Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Harga Emas: Analisis teknikal raya edition :)

Ditulis pada 26 September 2008 – 8:27 am | by shufaad |


Salam. Lamanye saya tak post kan analisis dalam website ni. semalam saya n family bukak pose ngn syukor, segan pulak sebab da lama tak update kan. ehehe..

Baik, sebagai menghargai jasa syukor kerana berjaya menghabiskan ikan bakar semalam, hari ini saya akan menulis sedikit berkaitan pergerakan harga emas untuk edisi raya.

Special tuh!!! :)

Seperti biasa, anda boleh rujuk kepada graf teknikal di bawah:

emas raya
Analisis pergerakan harga emas.

sebelum itu, jikalau anda masih lagi tertanya-tanya macam mana la nak bace graf ni, anda boleh sama ada:

1. belajar sendiri FOREX
2. cari GURU untuk belajar FOREX
3. komen sikit kat syukor, mintak die buat kelas FOREX (nanti saya yang ajar! hehe).

Jadik, pilihlah mana2 satu langkah yang anda fikirkan bijak..

ok, kita sambung. berdasarkan kepada graf di atas, saya bole membuat andaian bahawa harga emas akan NAIK. ya, tuan-tuan dan puan-puan. NAIK. banyak mana? bila? saya jawab satu-satu dulu ye..

1. Banyak mana? Harga emas hari ini, berdasarkan graf ini ialah pada usd881.88. cantik nombor tu…saya menjangkakan dia akan jatuh sikit sahaja dulu, sebelum membuat pusingan U ke atas.

2 harga yang sesuai ialah pada usd879.43 dan seterusnya ke usd861.78. Kalau harga tak melepasi kedua-dua had ini@support line ini, harga akan terus ke resistance line usd891.07 (61.8 on Fibo), seterusnya ke usd895.13, usd912.78 dan seterunya ke usd928.48. Ini di sokong oleh pergerakan MACD daily dan keupayaan STOCH untuk mengekalkan momentumnya untuk sekurang-kurangnya sehingga minggu hadapan. Selain dari itu, candle untuk WEEKLY grad juga telah menunjukkan yang ada pergerakan BULLISH dan di sokong oleh WEEKLY STOCH yang sedang menaik. heheh..pening tak???

3. bile? kalau nak ramal secara tepat tu mungkin susah tetapi pada pendapat saya by next week sekurang-kurangnya harga emas boleh mencecah ke paras usd895.13, atas sikit dari garisan 61.8. saya melihat kepada momentum positif dari WEEKLY STOCH.

jadi demikian lah sudah analisis saya. saya paham mungkin ramai yang tak begitu paham macam mana nak bace graf ni dan bagaimana graduan IT macam saya ni bole terbabas jadik pembaca graf pulak. hehe..kalau nak belajar FOREX atau sekurang-kurangnya nak tau asas untuk baca graf ini (untuk memudahkan nak tau harga emas naik ke turun), request kan syukor. Insyaallah syukor dan saya akan datang dengan solution yang baik dan mampu menyelesaikan masalah ketidakpahaman anda.

oleh itu, selamat membeli emas ye! oh ye, lupe nak bagitahu, website saya http://www.melakafx.com telah berwajah baru tapi belum di update sepenuhnya. lepas raya lah ye…TQ

 

Shufaad

p/s: buat pengetahuan anda semua, saya trade FOREX untuk hanya membayar duit kereta saya, isteri saya, rumah kami dan sedikit lauk pauk kat dapur. cukup lah……jangan tamak! eheh

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 9 Responses to “Harga Emas: Analisis teknikal raya edition :)”

  2. By azwan on Sep 30, 2008 | Reply

    salam… klau ade klas forex, sy nak join! :)

    reply: Boleh, shafaad memang boleh ajar. 1 to 1 lagi. siap ada support lagi… tapi nie kena bayar lah…
    cuba telefon shufaat at 016-6447174

  3. By aljenderami on Oct 6, 2008 | Reply

    Boleh justify tak kenapa gold investment thru passbook ni is considered following kaedah syarak. Physically there is no product being traded. So nampak sama je konsepnya macam share market or currency trade. We dont even know if the bank really keeps up the gold stock. Memang berminat tapi ragu2 dr segi hukum samada boleh or not.

    reply:
    Well, setahu saya Public Bank nie memang ada simpan gold. Banyak… maklumat ini diberi oleh ex-public bank punya staff.

    Walaupun produk takder, tapi buku tersebut mewakili hak milik pembeli ke atas emas.

  4. By gldsnpr on Oct 10, 2008 | Reply

    hmm.. setahu saya, kalau jual kpd bank nanti, boleh pilih nak duit atau nak ketul mas*** guna PB passbook tu.

    *** ikut peraturan PB

    reply: Berdasarkan maklumat terbaru dalam web diorang, withdrawal emas fizikal is not available until further notice:
    https://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

  5. By Fuead on Nov 3, 2008 | Reply

    Pelaburan emas Public Bank nie ada perlindungan oleh PIDM ke?

  6. By Mintak Tolong on Nov 4, 2008 | Reply

    tanya la PIDM ngan Public Bank.. lebih berkesan

  7. By cigu on Feb 15, 2009 | Reply

    Emmm..byk juga saya dgr persoalan ttg hukum Gold investment account ni,kalau betul pun emas tu ade… tapi bank tu,ada tak practice Islamic banking? Kalau tak islamic,makna nya… duit kita tu..akan dilaburkan ke tempat yg tk menepati hukum syarak..sbb tu bank yg Islamic tak sama pentadbiran dgn konvensional,bezanya..pelaburan bank tu halal or HARAM… kalau kita join under non-islamic banking,maknanya….Jawablh sendiri!!! Saya byk baca komen dlm blog ni,ramai yg nk justify dgn alasan tersendiri untuk meyakinkn diri mrk yg Gold Investment acc ni Halal,padahal… agak nyata ia di bwh perbankan yg non-Islamic… Jgn cuba nk menghalalkan yg Haram.. Saya tk kata memang sah ia haram..tp SYUBHAH…sbb Majlis Fatwa blm kluar fatwa lagi.. Kan lbh baik kita jauhkan yg SYUBHAH.. ia akan jd darah daging kita..kita bg mkn anak isteri perkara yg SYUBHAH…kena hati-hati….Sekadar renungan utk saudara seislam dan diri saya sendiri…

  8. By cigu on Feb 15, 2009 | Reply

    Satu lagi,GIA memang sah tak melibatkan islamic banking,pembelian saham pun,kalau bukan syariah compliant..memang HARAM. Ia haram sbb syarikat tu terlibat dgn perkara yg bertentangan dgn hukum syarak..

  9. By cydean69 on Apr 16, 2009 | Reply

    salam..memandangkan rega emas tk mnentu skrg ni…ble la ajar saya layan fx dulu…..

  10. By gldsnpr on Apr 17, 2009 | Reply

    Boleh cuba baca di sini. Ada bahan mengenai fx tu :

    http://jutawanemas.com/v1/forum/analisis-pergerakan-harga-emas/analisa-teknikal-spot-gold-oleh-gldsnpr

    dan juga di sini:

    http://jutawanemas.com/v1/forum/analisis-pergerakan-harga-emas/mari-blajar-baca-graf-guna-mt4

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Dari Syukor Hashim - Admin Jutawanemas.com
E-mail: admin@jutawanemas.com / SMS: 013-2126 999

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas