Ebook

Archive for the ‘Kijang Emas’ Category

Kisah Kijang Emas Yang Tercalar

Monday, July 13th, 2009 |

kisah_kijang_emas_yang_tercalarAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria semua.

Saya disini Alhamdulillah, sihat dan ceria. Cuma sibuk banyak… macam biasa lah..

Baiklah untuk posting kali ini saya akan berkongsi cerita tentang syiling Kijang Emas yang tercalar.

Untuk pengetahuan pembaca semua, salah satu daripada emas pelaburan yang terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas.

 Ini kerana Kijang Emas memiliki kelebihan berikut:

1. Spread yang rendah (3.1% – 6.7%)
2. Kualiti emas 24 karat
3. Mudah dibeli dan dijual semula di Maybank (cawangan tertentu)
4. Boleh digadaikan

Walaupun Kijang Emas merupakan salah satu daripada emas pelaburan terbaik, namun jika anda tersalah langkah maka ia akan menjadi pelaburan emas yang merugikan. 

Anda akan rugi jika syiling Kijang Emas anda calar dan bengkok.

Ini kerana jika calar atau bengkok maka Maybank tidak akan membeli kembali syiling Kijang Emas anda.

Antara faktor-faktor yang boleh mencalarkan syiling Kijang Emas:

1. Ketika proses pajak di Ar-Rahnu.
2. Terjatuh
3. Tergesel

tn_sepit
Proses menguji emas di Ar-Rahnu boleh mencalarkan Kijang Emas anda.

Tips bagi mengelakkan syiling Kijang Emas anda calar:

1. Kalau boleh elakkan dari gadai di Ar-Rahnu. Ini kerana proses menguji ketulenan
    emas boleh mencalarkan Kijang Emas anda kerana sepit yang digunakan
    diperbuat daripada besi. Kalau terpaksa gadai juga, maka pesan kepada pegawai
    Ar-Rahnu bank supaya berhati-hati ketika menyepit syiling Kijang Emas anda.
    (jangan sepit kuat-kuat, jangan goncang kuat-kuat)

2. Elakkan daripada membuka Kijang Emas daripada sarungnya. Ini boleh
    mengurangkan risiko Kijang Emas bengkok apabila terjatuh.

3. Sekiranya Syiling Kijang Emas anda tidak mempunyai sarung, maka belilah
    sarung plastik khas (baca sini)

Kisah Kijang Emas yang tercalar.

Kat sini saya ingin menunjukkan 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.

Walaupun calarnya sedikit tetapi Maybank tidak mahu membeli semula syiling Kijang Emas ini.

Sedih betul.. tapi apa nak buat… nasib ler…

tn_3_kijang_emas
Ini adalah 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.

Mari tengok gambar close-up setiap satu (klik gambar untuk besarkan)

Kijang Emas yang tercalar #1

tn_kijang_emas_calar_1_2

tn_kijang_emas_calar_1_3

Kijang Emas yang tercalar #2

tn_kijang_emas_calar_2

Kijang Emas yang tercalar #3

tn_kijang_emas_calar_3

tn_kijang_emas_calar_3_2

Kijang emas yang sumbing.

Ini adalah gambar Kijang Emas yang sumbing akibat terjatuh.

Sedih betul.

Maybank reject syiling Kijang Emas nie… so tak dapat lah nak jual balik.

kijang_sumbing

Kesimpulannya:

1. Kijang Emas adalah salah salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia.
    Namun ia cuma sesuai jika anda boleh menyimpannya elok-elok dan tak mahu
    menggadaikannya di Ar-Rahnu.

2. Jika anda pelabur yang menggunakan khidmat Ar-Rahnu maka Kijang Emas
    tidak sesuai. Lebih baik anda membeli gold bar Public Gold. Peace of mind
    Ini kerana gold bar Public Gold boleh dijual semula walaupun calar, bengkok
    dan sumbing asalkan berat tetap sama. Public Gold gerenti beli balik.

3. Jika anda mahu membuat keuntungan menggunakan teknik pajak dan beli
    emas fizikal (baca sini) , saya cadangkan anda elakkan Kijang Emas.
    Lebih baik gunakan gold bar Public Gold (klik sini).

Jika anda ada sebarang pengalaman berkenaan Kijang Emas yang calar dan tak boleh jual balik ataupun hilang resit ataupun cerita-cerita yang sewaktu dengannya, apa kata anda berkongsi pengalaman anda kat sini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.

Pengalaman Membeli Kijang Emas Yang Berbeza-beza

Sunday, February 15th, 2009 |
Berminat untuk mengiklan di blog ini? Saya akan membantu anda membuat
promosi yang berkesan. (Klik sini)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca.

Untuk posting kali ini, saya ingin bercerita mengenai pengalaman membeli syiling emas Kijang Emas yang berbeza-beza diantara satu cawangan Maybank dengan cawangan Maybank yang lain.

Saya pasti anda telah membaca pengalaman saya membeli syiling Kijang Emas di Maybank Melaka main.

Posting tersebut boleh dibaca disini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/membeli-syiling-kijang-emas/ 

Pengalaman membeli Kijang Emas yang berbeza-beza.

Ramai pembaca blog jutawanemas memberitahu saya yang pengalaman mereka semasa membeli Kijang Emas adalah berlainan dengan apa yang saya tulis.

Sebagai contoh:

1. Tak perlu tunjukkan IC sewaktu hendak membeli Kijang Emas
2. Tak dapat sijil pembelian daripada Maybank sebaliknya dapat resit bank-in sahaja
3. Tak dapat cover biru daripada Maybank, cuma dapat syiling Kijang Emas sahaja

Daripada feedback ini, saya boleh buat kesimpulan bahawa kaedah jualan Kijang Emas mungkin berbeza daripada satu cawangan Maybank dengan cawangan yang lain.

Jadi, janganlah risau.

Apa yang penting ialah anda mendapat 2 benda nie daripada Maybank:

1. Syiling Kijang Emas itu sendiri (samada diberi cover atau tidak)
2. Bukti pembelian (samada sijil atau slip bank-in)

Pengalaman membeli Kijang Emas di Maybank Langkawi.

Ayah saya telah membeli syiling Kijang Emas 1 Oz di Maybank Langkawi.
Kijang Emas tersebut tak ada cover biru macam yang saya beli kat Melaka. Cuma diberi syiling seketul sahaja.  Bukti pembelian pula adalah resit bank-in sahaja.


Beli Kijang Emas di Langkawi, takder cover dan sijil. Just resit bank-in.

Jadi ayah saya terpaksa membeli sendiri cover plastik untuk Kijang Emas tu… Kalau tak ada cover takut nanti senang calar. Nanti takut Maybank tak nak terima balik kalau nak gi jual.

Resit pembelian pun ayah saya simpan dalam cover plastik tu…


Cover plastik tu ayah saya beli sendiri.

Kesimpulannya,

Pengalaman anda membeli Kijang Emas mungkin berbeza dengan apa yang saya tulis kat blog nie.. tapi jangan risau… it’s normal.

Jika anda mempunyai pengalaman yang tersendiri sewaktu membeli Kijang Emas, marilah berkongsi di sini. Letakkan di bahagian komen.

Jika nak tahu lebih lanjut berkenaan pelaburan emas, jemput datang ke forum jutawanemas. InsyaAllah persoalan anda akan terjawab.

Ok then.. selamat memburu Kijang Emas 🙂

Pengalaman memajak emas di Ar-Rahnu

Wednesday, December 17th, 2008 |

ar-rahnu-public-gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? harap-harap anda akan sihat dan ceria semua.

Nampaknya kita sudah menghampiri hujung tahun 2008. Tak lama lagi tahun 2009 akan tiba.

Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2009 ini akan membawa lebih banyak keberkatan, kekayaan dan juga kebahagiaan.

Ok! sekarang mari kita bercakap pasal emas pula 🙂

Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.

Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank.

Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia.

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:

1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00

Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.

So saya tak recommend lah….

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.

Memandangkan saya pernah memajak emas di kedua-dua bank, maka saya akan tumpukan kepada bank-bank ini.

1. Ar-Rahnu Bank Rakyat:
Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini:
http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu 

2. Ar-Rahnu Agro Bank:
Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini
http://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711

Pengalaman memajak emas di Bank Rakyat.

Saya ada memajak 6 ketul emas PAMP Suisse 100 gram di Bank Rakyat Melaka.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis rate pajak iaitu barang kemas dan juga gold bar.

Jika anda hendak pajak gold bar, anda perlu membawa sijil gold bar berkenaan atau resit pembelian gold bar tersebut. Tapi untuk barangan kemas, tak perlu bawa sijil.

gold_bar_PAMP_Suisse
Emas PAMP Suisse 100gram yang digadai

Memajak emas di Bank Rakyat sangat mudah.

Dalam 15-20 minit aje dah selesai.

Apa yang perlu dibawa ialah emas dan kad pengenalan.

Kalau ada resit pembelian emas, saya cadangkan anda membawanya. In case pegawai Bank Rakyat minta tengok.

Emas yang biasa digadaikan ialah emas 999 (24K) dan emas 916 (22K)


Pegawai bank akan menguji berat dan ketulenan emas.

Bank Rakyat akan memberi pinjaman 65% daripada nilai keseluruhan emas.

Rate harga emas pula berubah-ubah setiap hari berdasarkan harga emas pasaran.
kalau nak tahu rate, kena telefon atau kunjungi cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Tempoh simpanan ialah 6 bulan. Anda boleh tebus awal kalau nak.
Anda akan dapat diskaun jika menebus awal.

Selepas tempoh 6 bulan, anda boleh terus menyimpan lagi 6 bulan, tapi dengan syarat anda kena jelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang terdahulu.

Upah simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat

Upah simpan yang dikenakan oleh Bank Rakyat bergantung kepada nilai harga emas yang disimpan ( dipanggil nilai marhum).

Macam kes saya nie, nilai emas (marhum) ialah RM64,500.

Jadi, saya boleh pinjam 65% daripada nilai marhum iaitu bersamaa RM41,900.00

Memandangkan nilai gadaian melebihi RM5000, ia dah masuk kategori Az-Zahab
(Az- Zahab adalah skim lanjutan kepada Ar-Rahnu. Ia menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu. Ar-Rahnu untuk nilai marhum RM5000 ke bawah)

Pengiraan:

Nilai emas yang disimpan = RM64 500.00

Nilai pinjaman yang diberikan  = 65% x RM64 500.00
= RM41 925.00  (dibundarkan jadi RM41 900.00)

Upah simpan = 0.75% x RM64 500.00 (nilai marhum)
= RM483.00 sebulan (tapi kena bayar RM485.08)

Jumlah upah simpan 6 bulan = RM485.08 x 6
= RM2910.45

.


Ini adalah resit pajakan emas di bank Rakyat.

 Kebaikan:

1. Proses gadaian mudah dan cepat
2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000
3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak
4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut

Kelemahan:

1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu
ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan

Pengalaman memajak emas di Agro Bank.

Saya ada memajak emas PAMP Suisse 50gram (plastik biru) dan Kijang Emas 1Oz di Agro Bank Melaka.

Ini kerana Agro Bank boleh menerima gold bar yang ada gambar untuk dipajakkan.


PAMP Suisse 50gram yang digadai

Kijang emas yang digadai

Prosesnya pun mudah juga. Dalam 20 minit selesai urusan mengisi borang dan menguji ketulenan emas. Pegawai Agro Bank meminta saya sertakan resit pembelian emas untuk disimpan.

Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.

Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.

Bagi kes saya, saya ambil 70% 🙂

Ini adalah resit gadaian emas Agro Bank


Klik untuk besarkan

 Kebaikan:

1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:

1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.

Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.

Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi 🙂

Lain-lain fakta:

Institusi lain yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu (setahu saya):

Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas, jemput ke forum jutawanemas.

Sekian terima kasih.

Anugerah Juara Pelaburan Emas 2008 – Musim Pertama

Wednesday, October 29th, 2008 |

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya doakan anda semua sihat sejahtera 🙂

Jika anda peminat pelaburan emas, saya percaya anda telah membaca semua artikel-artikel di dalam blog ini dan telah subscribe newsletter jutawanemas. Anda juga mungkin telah menyelongkar semua topik-topik yang ada di forum. Pendek kata anda dah tahu tentang pelaburan emas. Sekarang nie cuma nak cari duit lebih ajer untuk beli emas.

Di sepanjang penulisan saya, didapati terdapat banyak jenis emas yang boleh dipilih, kekadang tu sampai tak tahu yang mana satu nak dipilih.

Jadi disini saya ingin menyelesaikan masalah sukar nak pilih pelaburan emas. Untuk posting kali ini saya telah menganalisis peluang-peluang pelaburan emas yang terdapat di Malaysia samada fizikal ataupun bukan fizikal dan untuk pertama kalinya jutawanemas.com ingin mengumumkan satu anugerah ciptaan sendiri…

Anugerah Juara Pelaburan Emas 2008 – Musim Pertama

Anugerah ini adalah berdasarkan kepada emas-emas pelaburan yang mampu memberikan pulangan terbaik kepada pelabur. Ia bertujuan memudahkan peminat-peminat pelaburan emas seperti anda semua membuat keputusan memilih emas pelaburan yang terbaik 🙂

Antara aspek-aspek yang diberikan perhatian adalah:

i.   Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
ii.  Mudah untuk diperolehi
iii. Mudah untuk berurusniaga
iv. Ketulenan emas
v.  Boleh digadaikan

Sekarang, mari kita barisan calon-calonnya:

1. Kijang Emas
2. Emas UOB Bank
3. Public Fine Gold (Public Gold)
4. Dinar Emas Kelantan
5. Dinar Emas IGD
6. Habib Jewel (PAMP Suisse)
7. Poh Kong (Bunga Raya Gold Bar)
8. Public Bank Gold Investment account (kategori bukan fizikal)
9. Maybank Gold Saving Passbook (kategori bukan fizikal)

Mari kita lihat satu persatu…

1. Kijang Emas


Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat

Spread (anggaran)

        1 Oz

3.13% – 3.2%

        ½ Oz

4.9% – 5.0%

        ¼ Oz

6.6% – 6.8%

ii. Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu di seluruh negara
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Harga harian boleh dipantau melalui website Maybank/BNM
vi. Kelemahan – hot produk, selalu sold out
vi. Untuk memaksimakan keuntungan, dapatkan berat 1 Oz

Kesimpulannya, saya berikan Kijang Emas:

Pelaburan emas lima bintang! 

 
2. Syiling Emas UOB Bank


Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat  Spread (anggaran)
        1 Oz 3.05%
        ½ Oz 5.17%
        ¼ Oz 6.82%

ii. Boleh dibeli di cawangan UOB
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Syiling emas yang dijual terkemuka dunia
    (Canadian Gold Maple, Australian Gold Nugget, Singapore Gold Lion) 
vi. Harga boleh dipantau di website UOB Bank
vii. Kelemahan – hot produk, selalu sold out
viii. Untuk memaksimakan keuntungan, dapatkan berat 1 Oz

Kesimpulannya, saya berikan Syiling Emas UOB Bank:

Pelaburan emas lima bintang! 

3. Public Gold (syiling emas dan jongkong emas)


Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

Berat

Spread (anggaran)

Kos tambahan

        20 gram

6%

  Delivery + RM10
        50 gram

5.5%

  Delivery + RM20

100 gram

5%

  Delivery + RM30

ii. Selain daripada Kijang Emas/UOB gold coin, Public Gold merupakan pilihan terbaik.
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Kualiti minting yang cantik
vi. Boleh beli menggunakan kad kredit (surcharge 3%)
vii. Harga semasa boleh dipantau di website Public Gold

Kesimpulannya, saya berikan Public Gold:

Pelaburan emas lima bintang! 

4. Dinar Emas Kelantan


Ulasan:

i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah

Berat

Spread

        1 Dinar

RM20

        ½ Dinar

RM10

        ¼ Dinar

RM5

ii. Kos seunit yang agak rendah
iii. Kualiti emas 22K (916)
iv. Boleh digadaikan
v. Kelemahan – tak banyak cawangan di seluruh negara
vi. Dapatkan saiz 1 Dinar untuk memaksimakan keuntungan

Kesimpulannya, saya berikan Dinar Emas Kelantan

Pelaburan emas lima bintang! 

 
5. Dinar Emas IGD (company dah tutup)


Ulasan:

i. Kelemahan – Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (16% ke 18%)
ii. Stok agak susah untuk diperolehi
iii. Kelemahan – tak banyak cawangan di seluruh negara

Kesimpulannya, saya berikan Dinar Emas IGD

Pelaburan emas 3 bintang

6. Habib Jewel (PAMP Suisse)


Ulasan:

i. Kelemahan – Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (15% ke 18%)
ii. Harga ikut harga semasa (rate Habib Jewel) 
iii. Boleh beli pakai kad kredit
iv. Emas berjenama (PAMP Suisse)

Kesimpulannya, saya berikan pelaburan jongkong emas Habib Jewel

Pelaburan emas 3 bintang

7. Poh Kong (Bunga Raya Gold Bar)


Ulasan:

i. Kelemahan Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (14% ke 15%)
ii. Harga ikut harga semasa (rate Poh Kong) 
iii. Boleh beli pakai kad kredit
iv. Kelemahan – Pembungkusan di dalam plastik yang sukar dibuka.
     Jadi akan ada masalah kalau nak pergi gadai.

Kesimpulannya, saya berikan pelaburan jongkong emas Poh Kong

Pelaburan emas 3 bintang

8. Public Bank Gold Investment account
    (kategori bukan fizikal)


Ulasan:

i. Spread rendah (RM3 sahaja/gram)
ii. Urusniaga jual beli yang mudah 
iii. Harga emas yang mudah dipantau
iv. Selamat dari segi penyimpanan
v. Berpotensi untuk membuat keuntungan jangka pendek
vi. Kelemahan– sekarang dah tak tawarkan pengeluaran emas fizikal
vii. Kelemahan– tidak boleh digadaikan

Kesimpulannya, saya berikan Public Bank GIA

Pelaburan emas 4.5 bintang! 

9. Maybank Gold Saving Passbook
    (kategori bukan fizikal)

Ulasan:

i. Kelemahan – Spread yang tinggi (RM7-RM8 /gram)
ii. Akaun yang mudah dibuka
iii. Urusniaga jual beli yang mudah 
iv. Harga emas yang mudah dipantau
v. Selamat dari segi penyimpanan
vi. Menawarkan tawarkan pengeluaran emas fizikal
vii. Kelemahan– tak boleh digadaikan

Kesimpulannya, saya berikan Maybank Gold Saving

Pelaburan emas 3 bintang

Ok, dah habis dah…

Jika anda berminat membuat pelaburan emas, saya cadangkan anda memilih pelaburan emas berstatus dan  

Pelaburan  kalau boleh jadikan pilihan terakhir.

Walau bagaimanapun, keputusan akhir pemilihan juara emas pelaburan ini terletak di tangan juri awam iaitu anda sendiri (60%) dan juri professional cuma (40%).

Ini kerana juri awam sendiri yang akan mengeluarkan duit untuk membeli emas ini 🙂

Apa pun, sekarang adalah waktu terbaik untuk anda memulakan pelaburan emas anda. Kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Jika ada sebarang persoalan, sila letakkan di bahagian komen. Paling baik lagi jika kita boleh bersoal jawab di forum jutawanemas.

Terima kasih.

Bagaimana saya nak mulakan pelaburan emas?

Sunday, August 3rd, 2008 |

Salam sejahtera pembaca semua.

Saya seringkali menerima pertanyaan daripada pembaca blog jutawanemas.com bertanya tentang pelaburan emas manakah yang terbaik.

Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda 🙂

Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah menyimpan tak?

Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas
2. gold bar.

Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.


Syiling Kijang Emas
.

Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:

– Canadian gold Maple Leave
– Australian Nugget
– Singapore gold coin


Syiling-syiling emas yang dijual UOB Bank
 
 
 

Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.


Syiling emas Public Gold 50 gram (24K)
.
.

Gold bar Public Gold 20 gram dan 50 gram (24K)

 

 
.
Ini gambar PAMP Suisse gold bar:
.
 
.
 

gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya
. 
Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.
.
Gambar Dinar Emas Kelantan
.


p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,
saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold/Kelantan sebagai pilihan pertama. .

.

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.

Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:

1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

Posting ini hanyalah panduan semata-mata. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kemudahan anda. No problem. Kalau ada persoalan, maka letakkan soalan anda di forum jutawanemas atau pada ruangan komen kat bawah. InsyaAllah saya akan cuba bantu.

Sekarang nie saya nak buat survey sikit, saya minta semua pembaca ambil bahagian dalam survey nie ok!

[poll id=”1″]

p/s: Kongsikan maklumat mengenai pelaburan emas dengan rakan-rakan anda. Beritahu mereka tentang website jutawanemas.com ini. Ajak mereka vote sekali kat sini. Kita tengok pandangan orang Malaysia pasal pelaburan emas nie 🙂

Bacaan berkaitan:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

 

 

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas