Ebook

Archive for September, 2014

Masalah dengan Skim Pelaburan Emas Ar Rahnu @ 30:70

Friday, September 5th, 2014

ar_rahnu

Pada 27 September 2013, saya pernah menulis artikel di dalam blog jutawanemas.com tentang 3 orang mangsa Arrahnu.

Anda boleh baca artikel itu disini (klik sini)

Hampir setahun telah berlalu.

Kini masalah yang sama timbul lagi.

Tiba-tiba saya menerima lagi soalan dari seorang mangsa skim Ar-Rahnu 30:70 iaitu puan Liza daripada Ipoh.

Beliau buntu dengan situasi yang beliau hadapi sekarang.

Beliau telah membeli emas setengah kilo menggunakan konsep 30:70 yang ditawarkan oleh sebuah syarikat yang popular dengan teknik ini.

Jadi, Puan Liza cuma keluarkan modal RM25 ribu sahaja (30%)

Baki 70% adalah pinjaman daripada Ar-Rahnu.

Masalah nak bayar upah simpan.

Upah simpan 6 bulan pertama berjumlah RM5 ribu. Beliau mampu bayar sebab harga emas naik. Boleh overlap surat (baca sebagai tambah hutang) dan cover upah simpan.

Pada 6 bulan kedua, harga emas jatuh dan puan Liza kena bayar upah simpan RM5k. Kat sini beliau sangkut sebab tiada modal dan teknik overlap tidak boleh digunakan.

Sekarang, dah masuk 6 bulan ketiga (dah satu setengah tahun), beliau dah terima notis minta bayar upah simpan. Kalau tak bayar secepat mungkin maka Ar-Rahnu Bank Rakyat akan lelong semua emas beliau.

Beliau rasa sedih dan tertipu kerana sewaktu agen syarikat menjual emas kepada beliau, macam-macam mereka janji. Nak bagi khidmat jualan terbaik lah, nak tolong orang Melayulah..

Tapi bila Puan Liza nak minta nasihat, langsung tidak berjawab dan senyap.

Call tak jawab
SMS tak reply
Whatsapp tak balas.

Jadi puan Liza terpaksa meminta saya, En Syukor (yang dipanggil En Shukri) untuk membantu.

pelaburan_emas_ar_rahnu_1

pelaburan_emas_ar_rahnu_2

pelaburan_emas_ar_rahnu_3

pelaburan_emas_ar_rahnu_4

Apa penyelesaiannya?

Jadi, jalan penyelesaian yang saya boleh cadangkan boleh boleh dilihat di dalam artikel yang saya tulis di sini (klik sini)

Saya rasa simpati dengan keadaan Puan Liza.

Beliau terpaksa menanggung upah simpan yang tinggi kat Ar-Rahnu.

6 bulan kena bayar RM5 ribu tu banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau emas tu disimpan sendiri, at least bolehlah jugak pakai.

Apapun, jadikan ini sebagai pengajaran.

Apakah itu Ar-Rahnu?

Arrahnu ini cuma tempat pinjaman duit bercagarkan emas sahaja.

Mereka akan kenakan upah simpan kepada penyimpan. Jika gagal menjelaskan upah simpan, emas tuan puan akan dilelong.

No hard feeling. It is just business.

Sama juga dengan syarikat yang menjual dengan 30:70 nie

It is just business

Syarikat tawar keuntungan pelaburan emas 10% ke 12% sebulan selama 36 bulan. Boleh percaya ke?

Friday, September 5th, 2014
p/s: Ingin belajar kemahiran membaca harga emas? 
Anda dijemput hadir ke seminar Pelaburan Emas dan 
Analisis Teknikal Harga Emas saya pada 20/9/2014.
klik sini untuk maklumat lanjut (Seminar Teknikal)
--------------------------------------------------------------

Saya dapat soalan berkenaan pelaburan emas.

Jadi saya ingin berkongsi jawapannya dengan anda:

 

Soalan:

soalan-email

Baik, mari kita analisis tawaran pelaburan emas tersebut.

1. Pelabur perlu membeli emas daripada syarikat.

2. Kemudian emas itu DISERAHKAN KEMBALI kepada syarikat untuk diniagakan.

3. Syarikat menawarkan pulangan 10% ke 12% setiap bulan selama 36 bulan.

4. Syarikat mengaku patuh syariah.

 

Jawapan saya:

 

1. Jika anda perlu menyerahkan kembali emas tersebut kepada syarikat maka risiko 100% ditanggung oleh anda.

2. Jika berlaku kejadian yang tidak diingini seperti syarikat lari atau syarikat kerugian maka pelabur akan menanggung kerugian

3. Janji pulangan tetap antara 10% ke 12% sebulan adalah terlalu tinggi.

4. Ada tak syarikat emas yang pernah menipu orang menggunakan teknik janji pulangan tinggi?

5. Jawapannya ada. Tengok keratan akhbar dibawah.

6. Berwaspada  jika anda perlu serahkan kembali emas kepada syarikat dan dijanjikan pulangan bulanan.

7. Anda mungkin ditipu.

8. Secara peribadi, saya sendiri TIDAK akan melabur di dalam syarikat ini.

umpan_pelaburan_emas

 

Sekian,
Syukor Hashim,
www.pelaburanemas.com

Jadual seminar saya “Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas?” September 2014. Jemput datang. FREE.

Tuesday, September 2nd, 2014
p/s: Ingin belajar cara membaca harga emas? Jemput hadir ke seminar
Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas saya pada 20/9/2014.
 klik sini (Seminar Teknikal)
--------------------------------------------------------------

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Tuan puan pembaca blog saya.

Saya ingin menjemput anda ke seminar saya yang bertajuk “Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas?”

Saya akan berada di Ampang, Ipoh, Pulau Pinang, Sungai Petani, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu.

Ini adalah perkongsian ilmu emas bagi mereka yang baru hendak mengenali emas.

Jika anda ingin mengetahui rahsia:

1. Kenapa anda perlu menyimpan emas?
2. Bagaimana memilih emas pelaburan terbaik?
3. Berapa modal minima untuk bermula?

Maka anda patut hadir ke seminar PERCUMA ini.

Lokasinya adalah seperti berikut:

Central:

1. Public Gold Ampang, 3/9/2014, jam 8.30 mlm
2. Public Gold Ipoh, 8/9/2014, jam 8.30 mlm
3. Public Gold Relau, Penang, 9/9/2014, jam 8.30 mlm
4. Public Gold Sungai Petani, 10/9/2014, jam 8.30 mlm
5. Public Gold Alor Setar, 11/9/2014, jam 8.30 mlm
6. Public Gold Kuantan, 22/9/2014,  jam 8.30 mlm
7. Public Gold Kuala Terengganu 23/9/2014,  jam 8.30 mlm
8. Public Gold Kota Bharu 24/9/2014,  jam 8.30 mlm
9. Public Gold Relau, Pulau Pinang 26/9/2014, jam 8.30 mlm
10 Public Gold Alor Setar 27/9/2014, jam 8.30 malam
11. Public Gold Sungai Petani 30/9/2014, jam 8.30 malam

pg_sunway
Gambar: Contoh gambar cawangan Public Gold.

Jadual seminar saya boleh dilihat disini:
klik sini http://bit.ly/seminar_emas_syukor 

 

Untuk alamat cawangan Public Gold (tempat seminar),
klik sini http://bit.ly/cawangan_Public_Gold

Ataupun, sila klik gambar jadual dibawah.

seminar_syukor_september

 

Bagaimana cara mendaftar seminar ini?

Anda boleh WhaatsApp atau SMS butiran berikut kepada saya:

1. Nama anda
2. Tarikh dan lokasi pilihan
3. Berapa seat yang hendak dibooking ke hp saya 013-2126 999.

whatsapp

Itu sahaja,

Kita jumpa di seminar. InsyaAllah

syukor

Syukor Hashim
Admin
www.jutawanemas.com

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas