Ebook

Archive for the ‘Ar-Rahnu’ Category

Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu.

Friday, August 27th, 2010 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria dan bahagia selalu.

Setelah saya menyiarkan artikel: Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank (klik sini) saya dapat banyak soalan mengenai teknik pajak gadai Ar-Rahnu.

Ramai orang bertanya kepada saya mengenai cara-cara menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu.

Betul ke boleh untung? hehehe… sudah tentu boleh untung. Kalau rugi buat apa saya nak share kat sini betul tak? ūüôā

Masalah akan berlaku jika orang yang tanya tu:

1. Tak pernah beli emas
2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.
3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.

Memang confirm tak akan faham. Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.

Sebagai orang berpengalaman (sebab hari-hari tengok harga emas nie ūüôā )¬†mereka tahu bila akan berlakunya buying opportunity. Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas¬†yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah.

Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)

Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Sebagai contoh, perhatikan graf dibawah. Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.

Ini contoh buying opportunity. Harga emas turun banyak.
p/s: Buying opportunity bukan datang setiap masa. Setahun 2-3 kali ajer.
.

.

Baiklah…¬†sekarang saya akan terangkan teknik-teknik ini dengan lebih mendalam.

Untuk pengetahuan anda teknik ini adalah salah satu teknik di dalam ebook saya¬†“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini) .

Saya tambah beberapa gambar baru bagi memudahkan anda bayangkan proses ini secara visual.

Bagi yang berminat mengetahui cara-cara membuat pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas maka anda perlu membaca ebook ini (klik sini)
.

——————————-copy paste e-book start here—————————————–

Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.

Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.


Gold Bar Public Gold 100 Gram sesuai digunakan sebab spread 5% sahaja.

Bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat.


.

Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
    semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.

2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu

p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.

Teknik ini lagi best ūüôā

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. 
    Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya 
    Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)

2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
    kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
    Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
    RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)

3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
    naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
    emas di dalam Ar-Rahnu.
    Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.

4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
    Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
    boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
.


Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal.
.

Disclaimer:

1. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya.
    Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada
    entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda
    membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.

2. Semakin banyak pengalaman anda, semakin mudah anda membuat
     teknik ini. So apa tunggu lagi, beli emas sekarang.

3. Teknik ini adalah petikan daripada ebook saya. Banyak lagi maklumat
     tentang pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan di dalamnya.
     Jika anda berminat mempelajari cara-cara membuat pelaburan emas
     dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh
     mendapatkan ebook saya
“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
     Lepas tu praktikkan ilmu tersebut secepat mungkin
(klik sini)

4. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
     Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada
     blog ini. Ianya FREE

5. Ada komen? kongsikan komen anda di ruangan komen.

6. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan Facebook anda
    Klik FB icon syorkan/recommend kat bawah sana. Mereka
¬†¬†¬† akan berterima kasih kepada anda ūüôā

.

Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank :)

Tuesday, August 24th, 2010 |
Nota Admin: Sekarang (tahun 2013)  Ar-Rahnu Agrobank TIDAK MENERIMA sebarang gadaian untuk gold bar dan dinar emas), jadi artikel ini sudah tidak valid lagi. Sekarang Bank Rakyat dan Arrahnu Pos Malaysia pula menerima gadaian untuk gold bar jenama Public Gold.
________________________________________________________________________

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria semasa menjalani ibadah puasa.

Baiklah disini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat istimewa kepada pembeli emas pelaburan seperti jongkong emas Public Gold, PAMP Suisse, Dinar Emas Public Dinar dan juga jongkong-jongkong emas yang lain.

Untuk pengetahuan anda Ar-Rahnu Agrobank (www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memperkenalkan beberapa terma yang sangat mesra emas pelaburan.

Perubahan ini sangatlah baik kepada pelabur-pelabur emas di Malaysia.

Dengan kata lain, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank¬†sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu ūüôā

Terima kasih banyak-banyak Ar-Rahnu Agrobank.

Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.

Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang istimewa untuk gadaian jongkong emas.

Memang best sangat.


Gambar: Gold bar PAMP Suisse dan Public Gold

.

Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:

1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang

4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70%  diberikan walaupun ia gadaian pertama.

Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut… hehehe money is only a tool to make more money.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).

Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.80/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.90 (70% daripada RM148.80) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.

p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10390.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1570.00. Banyak tu..

3.  Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000

Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari¬†x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh¬†menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank¬†ūüôā

p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.

4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)

5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)

Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah. Jadi, saya pun cepat-cepat ke Agrobank Melaka untuk memperbaharui surat-surat gadaian saya untuk mendapat rate yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih murah.

Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:

.

Surat-surat gadaian saya di Ar-Rahnu Agrobank. Kalkulator tu untuk kira untung ūüôā

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai keistimewaan Ar-Rahnu.

Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?

1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba.
Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.

2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman.
Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun
setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang
6 bulan lagi baru¬†fikir¬†bayar.¬†Courts¬†Mammoth pun kalah oooo…)

3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu
membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan
pinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma
dibayar 6 bulan akan datang.

4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi
keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin
meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam)
Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!

5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong.
Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan
memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).

Kesimpulan.

Tahniah saya ucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank.

Terma baru ini banyak membantu pembeli emas jongkong dan juga peniaga emas seperti saya.

Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru yang memerlukan kemudahan Ar-Rahnu iaitu pelabur emas.

Kepada pembeli jongkong emas, anda kini boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Agrobank.

Mereka akan menerima anda dengan tangan terbuka dan senyuman lebar ūüôā

.

p/s: Jika anda ingin mengetahui mengenai pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh membeli ebook saya yang bertajuk Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
.
 
 
Saya jamin dengan membaca ebook ini anda akan mendapat ilmu dan boleh memulakan pelaburan emas yang menguntungkan. Sila klik link ini (klik sini)
.
 
 
2. Jika anda berminat menjadi belajar membuat perniagaan emas, anda boleh hadir ke seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold.
. 
InsyaAllah saya akan buat seminar tersebut selepas raya di Kl, Penang, Sungai Petani, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Tunggu pengumumannya di blog ini nanti.
.
 
3.  Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda di facebook, klik ikon FB recommend / syorkan kat bawah nie. Terima kasih.
.
4. Komen anda di dalam blog ini amat dialu-alukan. Kongsikan pendapat anda di bahagian komen di bawah sana.
.
 

Pengalaman Memajak Emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank

Friday, March 26th, 2010 |

ar_rahnu_agro_bankAssalamualaikum dan salam ceria. Apa khabar semua pembaca?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga ūüôā

Ramai yang bertanya kepada saya “Selain dari Bank Rakyat, di mana lagi saya boleh menggadaikan jongkong emas dan dinar emas saya?”

Ini kerana buat masa ini Bank Rakyat menghentikan seketika penerimaan jongkong emas dan syiling emas untuk digadaikan.

Jadi jawapan saya ialah “Kita boleh gadai kat Ar-Rahnu Agrobank”

Ini kerana Agrobank merupakan salah satu alternatif bagi mereka mereka yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.

Baiklah, untuk kali ini saya akan bercerita pengalaman menggadaikan emas di Ar-Rahnu Agrobank.

Kenapa Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas dan syiling emas?

Pegawai Bank Rakyat memaklumkan bahawa faktor utama mereka menghentikan penerimaan jongkong emas ialah kerana skim-skim pelaburan emas.

Skim-skim pelaburan emas ini menggunakan kemudahan Ar-Rahnu bagi menjalankan operasi mereka.

Pergh.. hebat betul penangan skim-skim pelaburan emas nie.

Jadi, bila Ar-Rahnu Bank Rakyat dah stop, maka pembeli gold bar dan dinar emas kena cari alternatif lain.

So, paling mudah ialah Ar-Rahnu Agrobank.

agrobank_melaka
Agro Bank Jalan Hang Tuah, Melaka 

Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?

Pada 4/3/2010 saya telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:

Ia termasuk:

Р 3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
–¬† sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
–¬† sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)

Tujuan saya menggadaikan produk-produk ini ialah:

1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.

Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:

1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak.

20gram
Jongkong emas Public Gold 20 gram

tn_5dinar_10_Dinar
5 dinar dan 10 dinar

Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.

Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Kesemua jongkong emas dan dinar emas Public Gold mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate.

Best ūüôā

5_dinar_berat
Berat 5 Dinar – tepat

10_dinar_berat
Berat 10 dinar – tepat

20gram_berat
Berat 20 gram x 3 keping – tepat

Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.

Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank.

tn_20gram_x_3pcs

Pengiraan.

Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.

Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.

Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.

Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram

Jadi, 60 gram x RM118.20 ¬†= RM7092¬† –> (ini adalah nilai emas)

Nilai pinjaman = 65% x RM7092
¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†= RM4609.80 –> dibundarkan kepada RM4600.00

Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00

Pengiraan upah simpan.

Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu 

Margin pinjaman

Upah simpan sebulan

 50% ke bawah  RM0.50 / 100 
 50.1% sehingga 60%   RM0.60 / 100
 60.1%  sehingga 70%  RM0.75 / 100

Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:

(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14

Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14

Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.

No problem.

Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?

Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.

Bagi kes saya, emas yang saya pajak di Agrobank ini telah saya tebus pada 25/3/2010 (pajakan 21 hari sahaja).

Jadi saya cuma kena bayar upah simpan sebanyak RM53.19 + RM4600 (pinjaman)

Mudah sahaja ūüôā

slip_tebus_pajak
Slip bayaran untuk menebus emas yang dipajak.

.

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.

Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:

1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.

1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
   jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
   dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

Ok then.. selamat membuat pelaburan emas ūüôā

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com - anda akan menjadi
orang pertama mendapat update daripada blog ini. Ianya PERCUMA.
Masukkan e-mail anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
p.s.s: Jika anda masih baru dengan pelaburan emas. Anda boleh membaca
artikel di dalam blog ini ataupun membeli ebook saya yang bertajuk
"Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"(klik sini).
Ini cara terpantas untuk mendapat ilmu emas.
.

Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Pinjaman Ar-Rahnu?

Thursday, October 8th, 2009 |

ar_rahnu_bank_rakyatAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya. Saya kat sini Alhamdulillah sihat sahaja.

Saya kat sini erm.. memang sibuk sangat. Tengah menulis buku pasal pelaburan emas dan sedang merancang bahan-bahan untuk seminar pelaburan emas yang akan saya buat bulan ini. Walaupun sibuk tapi takper.. still survive lagi ūüôā

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjana keuntungan dengan pinjaman Ar-Rahnu.

Saya berharap selepas membaca posting ini anda akan mendapat idea bagaimana membut keuntungan dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu ini.

Teknik Ar-Rahnu memerlukan emas fizikal.

gold_bar_public_gold_100gram
Kita perlukan emas fizikal – Contohnya gold bar Public Gold.

Salah satu keistimewaan emas fizikal adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan
(Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam)

Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahn dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 75% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Saya telah menceritakan pengalaman gadai emas di Ar-Rahnu didalam artikel sebelum ini.

Anda boleh baca kat sini:

1. Pengalaman memajak emas di Ar-Rahnu
2. Memajak Jongkong Emas Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat 

Jadi, sementara menunggu harga emas naik, kita boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu untuk menjana keuntungan apabila ada peluang. 

Semua itu hanya memerlukan kreativiti dan kepintaran kewangan anda :).

Inilah ilmu yang ingin saya kongsikan bersama-sama anda.

Sebab itulah saya kurang gemar membuat pelaburan dengan akaun simpanan Public Bank GIA dan juga Maybank GSPA. Ini kerana akaun simpanan pelaburan emas tidak boleh dimanipulasikan dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu ini bagi menjana lebih banyak untung.

Kita cuma beli dan berharap harga emas naik. Kalau harga emas lambat naik maka kita terpaksa menunggulah jawabnya….

Bagaimana saya menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu.

Untuk pengetahuan anda semua, setelah saya memajak gold bar Public Gold sebanyak 500 gram tu, saya mendapat pinjaman sebanyak RM41 300 (klik sini).  Saya cuma pajak selama 8 hari je ( daripada 18/8/2009 Р25/8/2009)

Jumlah upah simpan untuk 8 hari adalah RM235 sahaja.

RM235
Resit penebusan – RM235 untuk gadaian selama 8 hari (klik untuk besarkan)

Walaupun Ar-Rahnu Bank Rakyat memberikan tempoh selama 6 bulan untuk setiap gadaian, tak semestinya kita pergi gadai selama 6 bulan. Kalau kita nak pergi gadai sehari pun boleh juga.. takder masalah.

Di dalam masa 8 hari saya telah membuat beberapa transaksi yang telah mendatangkan keuntungan.

Antaranya:

1. Membeli 200 gram emas PAMP Suisse pelabur Etika Emas yang tersangkut di
    Ar-Rahnu dan menjual kembali kepada kawan saya.
   Jumlah keuntungan daripada transaksi ini = RM400

2. Membeli balik (buy back) 3 keping gold bar Public Gold 100 gram daripada orang
    persendirian yang nak pakai cash (dah untung kot). Ketiga-tiga gold bar ini telah
   saya jualkan semula kepada pembeli-pembeli baru.
   Anggaran keuntungan daripada transaksi ini = RM668.00

Jadi, jumlah keuntungan kasar = RM1068.00
tolak upah simpan = RM235.00
Jumlah untung bersih = RM833.00 ūüôā

Dengan kata lain, teknik gadaian Ar-Rahnu nie boleh digunakan untuk apa juga transaksi asalkan jumlah keuntungan yang diperolehi melebihi upah simpan.

Segalanya tertakluk kepada kreativiti dan peluang yang datang kepada anda.

Teknik Ar-Rahnu ketika harga emas rendah.

Selain daripada mendapat keuntungan dengan contoh diatas, saya ada ceritakan bagaimana menjana keuntungan dengan teknik menggadai emas ketika harga emas jatuh untuk mendapat modal, kemudian beli emas fizikal dan gadai kembali untuk dapat modal.. kemudian beli emas fizikal lagi.

Anda boleh baca perkara tersebut kat posting ini (klik sini).

Sedikit penjelasan kepada mereka yang tidak memahami teknik ini.

Kenapa gadai ketika harga emas rendah?

Jawapan: Tujuan gadai ialah mendapat modal sahaja.

Kemudian modal tersebut digunakan untuk membeli emas fizikal (ketika harga emas tengah jatuh).

Ini kerana apabila harga emas naik semula, maka kita akan dapat keuntungan (capital gain).

kenaikan_harga_emas
Penjelasan dalam bentuk graf: Kenapa gadai ketika harga rendah?

Kalau kita gadaikan emas ketika harga emas tengah tinggi, maka kemungkinan harga emas naik lebih tinggi adalah lebih kecil.

So untuk selamat, kita pajak gadaikan emas ketika harga emas jatuh. Ini kerana peluang mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas adalah lebih tinggi.

Kesimpulan:

1. Belilah emas fizikal. Ia jauh lebih baik dari akaun simpanan pelaburan emas kerana
    boleh dimanipulasikan dengan Ar-Rahnu untuk keuntungan lebih.

2. Walaupun kita boleh gadaikan emas selama 6 bulan, tak semestinya kita letak emas
    kita selama 6 bulan. Sehari pun takper. Kita cuma pinjam untuk jana untung ajer..
   dah untung tebus lah balik. Boleh save sikit upah simpan.

3. Memandangkan harga emas sentiasa naik dalam jangkamasa panjang, maka kita
    akan untung bila menggadaikan emas fizikal. Ini kerana nilai 65% yang diberikan
    oleh Ar-Rahn akan meningkat. So kita boleh pinjam lebih banyak wang.
    Lebih banyak wang maka lebih peluang.

4. Jenis peluang yang akan anda jumpa adalah berdasarkan ilmu, networking dan
     business opportunity anda. Semakin banyak ilmu dan networking anda,
     makin cerah peluang anda menjana keuntungan.

pesanan:

1.Jika anda ingin mengetahui rahsia pelaburan emas, dapatkan ebook
  saya yang bertajuk "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"
  Ilmu yang terkandung didalamnya dijamin membantu anda membuat
  pelaburan emas yang menguntungkan, selamat dan meyakinkan.
  Klik sini untuk maklumat lanjut (klik sini)
2.Jika anda ingin membeli emas fizikal Public Gold,
  anda boleh lihat senarai agen Public Gold disini (klik sini)
3. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
   Anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

Memajak Jongkong Emas Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat

Thursday, August 20th, 2009 |

ar_rahnu_bank_rakyatAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda sihat sejahtera. Saya kat sini sibuk banyak.

Untuk pengetahuan anda semua saya telah dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia”.

Kertas kerja ini akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Tempatnya di Auditorium, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Tarikhnya  pada 27 Ogos 2009. Anda dijemput hadir.

Kalau nak tahu details event nie anda boleh  (klik sini). 

Jika anda berminat membaca kertas kerja saya then anda boleh download kat sini:

Kertas Kerja Penuh Sedinar09 UKMBagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia (klik)

Baiklah, untuk posting kali ini saya akan menceritakan pengalaman memajak gold bar Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Ini kerana saya dapati ramai orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza apabila pergi memajak gold bar Public Gold.

Jadi disini saya ingin berkongsi pengalaman saya pula.

Saya pajak pada 18/8/2009.

Tujuan saya memajak gold bar Public Gold.

1. Untuk melihat samada gold Bar Public Gold diterima di Ar-Rahnu Bank Rakyat
2. Menguji berat dan ketulenan Public Gold
3. Saya perlukan modal cepat untuk rolling balik
4. Melihat samada boleh buat pinjaman Ar-Rahnu bank Rakyat sehingga RM100,000
   (sebab saya dah dapat pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat RM45 900 sebelum nie)

Gold bar yang dipajak.

Saya memajak 5 x 100 gram gold bar Public Gold (jumlah semua 500 gram)

public_gold_gold_bar_5pcs_100gram
5 keping Gold Bar Public Gold 100 gram yang dipajak

Proses memajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Sampai ajer kat Bank Rakyat saya terus tengok berapa harga emas Ar-Rahnu pada hari tersebut.

Mudah jer.. tengok kat papan elektronik. Anda boleh lihat jenis emas serta nilai gadaian pada hari tersebut dan juga rate pada hari sebelumnya.

Ar_Rahnu_Bank_Rakyat_electronic_display
Jenis emas dan nilai pajakan akan dipaparkan di papan elektronik.

Kemudian saya pun masuk ke dalam bilik Ar-Rahnu tersebut.

Soalan pertama saya kat pegawai Ar-Rahnu “Boleh ke saya pajak gold bar Public Gold?”

Jawapan yang diberikan “Ya, boleh. ” jawab pegawai Ar-Rahnu Bank Rakyat tersebut.

So.. pembaca semua.. Ar-Rahnu Bank Rakyat menerima gold bar Public Gold.
No problem.

Gold bar yang tidak diterima adalah daripada Etika Emas, Bestino dan Geneva. Ini kerana syarikat-syarikat ini sedang di dalam siasatan Bank Negara.

Menguji berat dan ketulenan gold bar Public Gold.

Kelima-lima gold bar tersebut diuji berat dan ketulenan menggunakan mesin Precious Metal Tester model GK300. Mesin nie memang sensitif kepada getaran dan tekanan.

precious_metal_tester
Gold bar Public Gold yang ditimbang.

Hasil ujian timbang berat:

1 keping dapat 100.01 gram
3 keping dapat 100.00 gram
1 keping dapat 99.99 gram

So, sisihan piawai untuk timbang berat ialah 0.01 gram.
Jumlah berat kesemua gold bar ialah 500 gram.

Perfect!!

Hasil ujian ketulenan (timbang isipadu).

Selepas diuji, kesemua lima keping gold bar Public Gold memberikan bacaan 24K/999.9

Perfect!!

ujian_ketulenan
Bacaan dari mesin akan dipindahkan secara automatik kedalam sistem komputer.

proses_pajak
Selesai ujian berat dan ketulenan, semua gold bar disimpan Ar-Rahnu.

Selepas semua proses menguji berat dan ketulenan selesai, saya diberikan surat pajak.

Ini suratnyer…

surat_pajak_small
Surat pajak emas Public Gold. Klik untuk besarkan.

jadual_berat_dan_ketulenan
Jadual berat, ketulenan dan nilai marhum gold Bar Public Gold.

Hasil pajakan yang diterima:

Dengan menggadaikan 500 gram gold bar Public Gold saya telah memperolehi pinjaman sebanyak RM41 300.

Ini pengiraannya:

Nilai marhum 500 gram emas tersebut adalah RM63 540.00
Jadi pinjaman 65% pula berjumlah RM41 300.00
Upah simpan bulanan = RM480.47
Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM2882.80

Kesimpulannya.

1. Anda boleh memajak emas dan meminjam wang sehingga RM100,000 daripada
   Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yes!!

2. Gold bar Public Gold boleh dipajak di Bank Rakyat. No problem

3. Gold bar Public Gold memang dijamin berat dan ketulenannya. Kalau kurang
   0.01 gram tu boleh dikira sebagai sisihan timbang. Public Gold memberi jaminan
   membeli mengikut berat seperti di dalam sijil gold bar tersebut.

4. Nilai pinjaman adalah berdasarkan kepada nilai semasa emas. Jadi, semakin
   lama kita menyimpan emas, nilainya semakin naik dan nilai pinjaman Ar-Rahnu
   juga semakin bertambah.

5. Emas sangat mudah ditunaikan. Proses gadai nie kurang dari setengah jam.

6. Emas fizikal adalah jauh lebih baik berbanding akaun simpan emas. Sebab anda
   boleh gadaikan emas fizikal tanpa perlu menjualnya.

7. Kalau anda pergi gadai emas dan bacaan mesin kurang dari sepatutnya, 
   saya cadangkan anda pergi kat tempat lain. Kekadang mesin yang problem.

p/s:  Jika anda berminat mendapatkan gold bar Public Gold, anda boleh membelinya daripada agen yang berhampiran tempat anda. (klik sini)

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)

Ok then. Selamat membuat pelaburan emas.

Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas