Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Menggunakan analisis teknikal untuk menjangka pergerakan harga emas

Ditulis pada 14 July 2008 – 10:25 am | by shufaad |


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Terima kasih kepada sahabat saya, En Syukor yang bersungguh-sungguh “menubuhkan” website ini khas untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang pelaburan di dalam EMAS ini. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin membaca, begitu resourceful dan hensem sikit dari saya. heheh…

Baiklah. Saya akan menerangkan serba sedikit kepada anda berkaitan dengan bagaimana membuat analisis teknikal untuk menjangka pergerakan harga emas seterusnya, sama ada menaik (bullish) atau menurun (bearish). Kaedah yang saya gunakan sama dengan apa yang lakukan untuk menganalisis harga di dalam pasaran matawang (FOREX) dan saham (STOCK). Di harapkan dengan adanya analisis ini, ia akan dapat membantu anda semua membuat keputusan bilakah waktu yang sesuai untuk membeli emas, mendapatkan keuntungan dari spot gold dan mungkin menjual semula emas yang telah anda beli.

ok. kita mulakan dengan melihat kepada carta di bawah:

weekly gold price

Bagaimana? Familiar tak? Jika anda seorang pemain FOREX seperti saya, melihat kepada carta ini mungkin tidak menjadi satu masalah. Tetapi jika bukan, ianya hanya akan memeningkan kepala anda. Jangan risau, saya akan memudahkan kerja anda :)

Mula-mula, kita tengok indi yang paling basic sekali iaitu CANDLESTICK. Jika ianya berwarna biru beerti harga emas sedang menaik atau istilah nya BULLISH dan jika ianya berwarna merah , bererti ianya sedang turun atau BEARISH.

Dengan pengetahuan yang sedikit ini, bolehkah kita mngetahui harga emas untuk hari ini?? Boleh..nampak macam menaik kan? hehe..betul lah tu..BULLISH.

ok, sekarang kita da tahu ianya sedang menaik tetapi yang paling penting ialah naik sampai tahap mana? Apakah price yang akan di cecah oleh en. emas kita? bila pulak harga nya akan turun? semua info ini sangat berguna sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau membuat apa sahaje dengan emas anda. Buat waktu ini, saya menjangkakan harga emas still akan menaik sehingga ke USD983.57 sebelum turun sedikit. Jika harga nya tidak mencecah USD983.57 pun, harga nya akan berlegar-legar sekitar zon 947.88/983.57. Sebabnya? Indi STOCH sudah menunjukkan yang harga ini sudah OVERBOUGHT dan akan jatuh sedikit. Mudah kan?

Saya akan sambung di hari yang lain. Untuk maklumat mengenai FOREX, sila layari http://www.melakafx.com.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 5 Responses to “Menggunakan analisis teknikal untuk menjangka pergerakan harga emas”

  2. By zan on Jul 14, 2008 | Reply

    salam,ha ini la yg saya tunggu2..mcm mana cara utk baca graf..tapi di mana saya boleh dptkan graf ni..saya dok masuk http://www.kitco.com..tapi tak nmpk pon graf ni..tolong bagi tunjuk ajar..time kaseyyy

    jawapan: Graf nie cuma boleh jumpa kat platform forex jer.. contohnyer http://www.fxopen.com
    anda kena pergi website tersebut dan download terminal Metatrader 4. Lepas tu install kat PC.

  3. By rosli on Jul 14, 2008 | Reply

    salam….saya org baru kat forum ni dan sedang mencari pengalaman dlm bidang pelaburan emas….luper ler pulak…saya anak jati Melaka….tapi menetap d subang dah hampir 20 tahun…anak perantau ler tu……

    reply: Selamat datang :)

  4. By mirej on Jul 15, 2008 | Reply

    Salam,
    Ade tak sistem trading macam ni untuk jual beli emas. Macam kite boleh beli dan jual secara online (seperti Forex dan BSKL trading). Kalau ade boleh kongsi info. Harap beri sumber jelas supaya tidak tertipu dengan sistem dagangan palsu. Bagus jugak kalau ade yg boleh trading secara short term(dagangan swing) mcm biase diamalkan dlm trading forex dan BSKL. Pergerakan harge utk emas ni pon nmpaknye mmg aktif dan mudah dibaca.

    p/s good info dr penulis, tak sabar nak tunggu artikel seterusnya

    reply: Takder. kalau nak main gold, buleh pakai platform forex juga, contohnya fxopen

  5. By cikgu eko on Aug 3, 2008 | Reply

    salam…..saya tak berapa faham tentang simpanan emas dengan maybank dan public. adakah emas yang di simpan di bank tersebut bila kita witdraw boleh jual balik pada bank tersebut??
    dari pengalaman en.shukur berapa jumlah modal mula yang sesuai dalam melabur emas ni.

    reply: sebenarnya bila kita invest kat maybank atau public bank, mereka cuma letak nilai emas yang kita beli, tanpa melibatkan emas fizikal. kalau kita jual balik pun ianya cuma transaksi atas kertas dan tak melibatkan emas fizikal. Pasal modal tu terpulang kepada individu.

  6. By fiq on Aug 3, 2008 | Reply

    kalau gold saving acc di maybank dan public bank kita tak dapat emas fizikal…
    cuma jumah amaun emas (dlm gram) akan ditulis pada buku akaun kita( macam akaun simpanan biasa)
    kalau dah sampai amaun tertentu contohnya mcm 100g, kita boleh mintak nak withdraw emas fizikal…
    tp kena bayar caj insuran, shipping dsb

    modal pulak ikut kemampuan…
    tp biasanya orang selalu syorkan 30% dari portfolio pelaburan…
    tp pada sy ikut kemampuan sendiri…
    perlu ingat melabur emas juga so kecairan perlu diambil kira…
    bayangkan kalau tersedak nak pakai duit, rugi la kalau nak jual pada harga rendah kan?

    reply: ya, betul.

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Dari Syukor Hashim - Admin Jutawanemas.com
E-mail: admin@jutawanemas.com / SMS: 013-2126 999

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas