Ebook

Archive for the ‘Ar-Rahnu’ Category

Ar- Rahnu POS. Kini anda boleh gadaikan emas di sana. Banyak kelebihan.

Thursday, June 23rd, 2016 |

Untuk pengetahuan anda, POS Malaysia ada menyediakan kemudahan Ar-rahnu (pajak gadai Islam).

Anda boleh menggadaikan emas anda dan boleh mendapat pinjaman sehingga 75% daripada nilai emas.

poster_ar-rahnu_POS_malaysia

Antara jenis emas yang diterima untuk gadaian adalah:

  1. Barang kemas
  2. Jongkong emas Public Gold
  3. Dinar emas Public Gold
  4. Jongkong emas PAMP Suisse

Maklumat tentang Ar-Rahnu POS.

ar-rahnu_pos_muar

Anda boleh melawat laman web Ar-rahnu POS di sini http://www.pos.com.my/post-offices/pos-arrahnu/

Daripada pemerhatian saya, Ar-Rahnu POS mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Biasanya office mereka terletak di dalam pejabat Pos.

Anda boleh melihat cawangan-cawangan Ar-rahnu POS di sini http://www.pos.com.my/post-offices/pos-arrahnu/?outlets 

Kelebihan Ar-Rahnu POS.

  1. Menerima gadaian emas Public Gold dan PAMP Suisse tanpa perlu membuka sarungnya.
  2. Memandangkan Ar-rahnu POS bukan bank, pinjaman Ar-rahnu POS tidak akan nampak dalam rekod CTOS. Kalau anda buat pinjaman Ar-rahnu di bank, rekod pinjaman ini akan nampak dalam CTOS. Anda mungkin mengalamai masalah untuk membuat pinjaman bank di kemudian hari.
  3. Menyediakan kemudahan membeli emas lama/rosak
  4. Menyediakan kemudahan membeli dan menjual emas Public Gold
  5. Menyediakan perkhidmatan mencuci emas pada kos RM3 untuk 1 item.
  6. Upah simpan yang reasonable iaitu 0.85 sen/sebulan untuk setiap RM100 nilai emas (marhun)

ar-rahnu_POS_bunting

Cara menggadaikan emas.

Untuk menggadaikan emas di Ar-rahnu POS, anda hanya perlu membawa:

  1. Jongkong emas @ barang kemas dan
  2. kad pengenalan
  3. Resit belian emas tidak diperlukan.

Pengalaman menggadaikan emas di Ar-rahnu POS.

Saya sendiri telah banyak kali menggunakan perkhidmatan Ar-rahnu POS.

Ar-rahnu POS adalah pilihan pertama saya jika mahu membuat gadaian. Ini kerana mereka tidak membuka sarung plastik untuk emas Public Gold dan PAMP Suisse.

Berbeza dengan Ar-rahnu bank, mereka mahu membuka sarung plastik kerana mahu menguji emas dengan densimeter. Jadi, ini merugikan saya kerana ia akan merosakkan packaging emas tersebut.

Kemudian, servis yang diberikan adalah pantas dan mesra.

slip_penebusan_arrahnu_pos

Gambar: Gadaian di Ar-rahnu POS (gadai 4 bulan)

Kesimpulan.

Kehadiran Pos Ar-rahnu memberikan kemudahan kepada penyimpan emas untuk mendapat tunai segera.

Jika anda memerlukan pinjaman jangka masa pendek, maka anda boleh menggunakan kemudahan Ar-rahnu POS.

Selain itu, jika anda mempunyai jongkong emas Public Gold yang bersarung, atau PAMP Suisse yang bersarung maka gadaian di Ar-rahnu POS amatlah digalakkan.

 

 

.

Masalah dengan Skim Pelaburan Emas Ar Rahnu @ 30:70

Friday, September 5th, 2014 |

ar_rahnu

Pada 27 September 2013, saya pernah menulis artikel di dalam blog jutawanemas.com tentang 3 orang mangsa Arrahnu.

Anda boleh baca artikel itu disini (klik sini)

Hampir setahun telah berlalu.

Kini masalah yang sama timbul lagi.

Tiba-tiba saya menerima lagi soalan dari seorang mangsa skim Ar-Rahnu 30:70 iaitu puan Liza daripada Ipoh.

Beliau buntu dengan situasi yang beliau hadapi sekarang.

Beliau telah membeli emas setengah kilo menggunakan konsep 30:70 yang ditawarkan oleh sebuah syarikat yang popular dengan teknik ini.

Jadi, Puan Liza cuma keluarkan modal RM25 ribu sahaja (30%)

Baki 70% adalah pinjaman daripada Ar-Rahnu.

Masalah nak bayar upah simpan.

Upah simpan 6 bulan pertama berjumlah RM5 ribu. Beliau mampu bayar sebab harga emas naik. Boleh overlap surat (baca sebagai tambah hutang) dan cover upah simpan.

Pada 6 bulan kedua, harga emas jatuh dan puan Liza kena bayar upah simpan RM5k. Kat sini beliau sangkut sebab tiada modal dan teknik overlap tidak boleh digunakan.

Sekarang, dah masuk 6 bulan ketiga (dah satu setengah tahun), beliau dah terima notis minta bayar upah simpan. Kalau tak bayar secepat mungkin maka Ar-Rahnu Bank Rakyat akan lelong semua emas beliau.

Beliau rasa sedih dan tertipu kerana sewaktu agen syarikat menjual emas kepada beliau, macam-macam mereka janji. Nak bagi khidmat jualan terbaik lah, nak tolong orang Melayulah..

Tapi bila Puan Liza nak minta nasihat, langsung tidak berjawab dan senyap.

Call tak jawab
SMS tak reply
Whatsapp tak balas.

Jadi puan Liza terpaksa meminta saya, En Syukor (yang dipanggil En Shukri) untuk membantu.

pelaburan_emas_ar_rahnu_1

pelaburan_emas_ar_rahnu_2

pelaburan_emas_ar_rahnu_3

pelaburan_emas_ar_rahnu_4

Apa penyelesaiannya?

Jadi, jalan penyelesaian yang saya boleh cadangkan boleh boleh dilihat di dalam artikel yang saya tulis di sini (klik sini)

Saya rasa simpati dengan keadaan Puan Liza.

Beliau terpaksa menanggung upah simpan yang tinggi kat Ar-Rahnu.

6 bulan kena bayar RM5 ribu tu banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau emas tu disimpan sendiri, at least bolehlah jugak pakai.

Apapun, jadikan ini sebagai pengajaran.

Apakah itu Ar-Rahnu?

Arrahnu ini cuma tempat pinjaman duit bercagarkan emas sahaja.

Mereka akan kenakan upah simpan kepada penyimpan. Jika gagal menjelaskan upah simpan, emas tuan puan akan dilelong.

No hard feeling. It is just business.

Sama juga dengan syarikat yang menjual dengan 30:70 nie

It is just business

Ar-Rahnu Bank Rakyat kini menerima gadaian jongkong dan dinar emas Public Gold (start 1/10/2013)

Wednesday, October 2nd, 2013 |

Berita baik untuk pembeli@penyimpan jongkong emas dan dinar emas Public Gold.

Ar-rahnu Bank Rakyat (termasuk Arrahnu Exchange) kini dengan rasminya MENERIMA gadaian di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas keluaran Public Gold.

Penerimaan ini mula berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2013.

Dengan kata lain semua Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change menerima gadaian jongkong emas dan dinar emas Public Gold.

jongkong_emas_dinar_emas
Gambar: Jongkong dan Dinar Emas kini diterima Arrahnu Bank Rakyat.

Arrahnu X’change adalah francais perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Biasanya banyak koperasi-koperasi yang menawarkan khidmat Ar-Rahnu memilih untuk membuka cawangan Ar-Rahnu X’change.

xchange
Gambar: Arrahnu exchange koperasi staff CIBD si Setapak KL

Sebelum ini Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima gadaian di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas.

Jadi penyimpan emas jongkong dan dinar mempunyai pilihan ar-rahnu yang terhad jika memerlukan tunai.Contohnya Arrahnu Koperasi Tentera (klik sini)

Namun apabila Bank Rakyat menerima kembali gadaian jongkong emas dan dinar emas ini, maka anda ada pilihan yang lebih baik.

Ini berita yang sangat baik.

Alhamdulillah, ini adalah berita baik bagi penyimpan emas jongkong dan dinar.

Ini kerana anda boleh mendapat cash bila-bila masa dengan lebih mudah. Jika anda seorang peniaga yang memerlukan pusingan modal, Ar-rahnu sangat membantu.

Pengalaman pergi buat gadaian di Bank Rakyat Melaka.

Pagi tadi 2/10/2013 saya pergi try buat gadaian di Arrahnu Bank Rakyat Ayer Keroh.

bank_rakyat
Gambar: Bank Rakyat Ayer Keroh.

Seperti biasa, mula-mula sekali tengok papan harga. Berapa nilai emas hari ini.

hmm… RM159.97 untuk 999.9 dan RM151.97 untuk 916.

ar-rahnu_bank_rakyat
Gambar: display board harga emas yang diletakkan oleh Ar-Rahnu

Kemudian, saya pun masuk ke dalam bilik gadaian.

“Salam tuan, nak tanya sikit, betul ke Bank Rakyat dah terima jongkong emas dan dinar emas Public Gold?”  tanya saya.

“Waalaikum salam, ya memang kami terima sejak semalam (1/10/2013)” jawab pegawai Ar-Rahnu tersebut.

“Ok, kalau camtu saya nak gadai jongkong emas Public Gold 20gram dan 1 dinar emas” kata saya.

“Boleh, biar saya test emas-emas nie dulu” ujar beliau.

Hasil ujian ketulenan menggunakan densimeter.

i. Jongkong emas 20 gram, selepas ditimbang, dapat 20.01 gram
….(extra berat 0.01g) dan ketulenan 999.9
ii. 1 Dinar emas, setelah ditimbang, dapat  4.27 gram
….(extra berat 0.02g), ketulenan 916

emas_public_gold
Gambar: Ini adalah jongkong dan dinar yang saya gadaikan.

Keseluruhan proses mengambil masa 12 minit sahaja.

12 minit ajer dah dapat duit RM2640.00 (untuk kedua-dua item tadi)

Upah simpan hanya RM32 sebulan.

Terbaiklah!

Surat Ar-Rahnu.

Jika anda ingin melihat rupa surat Ar-Rahnu Bank Rakyat sekarang.

Ini rupanya.

surat_pajak

Info tentang Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Exchange.

Terdapat 2 jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu Ar-Rahnu dan Az-zahab

1. PAJAK GADAI-i AR-RAHNU

Skim ini memberi pilihan/alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan tunai secara segera berdasarkan prinsip gadaian syariah dan mengelakkan aktiviti pinjaman wang secara haram/peminjam tanpa lesen/pinjaman ceti, along dan sebagainya.

Konsep

Al-Wadiah and Qardhul Hassan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan pemastautin tetap
  • Bukan Warganegara
  • Tidak muflis

Jumlah Pinjaman

  • Margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Setiap gadaian tidak melebihi RM10,000.00 sehari dan tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh pembiayaan : 6 bulan sahaja
Tempoh lanjutan : Dengan syarat upah simpan bagi tempoh 6 bulan yang telah berlalu dijelaskan dan tempoh lanjutan diberi dalam gadaian 6 bulan

 

Gadaian Diterima

Memiliki barang kemas (emas) 18K – 24K

Upah simpan

Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas.

Jenis Skim Jumlah Pinjaman Kadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhun sebulan
Ar-Rahnu RM100.00 – RM1,000.00
RM1,001.00 – RM10,000,00
RM0.65
RM0.75

 2. PAJAK GADAI-i AZ ZAHAB

Skim lanjutan kepada Ar-Rahnu, Az-Zahab juga menawarkan kewangan segera. Kemudahan ini menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu.

Konsep

Al-Wadiah and Qardhul Hassan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan pemastautin tetap
  • Bukan warganegara
  • Tidak muflis

Jumlah Pinjaman

  • Margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Setiap gadaian melebihi RM10,001.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 secara terkumpul

Tempoh Bayaran Balik

  • Ansuran bulanan untuk maksimum 36 bulan atau
  • Secara sekaligus untuk tempoh 6 bulan

Gadaian Diterima

Memiliki barangan kemas (emas) 18K – 24K

Upah Simpan

Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas

Jenis Skim Jumlah Pinjaman Kadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhum sebulan
Az-Zahab RM10,001.00 – RM100,000.00 RM0.75

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai Ar-Rahnu Bank Rakyat disini

http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu

Cawangan-cawangan Bank Rakyat: 

http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/cawangan 

Anda boleh mendapat maklumat Ar-Rahnu x’change disini

http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/

Cawangan-cawangan Ar-Rahnu Exchange pula:

http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/page.php?name=Malaysia 

Kesimpulan.

1. Kemudahan Ar-Rahnu ini membolehkan penyimpan jongkong emas dan dinar emas
….mencairkan emas mereka kepada tunai dengan mudah.

2. Ia sangat membantu terutamanya jika anda memerlukan pusingan modal.

3. Namun, nasihat saya, gunakan kemudahan ar-Rahnu dengan bijaksana.

4. Kerugian boleh berlaku jika anda tersalah langkah. Baca contoh kat sini (klik)

Ingin mendapatkan ilmu emas?

Berminat mengetahui rahsia pelaburan emas? Dapatkan buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” di  www.pelaburanemas.com sebagai langkah pertama anda.

Anda ingin membeli jongkong emas dan dinar emas Public Gold? Kini anda boleh membeli terus secara online.

Anda hanya perlu membaca langkah-langkahnya di sini http://jutawanemas.com/v1/saya-nak-beli-emas/

Kongsikan artikel ini dengan rakan anda.

Mari share artikel ini dengan rakan-rakan anda. Semoga mereka mendapat manfaat daripada berita ini. Klik butang recommend di bawah sana.

Sekian, wassalam.

3 Kisah Benar. Anda Boleh Rugi Dengan Gadaian Emas di Ar-Rahnu Jika…..

Friday, September 27th, 2013 |

Salah satu kelebihan emas adalah ia boleh dicairkan kepada tunai dengan mudah.

Anda boleh menggadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Lepas tu boleh pinjam 75% ke 80% cash daripada nilai emas anda.

Duit itu anda boleh gunakan mengikut keperluan anda.

Memang best simpan emas. Mudah dicairkan kepada tunai. Cepat dan selamat.

ar-rahnu_pos
Gambar: Contoh institusi Ar-Rahnu ialah Ar-rahnu @ Pos.

errr… jangan seronok lagi… Ar-Rahnu juga boleh mengundang padah kalau tersalah langkah.

Ini kerana apabila anda menggunakan kemudahan pinjaman Ar-Rahnu, terdapat 3 kemungkinan:

1. Anda untung
2. Anda mungkin untung @ mungkin rugi
3. Anda rugi

Untuk artikel ini, saya akan memfokuskan 3 kemungkinan dimana penggunaan Ar-Rahnu boleh merugikan anda.

1. Lepas gadai tak tebus. Akhirnya emas dilelong. Adoi!!*@&#@^&)(!&@
2. Masuk skim belian emas  secara 30:70
3. Selepas gadai, tak boleh bayar balik. Sangkut di dalam Ar-Rahnu.

i. Kes 1: Emas yang digadai tidak ditebus. Akhirnya habis kena lelong.

Adalah menjadi tanggungjawab penggadai untuk menebus kembali emas yang digadai + membayar upah simpan.

Jika penggadai tidak menebus emas ini maka pihak Ar-Rahnu ada hak untuk melelong emas tersebut dan mengambil kembali hutang mereka + upah simpan + kos-kos pentadbiran (seperti kos lelongan, notis etc). Jika ada lebihan wang maka Ar-Rahnu akan memulangkan kembali wang tersebut kepada penggadai.

Kerugian akan berlaku jika emas anda dilelong pada harga diskaun 20% (mengikut pengiraan institusi Ar-Rahn). Berapalah sangat lebihan yang anda boleh dapat bila emas anda dilelong sebegitu murah?

Bayangkan anda beli emas dan bayar harga penuh, bila gadai dapat pinjaman 75% ke 80% sahaja. Kalau emas anda kena lelong pada nilai diskaun 20%, pasti anda rugi. Tambahan lagi kalau emas anda kena lelong ketika harga emas rendah.

Ini adalah gambar emas-emas yang dilelong oleh sebuah Ar-Rahnu bank di Melaka. Bulan September 2013. Nilai keseluruhan barangan yang dilelong mencecah RM120 ribu ringgit. Pemiliknya-pemilik emas tersebut membiarkan saja emas mereka yang cantik nie kena lelong. Sedih betul.

Yang lebih sedih ialah kebanyakan pemilik emas ini adalah mangsa skim belian emas menggunakan Ar-Rahnu 30:70 (juga dikenali dengan skim 35:65). Baca kisah selanjutnya di bawah.

(Klik gambar untuk besarkan)

emas_lelong
Gambar: Sebahagian emas-emas yang dilelong kerana tidak ditebus.

ii. Kes 2: Mangsa skim 30:70 (pinjam Ar-Rahnu untuk beli emas)

Apa perasaan anda jika anda kehilangan 90% modal dalam “pelaburan emas Ar-Rahnu?”

Sedih? Geram? Marah?

Inilah yang terjadi kepada Puan Azizah bt Ahmad (gambar)

Beliau terjerat dengan skim belian emas menggunakan Ar-Rahnu. Skim ini dianjurkan oleh sebuah syarikat di Kedah.

mangsa_skim_ar-rahnu
Gambar: Puan Azizah, mangsa skim 30:70 menggunakan Ar-Rahnu

Beliau datang berjumpa saya ketika saya berada di Alor Setar dan bercerita pengalaman terjerat dengan skim 30:70.

Beliau bercerita “Syarikat yang saya join ini mengadakan ceramah pelaburan emas di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada tahun 2012”.

“Di dalam ceramah yang dianjurkan oleh syarikat tersebut, penceramahnya menggunakan unsur-unsur agama bagi meyakinkan orang yang hadir” kemudian ditambah lagi dengan hujah harga emas sentiasa meningkat.

Anda untung simpan emas” kata penceramah itu lagi.

Di akhir ceramah, hadirin diumpan dengan satu tawaran “menarik”

Penceramahnya berkata “Dengan hanya modal RM4000 anda boleh membeli emas 50 gram (barang kemas) yang bernilai RM9000. Modal tuan-tuan hanya RM4000, kami akan tambah lagi RM5000”.

“Baiknya hati syarikat nie. Nak tambah RM5000. Mereka nie ikhlas nak tolong orang ramai memiliki emas” kata beliau di dalam hati.

Apa lagi tunggu… beliau terus mengeluarkan duit simpanan RM4000 untuk membeli emas daripada syarikat ini.

Rupa-rupanya…

Syarikat tersebut buat skim 30:70

Pembeli membayar modal RM4000. Lepas tu mereka dibawa ke Ar-Rahnu sebuah bank. Syarikat tersebut menggadaikan kesemua 50 gram (barang kemas) di atas nama pembeli.

Hasil gadaian untuk keseluruhan emas semuanya diambil oleh syarikat.

Laa…. rupanya pembeli dapat surat gadaian untuk 50 gram emas. Tak bolehlah nak simpan emas tersebut sebab dah dijadikan cagaran kepada Ar-Rahnu.

Selepas itu, puan Azizah mula nampak masalah yang datang akibat skim ini.

1. Setiap bulan kena cas upah simpan. Duit kena keluar.
2. Bagaimana nak tebus emas 50gram nie?. Modal dah tak ada!
3. Syarikat suruh buat overlap surat gadai untuk bayar upah simpan.
….Tapi overlap tu menambahkan hutang lagi!
4. Tak ada jaminan beli balik emas oleh syarikat berkenaan.
….Kalau emas sangkut kat Ar-Rahnu kena selesai sendiri.
5. Bila jual kat pihak ketiga, susut nilai barang kemas lebih tinggi. Rugi lagi
6. Bila jual pulak harga emas tengah jatuh. Rugi lagi!

Setelah setahun menanggung beban upah simpan. Beliau tak mahu teruskan lagi simpanan di Ar-Rahnu. Beliau mati akal bagaimana nak cari duit RM5000 + upah simpan dan keluarkan emas tersebut dari Ar-rahnu. Kalau dibiarkan, nanti kena lelong. Lagi teruk. Boleh hilang modal terus.

Akhirnya beliau meminta pihak Ar-Rahnu untuk mencari pihak ketiga yang boleh membantu membeli emas beliau.

Setelah pihak ketiga menolong tebuskan barang tersebut (dan pihak ketiga beli emas tersebut), puan Azizah cuma dapat duit yang berjumlah RM400 sahaja.

Cuba anda bayangkan. Modal asal RM4000. Tinggal RM400 ajer.

Ini adalah kerugian 90% daripada modal. Sangat besar bagi puan Azizah kerana beliau tidak bekerja. RM4000 itu pun adalah duit simpanan selama ini.

p/s: Ada rakan Puan Azizah yang kerugian RM4000 kerana tidak mendapat emas. Wakil syarikat lesap.

 Kes iii: Selepas gadai, tak boleh bayar balik. Emas sangkut di dalam Ar-Rahnu. Upah simpan berjalan….

Saya dapat emel dari seorang pembaca blog jutawanemas. Anda baca kat bawah.

tak_boleh_tebus_emas

Daripada emel ini, masalah timbul kepada kak Yati kerana:

1. Duit hasil gadaian emas telah dibelanjakan ke tempat lain. Dah abis 🙁
2. Bila tiada wang untuk tebus, maka kak Yati terpaksa menanggung upah simpan
3. Dah 2 tahun bayar upah simpan, modal masih tak ada. Kesian kat kak Yati.
4. Sampai bila kak Yati nak tanggung upah simpan nie?
5. Nak overlap? tambah hutang? nanti lagi susah.
6. Emas 37.5 gram itu tidak banyak membantu sebab nilainya kecil.
Kalau digadaikan pun, nilainya cuma boleh membantu menampung upah simpan

Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan kepada kak Yati adalah:

1. Akak ikhtiarkan untuk cari pendapatan sampingan, buat business part-time ke, online business ke untuk dapat income. Income ini boleh guna untuk bayar upah simpan dan sebagai modal untuk penebusan. Tak lah sakit sangat berbanding kena tanggung upah simpan menggunakan duit gaji.

2. Kalau harga emas naik tinggi contohnya USD1900 atau USD2000 se Oz, akak jual emas nie kepada pihak ketiga. Tapi kena buat pengiraan dululah (nilai emas semasa tolak susutnilai, tolak upah simpan).  p/s: Akak tak perlu jual semua emas tu. Kalau saya di tempat akak, saya akan jual nilai emas yang cukup untuk lepaskan kesemua emas yang sangkut di Ar-Rahnu nie.

3. Kalau akak staff government dan boleh buat personal loan dengan interest rate less than 5%, then buat loan dan langsaikan hutang di Ar-Rahnu. Sebab kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sekitar 9% ke 9.6% setahun. So gunakan hutang interest rendah untuk melangsaikan hutang yang mempunyai interest lebih tinggi.

Bagaimana memastikan anda untung dengan Ar-Rahnu?

keuntungan_emas

Pastikan anda gunakan wang dari gadaian untuk menjana lebih banyak keuntungan, contohnya pusingan modal berniaga.

Cuba baca artikel saya yang terdahulu disini http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/bagaimana-menjana-keuntungan-dengan-pinjaman-ar-rahnu/

Sekiranya anda tidak pasti boleh untung atau tidak, maka gadaian anda termasuk di dalam kategori “Anda mungkin untung @ mungkin rugi”

Kesimpulan:

Setiap pelaburan memerlukan ilmu. Emas sangat menguntungkan, namun jangan tersalah langkah. Contoh diatas adalah cerita terbaik tentang kerugian yang dialami pelabur dan penyimpan emas.

Jika anda masih baru dengan dunia emas, mulakan dengan membaca buku saya, “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” Lawati www.pelaburanemas.com untuk maklumat lanjut.

Anda boleh sms, whatapps atau wechat saya di talian 013-2126999.

Mari kita berkongsi ilmu.

Sila klik butang Recommend dibawah dan share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda.

Anda juga boleh forwardkan link artikel ini ke email rakan-rakan anda. Ramai orang yang masih buta emas. Mereka perlukan ilmu yang betul.

Kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda 🙂

p.s: Jangan lupa melanggan newsletter blog ini. Masukkan email anda ke dalam kotak di penjuru kanan atas blog ini. Anda akan mendapat update blog ini secara percuma terus ke email anda.

p.s.s: Anda ada pengalaman, luahan atau komen? letakkan komen anda di ruangan komen di bawah.

.

Ar-Rahnu survey 2012-2013 : Institusi Ar-Rahnu yang menerima jongkong emas dan dinar emas untuk gadaian.

Thursday, March 21st, 2013 |
Nota Admin: Anda pelabur @ bakal pelabur emas Public Gold?  
Ada satu berita baik untuk anda. Saya telah menulis satu panduan tentang
Pelaburan emas bersama Public Gold dan 3 cara membeli Produk Public Gold 
yang termudah dan pantas. Panduan ini FREE sahaja. 
Saiz fail 1.25MB (format pdf) (klik sini untuk download)
________________________________________________________________________

pelaburan_emas_arrahnuAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya 🙂

Baiklah.

Kali ini saya nak share info mengenai institusi Ar-Rahnu yang menerima jongkong emas dan dinar emas untuk gadaian..

Maklumat ini telah dikumpulkan oleh Public Gold pada akhir tahun lepas sebagai rujukan. Jadi saya ingin berkongsi maklumat ini dengan anda.

Kenapa maklumat ini penting untuk anda?

Jika anda membeli emas di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas, anda akan mendapati bukan semua Ar-Rahnu menerimanya untuk pajakan, terutamanya Ar-Rahnu bank (Bank Rakyat dan Agrobank).

Jadi jika anda memerlukan pusingan modal, anda perlu mencari Ar-Rahnu dari institusi lain yang menerima pajakan di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas.

Masih banyak institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang menerima gadaian di dalam bentuk  jongkong emas dan juga dinar emas.

Anda boleh download senarai Ar-Rahnu di seluruh Malaysia yang menerima gadaian di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas di bawah.

Senarai Ar-Rahnu yang menerima gadaian jongkong emas dan dinar emas (Klik).

adobe_pdf_icon
(klik sini)

 

Pesanan: Maklumat ini dikumpulkan pada hujung tahun lepas. Mungkin ada perubahan ketika anda membaca artikel ini. Justeru, saya mencadangkan anda untuk menghubungi institusi Ar-Rahnu tersebut untuk mendapatkan pengesahan tentang syarat gadaian mereka yang terkini.

Sebagai contoh, semasa saya mendapat maklumat bahawa Ar-Rahnu Koperasi Tentera website:  http://www.katmb.com.my/infoterkini/Ar-Rahnu.asp menerima gadaian di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas, saya telah menelefon Arrahnu Koperasi Tentera cawangan Sungai Besi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan perkara ini.

Ar-Rahnu KT Cawangan Sg Besi,
No 57 Jalan Tasik Utama 4,
The Trillium Lake Fields, Sungai Besi,
Kuala Lumpur. Tel : 03-90545900

p/s: Arrahnu Koperasi Tentera juga mempunyai cawangan di Sg. Udang Melaka dan Kluang Johor.

ar_rahnu_koperasi_tentera
Gambar: Saya ke Ar-Rahnu Koperasi Tentera Sungai Besi.

Apabila pegawai Ar-Rahnu Koperasi Tentera mengesahkan mereka menerima jongkong emas dan dinar emas untuk gadaian, saya telah membawa:

i. 1 keping jongkong emas Public Gold 10 gram dan
ii. sekeping 1 dinar emas Public Gold

Just nak betul-betul confirm.

Ya memang betul mereka menerima jongkong emas dan dinar emas Public Gold 🙂

public_gold_dinar_bar

Proses gadaian mengambil masa 10 minit sahaja. Memang pantas.

Nota: Untuk 10 gram, saya mendapat pinjaman RM1200.00 dan untuk 1 dinar saya mendapat pinjaman RM430.00

surat_gadaian_arrahnu
Gambar: Surat gadaian Ar-Rahnu Koperasi Tentera.

surat_pajak_arrahnu_kt
Gambar surat pajak (klik gambar untuk besarkan)

Fakta pantas mengenai Ar-Rahnu Koperasi Tentera.

1. Nilai emas pada 1/3/2013  ialah RM171.66/g (999.9) dan RM157.36/g (916)
2. Nilai pinjaman minima ialah 65% dari nilai emas dan maksima 70%.
3. Upah simpan minima 0.55% sehingga 0.79% sebulan
4. Pinjaman maksimum untuk seorang penggadai ialah RM50 ribu
5. Tempoh gadaian 6 bulan dan boleh dilanjutkan lagi ke 6 bulan
(dengan syarat membayar kos simpan 6 bulan terdahulu)
6. Kelayakan memohon ialah berumur 18 tahun keatas dan warganegara Malaysia.

Kesimpulan:

Bagi mereka yang membuat pelaburan emas di dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas, anda tetap boleh membuat gadaian di sesetengah Ar-Rahnu. Apa yang anda perlu buat ialah download senarai diatas, kemudian telefon mereka untuk mendapatkan status terkini.

Berikan komen anda.

p/s:  1. Saya menghargai sebarang komen dari pembaca blog ini. Letakkan komen anda di ruangan komen.
2. Langgan newsletter blog jutawanemas.com bagi mendapat update tentang pelaburan emas dari masa ke semasa. Hanya masukkan email anda ke dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

fb_recommend

Kongsikan maklumat ini dengan sebeberapa ramai pelabur emas di sana.

Klik icon Facebook recommend di bawah sana untuk share maklumat berharga ini di Facebook anda.

Semoga kita dan rakan-rakan pelabur emas yag lain akan mendapat manfaat daripada maklumat ini.

 

 

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas