Ebook

Archive for the ‘gold bar’ Category

Anugerah Juara Pelaburan Emas 2008 – Musim Pertama

Wednesday, October 29th, 2008 |

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya doakan anda semua sihat sejahtera ūüôā

Jika anda peminat pelaburan emas, saya percaya anda telah membaca semua artikel-artikel di dalam blog ini dan telah subscribe newsletter jutawanemas. Anda juga mungkin telah menyelongkar semua topik-topik yang ada di forum. Pendek kata anda dah tahu tentang pelaburan emas. Sekarang nie cuma nak cari duit lebih ajer untuk beli emas.

Di sepanjang penulisan saya, didapati terdapat banyak jenis emas yang boleh dipilih, kekadang tu sampai tak tahu yang mana satu nak dipilih.

Jadi disini saya ingin menyelesaikan masalah sukar nak pilih pelaburan emas.¬†Untuk posting kali ini saya telah menganalisis peluang-peluang pelaburan emas yang terdapat di Malaysia samada fizikal ataupun bukan fizikal dan¬†untuk pertama kalinya jutawanemas.com ingin mengumumkan satu anugerah ciptaan sendiri…

Anugerah Juara Pelaburan Emas 2008 – Musim Pertama

Anugerah ini adalah berdasarkan kepada emas-emas pelaburan yang mampu memberikan pulangan terbaik kepada pelabur. Ia bertujuan memudahkan peminat-peminat pelaburan emas seperti anda semua membuat keputusan memilih emas pelaburan yang terbaik ūüôā

Antara aspek-aspek yang diberikan perhatian adalah:

i.   Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
ii.  Mudah untuk diperolehi
iii. Mudah untuk berurusniaga
iv. Ketulenan emas
v.  Boleh digadaikan

Sekarang, mari kita barisan calon-calonnya:

1. Kijang Emas
2. Emas UOB Bank
3. Public Fine Gold (Public Gold)
4. Dinar Emas Kelantan
5. Dinar Emas IGD
6. Habib Jewel (PAMP Suisse)
7. Poh Kong (Bunga Raya Gold Bar)
8. Public Bank Gold Investment account (kategori bukan fizikal)
9. Maybank Gold Saving Passbook (kategori bukan fizikal)

Mari kita lihat satu persatu…

1. Kijang Emas


Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat

Spread (anggaran)

        1 Oz

3.13% – 3.2%

¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬Ĺ Oz

4.9% – 5.0%

¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬ľ Oz

6.6% – 6.8%

ii. Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu di seluruh negara
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Harga harian boleh dipantau melalui website Maybank/BNM
vi. Kelemahan – hot produk, selalu sold out
vi. Untuk memaksimakan keuntungan, dapatkan berat 1 Oz

Kesimpulannya, saya berikan Kijang Emas:

Pelaburan emas lima bintang! 

 
2. Syiling Emas UOB Bank


Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat  Spread (anggaran)
        1 Oz 3.05%
¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬Ĺ Oz 5.17%
¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬ľ Oz 6.82%

ii. Boleh dibeli di cawangan UOB
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Syiling emas yang dijual terkemuka dunia
    (Canadian Gold Maple, Australian Gold Nugget, Singapore Gold Lion) 
vi. Harga boleh dipantau di website UOB Bank
vii. Kelemahan – hot produk, selalu sold out
viii. Untuk memaksimakan keuntungan, dapatkan berat 1 Oz

Kesimpulannya, saya berikan Syiling Emas UOB Bank:

Pelaburan emas lima bintang! 

3. Public Gold (syiling emas dan jongkong emas)


Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

Berat

Spread (anggaran)

Kos tambahan

        20 gram

6%

  Delivery + RM10
        50 gram

5.5%

  Delivery + RM20

100 gram

5%

  Delivery + RM30

ii. Selain daripada Kijang Emas/UOB gold coin, Public Gold merupakan pilihan terbaik.
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Kualiti minting yang cantik
vi. Boleh beli menggunakan kad kredit (surcharge 3%)
vii. Harga semasa boleh dipantau di website Public Gold

Kesimpulannya, saya berikan Public Gold:

Pelaburan emas lima bintang! 

4. Dinar Emas Kelantan


Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat

Spread

        1 Dinar

RM20

¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬Ĺ Dinar

RM10

¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬ľ Dinar

RM5

ii. Kos seunit yang agak rendah
iii. Kualiti emas 22K (916)
iv. Boleh digadaikan
v. Kelemahan – tak banyak cawangan di seluruh negara
vi. Dapatkan saiz 1 Dinar untuk memaksimakan keuntungan

Kesimpulannya, saya berikan Dinar Emas Kelantan

Pelaburan emas lima bintang! 

 
5. Dinar Emas IGD (company dah tutup)


Ulasan:

i. Kelemahan – Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (16% ke 18%)
ii. Stok agak susah untuk diperolehi
iii. Kelemahan – tak banyak cawangan di seluruh negara

Kesimpulannya, saya berikan Dinar Emas IGD

Pelaburan emas 3 bintang

6. Habib Jewel (PAMP Suisse)


Ulasan:

i. Kelemahan – Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (15% ke 18%)
ii. Harga ikut harga semasa (rate Habib Jewel) 
iii. Boleh beli pakai kad kredit
iv. Emas berjenama (PAMP Suisse)

Kesimpulannya, saya berikan pelaburan jongkong emas Habib Jewel

Pelaburan emas 3 bintang

7. Poh Kong (Bunga Raya Gold Bar)


Ulasan:

i. Kelemahan Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (14% ke 15%)
ii. Harga ikut harga semasa (rate Poh Kong) 
iii. Boleh beli pakai kad kredit
iv. Kelemahan РPembungkusan di dalam plastik yang sukar dibuka.
     Jadi akan ada masalah kalau nak pergi gadai.

Kesimpulannya, saya berikan pelaburan jongkong emas Poh Kong

Pelaburan emas 3 bintang

8. Public Bank Gold Investment account
    (kategori bukan fizikal)


Ulasan:

i. Spread rendah (RM3 sahaja/gram)
ii. Urusniaga jual beli yang mudah 
iii. Harga emas yang mudah dipantau
iv. Selamat dari segi penyimpanan
v. Berpotensi untuk membuat keuntungan jangka pendek
vi. Kelemahan– sekarang dah tak tawarkan pengeluaran emas fizikal
vii. Kelemahan– tidak boleh digadaikan

Kesimpulannya, saya berikan Public Bank GIA

Pelaburan emas 4.5 bintang! 

9. Maybank Gold Saving Passbook
    (kategori bukan fizikal)

Ulasan:

i. Kelemahan – Spread yang tinggi (RM7-RM8 /gram)
ii. Akaun yang mudah dibuka
iii. Urusniaga jual beli yang mudah 
iv. Harga emas yang mudah dipantau
v. Selamat dari segi penyimpanan
vi. Menawarkan tawarkan pengeluaran emas fizikal
vii. Kelemahan– tak boleh digadaikan

Kesimpulannya, saya berikan Maybank Gold Saving

Pelaburan emas 3 bintang

Ok, dah habis dah…

Jika anda berminat membuat pelaburan emas, saya cadangkan anda memilih pelaburan emas berstatus dan  

Pelaburan  kalau boleh jadikan pilihan terakhir.

Walau bagaimanapun, keputusan akhir pemilihan juara emas pelaburan ini terletak di tangan juri awam iaitu anda sendiri (60%) dan juri professional cuma (40%).

Ini kerana juri awam sendiri¬†yang akan mengeluarkan duit untuk membeli emas ini ūüôā

Apa pun, sekarang adalah waktu terbaik untuk anda memulakan pelaburan emas anda. Kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Jika ada sebarang persoalan, sila letakkan di bahagian komen. Paling baik lagi jika kita boleh bersoal jawab di forum jutawanemas.

Terima kasih.

Membeli dan menjual emas fizikal melalui syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd.

Tuesday, October 7th, 2008 |

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Kita¬†berjumpa kembali selepas cuit raya yang panjang. Bestnyer cuti raya, balik kampung jumpa family. Then bila kembali, kita sambung cakap pasal emas ok ūüôā

Bila bercakap tentang pelaburan emas fizikal, saya selalu mencadangkan supaya anda membeli syiling emas atau gold bar (Kijang Emas, UOB Bank atau PAMP Suisse). Ini kerana perbezaan antara harga beli dan jual yang rendah membolehkan kita mendapat keuntungan yang lebih tinggi apabila harga emas. Tak seperti pelaburan melalui barang kemas yang akan ditolak antara 15% – 20% dari harga emas semasa.

Namun begitu, rata rata pembaca memberi komen yang syiling Kijang Emas dan¬†gold coin UOB bank selalu sold out. Tak boleh¬†nak beli sebab takde stok… ramai sangat orang beli. Kalau ada stok pun tak boleh nak booking, kena cash on delivery dan siapa cepat dia dapat… itu yang susah sikit tu..

Namun sekarang, masalah itu boleh dikurangkan. Sebab saya dah jumpa satu syarikat yang membuat aktiviti menjual dan membeli emas untuk pelaburan dengan harga menarik dan kualiti 24K. Anda boleh membeli emas kat sini ūüôā

Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

Alamatnya:

Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Tel : 04-644 9999

Nama pendeknya ialah Public Gold.

Saya telah dimaklumkan tentang syarikat ini pada awal bulan puasa yang lalu. Jadi, saya pun buat research dulu dengan melayari laman web syarikat Public Gold di www.publicgold.com.my

Hmm… nampak menarik

Jadi saya mengambil keputusan untuk melawat syarikat Public Gold nie untuk melihat sendiri syiling emas dan gold bar yang dikeluarkan oleh mereka. So, on the way driving balik beraya ke Kedah, saya singgah sebentar di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Risalah pelaburan emas Public Gold

Apabila tiba di Public Gold, saya diberikan risalah mengenai peluang pelaburan emas yang ditawarkan oleh syarikat ini.


Risalah tentang pelaburan emas dari Public Gold (klik untuk besarkan)
.

Emas yang dijual

Public Gold menawarkan syiling emas dan gold bar kepada pembeli.

Untuk syiling emas cuma terdapat 1 saiz  iaitu 50 gram (emas 24K)

Bagi gold bar pula, ia terdapat dalam saiz 20 gram, 50 gram dan 1 Kg (emas 24K)


Syiling emas dan gold bar yang dijual. Klik untuk besarkan

Syiling emas dan gold bar keluaran Public Gold memang cantik, Ini antara gambar-gambar syiling emas dan gold bar Public Gold yang saya ambil:

Syiling emas 50 gram, emas 24k
 
.
Gold bar 20 gram dan 50 gram (24K)
 
.

Gambar gold bar close-up kat tangan ūüôā
Berkilat betul gold bar nie sampai nampak bayang kamera saya.
 
.

Gambar belakang gold bar
.

Setiap gold bar ada siri nombor dan certificate.
.

Ujian berat dan ketulenan.

Saya telah meminta agar emas ini diuji menggunakan precious metal tester untuk menguji berat dan ketulenannya… of course la.. nak recommend kat orang kena test dulu betul tak? ūüôā

Untuk timbang berat, ini keputusannya:


Berat gold bar 50gram – timbang dapat 50.01gram
.

Untuk ujian ketulenan pula ini hasilnya:


Keputusan: Gold 24K (999.9)

Namun apa yang lebih menarik ialah harganya…¬†

Harga belian dan jualan.

Anda boleh melihat sendiri harga belian dan jualan emas Public Gold di laman web mereka www.publicgold.com.my

buy_n_sell
Screenshot harga emas di laman web Public Gold

Terdapat kos penghantaran yang perlu ditambah iaitu:

RM10 untuk gold bar 20gram,
RM20 untuk gold bar 50gram 
RM30 untuk gold bar 100 gram.

Cara membeli dan menjual emas.

Syarikat ini berpusat di Pulau Pinang, so untunglah orang-orang Penang nie. Mudah nak beli sebab dekat.

Buat masa ini, jika anda nak beli, anda perlu menelefon pejabat mereka di 04-6449999. Harga semasa akan diberitahu kepada anda, jika berminat, maka Public Gold akan menghantar kontrak melalui emel atau fax kepada anda. Anda perlu tandatangan kontrak ini dan hantar balik kepada Public Gold.

Untuk pembayaran pula, anda boleh bayar 30% deposit daripada harga emas tersebut dan bakinya dijelaskan ketika menerima emas ataupun bayar 100% sewaktu order emas tersebut (bank-in ke dalam akaun bank Public Gold).

Jika anda ada soalan mengenai penghantaran, baik tanya sewaktu nak order bagi mengelakkan masalah.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh refer cara membeli di sini: http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/ 

Perancangan jangka panjang syarikat.

Saya dimaklumkan bahawa Public Gold akan mengeluarkan Dinar Emas pada masa hadapan. Konsepnya seperti Dinar Emas Kelantan. Harga belian dan jualan pun lebih kurang sama dengan Dinar Emas Kelantan. Jadi, kita tunggulah kemunculannya di masa hadapan. Kalau Dinar tu dah keluar, saya akan update dalam blog ini.

Selain itu, lebih banyak cawangan Public Gold akan dibuka di seluruh negara.

Ok, ini summary saya:

Kebaikan:

1. Harga emas fizikal yang dijual adalah sangat kompetitif
2. Emas 24K, 999.9 dan Kualiti minting yang cantik.
3. Harga belian balik yang menarik ( cuma -1% dari harga emas semasa)
4. Boleh beli emas pakai kad kredit (tambah 3% dari nilai belian)
5. Laman web syarikat yang informatif tentang emas.
6. Emas nie emas fizikal, so boleh gi pajak kat bank Rakyat or Agro Bank

Kelemahan:

1. Syarikat nie kat Pulau Pinang, so kalau nak melawat kena ke sana.
2. Tak banyak cawangan lagi di seluruh Malaysia.
3. Saiz emas bermula dengan 20 gram. So mungkin agak tinggi bagi sesetengah orang.

Saya berpendapat, Public Gold menawarkan peluang terbaik untuk membuat pelaburan emas fizikal. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, membeli emas adalah pelaburan terbaik. So, apa tunggu lagi. Mulakan pelaburan emas anda sekarang.

p/s: Jika anda ingin membeli gold bar Public Gold, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)

.

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas Part 1

Monday, September 22nd, 2008 |

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya pasti anda semua ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan melalui aktiviti jual beli emas.

Memandangkan terdapat banyak cara membuat keuntungan daripada business emas nie, maka saya kupas topik ini kepada beberapa bahagian. Ini ialah bahagian pertama artikel ini.

Untuk pengetahuan anda, berapa banyak pendapatan yang anda akan perolehi daripada aktiviti trading emas ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

1. Ilmu pengetahuan anda berkenaan emas
2. Modal yang anda ada
3. Networking anda (berapa ramai supplier, buyer dan investor yang anda kenal)
4. Kejujuran/trustworthy (sejauh mana orang percaya kat anda)

Ok, sekarang kita lihat antara kaedah buat duit dalam trading emas nie:

Kaedah Pertama:

Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.


Emas fizikal pilihan; syiling emas, Dinar dan gold Bar.

Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya, PAMP Suisse gold bar kemudian simpan.

Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik kat bank atau kedai emas dan mendapat keuntungan.

Contoh bagi Kijang Emas:

Berdasarkan kepada jadual diatas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan ūüôā

Kebaikan:
1. anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran¬†kepada orang yang berminat nak beli. So boleh tambah profit lagi ūüôā

Kelemahan:
1. Kalau anda nak pakai kaedah beli harga rendah dan jual harga tinggi utk jangkamasa pendek, maka tak berapa sesuai guna emas fizikal. Ini kerana syiling emas nie produk yang hot. Selalu out of stock. So takut nanti bila nak beli balik stok dah tak ada.

 

Kaedah kedua:

Buat loan bank semaksima mungkin (antara 5 ke 10 tahun) dan beli syiling emas 1Oz seperti Kijang Emas, Syiling Emas dari UOB Bank atau Dinar Emas.

 

Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak. Untung pun InsyaAllah banyak ūüôā

Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga loan habis bayar. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan cover duit loan dan akan berikan anda keuntungan.

Untuk maklumat lanjut, sila refer posting saya yang bertajuk:
Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?

 

Kaedah ketiga:

Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia
(spot gold + exchange rate bank + untung bank).

Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.

Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.

Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.

hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:

Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

 

Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram


Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!

Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008
(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka

anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!

Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…
Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27


Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!

Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00
(RM10.28 x 300 gram = RM3084)

Kalah dividen setahun ASB betul tak? ūüôā

Jika anda nak tahu harga semasa Gold Investment Account Public Bank
klik sini: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Kebaikan:
1. Takder masalah stok abis. Mudah dibeli dan dijual balik kat bank.
2. Public Bank ada di seluruh Malaysia, so anda mudah nak pergi beli
3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan)
4. Dalam jangkamasa panjang emas akan naik harga, so cepat atau lambat anda tetap akan untung.

Kelemahan:
1. Kena pandai baca timing, bila nak beli dan bila nak jual. Anda kena peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan. Once anda dah mahir timing.. hehehe.. anda akan kaya (err.. tengok modal jugak lah..)

Ok, itu sahaja untuk part 1.

Diharap anda bersabar menunggu artikel part 2: Keuntungan lumayan melalui trading emas. Tekniknya lebih sofistikated.

Ok then, selamat berpuasa. Hari raya dah dekat ūüôā
Jadi disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Terima kasih atas sokongan anda.

p/s: Jika anda suka membaca artikel blog jutawanemas.com ini,
harap dapat subscribe newsletter jutawanemas.com
anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.

Membeli dan menyimpan gold bar/bullion

Sunday, August 10th, 2008 |

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Antara pelaburan emas terbaik ialah dengan membeli gold bar (atau dipanggil bullion). Kalau dalam bahasa Melayu dipanggil jongkong emas.

Berdasarkan suryey saya di kedai emas, bank dan sekitar Malaysia, terdapat 3 jenis gold bar yang popular dan boleh anda beli iaitu:

1. PAMP Suisse gold bar
2. Poh Kong Bunga Raya gold bar
3. Public Gold gold bar

Mari lihat satu persatu.

1. PAMP Suisse gold bar.

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products).

PAMP yang berpengkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan palladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Maklumlah, made is Swiss. Cuba search dalam google berkenaan PAMP Suisse gold dan anda akan dapati banyak gambar-gambar emas keluaran PAMP. Gold bar PAMP senang dijual beli di mana-mana negara di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan (Assay certificate).

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual:

1. PAMP Suisse gold bar 100 gram dengan sijil ketulenan warna pink.


PAMP gold bar 100 gram

Klik gambar untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler ūüôā

PAMP gold bar close up
Klik untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler ūüôā
.

Gold bar nie boleh dibeli kat Habib Jewel, Etika Emas, UOB Bank dan kedai emas tertentu.

Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

Memandangkan harganya yang tinggi, maka tak banyak kedai emas yang jual gold bar 100 gram nie.

Emas nie sesuai untuk buat pelaburan dengan cara beli dan simpan. kalau boleh 3 tahun ke atas. kalau boleh simpan lebih 10 tahun, lebih baik.

Kebaikan:

1. Emas PAMP Suisse terkenal di seluruh dunia. Boleh dijual beli di seluruh dunia.
2. Ada sijil ketulenan dan nombor siri
3. Kualiti emas 24K, 999.9

2. PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru.


PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru

Antara bentuk lain gold bar PAMP suisse ialah seperti di atas.

Gold bar nie boleh di dapati di kedai emas biasa, tapi anda kena tanya.

Kalau kat Melaka emas PAMP Suisse boleh dibeli di Kedai Emas Poh Win, Melaka Mall, kat Mahkota Parade pun ade. Antara saiz yang boleh didapati ialah 10 gram, 20 gram, 31.10 gram, 50 gram dan 100 gram.


Gold bar PAMP suisse kat kedai emas Poh Win, Melaka

Emas nie dibalut dalam bekas plastik yang keras, tujuannya ialah untuk melindungi emas kat dalam tu. Jadi anda tak boleh nak buka dan pegang emas tu. So, tengok dari luar ajelah. Kalau nak buka jugak kena toreh dengan pisau ler jawabnya ūüôā

2. Poh Kong gold bar (Bunga Raya).

Jika anda mengunjungi kedai Emas Poh Kong, mereka juga ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri yang dinamakan Bunga Raya gold bar.

Gold bar ini boleh didapati di dalam berat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

 


Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya.
(p/s: terima kasih diucapkan kepada saudara Dzulhusni Anjang
kerana mengirimkan gambar gold bar Bunga Raya kepada saya) .

By the way, ini website kedai emas Poh Kong http://www.pohkongjewel.com/

Emas nie kualitinya 24K, 999.9 . So memang tulen. Tapi dari segi popular, emas Poh Kong Nie kurang terkenal berbanding PAMP Suisse.

Kalau anda nak jual kembali emas nie kepada Poh Kong, Biasanya mereka akan tolak 15% ke 18% dari harga emas semasa.

3. Gold bar Public Gold.

Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan gold bar untuk tujuan pelaburan.

Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan gold bar dan syiling emas atas jenama Public Gold.

Untuk gold bar, saiz yang ditawarkan mereka ialah 20 gram, 50 gram dan 1 kilogram. Kualiti emas ialah 24K (999.9)

Laman web Public Gold boleh dilawati di www.publicgold.com.my

Saya telah mengunjungi ibu pejabat Public Gold untuk mendapatkan maklumat dan melihat sendiri gold bar keluaran mereka.

 

Ini gambar gold bar Public Gold:


Gold bar 20 gram dan 50 gram Public Gold
.

Gambar belakang gold bar
.

Jika anda nak tahu cerita penuh mengenai Public Gold, cara membeli dan pengalaman saya, sila lawati artikel saya di sini http://jutawanemas.com/v1/?p=837

Ok then, selamat membeli emas ūüôā

Jika ada sebarang komen, sila letakkan di ruangan komen.

Segala pertanyaan anda dialu-alukan.

1.Jangan lupa melanggan Newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update
mengenai pelaburan emas di Malaysia :)
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas