Ebook

3 Kisah Benar. Anda Boleh Rugi Dengan Gadaian Emas di Ar-Rahnu Jika…..

Ditulis pada 27 September 2013 – 4:57 am | oleh syukor |


Salah satu kelebihan emas adalah ia boleh dicairkan kepada tunai dengan mudah.

Anda boleh menggadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Lepas tu boleh pinjam 75% ke 80% cash daripada nilai emas anda.

Duit itu anda boleh gunakan mengikut keperluan anda.

Memang best simpan emas. Mudah dicairkan kepada tunai. Cepat dan selamat.

ar-rahnu_pos
Gambar: Contoh institusi Ar-Rahnu ialah Ar-rahnu @ Pos.

errr… jangan seronok lagi… Ar-Rahnu juga boleh mengundang padah kalau tersalah langkah.

Ini kerana apabila anda menggunakan kemudahan pinjaman Ar-Rahnu, terdapat 3 kemungkinan:

1. Anda untung
2. Anda mungkin untung @ mungkin rugi
3. Anda rugi

Untuk artikel ini, saya akan memfokuskan 3 kemungkinan dimana penggunaan Ar-Rahnu boleh merugikan anda.

1. Lepas gadai tak tebus. Akhirnya emas dilelong. Adoi!!*@&#@^&)(!&@
2. Masuk skim belian emas  secara 30:70
3. Selepas gadai, tak boleh bayar balik. Sangkut di dalam Ar-Rahnu.

i. Kes 1: Emas yang digadai tidak ditebus. Akhirnya habis kena lelong.

Adalah menjadi tanggungjawab penggadai untuk menebus kembali emas yang digadai + membayar upah simpan.

Jika penggadai tidak menebus emas ini maka pihak Ar-Rahnu ada hak untuk melelong emas tersebut dan mengambil kembali hutang mereka + upah simpan + kos-kos pentadbiran (seperti kos lelongan, notis etc). Jika ada lebihan wang maka Ar-Rahnu akan memulangkan kembali wang tersebut kepada penggadai.

Kerugian akan berlaku jika emas anda dilelong pada harga diskaun 20% (mengikut pengiraan institusi Ar-Rahn). Berapalah sangat lebihan yang anda boleh dapat bila emas anda dilelong sebegitu murah?

Bayangkan anda beli emas dan bayar harga penuh, bila gadai dapat pinjaman 75% ke 80% sahaja. Kalau emas anda kena lelong pada nilai diskaun 20%, pasti anda rugi. Tambahan lagi kalau emas anda kena lelong ketika harga emas rendah.

Ini adalah gambar emas-emas yang dilelong oleh sebuah Ar-Rahnu bank di Melaka. Bulan September 2013. Nilai keseluruhan barangan yang dilelong mencecah RM120 ribu ringgit. Pemiliknya-pemilik emas tersebut membiarkan saja emas mereka yang cantik nie kena lelong. Sedih betul.

Yang lebih sedih ialah kebanyakan pemilik emas ini adalah mangsa skim belian emas menggunakan Ar-Rahnu 30:70 (juga dikenali dengan skim 35:65). Baca kisah selanjutnya di bawah.

(Klik gambar untuk besarkan)

emas_lelong
Gambar: Sebahagian emas-emas yang dilelong kerana tidak ditebus.

ii. Kes 2: Mangsa skim 30:70 (pinjam Ar-Rahnu untuk beli emas)

Apa perasaan anda jika anda kehilangan 90% modal dalam “pelaburan emas Ar-Rahnu?”

Sedih? Geram? Marah?

Inilah yang terjadi kepada Puan Azizah bt Ahmad (gambar)

Beliau terjerat dengan skim belian emas menggunakan Ar-Rahnu. Skim ini dianjurkan oleh sebuah syarikat di Kedah.

mangsa_skim_ar-rahnu
Gambar: Puan Azizah, mangsa skim 30:70 menggunakan Ar-Rahnu

Beliau datang berjumpa saya ketika saya berada di Alor Setar dan bercerita pengalaman terjerat dengan skim 30:70.

Beliau bercerita “Syarikat yang saya join ini mengadakan ceramah pelaburan emas di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada tahun 2012”.

“Di dalam ceramah yang dianjurkan oleh syarikat tersebut, penceramahnya menggunakan unsur-unsur agama bagi meyakinkan orang yang hadir” kemudian ditambah lagi dengan hujah harga emas sentiasa meningkat.

Anda untung simpan emas” kata penceramah itu lagi.

Di akhir ceramah, hadirin diumpan dengan satu tawaran “menarik”

Penceramahnya berkata “Dengan hanya modal RM4000 anda boleh membeli emas 50 gram (barang kemas) yang bernilai RM9000. Modal tuan-tuan hanya RM4000, kami akan tambah lagi RM5000”.

“Baiknya hati syarikat nie. Nak tambah RM5000. Mereka nie ikhlas nak tolong orang ramai memiliki emas” kata beliau di dalam hati.

Apa lagi tunggu… beliau terus mengeluarkan duit simpanan RM4000 untuk membeli emas daripada syarikat ini.

Rupa-rupanya…

Syarikat tersebut buat skim 30:70

Pembeli membayar modal RM4000. Lepas tu mereka dibawa ke Ar-Rahnu sebuah bank. Syarikat tersebut menggadaikan kesemua 50 gram (barang kemas) di atas nama pembeli.

Hasil gadaian untuk keseluruhan emas semuanya diambil oleh syarikat.

Laa…. rupanya pembeli dapat surat gadaian untuk 50 gram emas. Tak bolehlah nak simpan emas tersebut sebab dah dijadikan cagaran kepada Ar-Rahnu.

Selepas itu, puan Azizah mula nampak masalah yang datang akibat skim ini.

1. Setiap bulan kena cas upah simpan. Duit kena keluar.
2. Bagaimana nak tebus emas 50gram nie?. Modal dah tak ada!
3. Syarikat suruh buat overlap surat gadai untuk bayar upah simpan.
….Tapi overlap tu menambahkan hutang lagi!
4. Tak ada jaminan beli balik emas oleh syarikat berkenaan.
….Kalau emas sangkut kat Ar-Rahnu kena selesai sendiri.
5. Bila jual kat pihak ketiga, susut nilai barang kemas lebih tinggi. Rugi lagi
6. Bila jual pulak harga emas tengah jatuh. Rugi lagi!

Setelah setahun menanggung beban upah simpan. Beliau tak mahu teruskan lagi simpanan di Ar-Rahnu. Beliau mati akal bagaimana nak cari duit RM5000 + upah simpan dan keluarkan emas tersebut dari Ar-rahnu. Kalau dibiarkan, nanti kena lelong. Lagi teruk. Boleh hilang modal terus.

Akhirnya beliau meminta pihak Ar-Rahnu untuk mencari pihak ketiga yang boleh membantu membeli emas beliau.

Setelah pihak ketiga menolong tebuskan barang tersebut (dan pihak ketiga beli emas tersebut), puan Azizah cuma dapat duit yang berjumlah RM400 sahaja.

Cuba anda bayangkan. Modal asal RM4000. Tinggal RM400 ajer.

Ini adalah kerugian 90% daripada modal. Sangat besar bagi puan Azizah kerana beliau tidak bekerja. RM4000 itu pun adalah duit simpanan selama ini.

p/s: Ada rakan Puan Azizah yang kerugian RM4000 kerana tidak mendapat emas. Wakil syarikat lesap.

 Kes iii: Selepas gadai, tak boleh bayar balik. Emas sangkut di dalam Ar-Rahnu. Upah simpan berjalan….

Saya dapat emel dari seorang pembaca blog jutawanemas. Anda baca kat bawah.

tak_boleh_tebus_emas

Daripada emel ini, masalah timbul kepada kak Yati kerana:

1. Duit hasil gadaian emas telah dibelanjakan ke tempat lain. Dah abis 🙁
2. Bila tiada wang untuk tebus, maka kak Yati terpaksa menanggung upah simpan
3. Dah 2 tahun bayar upah simpan, modal masih tak ada. Kesian kat kak Yati.
4. Sampai bila kak Yati nak tanggung upah simpan nie?
5. Nak overlap? tambah hutang? nanti lagi susah.
6. Emas 37.5 gram itu tidak banyak membantu sebab nilainya kecil.
Kalau digadaikan pun, nilainya cuma boleh membantu menampung upah simpan

Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan kepada kak Yati adalah:

1. Akak ikhtiarkan untuk cari pendapatan sampingan, buat business part-time ke, online business ke untuk dapat income. Income ini boleh guna untuk bayar upah simpan dan sebagai modal untuk penebusan. Tak lah sakit sangat berbanding kena tanggung upah simpan menggunakan duit gaji.

2. Kalau harga emas naik tinggi contohnya USD1900 atau USD2000 se Oz, akak jual emas nie kepada pihak ketiga. Tapi kena buat pengiraan dululah (nilai emas semasa tolak susutnilai, tolak upah simpan).  p/s: Akak tak perlu jual semua emas tu. Kalau saya di tempat akak, saya akan jual nilai emas yang cukup untuk lepaskan kesemua emas yang sangkut di Ar-Rahnu nie.

3. Kalau akak staff government dan boleh buat personal loan dengan interest rate less than 5%, then buat loan dan langsaikan hutang di Ar-Rahnu. Sebab kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sekitar 9% ke 9.6% setahun. So gunakan hutang interest rendah untuk melangsaikan hutang yang mempunyai interest lebih tinggi.

Bagaimana memastikan anda untung dengan Ar-Rahnu?

keuntungan_emas

Pastikan anda gunakan wang dari gadaian untuk menjana lebih banyak keuntungan, contohnya pusingan modal berniaga.

Cuba baca artikel saya yang terdahulu disini http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/bagaimana-menjana-keuntungan-dengan-pinjaman-ar-rahnu/

Sekiranya anda tidak pasti boleh untung atau tidak, maka gadaian anda termasuk di dalam kategori “Anda mungkin untung @ mungkin rugi”

Kesimpulan:

Setiap pelaburan memerlukan ilmu. Emas sangat menguntungkan, namun jangan tersalah langkah. Contoh diatas adalah cerita terbaik tentang kerugian yang dialami pelabur dan penyimpan emas.

Jika anda masih baru dengan dunia emas, mulakan dengan membaca buku saya, “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” Lawati www.pelaburanemas.com untuk maklumat lanjut.

Anda boleh sms, whatapps atau wechat saya di talian 013-2126999.

Mari kita berkongsi ilmu.

Sila klik butang Recommend dibawah dan share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda.

Anda juga boleh forwardkan link artikel ini ke email rakan-rakan anda. Ramai orang yang masih buta emas. Mereka perlukan ilmu yang betul.

Kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda 🙂

p.s: Jangan lupa melanggan newsletter blog ini. Masukkan email anda ke dalam kotak di penjuru kanan atas blog ini. Anda akan mendapat update blog ini secara percuma terus ke email anda.

p.s.s: Anda ada pengalaman, luahan atau komen? letakkan komen anda di ruangan komen di bawah.

.

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas