Ebook

Archive for the ‘pelaburan emas’ Category

Dapatkan maklumat pelaburan emas di FB page saya. Ada hadiah disana.

Tuesday, September 20th, 2016 |

Salam sejahtera pembaca blog sekalian.

Saya nak minta tolong sikit boleh?

Memandangkan sekarang zaman FB, saya dan isteri aktif update info pasal pelaburan emas di dalam page FB kami.

syukor_hashim

Minta tolong like FB page saya dan Isteri Jonaina Nordin.
link kat sini (klik => https://www.facebook.com/Syukor-Hashim-Jonaina-Nordin-1849…/

Disana, kami berdua sama-sama menulis tentang tips-tips pelaburan emas dan perkembangan emas.

Hadiah untuk anda download di FB page kami.

Sebagai bonus, saya letakkan satu laporan percuma kisah sebenar

5 KELEBIHAN MEMBELI EMAS SECARA KONSISTEN.
[ Kisah sebenar seorang guru dan ibu yang membeli emas 1 gram sebulan dan mendapat 5 kelebihan ]

Anda boleh download kisah tersebut di FB page kami.

Jutaan terima kasih

Syukor hashim

Ilmu paling basic. Simpan emas nie untungnya kat mana?

Wednesday, June 29th, 2016 |

Saya ingin menjawab satu soalan paling basic. Ramai orang yang ingin tahu.

Yakni, simpan emas nie, untungnya kat mana?

Bagi mereka yang tak nampak untung menyimpan emas, kat sini saya nak bagi jawapannya.

  1. Keuntungan utama simpan emas, ia mengelakkan kebocoran wang
  2. Emas menyebabkan kekayaan “melekat” pada anda

Itu dia ilmu emas yang paling basic.

Diulangi…. itu ilmu emas yang paling…paling basic.

Kenapa saya cakap macam tu? Baca lagi…

Soalan keramat pasal duit.

Saya berpengalaman selama 8 tahun dalam ilmu emas.

Saya beri seminar tentang ilmu emas kepada ribuan orang.

Di dalam ceramah saya, saya selalu bertanya satu soalan.

Soalan: Tuan puan sekalian “Duit kertas nie senang nak perabis atau senang nak simpan?

duit
Gambar: Jawab. senang simpan ke senang habis duit nie?

Tuan puan sekalian. 100% orang menjawab “Duit senang perabis en Syukor…”

Soalan saya lagi “Kalau saya bagi RM1000 kat tuan puan, berapa lama masa yang tuan puan amik untuk perabis duit tu?”

Ada yang jawab sejam ajer… beli kasut… beli handbag… beli baju dan beli macam-macam lagi (paling best, ada sorang kakak tu jawab, saya boleh perabis dalam masa seminit ajer en Syukor, sambil terseyum-senyum).

shopping
Gambar: Senang sangat perabis duit. Shopping!!!!

Kenapa susah simpan duit?

Jawapan: sebabnya, sejak kita mula kenal duit. Otak kita dah diprogramkan dengan tabiat berikut:

Dapat duit, pergi belanja.

Ingat tak waktu anda di sekolah rendah dan sekolah menengah dulu?

Mak ayah akan bagi duit belanja sekolah tiap-tiap hari.

Lepas tu kita pergi sekolah, duit tu kita belanja. Esok pergi sekolah, dapat duit lagi.. belanja lagi..

Perkara ini diulangi tiap-tiap hari sekolah selama 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Total 11 tahun!

Tuan puan sekalian, benda yang berulang-ulang kali dibuat, lama kelamaan akan menjadi TABIAT.

Tabiat dapat duit, lepas tu belanja adalah MERBAHAYA DALAM JANGKA MASA PANJANG.

habits

Kenapa? Kita boleh lihat kesannya bila kita meningkat dewasa.

Bila dah dewasa, dah kerja dan ada gaji sendiri. Dapat duit tiap-tiap bulan.

Apa jadi?

Tuan puan. bila dah jadi dewasa, dah masuk alam pekerjaan… tuan puan cuba tengok balik. Apa tabiat tuan puan dengan duit?

Masih seronok nak belanja kan?

Kalau tak belanja.. duit tu bayar hutang kan?

Pendek kata, asal dapat duit, ada ajer cara nak habiskan @ terpaksa habiskan.

Ingat tuan puan.

Tabiat manusia dengan duit = syok perabis.

Lama kelamaan anda dapati, susah benar nak simpan duit nie. Asyik tak ada duit ajer.

Mari buat survey.

Cuba tengok duit simpanan anda sepanjang tahun lepas dan tahun ini.

saving_money

Adakah anda menyimpan duit secara konsisten?

Kalau anda simpan secara konsisten setiap bulan sebanyak RM200, maka pada hujung tahun anda akan ada simpanan RM2400.

Tengok ajer simpanan tahun nie. Bila dapat gaji, berapa boleh simpan?

Atau pun duit tu habis dan anda tak tahu ia pergi mana?

Kebanyakan orang susah nak simpan duit. Sebab, tabiat itu tidak ada.

Saving-Money-Fail

Cuba renung-renung balik… tabiat dapat duit dan belanja, jika diamalkan berterusan maka anda jadi orang tak berharta.

Nanti nak pergi umrah pun susah. Nanti anak nak masuk kolej @ universiti pun susah. Sebab tak ada simpanan.

Apa ubat kepada masalah “Susah nak simpan duit?”

Jika anda ada masalah nak simpan duit, maka ubatnya adalah emas. Tukar duit yang anda nak simpan itu ke dalam bentuk emas.

Yes, saya cakap benda yang betul.

Ubat untuk orang yang tak boleh simpan duit adalah emas.

Tukar duit tu jadi emas.

Kenapa?

Sebab fitrah manusia dengan emas adalah simpan.

Tengok gambar nie…

Ini adalah gambar jongkong emas 5 gram yang bernilai RM1000 dan duit kertas yang juga bernilai RM1000.

gold_dan_RM1000

Tanya diri anda 2 soalan:

  1. Kalau aku ada emas 5 gram, apa aku akan buat?
  2. Kalau aku ada duit cash RM1000, apa aku akan buat?

Jawapan paling logik adalah.

Emas 5 gram= Simpan elok-elok, jangan bagi hilang, jangan bagi orang tahu.

Duit cash RM1000 = beli baju, beli seluar, beli kasut, belanja awek, belanja keluarga, beli aksesori kereta, beli pinggan mangkuk, beli penapis air…

Hah! Kan banyak jawapan yang datang. Kebanyakan jawapan-jawapan tersebut adalah berbentuk perabis duit.

Fitrah manusia dengan emas.

Tuan puan sekalian, fitrah manusia dengan emas adalah nak simpan elok-elok supaya tak hilang.

Jadi apabila anda tukar duit jadi emas maka keinginan nak beli baju, seluar, belanja awek, dan macam-macam lagi tu akan hilang terus. Yillek!

Jadi, ilmu paling basic tentang “kenapa nak simpan emas?” adalah

  1. Emas adalah ubat kepada kebocoran wang
  2. Emas menyebabkan kekayaan melekat pada anda
  3. Orang yang tahu ilmu emas nie, InsyaAllah kewangan dia adalah lebih baik.

Jangan percaya saya, buat sendiri experimen ini.

Jangan percaya apa yang saya cakap, tapi anda cuba buat experimen sendiri.

5gram_emas_dalam_wallet

Cuba try beli sekeping 5 gram emas bernilai RM1000 nie dan letakkan dalam beg duit anda.

Tengok, hujung tahun nie emas tu ada lagi tak kat dalam tu?

InsyaAllah, anda tak boleh belanja emas tersebut dan kekayaan RM1000 dalam bentuk emas tidak akan bocor selama-lamanya…

Tapi… takkan nak simpan 5 gram ajer kan?

 

Prestasi harga emas tahun 2016 dan potensi kenaikan harga lebih tinggi.

Monday, June 27th, 2016 |

Tahun 2016 adalah tahun yang sangat bagus untuk emas.

Harga emas meningkat daripada USD1082/Oz (awal Januari) kepada USD1325/Oz

Ini adalah peningkatan sebanyak 22.45% dalam masa 6 bulan.

au2016
Gambar: Harga emas dari Jan 2016 – Jun 2016

Berdasarkan analisis saya, potensi harga emas untuk naik adalah lebih tinggi.

Ini memandangkan situasi ekonomi dan politik dunia yang agak kucar-kacir.

Ada 2 faktor besar yang akan menyumbang kepada kenaikan harga emas (gold price rally)

  1. Situasi ekonomi China yang tidak berapa bagus.
    Anda boleh lihat graf dibawah, China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia, mengalami masalah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
    Apabila ekonomi China bermasalah, maka seluruh ekonomi dunia akan kena tempiasnya.
    baca: http://www.bloomberg.com/graphics/2016-changing-chinese-economy/

china_economy
Gambar: Pertumbuhan ekonomi China menurun.

2. Faktor politik Brexit (UK keluar daripada kesatuan Eropah)

brexit
Gambar: Rakyat Britain buas keputusan. Keluar EU

Dunia huru hara apabila rakyat Britain membuat undian untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Ini menyebabkan harga emas naik melambung.

Bukan sedikit, melambung 8.2% tau. Banyak tu…

brexit2
Gambar: Ini keputusan undian. Britain keluar EU!

Untuk pengetahuan anda, emas adalah pengukur kepada situasi ‘ketakutan’ @ fear barometer.

Bila berlaku ketidaktentuan dalam ekonomi dan politik, maka emas akan melonjak naik.

kesan_brexit
Gambar: Harga emas naik mencanak sebaik keputusan Brexit diumumkan.

Jika anda google “brexit effect to gold” maka anda dapati ramai penganalisis ekonomi dan politik meramalkan harga emas boleh terus meningkat sehingga USD1500 sehingga akhir tahun ini.

Jadi, sebagai persediaan awal. Anda boleh start mengumpul emas dari sekarang.

Kesimpulan.

Pada pendapat saya, faktor besar seperti ekonomi China dan kesan Brexit akan mempengaruhi kenaikan harga emas dunia.

Anda boleh mnggunakan peluang ini untuk menyimpan emas.

Anda akan menikmati kenaikan harganya di dalam jangka masa panjang.

Sekian.

Syukor Hashim

————– Copy paste artikel berita Google News ————

In the news
Image for the news result

Gold prices soar, but many commodities will suffer from the ripple effects of the referendum.

More news for brexit effect to gold


Why gold may hit $1,500 by year’s end—and it’s not just about Brexit …

www.marketwatch.com › Investing › Commodities › Commodities Corner

MarketWatch

12 hours ago – Gold’s dramatic rally is just a taste of more gains to come, analysts say. … Brexit is “a global monetary event, with destructive effects in individual …

Why gold could ‘brenefit’ regardless of Brexit vote outcome – CNBC.com

www.cnbc.com/…/why-gold-could-brenefit-regardless-of-brexit-vote-outcome….

CNBC

5 days ago – Gold could manage to rise if the U.K. opts to stay in the EU, and it may … but gold is also feeling the effects of uncertainty over the Brexit vote.

What Would a Brexit Mean for Gold Prices? – Investing News Network

investingnews.com/daily/resource-investing/precious-metals…/gold…/brexitgold-pric…

5 days ago – Gold prices could see a turnaround if Britain decides to leave the European Union after the … How would a Brexit affect gold prices? New polls …

How Will a Brexit Vote Impact Gold and Silver Prices? – Gold Stock Bull

goldstockbull.com/articles/will-brexitimpactgold-silver-prices/

Jun 14, 2016 – How will a vote for the UK to leave the EU, Brexit, impact gold and silver prices going forward. Here are our gold and silver price targets.

Gold Prices Slide Ahead of ‘Brexit’ Vote – WSJ

www.wsj.com/…/gold-prices-slide-ahead-of-brexit-vote-146660…

The Wall Street Journal

5 days ago – Gold prices slid Wednesday for the fourth day in a row, the day before Britain’s contentious … How Will ‘BrexitImpact the U.S. Election?

HSBC note on gold and Brexit – Business Insider

uk.businessinsider.com/hsbc-note-on-gold-and-brexit-2016-4

 

Sila recommend artikel ini kepada rakan-rakan anda.

klik butang Recommend di bawah sana. Terima kasih.

.

Follow saya di FB untuk update semasa dunia emas.

Wednesday, June 22nd, 2016 |

Salam semua.

Sekarang zaman FB.

Jadi, saya juga banyak berkongsi ilmu emas terkini di FB saya.

Tuan/puan boleh mendapat maklumat tentang perkembangan semasa dunia emas di FB saya di sini:

https://www.facebook.com/syukor

Memandangkan friendlist FB terhad kepada 5000 orang ajer, saya cadangkan anda klik butang Follow untuk mengikuti maklumat semasa FB saya.

Jumpa di FB 🙂

fb

FB pelaburan emas syukor hashim

Laporan percuma ini boleh membantu anda memahami pelaburan emas dalam masa 1 jam sahaja.

Wednesday, June 22nd, 2016 |

newbie_pelaburan_emasAnda masih baru dengan pelaburan emas?

Tak tahu kat mana nak mula?

Anda takut tersalah langkah?

Jika jawapan ada adalah YA, maka ada berita baik untuk anda.

Saya telah menulis laporan percuma 35 mukasurat untuk menjelaskan secara ringkas tentang

Apa itu pelaburan emas?

Laporan ini menceritakan tentang:

  1. Apa maksud pelaburan emas?
  2. Kenapa anda perlu menyimpan emas?
  3. Kelebihan menyimpan emas
  4. Kuasa beli emas yang stabil walaupun setelah 1400 tahun.
  5. Prestasi kenaikan harga emas 2001 – 2016
  6. Pelaburan emas fizikal
  7. Memilih emas pelaburan terbaik
  8. Sistem berat emas
  9. Melihat harga emas (spot gold)
  10. Susutnilai harga emas
  11. 7 faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli emas.

Anda boleh membaca laporan ini dalam masa sejam sahaja.

Download laporan percuma itu disini (klik gambar)

ataupun anda boleh juga klik link ini:

http://bit.ly/intro_pelaburan_emas

Semoga bermanfaat.

Jika ada sebarang soalan, anda boleh whatsapp saya di talian 013-2126999

Terima kasih.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas