Ebook

Archive for the ‘pelaburan emas’ Category

Laporan percuma ini boleh membantu anda memahami pelaburan emas dalam masa 1 jam sahaja.

Wednesday, June 22nd, 2016 |

newbie_pelaburan_emasAnda masih baru dengan pelaburan emas?

Tak tahu kat mana nak mula?

Anda takut tersalah langkah?

Jika jawapan ada adalah YA, maka ada berita baik untuk anda.

Saya telah menulis laporan percuma 35 mukasurat untuk menjelaskan secara ringkas tentang

Apa itu pelaburan emas?

Laporan ini menceritakan tentang:

  1. Apa maksud pelaburan emas?
  2. Kenapa anda perlu menyimpan emas?
  3. Kelebihan menyimpan emas
  4. Kuasa beli emas yang stabil walaupun setelah 1400 tahun.
  5. Prestasi kenaikan harga emas 2001 – 2016
  6. Pelaburan emas fizikal
  7. Memilih emas pelaburan terbaik
  8. Sistem berat emas
  9. Melihat harga emas (spot gold)
  10. Susutnilai harga emas
  11. 7 faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli emas.

Anda boleh membaca laporan ini dalam masa sejam sahaja.

Download laporan percuma itu disini (klik gambar)

ataupun anda boleh juga klik link ini:

http://bit.ly/intro_pelaburan_emas

Semoga bermanfaat.

Jika ada sebarang soalan, anda boleh whatsapp saya di talian 013-2126999

Terima kasih.

Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Telah Diterbitkan

Tuesday, June 21st, 2016 |
Nota admin: Kenapa emas itu digelar magnet kekayaan dan
mengelakkan kebocoran wang? Apakah rahsia menggunakan EMAS
untuk menarik kekayaan datang kepada anda?
Dapatkan FREE preview 94 mukasurat buku ini. Masukkan
nama dan email anda di dalam kotak kuning dibawah.
(kotak Hadiah dari Blog Jutawanemas Percuma)
________________________________________________________________________

coverAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan penuh tenaga.

Berita baik untuk anda yang ingin mengetahui rahsia membuat pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat.

Buku dan e-book mengenai pelaburan emas di Malaysia telah siap ditulis dan dibuka untuk jualan sekarang. Setiap pembeli buku akan turut menerima versi ebook percuma (anda boleh membaca di komputer atau iPad anda).

Anda boleh membaca maklumat lengkap di laman web www.pelaburanemas.com

(p/s: ebook adalah produk digital yang boleh di muat turun serta -merta dan dibaca kat komputer)

Tajuk buku ini ialah:

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas Dibongkarkan.

Saya amat gembira kerana dapat berkongsi ilmu pelaburan emas dengan anda di dalam bentuk buku fizikal dan e-book.

Bagi mereka yang membaca dan mengikuti blog jutawanemas ini, saya pasti ianya begitu informatif dan banyak membantu anda.

Namun, kehadiran buku fizikal dan juga versi e-book ini akan lebih membantu anda mengenai pelaburan emas.

buku_pelaburan_emas

Gambar: Buku menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

pegang_buku

Siapakah yang patut membeli buku ini?

Buku ini patut dibeli oleh:

1. Mereka yang ingin mengetahui keistimewaan emas
2. Mereka yang inginkan panduan bagaimana memilih emas pelaburan terbaik
3. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan dengan emas
4. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjadikan emas sebagai perniagaan
5. Mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang bijak
6. Mereka yang inginkan mendapat bimbingan daripada pakar emas

p/s: Setiap pembeli buku saya akan mendapat percuma ebook “Emas-emas Yang Hilang”  tulisan saudara Abd. Hafiz.

Jadi anda akan mendapat 1 buku fizikal dan 2 ebook.

Berapa Harga Pakej Buku dan  kedua-dua ebook ini?

Harga bagi kedua ebook ini serta semua kelebihan diatas adalah RM80 sahaja (termasuk kos pos FREE)

Untuk membeli buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas,

Sila ke www.pelaburanemas.com untuk mendapatkannya 🙂

 

 

2_ebook

Apakah rahsia pelaburan emas yang pertama?

Rahsia pelaburan emas yang pertama ialah:

Anda  perlu mendapat ilmu yang betul berkenaan pelaburan emas. Emas/kekayaan akan datang pada orang yang berilmu.

Sebaliknya emas/kekayaan hilang daripada orang yang tiada ilmu.

Jadi, membaca buku ini merupakan jalan pantas mendapat ilmu yang betul mengenai pelaburan emas.

Kesimpulannya.

1. Langkah pertama anda di dalam pelaburan emas akan menjadi lebih mudah dengan

membaca e-book ini. Ia dijamin membantu anda.

2. Kemudian anda perlu praktikkan segala ilmu yang ada di dalam e-book ini.

3. Kemudian anda sentiasa perlu menambah ilmu di dada.  Kerana semakin banyak

ilmu anda… semakin hebat diri anda.

Ok then, selamat menimba ilmu emas.

syukor

 

Syukor Hashim

Penulis buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”

Admin Jutawanemas.com

sms: 013-2126999

 

.

Laporan PERCUMA: Membuat Pelaburan Emas Fizikal yang Betul, Tepat dan Selamat

Wednesday, February 10th, 2016 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat anda untuk mendalami ilmu emas.

Di sini saya telah menulis satu laporan PERCUMA bertajuk:

Panduan Membuat Pelaburan Emas Fizikal yang Betul, Tepat dan Selamat”.

 

panduan_emas_fizikal

Untuk download ia, sila klik sini:

http://bit.ly/pelaburan_emas_fizikal 

Saya menulis laporan ini dengan satu niat iaitu membantu anda memahami cara-cara membuat pelaburan emas dengan betul, tepat dan selamat.

Untuk pengetahuan anda, saya aktif di dalam pelaburan emas sejak tahun 2008 sehingga hari ini. Pada waktu itu pelaburan emas masih terlalu baru di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas masih di tahap rendah.

Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu saya membaca buku-buku rujukan yang dibeli dari luar negara. Ini kerana buku-buku tempatan tentang emas @ pelaburan logam berharga adalah sangat terhad.

Cikgu-cikgu yang berkongsi ilmu emas dengan saya terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan professor universiti. Dengan tunjuk ajar mereka, saya rasa amat bertuah kerana dapat mempelajari ilmu emas yang betul dengan orang yang betul-betul pakar.

Saya dapati amat penting untuk anda mempelajari ilmu dari orang yang pakar di dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkin mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong.

Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikan daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan.

Saya doakan anda mendapat manfaat daripada laporan ini. Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar.

Untuk download laporan percuma ini, sila klik sini:

http://bit.ly/pelaburan_emas_fizikal 

.

p/s: Jika anda gagal download laporan percuma ini, sila sms@whatsapp nama dan email anda ke hp saya 013-2126999 untuk bantuan. Saya akan emailkan terus laporan ini kepada anda.

 

Terima kasih 🙂

Syukor Hashim

Admin www.jutawanemas.com
Whatsapp/SMS/tel: 013-2126999

Kenapa menyimpan emas menjadikan anda semakin kaya?

Wednesday, November 4th, 2015 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda nak tahu rahsia emas?

Download dan baca laporan khas ini.

Ia akan menjawab rahsia kenapa menyimpan emas menjadikan anda semakin kaya.

22 mukasurat yang penuh dengan informasi dan contoh sebenar.

Download disini:

laporan_khas_front_page

KLIK SINI=> http://bit.ly/LaporanKHAS_kenapa_simpan_Emas

Selamat membaca.

p/s: Jika anda rasa ia bermanfaat, sila like dan share dengan rakan-rakan anda.

Terima kasih banyak-banyak.

Kisah Benar: Ilmu emas dari Tanah Suci Mekah.

Friday, October 2nd, 2015 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembaca sekalian, saya ingin kongsikan dengan anda, bagaimana pembelian emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang.

Jika anda ingin membeli sesuatu sebagai hadiah, kenang-kenangan, cenderahati atau ole-oleh, maka belilah emas.

Ia akan menjadi pembelian yang mengembirakan untuk jangkamasa panjang.

Ini kisah benar 25 tahun lepas di mana mak dan abah saya pergi menunaikan haji.

Pada tahun 1990, mak dan abah saya berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.

mekah

Selepas selesai menunaikan ibadah haji, mereka pergi shopping di sekitar kota Mekah.

Waktu tu abah ada budget RM1000 seorang untuk shopping.

shopping

Apa yang mereka beli dengan RM1000 tu?

Abah saya peminat jam.

Dengan RM1000, Abah beli seutas jam Rado.

rado

Mak saya tak mahu beli jam. Dia lebih berminat dengan emas.

Jadi mak saya buat keputusan untuk menggunakan RM1000 duit shopping tersebut untuk membeli emas.

Lalu mak saya pun carilah kedai emas kat kota Mekah.

gold_shop_mekah

Sampai ajer kat kedai emas emas, emak saya terus tanya tokey kedai emas tu.

“Kalau RM1000, boleh beli emas apa?” tanya mak saya.

“Tokey kedai tu cakap, Hajjah boleh beli syiling emas ini” kata beliau sambil menunjukkan sekeping syiling dinar emas 10 dinar (42.5 gram)

1923dinar

“Berapa harga?” Tanya mak saya

“Dalam RM900++  sahaja, tak sampai seribu ringgit”

Jadi, mak saya pun beli syiling dinar emas tersebut sebagai ole-ole dari Mekah.

Dinar emas tu mak bawa balik ke Malaysia dan buat buah rantai.

buah rantai mak

dinar mak2

Mak pakai rantai tu sampai sekarang.

rantai_mak
25 tahun berlalu……. apa yang terjadi sekarang?

Jam Rado 25 tahun.

Selepas 25 tahun, jam Rado dah rosak.

Enjin jam dah rosak, tali pun dah rosak, cermin retak sikit.
Tengok gambar.

Dari segi nilai, saya pun tak tahu.. sebab jam nie rosak.

Jam ini abah saya berikan kat saya sebagai hadiah. Tapi sebab ia dah rosak, maka saya simpan ajer dalam kotak.

Bagaimana dengan syiling emas mak?

Setelah 25 tahun berlalu..mak senyum dan bangga sebab, masa beli dulu, nilai emas tu kurang dari RM1000, sekarang nilainya RM6500 ++

Nilai emas mak meningkat sebanyak 550%.

Kalau dibahagi dengan 25 tahun, purata naik setahun 22% Pheww!!!!!

25y

Terbukti, dalam jangkasama yang panjang, emas akan menguntungkan pembelinya.

Bukan sekadar pakai, emak saya juga pernah menggadaikan rantai ini untuk membeli tanah kat Langkawi.

Dengan kata lain, aset emas boleh digunakan untuk mendapat aset tanah!

Sebab itu saya percaya dengan kehebatan emas

Cuba bayangkan kalau RM1000 itu mak dan ayah saya beli pakaian, minyak wangi atau beg. Rasanya kisah nie tak wujud… tak ada apa yang nak diceritakan.

Sebab setelah 25 tahun… semua benda-benda tu dah expired. Tak nampak rupa.

Nasib baik mak dan abah beli emas dan jam Rado. At least setelah 25 tahun, kita boleh lihat apa yang terjadi 🙂

Yakinlah dengan simpanan emas.

Saya yakin dengan simpanan emas untuk jangkkamasa panjang. Sebab cerita ini terjadi kat mak saya!

Jika anda hendak membeli sesuatu dan anda akan merasa gembira selepas 25 tahun, saya percaya emas adalah pilihan yang bijak.

Simpanan emas nie mudah ajer.

Senang ajer nak simpan emas. 1 gram dah boleh start.

Baca caranya kat sini http://bit.ly/SimpanEmas1Gram

Sekian, kisah benar dari Tanah Suci.

Oleh Syukor Hashim
www.jutawanemas.com

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas