Ebook

Archive for the ‘analisis teknikal’ Category

Mari Sertai seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas Pada 5 Oktober 2013 di Kuala Lumpur

Thursday, August 22nd, 2013 |

logo_technicalAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Baiklah, kali ini saya akan berkongsi info mengenai kursus pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas yang akan saya dan saudara Shufaad anjurkan pada 5 Oktober 2013 di Kuala Lumpur.

Jika anda ingin menjadi seorang pelabur emas yang serius, seminar ini akan melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu pelaburan emas yang diperlukan. Dijamin!

Berapa banyak ilmu yang anda boleh timba di seminar ini?

Seminar ini bertujuan mengajar ilmu pelaburan emas yang betul + kemahiran analisis teknikal harga emas. Jadi terlalu banyak ilmu yang anda boleh pelajari dengan menghadiri seminar ini.

Cuba lihat testimoni-testimoni peserta yang hadir seminar ini. Mereka banyak belajar ilmu pelaburan emas dan kemahiran analisis teknikal.

Kemahiran ini penting untuk mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang aktif.

Untuk pengetahuan anda, kali terakhir seminar ini diadakan ialah pada 25/5/2013 di Kelab Gold Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS), Shah Alam.

Seramai 50 orang peserta telah hadir mempelajari ilmu emas dan analisis teknikal. Mereka berpuas hati dan memberikan feedback yang sangat memberansangkan.

Gambar-gambar di sepanjang seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas.

seminar_teknikal_KGSAAS_01
Gambar: Saya dan Shufaad sebelum memberi seminar.

seminar_teknikal_KGSAAS_2
Gambar: Peserta melihat buku-buku pelaburan emas dan buku analisis teknikal.

seminar_teknikal_KGSAAS_6
Gambar: Sesi pertama. Pelaburan emas di Malaysia. 

seminar_teknikal_KGSAAS_7
Gambar: Sesi kedua: Analisis teknikal harga emas.

seminar_teknikal_KGSAAS_4
Gambar: Peserta sedang belajar graf Meta Trader 4.

seminar_teknikal_KGSAAS_11
Gambar: Penerangan tentang konsep Overbought dan Oversold

seminar_teknikal_KGSAAS_9
Gambar: Ada soalan? Sifu terangkan sampai faham

seminar_teknikal_KGSAAS_13
Gambar: Sesi bergambar selepas seminar.

seminar_teknikal_KGSAAS_3

Maklumbalas peserta.

Selepas seminar ini, kami mengedarkan borang maklumbalas bagi mendapatkan respon peserta.

Ini adalah sebahagian dari respon yang diberikan peserta selepas seminar:

Soalan: Adakah seminar ini membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik?

Ini jawapan mereka:

1. Zawiyah Osman (zawiyahosman(@)gmail.com)
“Sudah tentu. Menyedarkan dan membuka mata kepada bagaimana dan bila masa untuk menjual dan membeli emas”

2. Mohamad Fadillah (mohdfadillah(@)gmail.com)
“Ya. Memahami graf, fundamental analysis. Understanding technical skills”

3. Faziah @ azie (faza341(2)yahoo.com)
“Ya. Untuk saya yang baru bermula, pembelajaran hari ini sebagai satu permulaan”

4. Abdul Hadi b. Ismail (hadiismail278(@)yahoo.com)
“Ya, sebab pengisiannya tepat seperti mana yang telah ditetapkan melalui objektif program”

5. Mohd Rashid bin Omar (goldenterritory24k(@)gmail.com)
“Ya. Kerana di seminar ini saya diajar tentang cara melabur yang betul”

6. Mohammad Effendy b. Illias (fendy_cang(@)yahoo.com.my)
“Sangat membantu saya kerana memberi ilmu emas yang baru. Mendidik/buka minda saya”

7. Nurul Yaqin Yaacob (qisya_qisrina(@)yahoo.com)
“Ya, sangat membantu untuk saya yang baru memulakan langkah dalam pelaburan emas. Penyampaian yang jelas dan padat”

8. Mohd Ridhwan bin Illias (ridhwan916(@)gmail.com)
“Memang sangat membantu saya dalam segi teknikal analisis emas. Membantu saya dalam menggunakan MT4”

9. Mohamed Helmi bin Mansor (mohamed_helmi84(@)yahoo.com)
“Ya, kerana ilmu analisis teknikal amat penting dalam pelaburan emas”

10. Hasril Hassan (arilputra(@)gmail.com)
“Ya, sebab analisis teknikal pasaran emas merupakan senjata utama dalam memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas”

11. Aishah bt. Daud (intura_mahligai(@)yahoo.com)
“Ya, sangat membantu sebab penjelasan pembelajaran setiap topik amat jelas”

12. Rosida bt. Hussin (rosidahussin(2)gmail.com)
“Ya. Saya pelajari asas sebelum memulakan pelaburan, cara memaksimumkan keuntungan sebenar”

13. Nur Hafizah bt. Ahmad (nur_hafizah05(2)yahoo.com)
“Ya. Ilmu yang saya dapat teras untuk pelaburan emas. Apabila mempelajari analisis tentang emas lebih banyak yang dapat kami tahu bila masa sesuai untuk membeli dan menjual emas”

14. Abdul Hadi bin Abdul Rahman (hadi.rahman54(@)yahoo.com)
“Ya, kerana mengajar saya masa yang sesuai untuk menjual dan membeli emas”

15. Kamarul Azhar bin Arifin (arul5682(@)hotmail.com)
“Alhamdulillah, yesss!!! Boleh nampak perjalanan market dengan lebih mudah faham”

 

Testimoni peserta (video) En. Mohd Zulkifli.

Testimoni peserta (video) En. Kamarul Azhar.

Testimoni peserta (video) En. Zul


 

Bayangkan betapa bermanfaatnya seminar ini kepada anda yang ingin mempelajari kaedah pelaburan emas yang betul dan skill membuat analisis harga emas.

Siapa yang sesuai hadir ke seminar ini?

Seminar ini sangat sesuai untuk mereka yang:

1. Baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas.
2. Ingin memaksimakan keuntungan dengan menjadi pelabur aktif membeli/menjual emas
3. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana market emas berfungsi.
4. Mereka yang ingin mengetahui harga yang sesuai untuk membeli dan menjual emas

Isi kandungan kursus:

picthumb

Pelaburan Emas di Malaysia oleh Syukor Hashim

Isi Kandungan:

1. Kenapa anda perlu menyimpan emas
2. Memahami personaliti pelaburan emas anda
3. Memilih emas pelaburan yang sesuai dengan anda
4. Faktor-faktor yang perlu dilihat sebelum memilih emas
5. Strategi memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda
6. Ar-Rahnu pajak gadai Islam
7. Bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim cepat kaya yang bertopengkan emas


Kursus Analisis Teknikal Harga Emas oleh Noor Shufaad

Isi kandungan:

1. Pengenalan kepada MetaTrader 4
a. Download dan setup program MetaTrader 4
b. Mencipta akaun demo
c. Bereksperimen dengan tools, menu dan ikon
2. Analisis Teknikal tools
a. Pengenalan kepada bar dan line chart
b. Mengenalpasti paras Support dan Resistance berdasarkan:
i. Historical price
          ii. Psycho level iii.Fibonacci retracement
c. Memahami dan melukis garisan trend.
d. Menggunakan RSI sebagai petunjuk momentum.
e. Menggunakan ilmu analisis teknikal untuk membeli dan menjual emas fizikal.
3. Menggunakan kitco.com sebagai sumber Analisis Teknikal
a. PM roundup
b. Wyckoff technical analysis
c. Wyckoff Market Rating system

 

Ingin menyertai seminar ini?

Seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas akan diadakan pada tempat, tarikh dan masa berikut:

cititel_midvalley

Tempat: Hotel Cititel Midvalley Kuala Lumpur
Tarikh: 5/10/2013 (hari Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 5.30 petang
Alamat: Seminar room, Tingkat 5, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur,
Bayaran: RM400 seorang
Makan dan minum: Disediakan
Bilangan tempat: 40 30 seat sahaja yang tinggal
Perhubungan: Shufaad 012-9965946 @ syukor 013-2126999 (sms, @ WhatsApp)

Bagaimana cara menyertai seminar ini?

1. Mula-mula sekali, sila berhubung dengan Shufaad atau saya untuk mengetahui status kekosongan tempat
2. Jika ada kekosongan, anda bank-in RM400 kedalam akaun maybank berikut: 554110105387 Candlestick consulting
3. E-mailkan bukti pembayaran kepada shufaad@gmail.com
4. Itu sahaja.

Apakah peralatan yang perlu dibawa ke seminar ini?

1. First sekali anda perlu membawa notebook + tetikus

notebook_dan_mouse

 

2. Extension cord
powercord
3. Broadband sendiri (jika ada)

Baiklah, itu sahaja update kali ini.

Jumpa anda di seminar!

p.s : Jadilah orang pertama mendapat update dari blog ini. Ianya PERCUMA. Cuma masukkan email anda di dalam kotak Langgan Newsletter di penjuru kanan blog ini.

 

Temubual Tentang Trend Harga Emas 2012 dan seminar Analisis Teknikal Harga Emas 2013 bersama Gold Trader Noor Shufaad (MelakaFX)

Friday, December 28th, 2012 |

Pengenalan: Ini adalah temuramah dan sesi brainstorming saya dan sahabat saya Noor Shufaad.

Beliau adalah seorang full time gold trader, coach dan trainer untuk seminar Analisis Teknikal Harga Emas.

Beliau juga aktif menulis blog di www.melakafx.com dan tinggal di Jasin, Melaka.

Kami berjumpa dan bertukar-tukar idea tentang situasi pasaran emas, ekonomi dunia, trend harga emas sepanjang 2012.

Kami juga berbincang tentang isi kandungan seminar Pelabur Emas Bijak dan Seminar Analisis Teknikal Harga Emas tahun 2013.

Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda semua isi kandungan temuramah ini.

——————————– temuramah bermula ———————————

Syukor: Salam Paat, lama tak jumpa hang. Apa cerita?

Paat : Aku baru baik demam ni. 2 hari jugak tergolek kat rumah. Alhamdulillah lah dah ok.

Syukor: Baguslah, 2 hari tergolek tu kira okie jugak. Maksudnya antibodi kuat. Hehehe… emas tu penting, tapi kesihatan pun kena jaga jugak.

Cerita pasal market emas tahun 2012.

Syukor : Aku cadang nak buat interview pasal gold market. Hang market expert pertama yang aku nak interview. Nanti aku masukkan dalam blog jutawanemas.com

Soalan pertama ialah pasal trend harga emas ni. Bermula 3 Januari (1569 USD/Oz) sehingga  28 Februari harga emas naik pantas, sehingga mencecah USD1790/Oz .

Lepas tu harga emas mencatatkan penurunan sehingga 16/5/2012 (1526 USD/Oz).

Kemudian harga start naik balik sehingga 4/10/2012 sehingga mencecah USD1795/Oz.

Selepas tu harga emas turun balik…..  sekarang hujung bulan Disember harga emas sekitar 1661USD/Oz.

Apa cerita ni?

Carta harga emas tahun 2012, (Klik sini untuk besarkan)

Paat: Panjang ceritanya …tapi aku ringkaskan. Market player sekarang sedang berada di dalam satu fasa yang di panggil fasa lesson learned. Maksudnya, apa yang pada tahun lepas, time harga emas melambung banyak, pastu jatuh tergolek, insyaallah tak akan berlaku. At least dalam jangka masa terdekat ni. Tetapi once market dah sampai satu fasa yang di panggil sebagai adaptability, barulah kita akan dapat lihat kenaikan semula harga. Tapi kali ini lebih berhati-hati.

Syukor: Jadi, apakah strategi yang terbaik untuk memahami turun naik gold market ni?

Paat: Sentimen. Kita kena banyak baca dan paham pasal market sentiment. Kita kena tengok market ni sebagai satu organic living form. Market ni hidup. Maksudnya market emas tidak statik. Ia dinamik. Dia sama ada akan contract atau expand (menurun atau menaik).

Yang kita nak kena tahu adalah the speed of the contract or expand tu. Laju atau slow. Kalau dia menurun, maka kita kena carik garisan support nya. Mesti ada satu harga atau zon harga yang market player rasa selesa, buat masa sekarang. Mungkin 1600. Atau mungkin juga 1650. Begitu juga kalau market menaik. Dia tak boleh dah menaik secara parabolic . Tetapi akan naik jugak.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, kena datang seminar analisis teknikal. Buat masa nie aku ceritakan tentang big picture dulu.

Syukor: Ok. Jadi apa sebenarnya faktor yang menjadikan market emas tu menurun atau menaik?

Paad: Fear dan greed (takut dan tamak). Sejak azali lagi, memang itulah faktornya. Sebagai contoh, tahun 1992, Soros dan kawan-kawan dah tapau Bank of England. Kemudian ketika krisis kewangan Asian tahun 1997, PM kita time tu, menamakan Soros sebagai punca segala-galanya. Dan ya, semenjak dari hari itu, Soros juga di gelar penyangak mata wang .

Tapi cuba bayangkan. Kalau Soros mati, adakah itu bermakna hilang dah sifat tamak kat dalam market?  Tiba-tiba semua market player dan investor akan ambik untung sikit-sikit je….takpe, takpe…kita bagi la orang lain untung jugak…boleh ke macam tu?

Syukor: Hehehe…confirm lah tidak. Akan wujud Soros yang baru di dalam market.

Paat: Sama macam fear (takut). Apa faktor yang menggerakkan harga emas? Asasnya sudah tentulah permintaan dan penawaran. Bagi suatu permintaan, ia akan diimbangi dengan penawaran. Dan juga sebaliknya. Barulah harga stabil.

Tapi cuba kalau permintaan tersebut datang secara mendadak. Bila berlaku perang sebagai contoh. Atau lebih teruk, esok bangun pagi je Uncle Ben (Ben Bernanke – Chairman Federal Reserved US) pakat-pakat dengan Obama (Presiden USA) nak print duit gila banyak. Tak tergolek US dollar? Investor dan trader yang dah pegang US dollar akan cepat-cepat jual dollar dan terus beli sesuatu yang boleh melindungi kekayaan mereka. Emas adalah jawapan nya. No doubt.

Syukor: jadi, kunci untuk faham pergerakan harga emas banyak terletak pada fundamental?

Paat: Betul. Emas dan perak teknikalnya sama dengan kalau kita main currencies (forex). Bezanya, currencies ni kita boleh cetak sesuka hati. Kadang-kadang tak print pon, tapi guna magic checkbook. Macam yang Fed buat untuk beli bond. Keje gila tu. Emas dan perak kena lombong. So ada kos yang terlibat. Machine la, orang la, insurans la. So banyak benda yang terlibat. Semua parameter ni akan di masukkan ke dalam penentuan harga emas nanti.

Sembang pasal projek tahun 2013.

Syukor:  So, apa projek terbaru untuk 2013?

Seminar @ Kelas Analisis Teknikal Harga Emas.

Paat: First sekali untuk kelas Analisis Teknikal Harga Emas. Aku tengah prepare  video how to untuk kelas teknikal. Yang ni special class. Lepas tu, modul baru untuk kelas Analisis Teknikal pon dah siap. Aku yakin impaknya memang sampai. Lebih padat tetapi mudah diikuti dan di fahami. Then update buku Teknikal pon aku nak launch kan bulan februari nanti.

Untuk seminar analisis teknikal tahun 2013 nanti, kita tekankan strategi membeli emas ketika harga turun dimana wujudnya buying opportunity. Kita ajar kaedah menggunakan tools seperti fibonacci retracement, fibonacci expansion, historical price, psyco level dan trend line.

Gambar: contoh menggunakan tool fibonacci retracement.

——————————————————————————————————–

Nota admin:

Untuk pengetahuan pembaca blog jutawanemas. Saya dan Shufaad akan membuat seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas pada 26 Januari 2013 nanti. Isi kandungan adalah lebih segar dan terkini. Sesiapa yang berminat membuat pelaburan emas, seminar ini memang patut dihadiri.

Ini adalah maklumat seminar tersebut:

Tarikh: 26/1/2013 (Sabtu)
Tempat: Brisdale Hotel, 65 Jalan Haji Hussein  50300 KL
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Yuran: RM300 seorang
Bilangan tempat: 30 seat sahaja tinggal 25 sahaja (first come first serve)
Bawa bersama: Notebook, laptop, internet (jika ada), Power plug (jika ada), usb drive (untuk copy material seminar)
Perhubungan: Hubungi Syukor Hashim hp: 013-2126999 @ contact form (klik)
Bonus topik: Bagaimana mengelakkan diri dari ditipu oleh skim pelaburan emas oleh Hazwan Yunus (klik sini) 


Gambar: Contoh seminar pelaburan Emas dan Analisis Teknikal yang telah dijalankan.

—————————————————————————————————————-

ok, sambung balik interview…..

Projek buku ketiga aku pon dah start ni. Almanac. Yang ni memang best sebab aku cari chart pattern untuk emas dan perak sepanjang 10 tahun, dan aku beritahu macam mana nak trade pattern-pattern ni. History always repeat itself. Jadi Almanac dicipta khas untuk kita prepare in case pattern tu berulang balik.

Syukor: Banyak tu…So apa perkembangan positif  dengan industri emas sekarang?

Paat: Satu benda yang aku sangat gembira sekarang ni ialah bila hang bukak je dalam facebook, ramai yang dah berani post kan analisis teknikal dieorang sendiri. Bagus lah macam tu. Betul ke salah lain cerita. Yang penting, dia tahu guna tools. Yang ke laut pun ada jugak.

Tapi ianya secara tidak langsung menunjukkan yang pembeli atau pelabur emas sekarang dah lebih bijak. Dah boleh baca harga market dunia. Dan dah boleh pilih nak beli kat kedai mana. Kalau dulu, asal nak beli emas je aku pegi kampong jawa (tempat famous beli emas di Melaka). Sekarang takde nya. Public Gold kan ada…

Syukor: Betul, betul. Ni baru betul pelabur emas bijak. Ada orang tanya . Apa perbezaan antara buku Analisis Teknikal Harga Emas (klik) dengan buku terbaru hang tu..apa nama dia…Trade Like Me?


Gambar: Buku Trade Like Me. Berminat beli? hubungi saya (klik)

Paat: Beza antara kedua-dua buku ini ialah di dalam buku Analisis Teknikal Harga Emas (ATHE), aku banyak tulis benda-benda basic. Macam mana nak install MetaTrader, macam mana nak guna tools. Kemudian ada la sikit-sikit berkaitan fundamental dan juga candlestick pattern. Yang lebih tu banyak kepada price action dan teknikal tools.

Objektif utama buku ATHE ini ialah untuk memberi pendedahan awal kepada para peminat emas yang mereka sebenarnya boleh memantau harga emas dunia setiap saat. Next, ialah bagaimana nak mengoptimakan pergerakan harga yang mereka tengok di chart dengan emas fizikal. Dekat sinilah Public Gold memainkan peranan penting.

Syukor: Maksudnya, kat mana nak beli dan jual balik dengan praktikal dan mengikut harga emas semasa?

Paat: Betul. Ada orang nak main emas fizikal tapi nak untung cepat. Ada orang nak main emas fizikal untuk jangkamasa panjang. Mungkin masa nak pergi haji lagi 10 tahun, baru dia jual balik. So bergantung pada kehendak dan keperluan masing-masing. At least buku ATHE dan seminar ATHE yang kita adakan selama ini dah boleh membantu mereka yang hendak membeli dan menjual emas fizikal mengikut harga emas dunia.

Berbeza dengan Trade Like Me (TLM). Buku ini lebih kepada mereka yang berminat dan berani untuk main spot gold, spot silver mahupun commodity currencies. High risk tetapi high return. Sebagai contoh, di dalam buku TLM, aku ada ceritakan pasal Risk and Money Management. Bab ni penting. Sebab apa? Kebanyakan orang yang main spot (metal atau currencies), meletakkan objektif untuk untung dengan secepat mungkin.

Bukannya tak boleh untung. Tapi kalau kita tak pandai control risk, sebanyak mana pun capital yang kita pump, lama – lama akan dry jugak. Money management pula akan bantu kita dari segi bagaimana untuk kita meletakkan sasaran yang sesuai dan boleh di capai berdasarkan kepada capital dan risk kita tadi. Ni bahagian asas. Kena khatam ni dulu.

Syukor: Bagaimana pulak dengan trading strategy?

Paat: Aku ada letakkan sekali. Bagi mereka yang pernah belajar dengan aku, atau pembeli buku ni, mereka dah tau yang primary strategy aku ialah candlestick pattern. Itu strategi aku. Fahm candle, cerah masa depan. Hehe….

Syukor: Patut la ada orang panggil hang cekgu lilin…hehe. So ada apa-apa lagi kata-kata terakhir yang nak di sampaikan?

Paat: Ya ada, tuan-tuan sekalian. Kuasa untuk memilih, sama ada nak beli emas fizikal atau main spot terletak pada diri sendiri. Kalau nak low risk, confirm selamat, dinasihatkan beli emas fizikal fizikal.

Nak beli kat mana? Boleh cari Public Gold (www.publicgold.com.my). Dah la spread rendah, harga murah dari kedai emas dan mengikut pergerakan harga emas dunia. Bagi yang nak adventurous sikit, high risk tetapi high return, then spot is the way to go. Bukan sport toto beb. Kena panah petir kita kang. Tapi spot gold, silver dan juga currencies.

Cuma nak ingatkan yang anda jangan lah harapkan yang ianya (bermain spot) adalah overnight success. Kadang makan hari, makan bulan, makan tahun baru boleh untung. Itu sebab di dalam kelas Personal Coaching aku, aku suruh student main demo akaun at least 6 bulan. At least tu. Lama kan? Kena ingat macam ni je. Kita belajar Diploma 3 tahun, takkan keluar-keluar gaji 10k?  Tetapi as long as kita keep on learning, then the only direction to go, is to move forward.

Terpulang kepada anda semua. Kuasa memilih di tangan anda.

Syukor: Paat. Terima kasih kat hang. Aku rasa semenjak dua menjak ni hang ni banyak berfalsafah la. Kagum jugak aku. Heheh..Anyway, aku yakin benda yang hang dok cerita ni akan jadi panduan dan input yang baik kepada pembaca blog aku.

Paat:  Aku pun harap macam tu jugak lah. Insyaallah lepas ni semua orang boleh pandai emas. Semua orang boleh pandai baca chart emas. Aku doakan semua pembaca blog jutawanemas emas kaya dan berjaya!

Syukor: Amin!!.


Gambar: Baju kegemaran Paat. Semoga semua pembaca blog ini Money Magnet macam Paat.

Kesimpulan:

1. Ini adalah temuramah saya dengan full time gold trader, Noor Shufaad berkenaan prestasi harga emas 2012.
2. Pelajari kaedah dan strategi pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas melalui seminar kami 26/1/2013 di KL.
3. Dengan ilmu yang betul, strategi yang betul dan timing yang betul anda pasti untung.

 Kongsikan interview ini dengan rakan-rakan facebook anda. Klik ikon FB dibawah sana. Terima kasih!

.

Apakah strategi pelaburan emas anda? Panduan membeli emas menggunakan kemahiran analisis teknikal.

Monday, May 28th, 2012 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan bahagia adanya.

Sekarang cuti sekolah. Apa perancangan anda? pergi bercuti bersama keluarga? Menghadiri kursus bagi menambah ilmu di dada? Ataupun masih belum merancang apa-apa?

Walau apa pun perancangan anda, saya harap ia akan memberikan manfaat kepada anda.

Seminggu dua yang lepas saya menerima beberapa emel dari pembaca bertanya tentang bagaimana memulakan pelaburan emas. hehehehe.. dah lama saya tulis blog nie.. dari tahun 2008 lagi.

Macam-macam info saya dah tulis pasal pelaburan emas di Malaysia. Anda kena pandai cari ajer.

Jika anda baru sampai ke blog ini, anda boleh baca artikel terdahulu (klik sini) dan membeli ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini). Saya gerenti 100% anda akan pandai tentang pelaburan emas.

Strategi pelaburan emas.

Saya ada satu soalan cepu emas.

Soalan saya “Apakah strategi pelaburan emas anda?”

Kalau ikut kamus, Definisi strategi ialah “rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan”

Dengan strategi yang jelas. Anda boleh mencapai matlamat pelaburan anda dengan mudah.


Gambar: How Can You Achieve Success Without Good Strategy?

Untuk pengetahuan anda, di dalam semua pelaburan, tak kiralah pelaburan apa pun. Yang paling mustahak ialah faktor pelabur itu sendiri.

Contohnya di dalam pelaburan emas:

1. Anda sendiri yang menentukan apakah bentuk emas yang anda labur.
2. Anda yang menentukan bilakan masa anda membeli
3.  Anda menentukan berapa lama anda akan menyimpan emas tersebut
4. Anda yang menentukan bila anda ingin menjual kembali emas tersebut
5. Anda yang memilih posisi pelabur emas yang terbaik
6.  Anda menentukan berapa banyak keuntungan yang anda nak dapat.

Banyak persoalan yang ANDA sendiri kena tahu jawapannya 🙂

Ingat pesanan saya “Jika anda tidak tahu, anda mudah kena tipu”


Di dalam apa jua pelaburan, yang penting ialah anda dan ilmu anda!

Dengan kata lain. Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah, di dalam apa-apa juga pelaburan, yang terpenting ialah anda. Produk pelaburan jatuh tempat kedua.

Jadi, jika anda sedar bahawa perkara terpenting di dalam apa jua pelaburan ialah anda dan ilmu anda, tentu anda akan berasa seronok untuk membuat pelaburan terhadap diri anda.

Sebagai contoh, ramai orang yang selalu bertanya saya, bilakah masa yang terbaik untuk membeli emas? Harga emas sekarang jatuh ke? naik ke?

Bergantung kepada situasi pertanyaan, ada 2 jenis jawapan yang akan saya berikan:

1. Beli emas bila ada duit. Kemudian beli emas secara konsisten. Anda akan untung dari segi pemurataan harga (cost averaging). Jawapan ini memudahkan orang biasa-biasa untuk faham. Ataupun jawapan di dalam emel @ jawapan sewaktu berjumpa di kedai kopi. Saya senang nak cerita, orang senang nak faham.

2. Namun apabila soalan ini ditanya di dalam seminar saya. Maka jawapannya adalah lebih complicated sebab anda akan diajar bagaimana teknik-teknik mengenalpasti peluang memborong emas dan bila nak jual dengan kaedah analisis teknikal. Lagipun waktu tu saya ada komputer dan projector.

Jadi anda akan belajar bagaimana membeli emas berdasarkan kepada trendline, price action dan fibonacci retracement. Jadi ilmu analisis teknikal membolehkan anda merangka strategi pelaburan emas dengan lebih mantap.

Sebagai contoh, penggunaan perisian Meta Trader 4 untuk mengenalpasti peluang membeli/memborong dengan mudah.

Sebagai contoh, kita boleh gunakan garisan trendline

Ini pula panduan membeli dan menjual emas menggunakan Price Action study…

Ini adalah panduan menbeli dan menjual emas menggunakan Fibonacci retracement.

Bila anda mempelajari teknik-teknik ini. Anda akan nampak dengan jelas bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas.

Anda juga boleh mengelakkan diri dari kerugian apabila membeli emas ketika harga sedang tinggi,

Anda TAK PERLU tanya orang lain soalan “sesuai ke saya beli emas sekarang”

Jadi, sekarang anda berminat untuk melabur di dalam ilmu? di dalam diri anda?

Ok bagus. Mari join saya dan Shufaad.

Seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas bulan 6.

Baiklah, saya dan Shufaad akan mengadakan seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas di Kuala Lumpur pada bulan 23/6/2012 nanti.

Juga di Kuala terengganu pada 9/6/2012.

Bagi mereka yang pernah menyertai seminar Analisis Teknikal yang terdahulu dan masih memerlukan bimbingan, anda amat digalakkan untuk menyertai seminar ini.

Sila berhubung dengan En. Shufaad untuk harga special.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tajuk : Seminar Pelaburan Emas & Analisis Teknikal Harga Emas
Tarikh/Tempat : 23 Jun 2012 (sabtu) di Hotel Citrus
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Alamat: 51 Jalan Tiong Nam  50350 Off Jalan Raja Laut,  Kuala Lumpur
Nombor telefon hotel: 03-9195-9999
Lokasi bilik seminar: Seminar room, tingkat 5 (sebelah kolam renang)
Yuran pendaftaran: RM300 seorang
Perhubungan: En. Shufaad, hp: 016-6447174
Special gift:Indicator Meta Trader 4 bernilai RM176 untuk setiap peserta.
Bilangan tempat kosong: 40 tempat

Untuk Kuala terengganu:

Tarikh: 9/6/2012 (Sabtu)
Tempat: Anjung Emas 8kilo,
No. 27 Taman Dato Wan Salleh,
Jln Pusara Kuala Terengganu
(belakang KTS/ Bangunan Etiqa Takaful)
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Bayaran seminar: RM250 untuk seorang
Perhubungan: En Azman 016-9864800
Special gift:Indicator Meta Trader 4 bernilai RM176 untuk setiap peserta.
Bilangan tempat: 20 sahaja lagi

Pelan lokasi (seminar KL):

Hotel ini di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dekat area Chow Kit. Mudah ajer nak datang.

Ini gambar hotelnya..

Gambaran: Seminar yang diadakan sebelum ini:

Siapa yang patut hadir ke seminar ini?

1. Mereka yang ingin mengetahui apakah itu pelaburan emas?
2. Mereka yang ingin tahu emas yang paling sesuai untuk pelaburan
2. Mereka yang tahu sikit-sikit pasal emas dan nak tahu dengan lebih banyak
3. Mereka yang ingin tahu bagaimana menjana keuntungan dengan emas.
4. Mereka yang ingin tahu mengenai teknik-teknik menganalisa harga emas dunia
5. Mereka yang ingin tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Pendek kata, kalau anda meminati emas, anda disarankan hadir ke seminar ini.

Best nie :)

Isi kandungan seminar ini:

Penceramah: Syukor Hashim

1. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
2. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia
3. Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas.
4. Bagaimana mengelak daripada terjerumus dengan skim pelaburan emas.

Penceramah: Noor Shufaad b. Md. Norani

1. Analisis Teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4.
2. Memulakan Program Meta Trader 4
3. Analisis pergerakan harga emas menggunakan tools dan indikator asas MT4

Pecahan topik kecil analisis teknikal:

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas.
  • Candlestick pattern dan formation.
  • Mencari Support dan Resistance menggunakan Fibonacci dan Price Action.
  • Membaca laporan pakar analisis teknikal harga emas.

Anda boleh membaca maklumat lanjut di dalam blog saudara shufaad di www.melakafx.com

Special requirement untuk peserta seminar:

1. Sila bawa laptop/notebook sendiri untuk topik analisis teknikal.
2. Sila bawa plug extension – in case anda perlukan kuasa elektrik untuk  notebook anda.
3. Internet disediakan, tapi kalau anda ada mobile broadband sendiri lagi bagus.
4. Sila download dan baca nota persediaan sebelum seminar (klik sini)
5. Sila install perisian Meta Trader 4 (refer topik 2 nota persediaan sebelum seminar)

Pembayaran yuran penyertaan.

Untuk hadir ke seminar ini, anda boleh bank in ke dalam akaun bank berikut:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

p/s: Sila bawa dan serahkan bukti pembayaran kepada staff kaunter pendaftaran pada hari seminar ie. slip bank in, ATM transfer, Cash deposit slip atau internet banking slip

Selepas bank in, apakah tindakan anda?

Selepas anda bank in, sila klik ikon online contact form dibawah dan masukkan butiran-butiran peserta dan bayaran:

Contohnya:

Selepas itu anda akan mendapat balasan email daripada saya mengatakan pendaftaran seminar anda berjaya.

Selepas itu, kita jumpa di seminar 🙂

—————————————————————————————————-

p.s: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.

p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .

Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas 🙂

Klik sini untuk mendapatkannya (klik)

 

 

p.p.p.s: Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan Facebook anda. Klik ikon Recommed di bawah ini.

Rakan-rakan adan pasti berterima kasih kepada anda.

 

 

 

 

 

 

Jadual Bulan April 2012: Seminar-seminar Peluang Perniagaan Emas, Analisis Teknikal Harga Emas dan Bengkel Strategi 5B.

Friday, March 30th, 2012 |

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada anda yang hadir ke seminar saya di sepanjang bulan Mac.

Sambutan amat menggalakkan dan saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan ilmu emas 🙂

Kepada warga Brunei yang hadir ke seminar saya pada 23/3/2012, terima kasih saya ucapkan. Kehadiran 88 orang peserta ke seminar kali pertama saya di Brunei cukup bermakna bagi saya.

Terima kasih banyak-banyak warga Brunei.

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan ilmu emas.

Kalau anda nak tengok gambar, boleh ke Facebook saya di http://www.facebook.com/syukor

Baiklah, sekarang saya ingin memaklumkan jadual seminar-seminar yang akan saya adakan pada bulan April 2012.

Saya akan membuat seminar seperti dibawah:

1. Seminar Peluang Perniagaan Emas bersama Public Gold
2. Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas
3. Bengkel strategi 5B

Tarikh, masa dan tempat seminar boleh dilihat di bawah sana.

1. Seminar Peluang Perniagaan Emas Bersama Public Gold.

Untuk seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold, tempat, tarikh dan masa adalah seperti berikut:

p/s: Untuk mengetahui alamat cawangan Public Gold, sila klik sini:

http://www.publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=121&Itemid=561

1. Public Gold cawangan Sungai Petani
Tarikh: 7/4/2012 (Sabtu)
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

2. Public Gold cawangan Alor Setar
Tarikh: 8/4/2012  (Ahad)
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

3. Public Gold cawangan Ipoh
Tarikh: 9/4/2012  (Isnin)
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

4. Public Gold cawangan Ampang
Tarikh: 10/4/2012  (Selasa )
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

5. Public Gold cawangan Bandar Sunway
Tarikh: 11/4/2012  (Rabu)
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

6. Kota Kinabalu
Tarikh: 14/4/2012  (Sabtu)
Tempat: Promenade Hotel, KK
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

7. Public Gold cawangan JB
Tarikh: 19/4/2012  (Khamis)
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

8. Public Gold cawangan Bishop, Penang
Tarikh: 20/4/2012  (Jumaat)
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

9. Public Gold cawangan Melaka
Tarikh: 23/4/2012  (Isnin)
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Masuk: PERCUMA

10.  Singapura.
Tarikh: 25/4/2012  (Ahad)
Jam 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat: Chinese Success Media Pte. Ltd.
Bras Basah Complex, 231 Bain Street, Tel 63346606
Masuk: PERCUMA

Alamat tempat seminar boleh dilihat disini (klik sini)

2. Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas.

Bagi mereka yang berminat mempelajari seni membaca harga emas @ dipanggil kemahiran analisis teknikal, anda boleh menghadiri seminar yang akan diadakan di Sungai Petani, Kedah dan juga Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut seminar ini adalah seperti berikut:

Maklumat mengenai seminar ini adalah seperti berikut:

Sungai Petani, Kedah
Tarikh: 7 April (Sabtu)
Tempat: Seminar room, Hotel Park Avenue Sungai Petani (dekat tol arah Selatan Sungai Petani)
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Bayaran seminar: RM300 untuk seorang
Perhubungan: En. Shufaad, hp: 016-6447174
Special gift:Indicator Meta Trader 4 bernilai RM176 untuk setiap peserta

Kuala Lumpur:
Tarikh
: 28 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Bilik seminar tingkat 5, hotel Cititel Midvalley, KL
Masa: 9.00 pagi – 5 petang
Bayaran seminar: RM300 untuk seorang
Perhubungan: En. Shufaad, hp: 016-6447174
Special gift:Indicator Meta Trader 4 bernilai RM176 untuk setiap peserta.

 


Percuma: Indicator MT4 bernilai RM176 untuk setiap peserta.


Peserta-peserta seminar sedang belajar.

Siapa yang patut hadir ke seminar ini?

1. Mereka yang ingin mengetahui apakah itu pelaburan emas?
2. Mereka yang ingin tahu emas yang paling sesuai untuk pelaburan
2. Mereka yang tahu sikit-sikit pasal emas dan nak tahu dengan lebih banyak
3. Mereka yang ingin tahu bagaimana menjana keuntungan dengan emas.
4. Mereka yang ingin tahu mengenai teknik-teknik menganalisa harga emas dunia
5. Mereka yang ingin tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Pendek kata, kalau anda meminati emas, anda disarankan hadir ke seminar ini.

Best nie 🙂

Isi kandungan seminar ini:

Penceramah: Syukor Hashim

1. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
2. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia
3. Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas.
4. Bagaimana mengelak daripada terjerumus dengan skim pelaburan emas.

Penceramah: Noor Shufaad b. Md. Norani

1. Analisis Teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4.
2. Memulakan Program Meta Trader 4
3. Analisis pergerakan harga emas menggunakan tools dan indikator asas MT4

Pecahan topik kecil analisis teknikal:

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas.
  • Candlestick pattern dan formation.
  • Mencari Support dan Resistance menggunakan Fibonacci dan Price Action.
  • Membaca laporan pakar analisis teknikal harga emas.

Anda boleh membaca maklumat lanjut di dalam blog saudara shufaad di www.melakafx.com

Special requirement untuk peserta seminar:

1. Sila bawa laptop/notebook sendiri untuk topik analisis teknikal.
2. Sila bawa plug extension – in case anda perlukan kuasa elektrik untuk  notebook anda.
3. Internet disediakan, tapi kalau anda ada mobile broadband sendiri lagi bagus.
4. Sila download dan baca nota persediaan sebelum seminar (klik sini)
5. Sila install perisian Meta Trader 4 di dalam notebook anda dan customize.

Pembayaran yuran penyertaan.

Untuk hadir ke seminar ini, anda boleh bank in ke dalam akaun bank berikut:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

p/s: Sila bawa dan serahkan bukti pembayaran kepada staff kaunter pendaftaran pada hari seminar ie. slip bank in, ATM transfer, Cash deposit slip atau internet banking slip

Selepas bank in, apakah tindakan anda?

Selepas anda bank in, sila klik ikon online contact form dibawah dan masukkan butiran-butiran peserta dan bayaran:

Contohnya:

Selepas itu anda akan mendapat balasan email daripada saya mengatakan pendaftaran seminar anda berjaya.

Selepas itu, kita jumpa di seminar 🙂

3. Bengkel strategi 5B

Jika anda ingin menimba ilmu dan pelaburan emas dan perak dan ingin belajar strategi pelaburan dengan cara terpantas maka bengkel ini adalah untuk anda!

Ramai peserta telah memberikan feedback yang sangat positif tentang bengkel ini.

Bengkel strategi 5B ini bertujuan berkongsi ilmu dengan anda mengenai 5 perkara penting di dalam pelaburan emas dan perak iaitu:

1. Bila nak beli?
2. Bila nak jual?
3. Berapa banyak nak beli?
4. Berapa banyak nak jual?
5. Bila nak beli balik?

Di dalam bengkel ini 3 orang mentor akan berkongsi ilmu dengan anda iaitu:

1. Syukor Hashim (saya sendiri)
2. Faizan Dasuki a.k.a PelaburJutawan
2. Mohd Fazli Ismail a.k.a Pokli

Bengkel ini diadakan selama 2 hari dengan bayaran RM599 (early bird).

1. Alor Setar, Kedah,
Tarikh: 20 & 21 April 2012

Tempat: Regency Hotel Alor Setar.
Untuk pendaftaran:
Hubungi: En Norafian – 019 2898916
@ En Rosaidi – 019 3316916

2. Shah Alam
Tarikh: 24 – 25 Mac 2012
Tempat: akan dimaklumkan kelak
Untuk pendaftaran: 
Hubungi: En Norafian – 019 2898916
@ En Rosaidi – 019 3316916

 

Maklumat lanjut berkenaan bengkel dan cara menyertai boleh dibaca di laman web www.strategi5b.com

Penafian: Bengkel strategi 5B adalah sesi perkongsian ilmu, bukannya nasihat pelaburan yang muktamad.
Setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Pulangan pelaburan setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain.
Anda dinasihatkan mempertimbangkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku di dalam dunia pelaburan. 

Lastly, saya doakan anda mengambil kesempatan ini untuk menambahkan lagi ilmu pelaburan emas anda. Semoga ilmu yang mantap membolehkan anda menjadi seorang pelabur bijak dan boleh memaksimakan keuntungan daripada pelaburan anda ini 🙂

Pesanan saya.

p.s: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.

p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .

Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas 🙂

Klik sini untuk mendapatkannya (klik)

 

 

p.p.p.s: Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan Facebook anda. Klik ikon Recommed di bawah ini.

Rakan-rakan adan pasti berterima kasih kepada anda.

 

 

 

Ebook Analisis Teknikal Harga Emas Versi 2012 – Teknik dan Strategi Dibongkarkan (versi terbaru)

Friday, February 17th, 2012 |
Nota admin: Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas
yang terdekat akan diadakan pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh/tempat: 4/3/2012 (Ahad) di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru
Masa: 9 pagi - 5.30 petang. Bayaran: RM300 seorang
Pendaftaran: Mohd Faeez Mazlan hp 019-7505731 @ Shufaad hp 016-6447174
(klik sini utk contoh isi kandungan seminar)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya.

Baiklah, saya ada berita baik untuk anda semua.

Di sini saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa saya dan shufaat telah selesai menulis ebook.

“Analisis Teknikal Harga Emas versi 2012 – Teknik dan Strategi Dibongkar”.

Sekarang kami ingin berkongsi ilmu ini dengan anda semua semua.

Ebook terkini ini lebih fresh dan mantap.

Ia dikemas kini dengan informasi-informasi terbaru, lebih banyak contoh dan teknik-teknik terbaru untuk pembaca.

Ia adalah update daripada ebook terdahulu iaitu “Teknik-teknik Hebat Analisis Teknikal Untuk Pasaran Emas – Panduan Lengkap Menggunakan Perisian MetaTrader 4.

Kami berharap dengan ebook ini anda dapat mempelajari kemahiran analisis teknikal harga emas menggunakan perisian terkemuka dunia iaitu MetaTrader4.

Kenapa anda perlu belajar ilmu analisis teknikal harga emas?

Jawapannya ialah Ia akan membantu anda mengenalpasti harga yang terbaik untuk membeli, memborong dan menjual emas anda.

Tokey-tokey emas yang hebat kebanyakan tahu skill ini.

Hadiah untuk anda.

Baiklah, ada hadiah untuk pembaca semua 🙂

Saya menjemput anda untuk download 2 chapter penuh ebook ini secara PERCUMA dan menilai sendiri kemantapan ebook versi terbaru 2012 ini 🙂

Selepas membaca 2 topik percuma ini anda akan tahu cara-cara untuk download dan install perisian MetaTrader 4 di dalam komputer anda. Anda juga boleh customize carta dan warna antaramuka MetaTrader 4 ini menjadi lebih informatif.

Ok mari download sekarang. Klik gambar “Download Now”. FREE ajer.

Selepas download chapter percuma ini, sila baca, fahamkan dan buat sket kerja rumah.

Cuba download dan install MetaTrader4 ke komputer anda, install dan customizekan MT4 anda seperti di dalam tajuk 2.

Siapa berjaya buat, angkat tangan.

Lepas tu ketakkan kat ruangan komen dan tulis “Saya dah berjaya buat!”

Saya nak tengok berapa orang berjaya 🙂


Gambar: Baca ebook dan cuba buat sampai dapat screen macam nie. 

 

Isi kandungan ebook ini.

TAJUK 1: ANALISIS FUNDAMENTAL SEBAGAI PENGGERAK HARGA

1.1             Lonjakan Harga Emas
1.1.1          Statistik Pergerakan Harga Emas Tahun 2011
1.1.2          Harga Emas Sepanjang Tahun 2011
1.2             Faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas
1.2.1          China – Pengeluar emas terbesar dunia
1.2.2          Minyak – Emas hitam yang diburu
1.2.3          Ekonomi dan Inflasi
1.2.4          Pengaruh Amerika Syarikat dan USD
1.2.5          India – Pengguna emas terbesar dunia
1.2.6          EuroZone – The Domino Effect

TAJUK 2: META TRADER 4

2.1          Memperkenalkan, MetaTrader 4
2.1.1       Memuat turun MetaTrader 4
2.1.2       Mencipta akaun di MetaTrader 4
2.1.3       Bereksperimen dengan tools di MetaTrader 4

TAJUK 3: ANALISIS TEKNIKAL – SENI MENGANALISA CARTA

3.1          Candlestick Sebagai Asas Analisis Teknikal
3.1.1       Mengenali Candlestick
3.1.2      Candlestick Pattern
3.1.3      Candlestick Formation
3.2         Memahami Konsep Support Dan Resistance (S&R)
3.2.1      Menggunakan Price Action Study sebagai S&R
3.2.2      Menggunakan Fibonacci Retracement dan Expansion sebagai S&R
3.3         Menggunakan Tools dan Indikator MT4
3.3.1      Trendline
3.3.2      Equidistant Channel
3.3.3      Moving Average
3.3.4      Relative Strength Index
3.3.5      Stochastic
3.3.6      Bollinger Band (BB)

TAJUK 4: ANALISIS PERGERAKAN HARGA EMAS UNTUK TAHUN 2012

LAMPIRAN
 

Berapakah harga ebook ini?

Ebook ini dijual pada harga RM70 sahaja.

Ini kerana sekali anda membeli ebook ini, anda akan mendapat FREE update untuk selama-lamanya

Apakah kelebihan yang akan anda perolehi apabila membeli ebook ini?

Sebagai pembeli ebook ini, anda akan memperolehi kelebihan-kelebihan berikut:

1. FREE update  – Setiap kali saudara Shufaad mengemaskinikan ebook ini.
Anda akan mendapat versi terbaru secara PERCUMA.

2. Perbincangan di forum http://blog.melakafx.com/forum/gold/
Jika ingin bertanya, anda boleh bertanya soalan di forum kat blog
cikgu Shufaad.

Bagaimana cara membeli ebook ini?

 

Untuk membeli ebook ini anda boleh bank in ke dalam akaun saya samada:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

Setelah membuat pembayaran, anda boleh sms saya 013-2126999 atau menggunakan contact form (klik sini)

Untuk SMS taipkan seperti ini:

Ebook Teknikal – nama anda, email, bank yang anda bank in dan masa bank in, kemudian hantarkan ke hp saya 013-2126999.

contoh SMS:

 Ebook teknikal – Ahmad Amin, ahmad@yahoo.com, RM70, Maybank, 9 pagi.


Pesanan: Bagi mereka yang telah membeli ebook versi terdahulu, anda akan mendapat ebook ini secara percuma, sila email ke shufaad@gmail.com atau sms en Shufaat di 016-6447174 untuk mendapatkannya.

 

Kesimpulannya.

1. Dapatkan ebook ini. Ia dijamin membantu anda.

2. Kemudian anda perlu praktikkan segala ilmu yang ada di dalam e-book ini.

3. Kemudian anda sentiasa perlu menambah ilmu di dada.  Kerana semakin banyak
ilmu anda… semakin hebat diri anda.

Jika anda ingin mempelajari ilmu ini dengan lebih pantas, anda boleh menyertai seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas yang diadakan dari masa semasa.

Yang terdekat ialah pada 4 Mac 2012 di JB. Tengok info kat atas sekali. Anda boleh register sekarang.

Ok then, selamat belajar.

 

 


Dari saya dan Noor Shufaad.

 

1. Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan FB anda. Sila klik ikon recommend dibawah. rakan-rakan anda akan berterima kasih kepada anda.

2. Jika anda ingin mendapatkan info mengenai pelaburan emas, sila subscribe newsletter blog ini. ianya FREE . Masukkan emel anda kedalam kotak di penjuru kanan blog ini.

.

 

 

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas