Ebook

Archive for October, 2014

5 faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli emas

Thursday, October 9th, 2014
Berminat untuk menyimpan emas dengan modal serendah 1 gram atau RM100?
Dapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)
---------------------------------------------------------------------
 cover

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya telah selesai menulis satu chapter penting untuk buku:
“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” versi update 2014.

Tajuknya ialah “Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli emas”

Saya ingin memberikan keseluruhan chapter ini kepada anda secara PERCUMA.

Download chapter penuh tersebut dan FREE preview buku ini di sini:  http://bit.ly/previewbuku2014

Sinopsis

Terdapat 5 faktor penting sebelum membuat sebarang pembelian iaitu:

1. Spread @ susutnilai emas
2. Harga emas per gram
3. Kesediaan stok
4. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?
5. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku kecacatan padanya?

Anda boleh download chapter penuh tersebut dan FREE preview buku ini di sini: http://bit.ly/previewbuku2014

Mohon like dan share dengan kawan-kawan FB anda.

Semoga bermanfaat.

 

Syukor Hashim
Penulis

Public Gold GAP. Kini Anda Boleh Mulakan Simpanan Emas Dengan Modal Serendah RM100 atau 1 Gram Sahaja!

Thursday, October 2nd, 2014

public_gold_GAP_poster

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan puan pembaca sekalian.

Saya nak tanya anda beberapa soalan.

1. Adakah anda mencari-cari peluang untuk membeli emas dengan modal yang paling rendah?

2. Adakah anda berhasrat mengumpulkan emas dengan gram yang kecil seperti 1 gram?

3. Adakah anda mahu emas anda disimpan dengan selamat secara PERCUMA sehinggalah anda berhasrat mengambilnya nanti?

4. Adakah anda ingin membeli emas dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga di kedai emas?.

5. Adakah anda ingin membeli emas dengan kaedah yang paling mudah tanpa perlu bergegas ke bank?

6. Adakah anda ingin kemudahan membeli dan menjual emas 24 jam sehari, 365 hari setahun?

7. Adakah anda ingin menukarkan simpanan wang anak-anak kesayangan anda ke dalam bentuk emas fizikal?

JIKA JAWAPAN ANDA ADALAH YA. TERUSKAN BACAAN.

Jawapan kepada semua soalan anda semuanya terjawab di dalam artikel ini 🙂

Anda pasti inginkan pelaburan emas terbaik bukan?

Seterusnya, Sebagai pelabur emas anda tentu inginkan emas yang terbaik bukan?

Contohnya:

1. Anda mahu emas paling tulen. Berkualiti 999.9 (24 karat)

2. Mudah dibeli dan dijual tanpa perlu bersusah-susah seperti beli kat bank?

3. Harga pula murah berbanding harga di kedai emas?

4. Stok yang sentiasa ada. Tidak seperti kat bank. Bila call selalu tak ada stok 🙁

5. Modal yang sangat rendah. Hanya 1 gram sahaja. Kalau nak lebih pun boleh. Sangat fleksibel.

6. Boleh menukarkan wang simpanan anak-anak kesayangan anda ke dalam bentuk emas fizikal.

Jika jawapan anda ialah YA untuk kesemua soalan-soalan diatas, ada berita baik untuk anda.

Syarikat pengeluar emas terkemuka di Malaysia, Public Gold menawarkan peluang kepada anda untuk menyertai program simpanan emas fizikal.

Program ini dinamakan Gold Accumulation Program @ GAP

gap_poster

GAP bertujuan memudahkan anda menyimpan@membeli emas dengan modal kecil.

Dengan menyertai program GAP ini, anda boleh:

1. Mengumpulkan emas fizikal dengan modal yang sangat rendah.
2. Mengeluarkan emas fizikal
3. Boleh buat simpanan emas untuk diri sendiri ayau untuk anak-anak anda.

Anda bertanya “Berapa rendah modalnya?”

Jawapannya: RM100 atau 1 gram emas sahaja.

Perbandingan diantara GAP dan Akaun Simpanan Emas (Kuwait Finance House)

Saya lihat program GAP ini lebih kurang seperti akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH. Saya pernah menulis pengalaman membeli emas KFH disini (klik sini). 

Jika untuk akaun simpanan emas KFH, konsepnya ialah anda beli emas, kemudian KFH akan simpankan emas anda secara percuma. Jika anda rasa nak keluarkan emas tersebut, maka bila-bila masa anda boleh ke cawangan KFH dan keluarkan emas fizikal. Jadi anda tak perlu risau aspek penyimpanan.

Untuk membuka akaun KFH ini, anda perlu membeli 10 gram emas. Kemudian anda boleh keluarkan emas fizikal dari dalam akaun KFH ini tertakluk kepada baki minimum 2 gram di dalam akaun.

Bagaimana dengan Public Gold GAP?

Untuk Public Gold GAP pula,  konsepnya ialah anda beli emas, kemudian Public Gold akan simpankan emas anda secara percuma.

Anda boleh tambah emas ini bila-bila masa sahaja. Akaun ini tiada tarikh luput.

Anda boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun GAP ini bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia (klik sini) tertakluk kepada baki minima 1 gram di dalam akaun GAP.

Perbezaan antara GAP dan KFH adalah:

public_gold_vs_kfh

1. Kualiti emas: KFH menggunakan jongkong emas dengan ketulenan 995 manakala
Public Gold GAP mengunakan emas 999.9   (lihat gambar dibawah)

kfh_1gram

PG_1gram_9999

2. Modal buka akaun KFH  = 10 gram manakala modal buka GAP = RM100 atau 1 gram.

3. Baki minima KFH adalah 2 gram manakala baki minima GAP adalah 1 gram sahaja

4. Untuk akaun KFH anda perlu hadir ke cawangan KFH untuk membeli emas.
….Untuk GAP pula, anda boleh terus bank in RM ke akaun Public Gold secara online
….dan memaklumkan kepada Public Gold terus tanpa perlu ke cawangan Public Gold.
….Anda akan jimat masa.

 

public_gold_gap_patuh_syariah

Rakan-rakan saya yang mahir di dalam bidang Muamalat memaklumkan bahawa urusniaga GAP adalah patuh syariah jika anda berurusniaga beli dan jual berdasarkan berat gram.

Ini kerana Public Gold mempunyai emas 1 gram yang boleh diakad beli dan jual. Kalau simpan dalam nilai RM100, maka dikhuatiri tidak patuh syariah.

Jika anda mahukan urusniaga patuh syariah 100% maka saya cadangkan anda membuka, top-up dan menjual GAP dalam unit gram.

Wallahu”alam.

Ok! Bagaimana anda boleh menyertai GAP?

1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan modal RM100 atau 1 gram emas.

2. Anda top-up emas ke dalam akaun GAP mengikut kemampuan anda.

3. Kemudian, anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas Public Gold.

Maklumat lengkap tentang program GAP boleh anda download dibawah sekali.

Kat mana anda nak tengok harga emas GAP?

Anda boleh lihat harga emas GAP di www.publicgold.com.my

Public_Gold_GAP_price

Gambar: Harga emas GAP

Kelebihan  Gold Accumulation Program:

1. Anda boleh mengumpul emas fizikal dengan ketulenan 999.9 (24k)
2. Anda boleh buat pembelian minimum RM100 ataupun 1 gram emas
3. Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas
4. sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
5. Disokong 100% oleh emas fizikal
6. Tiada yuran simpanan
7. Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
8. Diaudit oleh juruaudit bebas
9. Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Pengalaman saya menyertai program GAP.

Saya sendiri telah membuka akaun GAP sebagai kaedah menyimpan emas.

Kemudian saya top-up akaun GAP ini mengikut kemampuan.

Akhirnya, saya telah mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP.

Sebagai pemegang akaun GAP, saya boleh mengeluarkan emas fizikal anda di mana-mana cawangan Public Gold (17 cawangan di seluruh Malaysia)

Memang mudah.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk membuka akaun GAP, klik sini

++++++++++++++++++++++++++++++++

Siapa yang sesuai membuka akaun GAP ini?

1. GAP sesuai dibuka untuk mereka yang ingin membuat simpanan emas secara konsisten.
2. Ia juga sesuai untuk mereka yang ingin menyimpan emas dengan modal yang rendah
3. Ia sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan emas fizikal.
4. Mereka yang ingin menabung emas bagi anak-anak (secara joint account)

Pengeluaran emas fizikal daripada GAP.

Sebagai pemengang akaun GAP, anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa sahaja (dengan syarat anda tinggalkan baki minimum 1 gram di dalam akaun GAP anda).

Anda boleh memilih samada ingin mengeluarkan:

1. Jongkong emas 999.9
2. Dinar emas 999.9

Caranya, anda hanya perlu telefon mana-mana cawangan Public Gold dan meminta untuk mengeluarkan emas fizikal.

Sungguh mudah.

Sebagai contoh, untuk mengeluarkan sekeping emas 1 gram, anda hanya perlu ada 2 gram emas di dalam akaun GAP anda.

Jika anda ingin mengeluarkan 20 gram emas fizikal, maka anda perlu ada 21 gram emas di dalam akaun GAP anda.

Banyak pilihan emas fizikal.

Anda mempunyai banyak pilihan.

Anda boleh mengeluarkan emas  jongkong emas di dalam berat berikut:

a. 1 gram
b. 5 gram
c. 10 gram
d. 20 gram
e. 50 gram
f. 100 gram,
g. 250 gram
h. 500 gram
i. 1 kilogram

Atau anda boleh memilih Dinar Emas Public Gold 999.9 di dalam bentuk berikut:

a. 1/2 dinar (2.125 gram)
b. 1 dinar (4.25 gram)
c. 5 dinar (21.25 gram)
d. 10 dinar (42.50 gram)

Anda boleh simpan banyak emas di dalam akaun GAP anda dan mengeluarkan jongkong emas yang lebih besar.

Contoh, anda target nak beli emas 100 gram. Jadi anda simpanlah sedikit-demi sedikit emas di dalam akaun GAP anda sehingga mencecah 101 gram.

Lepas tu anda terus keluarkan 100 gram jongkong 🙂

Ini adalah sebahagian daripada jongkong emas yang anda boleh keluarkan daripada akaun GAP.

public_dinar
Gambar: 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar 

Transaksi jual beli boleh dipantau melalui GAP online account.

Setiap pemegang akaun GAP akan diberikan satu online account bagi memantau urusniaga belian dan jualan GAP anda.

Public Gold akan memberikan anda username dan password untuk akaun GAP anda.

Ia memudahkan anda melihat urusniaga belian dan jualan GAP anda secara online di www.publicgold.com.my

Penyata urusniaga akaun GAP ini lengkap dengan data pembelian dan pengeluaran emas fizikal anda (klik gambar untuk besarkan)

Public_Gold_GAP_statement
Gambar: Statement GAP anda boleh dilihat melalui online account.

Dengan adanya rekod urusniaga secara online, ia akan meudahkan anda memantau dan membuat strategi simpanan emas dengan lebih berkesan.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Pepatah Melayu ada menyebut, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Walaupun GAP ini adalah tabungan sedikit-sedikit mengikut kemampuan anda, tapi lama-lama emas anda akan banyak juga.

Apa yang penting adalah konsistensi anda menyimpan emas.

banyak_emas
Gambar: Walaupun kumpul 1 gram. Lama-lama banyak juga emas anda.

Ingin maklumat lengkap pasal GAP?

Untuk maklumat lengkap berkenaan GAP, anda boleh download Panduan Lengkap GAP di bawah.

Di dalam panduan ini, saya telah menulis perkara-perkara berikut:

  1. Pengenalan kepada GAP
  2. Ciri-ciri dan kelebihan GAP
  3. Reputasi Public Gold
  4. Cara-cara membuka akaun GAP
  5. Bagaimana menyemak penyata GAP secara online
  6. Bagaimana membeli/menambah emas GAP
  7. Bagaimana mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP
  8. Tips penting pelaburan emas.

Sila download panduan GAP melalui link dibawah:

http://bit.ly/PanduanGAP_full   <=Klik sini
http://bit.ly/PanduanGAP_full   <=Klik sini

Jika anda perlukan bantuan tentang akaun GAP, sila call/sms/whatsapp saya di talian 013-2126999

Terima kasih

Syukor Hashim

.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas