Ebook

Archive for the ‘analisis teknikal’ Category

Analisis Teknikal 4

Wednesday, August 6th, 2008 |

Salam. Seperti biasa lah, saya ni asyik terlambat jek nak tulis artikel. Kepada yang sedang menunggu, sori ye.

Saya di beritahu oleh agen saya, hari ni (6 Ogos), harge emas ialah RM110.70. Semalam, rm113.xx. uikss!! rendah gile!! bagus ni kalau nak beli. So sape nak beli emas, bole la roger saya or en syukor yek. 🙂

Jadi bagaimana pergerakan emas kite minggu ini?? adakah harga emas akan turun lagi?

berdasarkan kepada carta di atas, harga emas telah sampai ke Weekly S2 iatu pada harga usd872.43. Harga ini telah di capai semalam sebenarnya, tetapi berlaku sedikit kenaikan harga pada pagi ini. takpe lah. tak byk sgt pon..ehhe. Harga sekarang ialah usd877.90.

Saya menjangkakan WS2 akan dipecahkan dalam hari ini jugak. jika harga ini berjaya di pecahkan, harga akan terus menjunam ke paras usd865.63 (DS1), kemudian ke usd857.57 (DS2), usd851.32 (WS3) dan kemungkinan ke usd842.78 (DS3). Line Support2 bukanlah line support yang kukuh sebenarnya. jadi saya beranggapan, jika line ini berjaya di pecahkan, tidak mustahil harga emas akan turun lagi.

Namun, jika WS2 tidak berjaya di pecahkan, harga akan membuat correction. Paras terhampir sekali ialah, usd880.42(Daily Pivot), kemudian ke zon usd888.48/890.57 (R1). tapi nampak macam susah jek…hehe

Anyway, semoga harga emas turun supaya kita bole beli gold banyak2!

p/s: harga emas turun = harge minyak turun = usd menguat. bagus tu…. 🙂

untuk sebarang maklumat berkaitan FOREX, sila layari melakafx.com

Analisis teknikal 3

Tuesday, July 29th, 2008 |

Salam dan selamat tengah hari.

Saya baru balik lunch dengan En. Syukor td. Macam2 yang kami bincangkan berkaitan dengan emas ni. And as usual, mamat ni mmg sgt2 informatif….hehe.

Baiklah. kita sambung analisis kita untuk minggu ini. Minggu lepas harga emas turun banyak, sehingga ke paras usd917.29. Mulanya saya menjangkakan harga nya akan turun hanya ke paras usd962.78, tp ternyata silap. emm takpe. Nmpaknye selepas ini saya memasukkan lebih banyak parameter ke dalam analisis saya. ok!

semasa saya menulis artikel ini, harge emas semasa adalah pada paras usd930.20. Sedikit peningkatan daripada harga minggu lepas. Namun yang demikian, saya menjangkakan harga emas akan turun lagi sehingga ke paras usd905.02/22 (S1). Jika harga emas berjaya memecahkan aras ini, kemungkinan akan berlaku lagi penurunan sehingga ke paras usd880.53(S2) dan seterusnya usd845.12. tetapi sebelum harga boleh jatuh ke paras tersebut, 3 support line terdekat perlu di pecahkan terlebih dahulu iaitu usd924.54 (S1), usd922.16 (S2) dan 918.30(S3). Sehingga ketiga-tiga support ini dipecahkan, barulah saya boleh mengkonfirmkan yang harga emas betul2 jatuh 🙂

On the upside pulak, harga emas mestilah mampu memecahkan weekly pivot line iaitu pada aras usd940.43. selepas itu pula, ialah pada paras usd964.92 (R1), usd1000.33(R2) dan 1024.82(S3). Untuk jangkamas terdekat, harga mestilah mampu memecahkan paras usd932.26 (R1), usd934.64 (S2) dan usd938.50. Pokok nya, weekly pivot line (usd940.43) mestilah mampu dipecahkan dahulu sebelum sebarang kenaikan boleh di ambil kira.

kesimpulannya, untuk tempoh terdekat, saya lihat harga emas akan turun sedikit. tetapi secara jangka panjang, ia still akan naik.

sehingga berjumpa lagi!

p/s: untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan forex trading, sila layari http://www.melakafx.com

Menggunakan analisis teknikal untuk menjangka pergerakan harga emas 2

Tuesday, July 22nd, 2008 |

Salam.

Maafkan saya kerana lambat mengupdate analisis di dalam site ni. lately sgt bz dgn my day job 🙂

Baiklah. jom kita tengok analisis untuk minggu ini.
.

Jadi, ke mana arah harga emas kita ye?

Secara teknikal nya saya menjangkakan harga emas still akan naik lagi sehingga ke usd978.58 ataupun weekly R1. oh ye. R tu ape ye? R ialah RESISTANCE.

R ini akan bertindak sebagai benteng untuk sedia dipecahkan oleh pergerakan harga tersebut. so, price akan acah R, kalau tak lepas, acah lagi, kalau tak, acah lagi, sampai la R tu berjaya di pecahkan. kalau tidak juga, price akan membuat CORRECTION. ok? di dalam FOREX, selalunya harga yang pernah di cecah, akan di cecah semula a.k.a history price. cume kita tak tau bila.

Untuk mengira harga-harga ini, kita menggunakan INDICATOR yang di kenali sebagai PIVOT ataupun FIBONACCI. di dalam kes harga emas ini, saya menggunakan weekly auto pivot yang akan mengira harga-harga ini secara automatik. reason, maleh nak kire byk2! ehe. so…harga yang paling dekat akan di jejak ialah usd978.58 tersebut kerana ianya adalah weekly R1. itu kalau weekly atau secara mingguan. saya juga mampu untuk meramalkan (menggunakan tools bukan SIHIR!!!) harga emas dalam jangkamasa yang lebih kecil.

Contohnya, price untuk DAILY R1 ialah usd970.55 dan R2 ialah usd975.80. current price ialah usd967.60. so tgok mcm tak jauh kan die nak naik ke price 970.55 tu? itu sebab saya tak buat analisis daily. kalau tak jenuh la saya kene update! lepas ni sy mintak insentif kat en. syukor. hehe

kalau tuan-tuan tgok, dekat chart tu ade satu lagi line merah, yang menghala ke atas. line itu juga di kenali sebagai resistance. tetapi penghasilan dan penggunaan nya agak berbeza dengan line yang di hasilkan dari PIVOT. line resistance itu juga boleh bertindak sebagai trend line, yang akan menentukan trend price kita. so kalau kita tgok line tu ke atas semacam jek, so nampak sgt la price mmg nak naik sampai ke tahap penyilangan antara line merah dan hijau. nmpk mcm tiga segi tak?

lagi satu, oleh kerana indicator STOCH masih lagi berada di atas paras 50, maka saya yakin dan percaya, harga emas still akan naik dengan jaya nya. die turun tak? yep! akan turun sedikit. mungkin ke harga usd965.83 ataupun lagi rendah iaitu usd962.78.

Kita berjumpe di minggu hadapan k!

p/s: chart ini boleh di download di mana2 trading broker.
saya menggunakan fxopen sebagai broker.
Tapi mungkin nak tukar ke forex master.
Untuk info berkaitan dengan FOREX, sila layari http://www.melakafx.com
.
.

Menggunakan analisis teknikal untuk menjangka pergerakan harga emas

Monday, July 14th, 2008 |

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Terima kasih kepada sahabat saya, En Syukor yang bersungguh-sungguh “menubuhkan” website ini khas untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang pelaburan di dalam EMAS ini. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin membaca, begitu resourceful dan hensem sikit dari saya. heheh…

Baiklah. Saya akan menerangkan serba sedikit kepada anda berkaitan dengan bagaimana membuat analisis teknikal untuk menjangka pergerakan harga emas seterusnya, sama ada menaik (bullish) atau menurun (bearish). Kaedah yang saya gunakan sama dengan apa yang lakukan untuk menganalisis harga di dalam pasaran matawang (FOREX) dan saham (STOCK). Di harapkan dengan adanya analisis ini, ia akan dapat membantu anda semua membuat keputusan bilakah waktu yang sesuai untuk membeli emas, mendapatkan keuntungan dari spot gold dan mungkin menjual semula emas yang telah anda beli.

ok. kita mulakan dengan melihat kepada carta di bawah:

weekly gold price

Bagaimana? Familiar tak? Jika anda seorang pemain FOREX seperti saya, melihat kepada carta ini mungkin tidak menjadi satu masalah. Tetapi jika bukan, ianya hanya akan memeningkan kepala anda. Jangan risau, saya akan memudahkan kerja anda 🙂

Mula-mula, kita tengok indi yang paling basic sekali iaitu CANDLESTICK. Jika ianya berwarna biru beerti harga emas sedang menaik atau istilah nya BULLISH dan jika ianya berwarna merah , bererti ianya sedang turun atau BEARISH.

Dengan pengetahuan yang sedikit ini, bolehkah kita mngetahui harga emas untuk hari ini?? Boleh..nampak macam menaik kan? hehe..betul lah tu..BULLISH.

ok, sekarang kita da tahu ianya sedang menaik tetapi yang paling penting ialah naik sampai tahap mana? Apakah price yang akan di cecah oleh en. emas kita? bila pulak harga nya akan turun? semua info ini sangat berguna sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau membuat apa sahaje dengan emas anda. Buat waktu ini, saya menjangkakan harga emas still akan menaik sehingga ke USD983.57 sebelum turun sedikit. Jika harga nya tidak mencecah USD983.57 pun, harga nya akan berlegar-legar sekitar zon 947.88/983.57. Sebabnya? Indi STOCH sudah menunjukkan yang harga ini sudah OVERBOUGHT dan akan jatuh sedikit. Mudah kan?

Saya akan sambung di hari yang lain. Untuk maklumat mengenai FOREX, sila layari http://www.melakafx.com.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas