Ebook

Archive for the ‘analisis teknikal’ Category

Update: Seminar Analisis Teknikal Harga Emas 2/4/2011

Monday, March 28th, 2011 |
Nota admin: Seminar telah habis berlangsung. Terima kasih kepada
semua peserta. Saya doakan anda akan bertambah mahir baca harga emas. 
-------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semoga sentiasa sihat, ceria dan gembira hendaknya.

Update tentang seminar Analisis Teknikal Harga Emas.

First sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta seminar Analisis Teknikal Harga Emas yang akan dianjurkan pada 2/4/2011 nanti.

Segalanya berjalan dengan lancar. Hotel telah dibooking, tarikh, tempat dan masa pun sudah pun di confirmkan.

Bagi mereka yang berminat mendaftar, anda masih boleh lagi mendaftar untuk menyertai seminar ini. Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum tarikh seminar.

Sikit ajer lagi tarikh tu..

Jika anda berminat mengetahui introduction kepada seminar ini, anda boleh baca di laman web saudara Shufaad di www.melakafx.com (klik sini) 

Apa yang menarik di dalam seminar edisi ke 3 ini?

Apa yang menarik mengenai seminar kali ketiga ini adalah, kami akan menekankan beberapa topik favourite peserta-peserta seminar kali pertama dan kedua.

Maklumbalas daripada peserta seminar edisi 1 dan 2 menunjukkan beberapa topik menjadi favourite topic.

So, topik ini akan diajar dengan lebih lanjut kepada peserta seminar edisi ketiga.

Berikut adalah butiran lanjut seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas Edisi ke 3.

Tarikh: 2 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Bintang Ballroom, tingkat 5, Hotel Cititel Midvalley, KL
Masa: 9.00 Pagi – 5.00 petang
Pendaftaran: 8.30 pagi – 5.00 petang
Yuran Pendaftaran: RM198 seorang
Tarikh pendaftaran: bermula 9/3/2011 – 31/3/2011
Tarikh tutup pendaftaran: 1 April 2011 (dilanjutkan sehari)
Perhubungan: En. Shufaad 016-6447174/ Syukor 013-2126999
p/s: Walk-in tak diterima sebab takut tak cukup tempat.

Gambar-gambar seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas Edisi Kedua.

Untuk pengetahuan anda semua, sambutan terhadap seminar kali kedua pada 29/1/2011 sangat menggalakkan. Begitu ramai orang yg begitu berminat mengetahui cara-cara menganalisis harga emas.

Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar seminar.


Peserta memenuhi dewan


Saudara Shufaad sedang mengajar analisis teknikal harga emas.


Sesi fotografi selepas seminar.

Siapa lagi yang patut hadir ke seminar ini?

1. Mereka yang ingin mengetahui apakah itu pelaburan emas?
2. Mereka yang ingin tahu emas yang paling sesuai untuk pelaburan
2. Mereka yang tahu sikit-sikit pasal emas dan nak tahu dengan lebih banyak
3. Mereka yang ingin tahu bagaimana menjana keuntungan dengan emas.
4. Mereka yang ingin tahu mengenai teknik-teknik menganalisa harga emas dunia
5. Mereka yang ingin tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Pendek kata, kalau anda meminati emas, anda disarankan hadir ke seminar ini.

Best nie 🙂

Isi kandungan seminar:

Syukor Hashim

1. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia
2. Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas.
3. Bagaimana mengelak daripada terjerumus dengan skim pelaburan emas.

Noor Shufaad b. Md. Norani

1. Analisis Teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4.
2. Meramal pergerakan harga emas menggunakan tools dan indikator asas MT4
3. Faktor-faktor yang menggerakkan harga emas.

Special requirement untuk peserta seminar:

1. Sila bawa laptop/notebook sendiri untuk topik analisis teknikal.
2. Sila bawa plug extension – anda perlukan kuasa elektrik untuk notebook anda.
3. Internet disediakan, tapi kalau anda ada mobile broadband sendiri lagi bagus.
4. Sila download dan baca nota persediaan sebelum seminar (klik sini)

Bagaimana mendaftar ke seminar ini?

Untuk hadir ke seminar ini, anda boleh bank in ke dalam akaun bank berikut:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

p/s: Sila bawa dan serahkan bukti pembayaran kepada staff kaunter pendaftaran pada hari seminar ie. slip bank in, ATM transfer, Cash deposit slip atau internet banking slip

Selepas bank in, apakah tindakan anda?

Selepas anda bank in, sila klik ikon online contact form dibawah dan masukkan butiran-butiran peserta dan bayaran:

Contohnya:

Selepas itu anda akan mendapat balasan email daripada saya mengatakan pendaftaran seminar anda berjaya.

Selepas itu, kita jumpa di seminar 🙂

p/s: Dapatkan update daripada blog ini secara percuma. Langgan newsletter blog jutawanemas.com. Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

2. Berminar mengetahui rahsia pelaburan emas. Dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” klik sini (klik)
3. Kongsikan ilmu emas dengan rakan-rakan fb anda. Klik ikon recommend kat bawah sana. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

.

Buku Analisis Teknikal Harga Emas – Strategi Membeli dan Menjual Emas Fizikal Pada Harga Terbaik

Monday, November 8th, 2010 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira.

Baiklah, seperti yang dijanjikan, hari ini adalah hari pelancaran buku “Analisis Teknikal Harga Emas –  Strategi Membeli dan Menjual Emas Fizikal Pada Harga Terbaik”.

Buku ini adalah akan menjawap persoalan-persoalan berikut:

1. Bilakah masa terbaik untuk membeli emas?
2. Bilakah masa terbaik untuk menjual emas?

Di dalam buku ini, anda akan menggunakan Meta Trader 4  sebagai platform untuk memantau pergerakan harga emas semasa.

cover-analisis-teknikal

________________________________________________________________________
Dapatkan laporan percuma daripada ebook ini  (bentuk pdf) . Klik disini untuk mendapatkannya (klik sini)
p/s: Setelah membaca laporan ini, anda sudah boleh memasang platform MT4.

________________________________________________________________________

Pengenalan.

Untuk pengetahuan anda semua, salah satu senjata yang saya gunakan bagi memaksimakan keuntungan pelaburan emas ialah pengetahuan membuat analisis teknikal terhadap harga emas.

Saya telah mula belajar kemahiran analisis teknikal sejak tahun 2006 (menggunakan Meta Trader4) .

mt4

Memang best dan sangat membantu 🙂

Ini kerana saya boleh melihat dengan jelas pergerakan harga emas dan menetapkan target harga belian.

Cara termudah membuat analisis teknikal terhadap pasaran emas ialah dengan menggunakan perisian Meta Trader 4. Perisian ini sangat hebat dan begitu mudah digunakan. Apa yang menarik ialah perisian ini mengandungi indikator-indikator (petunjuk) yang telah tersedia.

Anda perlu tahu bagaimana mencari dan memanipulasikan petunjuk-petunjuk ini. Selepas itu anda boleh melihat trend harga emas dengan sangat jelas.


Gambar: Antaramuka Perisian Meta Trader 4.

Dengan menguasai kemahiran analisis teknikal menggunakan Meta Trader 4, anda mempunyai kelebihan yang lebih tinggi untuk membuat keuntungan berbanding mereka yang tidak menggunakan kemahiran analisis teknikal.

Anda boleh melihat dengan jelas trend harga emas, support dan resistance harga emas momentum harga emas dan banyak lagi.

Anda boleh membuat jangkaan yang lebih tepat tentang buying opportunity (bila nak memborong emas).

Memandangkan ilmu analisa teknikal ini agak  teknikal (dah nama pun analisis teknikal), saya telah meminta mentor saya, saudara Noor Shufaad untuk menulis bukuini.

Beliau adalah seorang forex trader, pengajar kelas forex, pencinta emas dan sahabat baik saya.

Beliau bukan sekadar menulis buku, tetapi akan membuat seminar berkenaan analisis teknikal supaya pembeli buku boleh hadir ke kelas praktikal dan mendapat kefahaman yang lebih jelas.

Siapa yang patut membeli buku ini?

Ebook ini patut dibeli oleh:

1. Mereka yang ingin memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas
2. Mereka yang inginkan panduan mengenalpasti buying opportunity
3. Mereka yang ingin mengetahui indikator-indikator yang boleh membantu
4. Mereka yag berminat dengan ilmu-ilmu berkenaan analisis teknikal
5. Mereka yang inginkan mendapat bimbingan daripada pakar analisis teknikal.

Isi kandungan buku.

Isi kandungan buku ini adalah:

FAKTOR-FAKTOR FUNDAMENTAL YANG MEMPENGARUHI HARGA EMAS

1.1        Pengaruh China sebagai pengeluar dan pengguna emas utama dunia.
1.2        Pengaruh minyak (dan politik) di dalam permintaan emas.
1.3        Pengaruh USD, sebagai mata wang utama dan kaitannya dengan emas
1.4        India sebagai kuasa pengguna emas terbesar dunia.

ANALISIS TEKNIKAL

2.1    Memuat turun Program MetaTrader 4
2.2    Memulakan Program Meta Trader 4
2.3    Customizing Meta Trader 4
2.4    Menggunakan History Price Sebagai Panduan

MERAMAL PERGERAKAN HARGA EMAS.

2.5    Menggunakan Tools dan Indicator Asas
2.5.1 Candlesticks
2.5.2 Support dan Resistance (S&R)
2.5.3 Trendline
2.5.4 Channel
2.5.5 Moving Average
2.5.6 Fibonacci
2.5.7 Relative Strenght Index (RSI)
2.5.8 Stochastic (Stoch)

RAMALAN PAKAR EKONOMI TENTANG HARGA EMAS

 

Apakah kelebihan yang akan anda perolehi apabila membeli ebook ini?

Sebagai pembeli ebook ini, anda akan memperolehi kelebihan-kelebihan berikut:

1. FREE update  – Setiap kali saudara Shufaad mengemaskinikan buku ini.
Anda akan mendapat versi ebook terbaru secara PERCUMA.

2. Anda mendapat buku fizikal dan juga versi ebook.

Berapakah harga buku ini?

Buku dan ebook ini dijual pada harga RM70 sahaja (termasuk pos).

Ini kerana sekali anda membeli ebook ini, anda akan mendapat FREE update untuk selama-lamanya

Bagaimana cara membeli ebook ini?

Untuk membeli buku ini anda boleh bank in ke dalam akaun saya samada:

1. Maybank 554138007551 Buku Emas Resources
2. CIMB 8602017363 Buku Emas Resources

Setelah membuat pembayaran, anda mesti whatsapp atau sms saya 013-2126999 atau menggunakan contact form (klik sini)

Untuk Whatsapp @ SMS taipkan seperti ini:

Buku Teknikal – nama anda, email, bank yang anda bank in dan masa bank in, kemudian hantarkan ke hp saya 013-2126999.

contoh SMS:

 Buku teknikal – Ahmad Amin, ahmad@yahoo.com, Maybank, 26 November 2013, 11.30am


Kesimpulannya.

1. Dapatkan buku ini. Ia dijamin membantu anda.

2. Kemudian anda perlu praktikkan segala ilmu yang ada di dalam buku ini.

3. Kemudian anda sentiasa perlu menambah ilmu di dada.  Kerana semakin banyak
ilmu anda… semakin hebat diri anda.

Ok then, selamat belajar 🙂


Dari saya dan Noor Shufaad.

 

1. Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan FB anda. Sila klik ikon recommend dibawah. rakan-rakan anda akan berterima kasih kepada anda.

2. Jika anda ingin mendapatkan info mengenai pelaburan emas, sila subscribe newsletter blog ini. ianya FREE . Masukkan emel anda kedalam kotak di penjuru kanan blog ini.

.

 

Jadual Seminar Bulan November 2010 dan Pelancaran Ebook Teknik-teknik Hebat Analisis Teknikal Untuk Pasaran Emas

Wednesday, November 3rd, 2010 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya.

First sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menghadiri seminar Peluang Perniagaan Emas bersama Public Gold.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

Ramai sungguh orang yang minat emas sekarang nie.

Anda boleh tengok gambar-gambar sepanjang seminar saya di KL, Sungai Petani, Ipoh, Penang, Kl, Johor Bahru dan Kelantan di bawah sana.

Bagi mereka yang terlepas seminar bulan Oktober,  anda masih berpeluang menyertai seminar pada bulan ini. Kali ini saya akan membuat seminar di KL, Sungai Petani, Ipoh, Penang, Kuantan dan Bentong, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan JB. 

Untuk pengetahuan anda seminar ini memang best. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas.

Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas 🙂


Best tak datang seminar? Best!!!

Jadual seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.

Ok, ini jadual seminar saya untuk bulan November 2010.

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Sabtu
.
06/11/2010
10.30 pagi – 12.30 tghp/s: Malam takde seminar Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office 
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Isnin
.
08/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan, 
08000 Sungai Petani
Selasa
.
09/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Perak (Ipoh) Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Rabu
.
10/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Khamis
.
11/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Bentong,Pahang Restoran TMK,
P32, Pusat Perniagaan Bentong Maju
Jumaat
.
12/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuantan,Pahang Hotel Vistana Kuantan, Jalan Teluk Sisek
tel: 09-5178000
Sabtu
.
13/11/2010
3.00 petang –5.00 petang Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office 
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Ahad
.
14/11/2010
.
(ada 2 sesi) 
.p/s: pilih salah satu sesi ajer sebab seminar yang sama.
Sesi I
.
3.00 petang  – 5.00 petang
.
Sesi II
.
8.30  malam  – 10.30 malam
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Johor Bahru Public Gold Taman Perling Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.
Ahad
.
21/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Isnin
.
22/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu

Bagaimana cara untuk hadir ke seminar ini:

Seminar ini adalah PERCUMA.

Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-3819901  butiran-butiran berikut:

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Saya lebih menumpukan kepada topik “Bagaimana Emas Boleh Menguntungkan Anda?” 

Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.

Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

FREE pulak tu 🙂

Gambar seminar bulan Oktober 2010.

Saya ingin berkongsi gambar-gambar seminar bulan Oktober lepas. Memang best dan mendapat sambutan yang hangat.

Terima kasih kepada mereka yang hadir. Semoga ilmu emas yang anda perolehi akan menguntungkan anda pada masa hadapan.


Seminar di Ipoh, Perak


Sunway, KL – Ramai betul orang


Seminar kat Penang


Seminar kat Johor Bahru


Seminar kat Sungai Petani


Seminar kat Kota Bharu, Kelantan


Mengajar matematik Ar-Rahnu 🙂


Pelancaran Ebook Teknik-Teknik Hebat Analisis Teknikal Untuk Harga Emas – pada 8 November 2010.

Baiklah, ada berita baik bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia analisis teknikal harga emas.

Adakah anda ingin mengetahui selok-belok teknik-teknik membuat analisis harga emas?

Jika ya, maka saya ada berita baik untuk anda.

Saya telah meminta kawan dan mentor analisis teknikal saya, saudara Noor Shufaad untuk menulis ebook bertajuk ” Teknik-teknik Hebat Analisis Teknikal Untuk Pasaran Emas – Panduan Lengkap Menggunakan Platform Meta Trader4″

Beliau merupakan admin www.melakafx.com dan www.shufaad.com

Beliau seorang usahawan dan cikgu forex di Melaka.

Di dalam ebook ini beliau mengajar anda teknik-teknik membuat analisa teknikal menggunakan platform perdagangan yang paling popular iaitu Meta Trader4.

Bukan setakat tulis ebook, saya minta beliau untuk membuat seminar/kelas praktikal untuk analisis teknikal harga emas kepada mereka yang berminat. Jadi, teori pun belajar, praktikal pun belajar.

Kalau takder aral melintang, pembeli ebook beliau boleh menghadiri kelas praktikal ini kat KL pada 4 Disember 2010 (tentatif).

So semua orang bersedia ye.. pengumuman rasmi akan diberitahu 2-3 hari dari sekarang 🙂


Saudara Shufaad – Forex pun dia buat, gold pun dia buat 🙂

InsyaAllah selepas membaca ebook ini anda boleh membuat analisis teknikal sendiri dan mengenalpasti trend, support, resistance dan buying opportunity untuk pasaran emas.

Bila boleh beli ebook ini?

hehehe.. kalau ada yang nak beli sekarang.. harap bersabar sebab ebook ini akan dilancarkan untuk jualan pada:

Hari Isnin: 8/11/2010
jam 9.30 pagi.

So sila ready pada tarikh tersebut.

Kalau ada sebarang soalan atau komen, sila letakkan di ruangan komen. Nanti saya atau Shufaad boleh tolong jawabkan 🙂

Ok then, jumpa anda di seminar saya dan seminar saudara Shufaad.

.

Tips: Memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda.

Wednesday, November 26th, 2008 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? saya harap anda semua sihat dan ceria.

Baiklah… sekarang saya ingin berikan anda panduan, bagaimana anda dapat memaksimumkan keuntungan pelaburan emas dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Walaupun emas nie memang dijamin boleh menguntungkan pembelinya dalam jangka masa panjang; apa kata kita belajar cara-cara mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek ataupun jangkamasa sederhana? Saya tahu ramai peminat emas kat sini nak tahu cammana nak buat untung dalam jangka masa pendek betul tak?

 Tips ini sesuai dilakukan dengan akaun Public Bank Gold Investment Account (PBGIA).

Sifat harga emas.

Mula-mula sekali, kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend samada harga menaik atau harganya menurun.

Mari kita lihat graf harga emas dibawah. Nampak tak? harga emas naik… then turun…. lepas tu naik balik… lepas tu turun…  then naik balik…


gambar: harga pasaran emas (klik untuk besarkan)

Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Anda cuma perlu baca dan fahami artikel ini, lepas tu mulakan langkah membeli emas anda dan membuat keuntungan 🙂

Beberapa istilah penting.

Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support dan resistance.

Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.
Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

Bagaimana mengetahui samada trend harga menaik atau menurun?

Jawapan, senang ajer… kat jutawanemas nie ada sifu yang terrer buat analisis teknikal. Paling famous saudara tupai dengan gldsnpr lah… ramai pengunjung yang menuntut ilmu dengan diorang nie. Jadi kalau nak bersembang-sembang dengan mereka, rajin-rajinlah mengintai kat blog nie.

tupai dan gldsnpr selalu melepak-lepak kat chatbox sembang-sembang emas. gldsnpr pula mempunyai topik analisa teknikal di forum jutawanemas.com (Klik di sini untuk melawat forum gldsnpr)

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menaik. 


gambar: trend harga menaik (Klik untuk besarkan)

Situasi: katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram.

Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram.

Jadi, jumlah modal anda ialah RM17,167.98

Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram.

Anda telah untung sebanyak RM8.03/gram! Bestnyer…
Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan je)
(Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)

Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik? nak jual semua ke?

Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.

Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak:

RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram

Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17 gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34.

Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama.

Best tak?

Kesimpulan:

Dalam trend harga menaik, jangan jual semua emas anda.
Jual keuntungan sahaja. 

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menurun. 

Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Anda telah membuat keuntungan maksima!

Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.


Gambar: Trend harga menurun (klik untuk besarkan)

Apa nak buat?

Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je.

Profit daripada jualan anda ambil, modal pulak anda transferkan kedalam akaun simpanan Public Bank.

Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula kembali.

Penantian suatu penyiksaan, tapi once harga target dah sampai.. maka kita start beli balik emas GIA.

Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses diatas. InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.

Teknik membeli emas GIA.

Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

1. Teknik cost averaging: beli sikit-sikit mengikut perubahan harga.
2. Teknik hentam perabis: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu.

Yang mana satu terbaik? erm… kena ikut style anda juga. Tepuk dada tanya selera 🙂

Ok, itu ajer yang saya nak kongsikan dengan anda. Jika anda hendak mengetahui masa terbaik membeli emas, jangkaan kenaikan harga emas, maka rajin-rajinlah datang ke blog ini dan tengok kat ruangan sembang-sembang emas. Tak pun pergi kat forum gldsnpr.

Jika ada komen, sila letakkan di bahagian komen. Jika ada soalan boleh dikemukakan di forum.

Kongsikan ilmu pelaburan emas ini dengan rakan-rakan anda. Ceritakan pasal blog jutawanemas ini pada mereka. Mereka pasti berterima kasih kepada anda. 

Bacaan berkaitan:

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas Part 1
Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank
Bagaimana membuka akaun simpanan Public bank GIA

.

Harga Emas: Analisis teknikal raya edition :)

Friday, September 26th, 2008 |

Salam. Lamanye saya tak post kan analisis dalam website ni. semalam saya n family bukak pose ngn syukor, segan pulak sebab da lama tak update kan. ehehe..

Baik, sebagai menghargai jasa syukor kerana berjaya menghabiskan ikan bakar semalam, hari ini saya akan menulis sedikit berkaitan pergerakan harga emas untuk edisi raya.

Special tuh!!! 🙂

Seperti biasa, anda boleh rujuk kepada graf teknikal di bawah:

emas raya
Analisis pergerakan harga emas.

sebelum itu, jikalau anda masih lagi tertanya-tanya macam mana la nak bace graf ni, anda boleh sama ada:

1. belajar sendiri FOREX
2. cari GURU untuk belajar FOREX
3. komen sikit kat syukor, mintak die buat kelas FOREX (nanti saya yang ajar! hehe).

Jadik, pilihlah mana2 satu langkah yang anda fikirkan bijak..

ok, kita sambung. berdasarkan kepada graf di atas, saya bole membuat andaian bahawa harga emas akan NAIK. ya, tuan-tuan dan puan-puan. NAIK. banyak mana? bila? saya jawab satu-satu dulu ye..

1. Banyak mana? Harga emas hari ini, berdasarkan graf ini ialah pada usd881.88. cantik nombor tu…saya menjangkakan dia akan jatuh sikit sahaja dulu, sebelum membuat pusingan U ke atas.

2 harga yang sesuai ialah pada usd879.43 dan seterusnya ke usd861.78. Kalau harga tak melepasi kedua-dua had ini@support line ini, harga akan terus ke resistance line usd891.07 (61.8 on Fibo), seterusnya ke usd895.13, usd912.78 dan seterunya ke usd928.48. Ini di sokong oleh pergerakan MACD daily dan keupayaan STOCH untuk mengekalkan momentumnya untuk sekurang-kurangnya sehingga minggu hadapan. Selain dari itu, candle untuk WEEKLY grad juga telah menunjukkan yang ada pergerakan BULLISH dan di sokong oleh WEEKLY STOCH yang sedang menaik. heheh..pening tak???

3. bile? kalau nak ramal secara tepat tu mungkin susah tetapi pada pendapat saya by next week sekurang-kurangnya harga emas boleh mencecah ke paras usd895.13, atas sikit dari garisan 61.8. saya melihat kepada momentum positif dari WEEKLY STOCH.

jadi demikian lah sudah analisis saya. saya paham mungkin ramai yang tak begitu paham macam mana nak bace graf ni dan bagaimana graduan IT macam saya ni bole terbabas jadik pembaca graf pulak. hehe..kalau nak belajar FOREX atau sekurang-kurangnya nak tau asas untuk baca graf ini (untuk memudahkan nak tau harga emas naik ke turun), request kan syukor. Insyaallah syukor dan saya akan datang dengan solution yang baik dan mampu menyelesaikan masalah ketidakpahaman anda.

oleh itu, selamat membeli emas ye! oh ye, lupe nak bagitahu, website saya http://www.melakafx.com telah berwajah baru tapi belum di update sepenuhnya. lepas raya lah ye…TQ

 

Shufaad

p/s: buat pengetahuan anda semua, saya trade FOREX untuk hanya membayar duit kereta saya, isteri saya, rumah kami dan sedikit lauk pauk kat dapur. cukup lah……jangan tamak! eheh

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas