Ebook

Archive for August, 2016

Peluang Keemasan Untuk Anda Menjadi Agen Public Gold

Friday, August 12th, 2016

jadi_dealer_public_goldApabila membeli emas, anda pasti mahukan keuntungan dengan cepat bukan?

Membeli emas akan menguntungkan anda di dalam jangka masa panjang.

Namun, ada lagi satu cara untuk untung cepat dengan emas, iaitu dengan menjadi agen/dealer Public Gold.

Ini kerana, anda akan mendapat banyak kelebihan.

Antaranya, agen boleh untung walaupun harga emas naik atau turun.

Kelebihan ini tidak akan anda perolehi jika anda sekadar menjadi penyimpan emas.

Saya akan huraikan dengan terperinci tentang kelebihan menjadi seorang dealer@agen Public Gold.

Syarat untuk menjadi dealer adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu membuat pembelian emas/perak fizikal sebanyak RM30,000 di dalam satu resit.
  2. Menyertai apa-apa promosi bulanan yang ditawarkan oleh Public Gold (contohnya belian RM10 ribu GAP layak menjadi dealer)
  3. Anda boleh hubungi saya di 013-2126999 untuk bertanya tentang promosi semasa.

Pembelian pertama akan melayakkan anda mendapat status dealer.

Pembelian kali kedua dan seterusnya, anda akan mendapat diskaun antara 1% sehingga 1.5% dari jumlah pembelian.

Apakah kelebihan menjadi agen Public Gold?

Kelebihan pertama: Diskaun 1% sehingga 1.5% untuk pembelian diri sendiri.

Public Gold akan mengira jumlah belian anda sepanjang bulan dan akan masukkan nilai diskaun belian ke dalam akaun bank anda pada 20 hb bulan berikutnya.

Contoh, katakan nilai pembelian anda sepanjang bulan Januari adalah sebanyak RM20,000 maka diskaun 1% (RM200) akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 20 hb Februari.

p/s: dah ler harga emas Public Gold lebih murah dari kedai emas. Anda dapat lagi diskaun. pergh!!! laagi untung!

Kelebihan kedua: Rebat 0.3% daripada harga emas, apabila anda menjual semula emas kepada Public Gold.

Agen Public Gold akan mendapat rebat sebanyak 0.3% setiap kali mereka menjual balik emas kepada Public Gold.

0.3

Contohnya, anda telah menjual balik emas 100 gram pada harga RM16,567.00

Public Gold akan memberikan rebat berjumlah 0.3% daripada nilai jualan anda iaitu RM16,567.00 iaitu RM49.70

Rebat ini akan dimasukkan kedalam akaun bank anda pada 20 hb bulan berikutnya.

Kelebihan ketiga: Komisyen jika anda memperkenalkan pelanggan baru kepada Public Gold.

Setiap kali agen MEMPERKENALKAN pelanggan baru kepada public gold, maka agen akan dapat komisyen 1% daripada nilai pembelian customer tersebut.

Setiap kali pelanggan tersebut membuat ulangan belian, maka agen yang memperkenalkan pelanggan tersebut tetap akan mendapat komisyen sebanyak 1%.

Agen tidak perlu menjual emas. Sekadar memperkenalkan pelanggan baru sahaja.

Di sinilah terletaknya kekuatan Public Gold.

Kerana pada tahap ini anda sudah mula menikmati pendapatan pasif (daripada komisyen pembelian customer anda)

Agen akan menikmati pendapatan pasif.

PASSIVE_INCOME

Contoh: Andaikan anda mempunyai 500 orang pelanggan dan mereka membeli emas/perak dengan jumlah RM100,000 pada bulan ini.

Maka anda akan mendapat komisyen 1% (RM1000) pada bulan depan.

Anda sudah menikmati pendapatan pasif dengan hanya memperkenalkan pelanggan baru kepada Public Gold.

Jika pelanggan anda berulang-ulang membeli emas, maka anda tetap akan mendapat komisyen 1% daripada pembelian mereka sehingga bila-bila.

Kelebihan keempat: Boleh membeli balik emas daripada pelanggan pada harga PG BUY.

Sebagai dealer, anda dikira sebagai wakil Public Gold.

Antara kelebihan besar menjadi wakil Public Gold adalah anda boleh beli balik emas pelanggan pada harga PG BUY.

buyback

Sebagai contoh, jika anda pelanggan yang ingin menjual emas 50 gram kepada anda, maka anda boleh membeli emas tersebut pada harga RM8613.00

Bayangkan lepas tu ada customer nak beli sekeping 50 gram. Anda boleh jual pada harga semasa RM9211.00.

Boleh untung RM598.00

Saya telah menjadi agen Public Gold. Ada tak sebarang latihan yang diberikan?

Ya sudah tentu ada.

Agen Public Gold boleh menghadiri beberapa latihan yang disediakan oleh pihak Public Gold.

Latihan ini bertujuan memberikan pendedahan tentang cara membangunkan business Public Gold dengan betul.

Antara latihan yang disediakan adalah:

  1. SIP (Sales Incentive Program)
  2. Jutawanemas Leadership Training (JLT)
  3. PG1System meeting

p/s: Untuk pengetahuan anda, saya adalah salah seorang mentor dan speaker untuk program latihan agen Public Gold 🙂

Jadi, saya mempunyai pengalaman yang luas dalam membantu anda berjaya di dalam business ini.

Gambar-gambar SIP (Sales Incentive Program)

Gambar-gambar Jutawanemas Leadership Training

Gambar-gambar di seminar PG1System

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.

Anda untung, mereka pun untung.

Jika berminat, hubungi saya.

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya dengan menghantar pertanyaan (klik sini) atau sms saya di 013-2126999.

Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi pelabur + peniaga emas yang berjaya.

 

Seminar Analisis Teknikal Harga Emas dan Gold Investment 101 bulan Ogos 2016

Tuesday, August 9th, 2016

Jika anda ingin menguasai ilmu pelaburan emas maka anda boleh menghadiri seminar saya pada bulan Ogos.

Lokasinya di Kota Kinabalu dan Petaling Jaya.

Seminar yang akan dianjurkan adalah:

1. Seminar Analisis Teknikal Harga Emas (lokasi di Kota Kinabalu dan Petaling Jaya)
2. Seminar Gold Investment 101 (Lokasi di: Petaling Jaya)

Butiran seminar adalah seperti berikut:

===============================
1. Seminar Analisis Teknikal Harga Emas.
===============================

kelas_analisis_teknikal

Lokasi: Kota Kinabalu (21/8/2016 AHAD)
Lokasi: Petaling Jaya (27/8/2016 Sabtu)

Objektif: Memberikan kemahiran membeli dan menjual emas fizikal berdasarkan graf harga emas.
Ia sesuai bagi mereka yang ingin menjadi pelabur emas (buy low sell high).

metatrader_platform

Software yang akan digunakan adalam MetaTrader4 (diberikan percuma sewaktu kelas nanti)

Yuran: RM250 seorang
Tarikh: Seperti tertera diatas
Masa: 9.30 pagi sehingga 5.00 petang
Pengajar: Noor Shufaad, trader 10 tahun www.melakafx.com
Peralatan yang mesti dibawa: Laptop/Notebook (boleh connect ke wifi)
Lokasi di KK: TH Hotel, Jln Sembulan, Kota Kinabalu
Lokasi di PJ: Petaling Jaya: The Candles Training centre, Blok A3 Tingkat 10 (Bilik 10-25), Leisure Commerce Square, No. 9, Jalan PJS 8/9,Petaling Jaya, Selangor
Perhubungan: Syukor Hashim, call/sms/whatsapp 013-2126999 @ Noor Shufaad 012-9965946
Peserta: terhad 20 sahaja

p/s: Alumni kelas analisis teknikal boleh hadir ke 1 sesi ulangan kelas PERCUMA* (*bayar duit makan RM20 sahaja)

Untuk mendaftar, sila semak kekosongan tempat dengan saya terlebih dahulu (whatsapp/call/sms 013-2126999).

==================
Isi kandungan seminar
==================

1. Bagaimana analisis teknikal boleh membantu anda membeli dan menjual emas pada harga terbaik?
2. Pengenalan kepada MetaTrader4 sebagai tool analisis teknikal.
3. Mengenalpasti 3 perkara penting sebelum membeli emas iaitu:
(i)Support (ii)Resistance dan (iii)momentum.
4. Meta Trader sebagai panduan membeli dan menjual emas fizikal.
5. Cara mendapat harga terbaik membeli dan menjual emas.

Jaminan saya: Untuk kelas analisis teknikal ini, saya memberikan jaminan yang pesserta akan faham ilmu yang akan disampaikan.

Alumni seminar analisis teknikal boleh menyertai kelas ulangan PERCUMA* sebanyak 1 kali (*bayar duit makan RM20 sahaja)

=================
2. Gold Investment 101.
=================

1 - Copy

Objektif: Memberi pendedahan mendalam tentang pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat.
Tarikh: 28/8/2016 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi sehingga 5.00 petang
Lokasi: TheCandles Training centre, Blok A3 Tingkat 10 (Bilik 10-25), Leisure Commerce Square, No. 9, Jalan PJS 8/9, 46150 Petaling Jaya,
Perhubungan: Syukor Hashim, call/sms/whatsapp 013-2126999 @ Noor Shufaad 012-9965946
Peserta: terhad 20 orang sahaja
Yuran: RM100 seorang

Untuk mendaftar, sila semak kekosongan tempat dengan saya terlebih dahulu di (call/sms/whatsapp 013-2126999)

=================
Isi kandungan seminar
=================

1. Pengenalan kepada emas – ciri-ciri dan spesifikasi
2. Sistem berat emas yang digunakan di dalam dunia
3. Siapa pembeli emas?
4. Definisi pelaburan emas
5. Posisi di dalam pelaburan emas
6. Soalan-soalan yang perlu ditanya sebelum membeli emas.
7. Penyimpan emas – Definisi, objektif dan strategi
8. Pelabur emas – definisi, objektif, dan strategi
9. Pedagang Emas – definisi, objektif dan strategi
10. The Gold Investment Pyramid
11. Mengenali produk-produk pelaburan emas
12. Emas fizikal untuk pelaburan – ciri-ciri dan spesifikasi
13. Ketulenan emas dan kaedah mengujinya
14. LBMA (London Bullion Market Association)
15. Harga Emas Dunia – spot gold
16. Di mana membeli emas pelaburan?
17. 4 faktor yang perlu dilihat sebelum membeli emas.
18. Emas sebagai simpanan/pelaburan
19. Emas sebagai pelaburan
20. Emas sebagai spekulasi
21. Bagaimana membuat keuntungan dengan emas.
22. Ar-rahnu Pajak Gadai Islam
23. Pengiraan zakat emas
24. Menyimpan emas anda dengan selamat
25. Awas dengan skim cepat kaya bertopengkan emas
26. Strategi memaksimakan keuntungan – analisis teknikal

Jika anda serius nak mendalami ilmu emas, ambil masa untuk hadiri kedua-dua kelas ini.

Sekian, terima kasih!
Syukor

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas