat kaya internet seperti autosurf  Studiotraffic (klik sini), 12dailypro (klik sini) dan HYIP (High Yield Investment Program).

Semuanya lebur duit. Selepas itu muncul Swiss Cash dan macam-macam fund lagi. Tapi saya dah taubat tak nak join lagi. Memang akan hangus duit. 

Skim cepat kaya tahun 2008 – 2010

Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.

Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat. Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.

Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas. Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.

Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara. Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.

Komen saya: Tahun 2010, saya pernah diajak untuk join koperasi yang menawarkan pulangan bulanan. Kononnya koperasi ini terlibat dengan forex trading dan menjanjikan pulangan 3%-5% sebulan. Sekarang dah tutup. Ramai pelabur terlebur.

Skim cepat kaya tahun 2011 – 2013 (kita sekarang berada disini!!)

Baca dengan teliti. Ini adalah trend skim cepat kaya pelaburan emas sekarang!

You-are-here

Tamat kisah skim cepat kaya koperasi , kini timbul pula skim berasaskan Forex dan Emas.

Kami tidak mahu mengulas panjang mengenai skim pelaburan emas berikutan kes serbuan ke atas syarikat Genneva pada tahun lepas dan tempoh hari 5 individu berkait rapat dengan syarikat ini akan dihadapkan ke Mahmakan Seksyen atas tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM 937 juta.

Hati-hati dengan mana-mana syarikat pelaburan emas yang menawarkan pulangan setiap bulan atas pembelian emas. Ia satu operasi bisnes yang tidak logik. Cara betul ialah dengan membeli emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas di kedai-kedai emas atau melalui institusi kewangan berlesen. Keuntungan diperolehi melalui jualan semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.

Berkenaan dengan Forex pula, kami tidak mahu mengulas mengenai urusniaga mata wang asing melalui Internet yang dibuat secara individu. Walaupun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun status hukumnya masih diperdebatkan di kalangan pedagang-pedagang Forex.

Kami hanya mahu mengulas mengenai segelintir syarikat yang menjadikan Forex sebagai wayang. Syarikat-syarikat ini membina platform graf yang dipanggil Metatrader4. Mereka membenarkan klien membuka akaun Forex sama ada akaun Demo atau Real. Syarikat ini kelihatan seperti memenuhi kriteria dan ciri-ciri asas broker Forex yang sah.

Namun, itu semua dibuat untuk mengaburi mata. Di belakang tabir, syarikat ini menawarkan pulangan bulanan di atas pelaburan yang dibuat. Laman web broker ini juga tidak menunjukkan dengan jelas siapa pengasas, board of directors, dan staf-staf yang terlibat. Ayat-ayat di laman web mereka adalah skrip sama yang dipakai oleh laman-laman web syarikat skim cepat kaya yang lain.

Mereka juga menyatakan kononnya mereka didaftarkan secara sah di negara-negara seperti Cyprus, Panama, Virginia Island, South Africa dan di lokasi-lokasi luar pesisiran pantai.

Modus operandi di belakang tabir ialah, apabila klien mendepositkan jumlah tertentu untuk membuka akaun Forex, duit dagangan mereka itu akan dipaparkan di skrin ‘trading station’. Untuk menarik minat klien atau pelabur, biasanya mereka akan ditawarkan bonus berupa modal tambahan di dalam akaun merekaContohnya, klien mendeposit 1000 usd, mereka akan diberi modal tambahan sebanyak 1000 usd, menjadikan jumlah modal untuk didagangkan di pasaran Forex berjumlah 2000 usd.

Dari manakah duit itu datang? Duit yang dipaparkan itu sebenarnya hanya wujud ‘on screen’sahaja. Modal tambahan itu sebenarnya tidak wujud dan biasanya diberikan syarat-syarat tertentu supaya pelabur sukar untuk melakukan pengeluaran.

Di belakang tabir, deposit asal itu dipusing untuk membayar pelabur lama dan membayar komisyen kepada pihak yang menjadi ‘introducer’. Dagangan Forex mereka seolah-olah dilakonkan di skrin sahaja. Ia sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah ‘money game’semata-mata.

Apakah trend skim pelaburan emas sekarang?

Komen saya: Modus operandi skim pelaburan emas sekarang masih tak berubah.

1. Anda dapat pulangan bulanan yang tinggi.

2. Bila anda tanya penganjur, kenapa mereka mereka boleh offer pulangan lumayan? Tiada jawapan yang konkrit akan diberikan.

3. Awas kalau anda beli emas tetapi emas tak dapat dalam tangan. Ini petanda skim tersebut rolling emas yang sama kepada pembeli berbeza. Contohnya penjual menggunakan 1 kilo emas (harga RM150,000) tetapi menjual emas yang sama kepada 10 orang pembeli. Jadi penjual akan kutip duit yang sangat banyak (jualan 10 kg emas = RM1.5 juta) tapi modal dia cuma 1 kg ajer.  Lepas itu penganjur akan buat money game. Duit RM1.5 juta itu dirolling untuk menbayar keuntungan yang tinggi kepada pelabur. Itu sebabnya mereka boleh bayar keuntungan lumayan. Ini namanya skim Ponzi. Lama-kelamaan akan runtuh bila tiada kemasukan pelabur baru.

4. Orang tertarik menyertai bukan kerana nak beli emas. Tetapi join kerana tertarik dengan pulangan bulanan.

P/s: Jika anda melabur emas bukan kerana emas, tapi lebih kepada tertarik dengan pulangan lain maka ITU BUKANLAH PELABURAN EMAS YANG SEBENAR!

Berhati-hatilah dengan syarikat yang beroperasi dengan kaedah ini.

Skim cepat kaya bertopengkan forex.

Tentang skim cepat kaya bertopengkan Forex (dan boleh trade emas online), saya meminta sahabat saya Noor Syufaad dari  www.melakafx.com untuk membuat ulasan.

Sebagai seorang trader sepenuh masa, beliau berpengalaman di dalam urusniaga Forex dan spot gold.

shufaad
Gambar: Saudara Noor Shufaad, full time trader (www.melakafx.com)

Komen Shufaad  “Forex yang sebenar adalah bila seorang trader membuka akaun dengan broker yang sah dan trade sendiri menggunakan platform broker berkenaan. Platform pula biasanya web base atau MetaTrader4.

Trader akan mendepositkan wang  ke dalam akaun trading beliau dan dari situ beliau boleh trade secara live.

Trader tersebut perlu membuat analisis teknikal sendiri, ada sistem trading sendiri dan ada money management sendiri.

Trader menanggung 100% risiko dalam setiap position yang dibuka (selling atau buying) .

Broker Forex tidak memberikan pendapatan bulanan, apatah lagi pairing bunus, matching bonus dan macam-macam bonus kepada trader.

“There’s no such thing as monthly income dalam forex trading. Itu semua skim cepat kaya. Nak mengaburi mata orang sahaja” ujar Shufaad.

Kalau anda nak faham tentang Forex scam, sila baca artikel ini:

1. http://www.investopedia.com/articles/forex/09/spot-a-forex-scam.asp
2. http://www.investopedia.com/articles/forex/09/forex-broker-scam.asp

Kajian kes tentang skim cepat kaya forex bertopengkan emas.

Satu contoh skim cepat kaya yang dah bungkus dan berselindung di sebalik nama perdagangan emas dan forex ialah Rapid Gold Currency Exchange – rapidgcx.com

Mula-mula skim ini hangat mendapat sambutan di web carigold. Mula-mula ramai leader-leader pujuk pelabur baru join, Lepas bermasalah terus senyap.

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=311185

Ini hanyalah satu skim cepat kaya yang bertopengkan forex dan emas. Terdapat BERIBU lagi skim-skim cepat kaya yang bungkus dan menipu yang anda boleh baca kisahnya.

Tempat terbaik untuk anda belajar mengenai skim cepat kaya ialah di forum carigold. (www.carigold.com)

Forum Carigold : Pyramid/Ponzi/Merapu Program Stop Paying. Klik bawah

http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=54 

skim_cepat_kaya

Skim cepat kaya tahun 2014??

Kami tidak tahu apakah lagi idea-idea penganjur skim cepat kaya ini. Mereka terdiri daripada orang yang sama. Apabila sudah melesapkan duit pelaburan berjuta-juta ringgit, mereka akan rehat dahulu berbulan-bulan sebelum kembali dengan skim terbaru.

Mereka sungguh licik. Mereka akan terus menjadikan sesuatu produk, saham, emas, perak atau forex sebagai wayang untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan bakal pelabur supaya modus operandi sebenar di belakang tabir sukar dikesan.

Tidak mustahil pada tahun 2014, skim cepat kaya ini akan berlindung pula di sebalik nama kelab kebajikan. Itu jangkaan kami berdasarkan penubuhan beberapa kelab kebajikan yang mempunyai pelan pelaburan dengan pulangan tetap setiap bulan.

Akhir sekali, pegang pada kata-kata ini untuk menyelamatkan duit kita daripada hangus ditelan skim-skim anjuran syaitan bertopeng manusia…

Kesimpulan.

“There’s always a legitimate investment and there are always a fake and scam investment”

Siapkan diri anda dengan ilmu.

Anda akan terselamat.

Enough said 🙂

say_no_to_skim_pelaburan_emas1

Artikel berkaitan:

1. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas

2. Pelaburan emas yang betul vs. skim pelaburan emas

3. Lagi Kisah Penipuan Skim Pelaburan Emas

 

Kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan FB anda. Klik butang Recommend dibawah. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

.

Anda ingin menyimpan jongkong emas tercantik? cuba tengok Jongkong BungaMas keluaran Public Gold.

Tuesday, October 8th, 2013

Jika anda suka menyimpan emas yang cantik seni buatannya, maka produk terbaru Public Gold iaitu BungaMas, pasti menarik perhatian anda.

BungaMas telah dilancarkan pada bulan September 2013.

Jongkong BungaMas boleh dibeli di dalam berat 10g, 20g, 50g dan 100g.

Jadi, berapa sahaja budget anda untuk menyimpan emas, insyaAllah anda mampu memiliki jongkong BungaMas yang cantik ini 🙂

Jadi saya nak share dengan anda mengenai jongkong BungaMas ini.

Jongkong emas yang cantik rupa nya.

“Cantiknya rupa BungaMas nie…” itu adalah kata-kata pertama yang keluar dari mulut saya apabila melihat jongkong BungaMas 50gram.

Ini kerana BungaMas dihiasi ukiran bunga dan dan tulisan jawi di permukaan hadapan.

Manakala di permukaan belakang pula dicetak corak tenunan songket yang unik dan cantik.

Permukaan hadapan BungaMas

50gram_bunga_mas_front

Permukaan belakang BungaMas

100gram_bungaMas_back

Fuh! memang cantik

Baik, mari tengok gambar jongkong BungaMas yang sebenar 🙂

Ini gambar permukaan hadapan BungaMas 100 gram.

bungamas_100g

Ini pula gambar permukaan hadapan BungaMas 50 gram

bunga_mas_50g

Ini pula gambar permukaan belakang BungaMas

bunga_mas_50g_back

Memandangkan jongkong BungaMas ini berketulenan 999.9 ia sangat berkilau 😀

Sijil ketulenan.

Setiap produk Public Gold mempunyai sijil ketulenan yang tersendiri.

Begitu juga dengan BungaMas. Ia mempunyai sijil ketulenan yang tersendiri.

Sijil pengesahan ini memberi jaminan setiap emas Public Gold adalah tulen dari segi mutu dan beratnya.

Jaminan ini memberikan ketenangan fikiran untuk pembeli emas Public Gold.

50g_bunga_mas_front
Gambar: Sijil ketulenan (hadapan)

50g_bunga_mas2
Gambar:  sijil ketulenan (belakang)

BungaMas didatangkan dengan berat 10g, 20g, 50g dan 100g.

Anda boleh pilih.. yang mana satu idaman kalbu.

BungaMas_range
Gambar: BungaMas 10g, 20g, 50g dan 100g.

Bagaimana cara anda melihat harga BungaMas?

Untuk melihat harga semasa BungaMas, sila ke www.publicgold.com.my (klik)

Anda boleh lihat senarai harga produk Public Gold disana.

Tengok kat BungaMas / Tai Fook Series 24K.

p/s: Harga BungaMas sekarang jatuh banyak.

Cuba bandingkan harga sekarang dengan harga BungaMas bulan Oktober 2013 (ketika artikel ini ditulis).

10 gram bulan 10, 2013 = RM1517 sekarang RM1428
20 gram bulan 10, 2013 RM3028 sekarang RM2850
50 gram bulan 10, 2013 RM7534 sekarang RM7091
100 gram bulan 10, 2013 RM14,998 sekarang RM14,116

p/s: Harga diatas akan berubah mengikut harga emas semasa.
Anda perlu melihat harga semasa di www.publicgold.com.my (klik)

Sangat untung jika anda beli jongkong BungaMas sekarang.

bungamas_price
Gambar: Harga terkini BungaMas

harga
Gambar: Harga BungaMas pada bulan Oktober 2013.

Kelebihan lain BungaMas: spread (susutnilai rendah) dan boleh digadaikan di Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Selain dari kecantikan dan jaminan ketulenan, satu lagi kelebihan BungaMas adalah spread nya adalah kecil (spread = susutnilai emas bila anda jual balik emas kepada Public Gold)

Susutnilai BungaMas adalah seperti berikut:

10 gram = 8%
20 gram = 7%
50 gram = 6.5%
100 gram = 6%

Selain itu, jongkong BungaMas boleh digadaikan di mana-mana Arrahnu Bank Rakyat, Arrahnu X’change atau Ar-Rahnu Pos Malaysia. Sila refer artikel ini untuk maklumat lanjut (Arrahnu Bank Rakyat)

Ingin membeli jongkong BungaMas?

Jika anda ingin membeli BungaMas atau apa-apa produk Public Gold, anda boleh melihat kaedah belian pembelian di bawah.

Anda boleh menggunakan sistem tempahan online, telefon atau SMS.

Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Di mana anda berada, anda boleh dapatkan produk Public Gold.

Ia sangat mudah.

Klik link dibawah untuk maklumat lanjut. 

http://jutawanemas.com/v1/saya-nak-beli-emas/

Jadi agen dan nikmati diskaun belian 1%.

Walaupun anda boleh membeli BungaMas dengan nilai sekecil 10gram, namun saya ada satu berita yang perlu dikongsikan dengan anda.

Jika anda membeli sebarang produk public gold dengan nilai RM20 ribu (termasuk BungaMas) , anda layak menjadi agen secara automatik.

Apakah kelebihan dealer?

Dealer Public Gold mendapat 3 kelebihan utama iaitu:

1. Diskaun 1% untuk sebarang pembelian produk Public Gold
2. Tambahan 0.5% komisyen daripada harga semasa bila menjual balik emas anda.
3. Mendapat komisyen 1% apabila anda recommend pelanggan baru membeli emas Public Gold.

Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini:

Peluang keemasan anda sebagai agen Public Gold (klik)

Anda perlu bantuan?

Anda Boleh hubungi saya samada melalui call, sms atau whatsapp.

InsyaAllah saya akan memberikan bantuan kepada anda 🙂

pelaburan_emas_contact_wechat_whatsapp

 Kesimpulan.

Jika anda gemar mengumpul emas, BungaMas adalah jongkong yang cantik untuk disimpan. Dengan harga yang lebih rendah dari kedai emas, susutnilai yang kecil dan jaminan mutu oleh Public Gold, ia adalah emas fizikal yang baik untuk disimpan.

Dengan ada promosi belian 100g BungaMas anda layak menjadi dealer. Ini merupakan satu peluang terbaik untuk anda start menyimpan emas.

Semoga aura emas ini menyebabkan anda bertambah kaya!

Sila kongsikan berita baik ini dengan rakan-rakan FB anda. Klik butang Recommend dibawah.

Terima kasih.

---------------------------------------------------------------------
.
Berminat mendapatkan emas Public Gold? sila baca di sini
http://jutawanemas.com/v1/saya-nak-beli-emas/
---------------------------------------------------------------------

Perkongsian Ilmu Emas Bersama Anda di Sepanjang Bulan Oktober 2013

Thursday, October 3rd, 2013

syukorAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana membaca blog ini.

Anda semua adalah peminat emas nombor 1!

Jika anda ingin mengetahu rahsia emas dengan lebih lanjut, silalah datang ke seminar saya di seluruh Malaysia.

Saya akan bongkarkan rahsia emas untuk anda semua 🙂
.


Seminar bulan Oktober 2013.

Baiklah, pada bulan ini saya akan berkongsi ilmu emas dengan anda di lokasi-lokasi berikut:

1. Public Gold Bandar sunway 3/10/2013
2. Public Gold cawangan Klang 4/10/201
3. Public Gold cawangan Seremban 7/10/2013
4. Public Gold cawangan Ampang 8/10/2013
5. Public Gold cawangan Kajang 9/10/2013
6. Singapore Malay chamber of commerce & industry 10/10/2013
7. Singapore Centre for Research on Islamic and Malay Affairs 11/10/2013
8. Public Gold cawangan Ipoh 23/10/2013
9. Public Gold cawangan Relau, Penang 24/10/2013
10. Public Gold cawangan Alor Setar 28/10/2013
11. Public Gold cawangan Sungai Petani 29/10/2013
12. Public Gold cawangan Melaka 31/10/2013

Semua seminar saya di Malaysia akan bermula jam 8.30 malam.

Bagaimana nak join?

Seminar ini FREE sahaja. Jika anda ingin menyertainya, sila sms@whatsapp @ wechat info berikut:

1. Nama anda
2. Lokasi pilihan
3. Berapa seat yang ingin dibooking

ke hp saya 013-2126999

Untuk maklumat penuh seminar ini, sila klik gambar jadual dibawah:

seminar_emas_oktober_2013

Kita belajar bersama-sama bagaimana membuat untung dengan emas.

photo

Baiklah, itu sahaja update untuk kali ini.

Jumpa anda di seminar 🙂

 

Syukor Hashim
Admin
www.jutawanemas.com
h/p: 013-2126999

Ar-Rahnu Bank Rakyat kini menerima gadaian jongkong dan dinar emas Public Gold (start 1/10/2013)

Wednesday, October 2nd, 2013

Berita baik untuk pembeli@penyimpan jongkong emas dan dinar emas Public Gold.

Ar-rahnu Bank Rakyat (termasuk Arrahnu Exchange) kini dengan rasminya MENERIMA gadaian di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas keluaran Public Gold.

Penerimaan ini mula berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2013.

Dengan kata lain semua Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change menerima gadaian jongkong emas dan dinar emas Public Gold.

jongkong_emas_dinar_emas
Gambar: Jongkong dan Dinar Emas kini diterima Arrahnu Bank Rakyat.

Arrahnu X’change adalah francais perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Biasanya banyak koperasi-koperasi yang menawarkan khidmat Ar-Rahnu memilih untuk membuka cawangan Ar-Rahnu X’change.

xchange
Gambar: Arrahnu exchange koperasi staff CIBD si Setapak KL

Sebelum ini Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima gadaian di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas.

Jadi penyimpan emas jongkong dan dinar mempunyai pilihan ar-rahnu yang terhad jika memerlukan tunai.Contohnya Arrahnu Koperasi Tentera (klik sini)

Namun apabila Bank Rakyat menerima kembali gadaian jongkong emas dan dinar emas ini, maka anda ada pilihan yang lebih baik.

Ini berita yang sangat baik.

Alhamdulillah, ini adalah berita baik bagi penyimpan emas jongkong dan dinar.

Ini kerana anda boleh mendapat cash bila-bila masa dengan lebih mudah. Jika anda seorang peniaga yang memerlukan pusingan modal, Ar-rahnu sangat membantu.

Pengalaman pergi buat gadaian di Bank Rakyat Melaka.

Pagi tadi 2/10/2013 saya pergi try buat gadaian di Arrahnu Bank Rakyat Ayer Keroh.

bank_rakyat
Gambar: Bank Rakyat Ayer Keroh.

Seperti biasa, mula-mula sekali tengok papan harga. Berapa nilai emas hari ini.

hmm… RM159.97 untuk 999.9 dan RM151.97 untuk 916.

ar-rahnu_bank_rakyat
Gambar: display board harga emas yang diletakkan oleh Ar-Rahnu

Kemudian, saya pun masuk ke dalam bilik gadaian.

“Salam tuan, nak tanya sikit, betul ke Bank Rakyat dah terima jongkong emas dan dinar emas Public Gold?”  tanya saya.

“Waalaikum salam, ya memang kami terima sejak semalam (1/10/2013)” jawab pegawai Ar-Rahnu tersebut.

“Ok, kalau camtu saya nak gadai jongkong emas Public Gold 20gram dan 1 dinar emas” kata saya.

“Boleh, biar saya test emas-emas nie dulu” ujar beliau.

Hasil ujian ketulenan menggunakan densimeter.

i. Jongkong emas 20 gram, selepas ditimbang, dapat 20.01 gram
….(extra berat 0.01g) dan ketulenan 999.9
ii. 1 Dinar emas, setelah ditimbang, dapat  4.27 gram
….(extra berat 0.02g), ketulenan 916

emas_public_gold
Gambar: Ini adalah jongkong dan dinar yang saya gadaikan.

Keseluruhan proses mengambil masa 12 minit sahaja.

12 minit ajer dah dapat duit RM2640.00 (untuk kedua-dua item tadi)

Upah simpan hanya RM32 sebulan.

Terbaiklah!

Surat Ar-Rahnu.

Jika anda ingin melihat rupa surat Ar-Rahnu Bank Rakyat sekarang.

Ini rupanya.

surat_pajak

Info tentang Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Exchange.

Terdapat 2 jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu Ar-Rahnu dan Az-zahab

1. PAJAK GADAI-i AR-RAHNU

Skim ini memberi pilihan/alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan tunai secara segera berdasarkan prinsip gadaian syariah dan mengelakkan aktiviti pinjaman wang secara haram/peminjam tanpa lesen/pinjaman ceti, along dan sebagainya.

Konsep

Al-Wadiah and Qardhul Hassan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan pemastautin tetap
  • Bukan Warganegara
  • Tidak muflis

Jumlah Pinjaman

  • Margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Setiap gadaian tidak melebihi RM10,000.00 sehari dan tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh pembiayaan : 6 bulan sahaja
Tempoh lanjutan : Dengan syarat upah simpan bagi tempoh 6 bulan yang telah berlalu dijelaskan dan tempoh lanjutan diberi dalam gadaian 6 bulan

 

Gadaian Diterima

Memiliki barang kemas (emas) 18K – 24K

Upah simpan

Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas.

Jenis Skim Jumlah Pinjaman Kadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhun sebulan
Ar-Rahnu RM100.00 – RM1,000.00
RM1,001.00 – RM10,000,00
RM0.65
RM0.75

 2. PAJAK GADAI-i AZ ZAHAB

Skim lanjutan kepada Ar-Rahnu, Az-Zahab juga menawarkan kewangan segera. Kemudahan ini menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu.

Konsep

Al-Wadiah and Qardhul Hassan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan pemastautin tetap
  • Bukan warganegara
  • Tidak muflis

Jumlah Pinjaman

  • Margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Setiap gadaian melebihi RM10,001.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 secara terkumpul

Tempoh Bayaran Balik

  • Ansuran bulanan untuk maksimum 36 bulan atau
  • Secara sekaligus untuk tempoh 6 bulan

Gadaian Diterima

Memiliki barangan kemas (emas) 18K – 24K

Upah Simpan

Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas

Jenis Skim Jumlah Pinjaman Kadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhum sebulan
Az-Zahab RM10,001.00 – RM100,000.00 RM0.75

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai Ar-Rahnu Bank Rakyat disini

http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu

Cawangan-cawangan Bank Rakyat: 

http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/cawangan 

Anda boleh mendapat maklumat Ar-Rahnu x’change disini

http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/

Cawangan-cawangan Ar-Rahnu Exchange pula:

http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/page.php?name=Malaysia 

Kesimpulan.

1. Kemudahan Ar-Rahnu ini membolehkan penyimpan jongkong emas dan dinar emas
….mencairkan emas mereka kepada tunai dengan mudah.

2. Ia sangat membantu terutamanya jika anda memerlukan pusingan modal.

3. Namun, nasihat saya, gunakan kemudahan ar-Rahnu dengan bijaksana.

4. Kerugian boleh berlaku jika anda tersalah langkah. Baca contoh kat sini (klik)

Ingin mendapatkan ilmu emas?

Berminat mengetahui rahsia pelaburan emas? Dapatkan buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” di  www.pelaburanemas.com sebagai langkah pertama anda.

Anda ingin membeli jongkong emas dan dinar emas Public Gold? Kini anda boleh membeli terus secara online.

Anda hanya perlu membaca langkah-langkahnya di sini http://jutawanemas.com/v1/saya-nak-beli-emas/

Kongsikan artikel ini dengan rakan anda.

Mari share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Semoga mereka mendapat manfaat daripada berita ini. Klik butang recommend di bawah sana.

Sekian, wassalam.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas