Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Analisis Teknikal 4

Ditulis pada 6 August 2008 – 1:18 pm | by shufaad |


Salam. Seperti biasa lah, saya ni asyik terlambat jek nak tulis artikel. Kepada yang sedang menunggu, sori ye.

Saya di beritahu oleh agen saya, hari ni (6 Ogos), harge emas ialah RM110.70. Semalam, rm113.xx. uikss!! rendah gile!! bagus ni kalau nak beli. So sape nak beli emas, bole la roger saya or en syukor yek. :)

Jadi bagaimana pergerakan emas kite minggu ini?? adakah harga emas akan turun lagi?

berdasarkan kepada carta di atas, harga emas telah sampai ke Weekly S2 iatu pada harga usd872.43. Harga ini telah di capai semalam sebenarnya, tetapi berlaku sedikit kenaikan harga pada pagi ini. takpe lah. tak byk sgt pon..ehhe. Harga sekarang ialah usd877.90.

Saya menjangkakan WS2 akan dipecahkan dalam hari ini jugak. jika harga ini berjaya di pecahkan, harga akan terus menjunam ke paras usd865.63 (DS1), kemudian ke usd857.57 (DS2), usd851.32 (WS3) dan kemungkinan ke usd842.78 (DS3). Line Support2 bukanlah line support yang kukuh sebenarnya. jadi saya beranggapan, jika line ini berjaya di pecahkan, tidak mustahil harga emas akan turun lagi.

Namun, jika WS2 tidak berjaya di pecahkan, harga akan membuat correction. Paras terhampir sekali ialah, usd880.42(Daily Pivot), kemudian ke zon usd888.48/890.57 (R1). tapi nampak macam susah jek…hehe

Anyway, semoga harga emas turun supaya kita bole beli gold banyak2!

p/s: harga emas turun = harge minyak turun = usd menguat. bagus tu…. :)

untuk sebarang maklumat berkaitan FOREX, sila layari melakafx.com

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 9 Responses to “Analisis Teknikal 4”

  2. By Wida on Aug 6, 2008 | Reply

    Petang Rabu dah naik lagi.. tengok esok apa jadi..

  3. By fiq on Aug 6, 2008 | Reply

    lama lagi sebelum harga emas ditutup…
    antara faktor2 yg aku rs mungkin sbbkan emas naik skrg :

    1. buyers ambik kesempatan beli emas byk2 sempena kejatuhan emas skrg ni
    2. pembelian panik sbb Amerika akan umumkan interesr rate dlm waktu terdekat…

  4. By fiq on Aug 6, 2008 | Reply

    so nasihat aku jgn panik,
    ramai orang panik sbb tu demand tinggi skrg ni

  5. By cikgu eko on Aug 6, 2008 | Reply

    salam…boleh saya tahu berapa purata kenaikkan harga emas bagi 1gram dalam ringgit (RM) antara tahun jan 2006 hingga 2007. kalu peratus saya tak mahir la tuan.

    reply: Ini adalah pengiraan berdasarkan harga emas fizikal kijang emas:

    Harga 1 gram:

    pada 3/1/2006: RM66.56
    pada 31/12/2007: RM94.91

    Kenaikan RM28.35 segram.

  6. By ieda on Aug 7, 2008 | Reply

    salam..
    saya sangat berterima kasih & rasa bertuah sebab jumpe web nie dalm pada masa saya sedang merancang utk membuat pelaburan emas style org dulu2 (beli barang kemas la.. )

    tips2 sgt berguna.. & luckyly saya sempat beli emas kat public bank (GIA) semalam, masa emas turun RM94++.. today dah naik.. nk tgk plak esok camner.. pasnie nk try bli dinar emas plak.. dah call n tanya Ar-Rahnu jln raja laut, different kalau jual balik cuma RM20 dr harga semasa, exactly mcm dlm website dinarkel.com. moga web ini akan dpt beri lebih banyak info pasal pelaburan emas, insya Allah.. :)

    reply: Terima kasih atas komen yang membina sedari :)

  7. By Ann on Sep 8, 2008 | Reply

    tumpang tanya sket.. kijang mas ni agen Etika Emas ker ek???

  8. By azeera on Sep 14, 2008 | Reply

    berapakah harga 1gram emas la ni 14 September 2008?
    dah buat pelaburan emas kt etika emas estet ke?
    berapa satu keping gold bar la ni ya!

  9. By SHAMX on Oct 22, 2008 | Reply

    salam ..baru2 ni sy telah ke publick bank utk menbuka akaun emas memandnglan ini bukan emas fizikal jadi sy tak perlu risau utk menyimpan emas d rumah..masaalah nya sy x berapa faham mengenai
    penyimpanan emas. BOLEH TUAN BAGI KETERANGAN SESIMPLE MKIN MENGENAI PENYIMPANAN TERSEBUT..UTK MAKLUMAN SY ADA MEMBELI EMAS FIZIKAL IATU DINAR KEL. AGAK BNYAK.UTK KESELAMATAN ITU SY NK BUKA AKAUN EMAS NI..

  10. By shafie on Nov 11, 2008 | Reply

    cadangan semasa membuat analisis, masukkan sekali harga RM dlm column ke agar bio jelas ckit em

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook