Ebook

Archive for the ‘pelaburan emas’ Category

Tips! Untuk melihat prestasi harga emas di dalam RM, anda boleh ke www.goldprice.org

Thursday, June 25th, 2015 |

Tips! Untuk melihat prestasi harga emas di dalam RM, anda boleh ke www.goldprice.org

gold_price.org

Di sana, anda boleh melihat harga emas yang masih rendah dan menarik untuk dibeli.

Harga emas sekarang berada di dalam zon accumulation, maksudnya kalau ada duit, baik ditukarkan ke dalam bentuk emas.

Ini adalah strategi pengumpulan harta untuk jangka masa panjang.

Kenapa?

Jawapan: Aset kekal seperti rumah, tanah, emas dan perak sangat baik jika dikumpulkan ketika harganya rendah.

Bagaimana caranya?

Lawati www.publicgoldgap.com untuk mengetahui cara termudah membeli emas serendah 1 gram sahaja.

Harga lebih kurang RM155 segram.

p/s: Saya baru survey harga emas kat Habib Jewel.

Harga segram RM165, tapi bila masuk upah tukang, boleh mencecah RM175 se gram.

Anda jimat RM20 segram.

 

Seminar ilmu bulan Jun 2015: Rancang kewangan anda dengan emas.

Wednesday, June 3rd, 2015 |

syukorAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepanjang 3 hari mulai malam ini (3/6/2015), saya ingin berkongsi ilmu yang berharga dengan anda.

Lokasinya di Kajang, Sunway dan Ampang.

Tajuknya ialah rancang kewangan dengan emas.

Pengenalan:

Jika anda tidak berpuas hati dengan status kewangan @ kuantiti duit anda, maka anda boleh mengetahui sebab-sebabnya di seminar saya ini.

Kuantiti duit yang anda simpan dan berapa banyak harta yang anda ada sekarang, berkait rapat dengan tabiat anda.

Ketahui bagaimana tabiat positif kewangan boleh dibentuk dari sekarang.

Baik, ini adalah seminar terakhir bulan ini, dan saya akan berhenti mengajar sepanjang bulan puasa sehinggalah hari raya.

Jadi, kalau nak belajar ilmu ini, boleh datang seminar saya bulan ini.

Saya akan berada di Kajang (3/6/2015), Sunway (4/6/2015) dan Ampang (5/6/2015)

Maklumat lanjut, sila klik gambar jadual.

seminar june 2015

Masuk adalah PERCUMA.

Alamat penuh tempat seminar, klik sini http://bit.ly/AlamatOfficePG

Ingin belajar ilmu pelaburan emas? Jemput datang ke Gold Investment 101 di PJ 18/4/2015

Wednesday, April 15th, 2015 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingin mendapat pendedahan tentang pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat?
Hadiri kelas Gold Investment 101 pada hari Sabtu ini 18/4/2015

Gold Investment 101

gold_investment_101

Seminar ini sesuai untuk:

1. Anda yang nak simpan dan invest emas untuk jangka masa panjang.
2. Anda yang masih baru dengan emas.
3. Anda tak ada strategi bila nak beli dan bila nak jual emas.
4. Anda yang ada banyak soalan tentang emas dan memerlukan jawapan.

Jika anda tergolong dalam 4, kategori ini, jemput datang belajar

===================
Isi kandungan seminar:
===================

1. Mengapa anda perlu menyimpan emas?
2. Bagaimana memilih emas yang terbaik untuk simpanan dan pelaburan.
3. Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli emas
4. Memahami market emas dan pergerakan harga emas
5. Gold investment Pyramid (apakah produk-produk pelaburan emas selain dari emas fikzikal)
6. Bagaimana orang buat skim cepat kaya emas?
(saya nak tunjuk macammana penipu@ scammer buat skim cepat kaya emas.
Kenapa mereka boleh beri pulangan tak masuk akal?)
7. Ar-rahnu – kemudahan pinjaman bercagarkan emas.
8. Topik terbaru : Kaedah membeli dan menjual emas menggunakan RSI dan Stoch.

Ingin sertai. Ini maklumat lanjut:

Tarikh: Sabtu 18/4/2015
Masa: 9.30 pagi sampai 5.00 petang
Tempat: CTC Training room, Tingkat 6.
Menara AMCORP (sebelah Amcorp Mall)
18, Persiaran Barat, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya
Bawa: Laptop (jika ada, tidak wajib) dan buku nota.
Yuran: RM150 seorang
Perhubungan: call/whatsapp Syukor Hashim 013-2126 999
atau Shufaad 012-9965946
Bilangan seat: 20 sahaja.

p/s: Untuk bekas peserta Gold Investment 101 terdahulu – Ada 5 seat FREE untuk anda
untuk datang kelas ulangan (tertakluk kepada first come first serve). call saya di 013-2126999

Jumpa diseminar

gold_101

Emas Untuk Simpanan dan Emas Untuk Pelaburan

Friday, February 27th, 2015 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai seorang penyimpan emas dan pelabur emas professional, saya mempunyai tips yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Iaitu berkenaan emas untuk simpanan kekal dan emas sebagai pelaburan.

Untuk pengetahuan anda,

Ada emas yang perlu anda simpan sebagai harta kekal dan ada emas yang anda beli sebagai pelaburan.

Emas sebagai simpanan kekal
=======================
Simpanan kekal bermaksud, emas itu anda akan pegang terus tanpa ada sedikit pun niat menjual balik.

Walau setinggi mana pun harga emas, anda akan simpan emas ini.

public_dinar

Ia adalah harta anda.

Ia adalah insurans kewangan anda.

Jika memerlukan wang, anda hanya perlu menggadaikan emas ini di Ar-Rahnu. Kemudian anda tebus semula dan simpan elok-elok.

Kalau dah tiba ke akhir hayat, pass ajer emas ini kepada anak-anak@waris anda sebagai harta pusaka.

Emas sebagai pelaburan
===================
Emas yang disimpan sebagai pelaburan pula, perlu dijual bila mencecah target keuntungan, contohnya bila kenaikan harganya 30% ke 25% (atau ikut personal preference masing-masing).

1g2
Gambar: Ada emas yang anda beli sebagai pelaburan.

Bila dah cecah target profit, jual ajer.

No heart feeling.

It is just business.

Contohnya anda nak simpan emas untuk pergi umrah. Bila nilai simpanan dah cukup untuk pergi umrah (RM6000 ++) maka anda jual ajer, dan pegi umrah.

rsi
Gambar: Bila harga emas naik, anda jual untuk mendapat keuntungan.

Mulakan simpanan emas anda sekarang

Sebenarnya mudah sangat nak bermula simpan emas. Anda boleh mulakan simpanan emas dengan hanya RM100 atau 1 gram.

Baca caranya disini http://bit.ly/PublicGoldGAP

4 seminar sepanjang Januari 2015 yang boleh membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik

Monday, January 5th, 2015 |

syukorAssalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda kini sudah melangkah ke tahun baru 2015.

Saya pasti anda mempunyai banyak azam baru terutamanya azam berkenaan kewangan.

Jika anda mencari-cari peluang pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang, saya cadangkan anda mempelajari ilmu pelaburan emas.

Ini kerana pelaburan emas sangat baik untuk jangkamasa panjang. Ini tempat yang sesuai bagi membina kekayaan.

Lihat graf dibawah.

Ia menunjukkan harga emas sejak tahun 2005 (dalam RM)

gold price

Harga emas mula naik sejak tahun 2001-2011.

Kemudian harga emas menunjukkan penurunan mulai hujung tahun 2011 sehingga 2014.

Saya melihat penurunan ini sebagai peluang terbaik untuk anda memulakan simpanan emas jangka masa panjang. Namun, oleh sebab harga emas murah sekarang, ia tidak bermakna  anda boleh terus berlari ke kedai emas dan membeli emas. Atau terjebak dengan skim cepat kaya bertopengkan emas. Awas!!

Lengkapkan diri anda dengan ilmu pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat.

Baiklah, di sepanjang bulan Januari ini, terdapat 4 seminar yang boleh membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik iaitu:

 

1. Seminar Gold Investment 101
2. Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas
3. Seminar Group Coaching – Strategi menjana pendapatan sebagai
    pedagang spot gold dan currencies
4. Seminar GST dan Prinsipal Syariah ke atas Emas Fizikal

 

Untuk maklumat lanjut, sila download brochure (pdf di bawah)

===>> Klik sini – 4 seminar pelaburan emas  <<=====

Kemudian ambil tindakan menyertai seminar ini.

Ia pasti membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik.

Jumpa di seminar.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas