Ebook

Archive for the ‘pelaburan emas’ Category

Ilmu-ilmu Pelaburan Emas Yang Patut Anda Kuasai Jika Ingin Kaya Dan Berjaya Dengan Emas.

Sunday, May 12th, 2013 |
1. Nota admin: Inginkan ilmu emas? Hadiri seminar saya 
Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas bulan Mei 2013 di kawasan Kajang,
Ampang, Kelang, Melaka, Sunway, Seremban dan Shah Alam. Masuk PERCUMA.
SMS nama anda dan lokasi pilihan ke hp saya 013-3819901.
(klik sini untuk melihat jadual)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya ūüôā

Baiklah disini saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang selok belok pelaburan emas di Malaysia. Pengalaman saya ini jika diambil, sudah tentu memberikan manfaat yang tidak ternilai kepada anda.

Saya juga ingin berkongsi 4 ilmu emas yang boleh anda kuasai bagi memaksimakan keuntungan anda.

Kesemua ilmu-ilmu ini saya belajar dari masa ke semasa.

Kemudian ilmu-ilmu ini saya praktikkan mengikut keadaan semasa.

Pengenalan.

Saya mula membuat penyelidikan tentang emas sejak tahun 2005. Kemudian melibatkan diri secara aktif sejak tahun 2008.

Ini adalah perjalanan yang memakan masa 8 tahun.

Saya telah melalui pengalaman harga emas naik banyak, jatuh banyak, lambat naik, lambat jatuh dan macam-macam lagi. Emas boleh jatuh di dalam jangkamasa pendek, namun fundamental terhadap pelaburan emas masih kuat.

Potensi emas sangat cerah. Ini kerana hampir kebanyakan negara-negara di seluruh dunia mempunyai masalah debt bubble terutamanya USA.

Jika debt bubble ini pecah maka harga emas dan perak akan naik dengan banyaknya.

pelaburan_emas_2005_2013
Gambar: Saya mula berkecimpung dengan emas tahun 2005.

 Iklim Pelaburan Emas di Malaysia.

Pelaburan emas di Malaysia juga melihat banyak perkembangan positif dan negatif. Antara perkembangan positif ialah kebanyakan bank-bank turut menawarkan pelaburan emas samada melalui akaun simpanan emas atau emas fizikal.

Ini adalah pengiktirafan bank tentang kehebatan pelaburan emas.

public_bank_gia
Gambar: Contoh Akaun simpanan emas oleh Public Bank.

Skim cepat kaya oh! skim cepat kaya!

Dalam masa yang sama, skim-skim cepat kaya yang bertopengkan emas muncul macam cendawan selepas hujan. Skim-skim saham emas maya, perlombongan emas di luar negara dan dalam negara telah menipu puluhan ribu rakyat Malaysia.

Jumlah kerugian bukan sedikit, mencecah ratusan juta dan billion RM!

Skim-skim cepat kaya ini betul-betul memberikan tamparan buruk kepada nama pelaburan emas.

Namun itulah hakikat dunia.

Ada yang original, ada yang palsu.

genneva

pelaburan_emas_tipu
Gambar: Antara keratan-keratan akhbar tentang skim cepat kaya pelaburan emas.

Sebagai pelabur bijak anda perlu tahu yang mana tulen, yang mana palsu.

Sekarang ada orang yang serik bila mendengar perkataan pelaburan emas.

Mereka yang serik ini terdiri dari orang-orang yang tertipu dan pernah tertipu dengan skim-skim cepat kaya yang bertopengkan emas ini.

Pengalaman saya dengan individu yang tertipu.

Saya banyak berjumpa dan menerima call dari mangsa-mangsa skim cepat kaya. Apa yang menarik, mereka bukan orang biasa. Mereka juga terdiri daripada golongan professional seperti doktor,¬†lawyer, engineer dan lain-lain. Kerugian yang dialami antara RM300 ribu ke RM500 ribu (ratusan ribu ooo…).

Jadi, mereka adalah golongan yang banyak duit tetapi kurang ilmu.

Duit banyak ilmu takder akan menyebabkan duit hilang banyak, baru dapat ilmu.

Jadi apakah yang penting untuk mendapat keuntungan dengan emas?

knowledge of course! Saya berpendapat setiap pelabur perlu mendapatkan ilmu dahulu sebelum menceburi bidang pelaburan emas.

Apakah ilmu-ilmu yang boleh anda pelajari bagi memaksimakan keuntungan pealburan emas?

Baik, di sini saya ingin berkongsi 4 ilmu pelaburan emas yang boleh anda kuasai.

Setiap satu ilmu yang anda kuasai akan menguntungkan anda.

Ilmu-ilmu tersebut adalah:

1. Ilmu pelaburan emas yang betul.
2. Ilmu Analisis Teknikal Harga Emas
3. Ilmu Ar-Rahnu (gadaian Islam)
4. Ilmu berniaga emas.

1. Ilmu pelaburan emas yang betul.

Right-or-Wrong-image-500x330

Pernah dengan pepatah “Hanya jauhari mengenal manikam?” Pepatah ini ¬†mengatakan¬†orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara. Anda perlu belajar ilmu pelaburan emas yang betul supaya anda tidak terjebak dengan skim cepat kaya. Anda perlu belajar ilmu pelaburan emas yang betul supaya anda boleh memilih produk pelaburan yang sesuai dengan matlamat dan objektif pelaburan anda.

Untuk mendapatkan ilmu pelaburan emas yang betul anda hanya perlu membaca buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” tengok kat sini (klik) ¬†www.pelaburanemas.com¬†

2. Ilmu Analisis Teknikal Harga Emas.

technical-analysis-and-fundamental-analysis

Sekiranya matlamat anda adalah untuk mendapatkan keuntungan dengan aktif membeli dan menjual emas, maka ilmu menganalisis harga emas merupakan satu KEWAJIPAN.

Ini kerana ilmu ini akan memudahkan anda mencari harga yang terbaik untuk membeli dan menjual emas.

Ramai orang  ingin membeli harga emas ketika harga jatuh dan menjual ketika harga naik. Namun tanpa ilmu ini ia akan menyukarkan anda membuat penilaian. Kekadang tu tunggu ajer dari harga emas jatuh dan naik balik, tapi tak buat apa-apa tindakan sebab tak yakin, takut harga turun lagi dan sebagainya.

Ilmu analisis teknikal harga emas memudahkan anda mencari support dan resistance harga emas dan merancang strategi pembelian anda nanti. Ilmu ini anda boleh pelajari dengan mendapatkan buku Analisis Teknikal Harga Emas (klik sini)

3. Ilmu Ar-Rahnu (gadaian Islam)

arrahnu

Ilmu ini membolehkan anda menggunakan emas sebagai pusingan modal. Salah satu kelebihan emas ialah ia boleh digadaikan jika anda memerlukan pusingan modal.

Dengan kata lain jika anda memilih produk emas yang betul (emas fizikal) maka anda boleh balajar ilmu Ar-Rahnu ini.

Jika anda seorang businessman, mempunyai emas fizikal sangat membantu anda. Apatah lagi jika harga emas naik, maka nilai pinjaman akan meningkat.

Selain itu, emas yang disimpan setahun jika cukup haul dan nisab, maka diwajibkan zakat.

Namun emas yang digunakan (gadaikan) terkecuali daripada zakat. Sebab itu emas yang digunakan akan memberikan keuntungan yang lebih banyak berbanding emas yang disimpan.

4. Ilmu berniaga emas.

berniaga_emas

Ilmu ini membolehkan anda mendapat keuntungan samada harga emas naik atau turun. Jika anda menjadi pelabur, keuntungan anda hanyalah membeli pada harga rendah dan menjual semula ketika harga tinggi.

Namun sekiranya anda berniaga emas, anda akan mendapati keuntungan anda berlipat kali ganda apabila harga emas jatuh (sebab ramai orang membeli emas).

Jika harga naik, stok di tangan anda juga akan naik harga. Anda untung capital gain. pergh!! bestnyer ūüôā

Contohnya, anda boleh menjadi pelabur dan agen kilang emas Public Gold. Anda untung menyimpan + untung berniaga.

Jika berminat mengetahui melabur dan berniaga emas (Klik sini).

Kesemua-ilmu-ilmu ini sangat berguna dan bermanfaat kepada setiap pelabur emas. Anda boleh belajar dan mahir kesemuanya.

Jangan ingat pelaburan emas ini simple dan straight forward.

The more you learn the more you earn! (Lagi banyak yang anda belajar, lagi mudah anda membuat keuntungan)

pelaburan_emas_learn_earn

 

Kesimpulan.

Membuat keuntungan dengan emas memerlukan penguasaan 4 ilmu di atas.  Saya yakin dengan mendalami ilmu diatas anda mendapati membuat keuntungan dengan emas adalah mudah. Anda juga dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan skim pelaburan emas yang sentiasa menipu.

Saya menghargai setiap komen anda. Sila letakkan di ruangan komen.

Oh ya, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda. Klik ikon Recommend dibawah.

Semoga kita semua mendapat manfaat.

Terima kasih.

 

 

Buku Fizikal “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Telah Diterbitkan!”

Saturday, February 16th, 2013 |
Nota: Dapatkan FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"
Sebanyak 94 muka surat. Masukkan nama dan email anda ke dalam di dalam 
Kotak kuning "Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA (di bawah)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia semuanya ūüôā

Baiklah disini saya ingin memaklumkan satu berita baik kepada peminat-peminat ilmu pelaburan emas.

Kini ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas”¬†telah diterbitkan di dalam bentuk buku fizikal.

Sila ke www.pelaburanemas.com untuk melihat maklumat lanjut.

Bagi mereka yang ingin¬†mempelajari ilmu pelaburan emas dan selok-belok pelaburan emas, saya cadangkan anda mendapatkan buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas“. Ini kerana buku ini akan mendedahkan anda dengan ilmu-imu pelaburan emas di Malaysia, bagaimana kaedah membuat pelaburan emas yang betul, selamat dan menguntungkan.

Mengapa anda perlu mendapatkan ilmu emas melalui buku ini?

buku_pelaburan_emas_di_malaysia
Gambar: Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Jika anda ingin belajar mengenai pelaburan emas, buku ini merupakan sumber terbaik. Buku ini saya hasilkan berdasarkan kajian dan pengalaman saya di dalam pelaburan emas sejak tahun 2005. Kesemua maklumat-maklumat penting mengenai pelaburan emas di Malysia saya susun di dalam bentuk buku agar mudah difahami.

Apabila anda ingin menjadi seorang pelabur yang berjaya, perkara pertama yang perlu anda buat ialah membuat kajian terperinci mengenai pelaburan tersebut. Jangan sesekali meletakkan wang anda di dalam instrumen pelaburan yang anda tidak tahu hujung pangkalnya.  Ayat mudah, jangan melabur tanpa ilmu.

Jangan sesekali percaya kepada janji-janji manis seseorang mengenai pulangan yang tinggi, keuntungan beratus % setahun.

Anda perlu menjadi seorang pelabur bijak!

Saya ingin berkongsi satu mutiara kata daripada Kenneth L Fisher, seorang Billionaire dari Amerika Syarikat (harta kekayaan beliau ialah 1.8 Billion USD). Beliau mempunyai agensi pelaburan sendiri iaitu Fisher Investments. Beliau menguruskan aset bernilai 43 Billion USD dibawah agensinya. Memang kaya dan berjaya.

 

Ken Fisher: “I often say investing success is two-thirds avoiding mistakes, one-third doing something right”

 

pelaburan_emas_ken_fisher_profile

Dengan kata lain, sebelum membuat sesuatu pelaburan, anda perlu mengelakkan diri dari membuat kesilapan.

Kesilapan di dalam pelaburan emas.

Kesilapan di dalam pelaburan emas boleh merugikan ribuan, puluh ribu malahan ratusan ribu ringgit duit anda.¬†Namun jika anda membuat pelaburan emas yang betul, anda boleh untung ribuan, puluh ribu dan ratus ribu ringgit ūüôā

pelaburan_emas_keuntungan_emas_2
Gambar: Keuntungan 60% dari pelaburan emas (klik untuk besarkan)

Disini saya senaraikan serba sedikit kesalahan-kesalahan lazim:

1. Beli emas tanpa mengetahui berapa spread@susutnilai
2. Beli emas kat kedai emas
3. Beli emas maya di bank yang tak patuh syariah
4. Terlibat dalam skim belian emas secara Ar-Rahnu 35:65 tanpa escape plan.
5. Beli saham emas maya dari syarikat luar negara
6. Beli emas sebab inginkan pulangan bulanan
7. Beli emas dan harap keuntungan dalam masa 2-3 bulan
8. Beli emas dan tak tahu kat mana nak simpan
9. Beli emas tapi tak tahu tentang zakat emas
10. Beli emas ketika harga tinggi, bila harga turun tak tahu apa nak buat.
11. Nak beli emas ketika harga turun sahaja
12. Tidak mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi turun naik harga emas.
13. Tidak tahu bila masa nak gadaikan emas untuk multiply stock.
14. Tidak tahu posisi terbaik untuk memaksimakan keuntungan dengan emas.

dan banyak lagi…

Kesemua kesalahan-kesalahan ini boleh diatasi dengan mudah jika anda berilmu.

Perkongsian pengalaman peribadi sebelum mengenali emas.

Sebelum mengenali emas, saya pernah terlibat dengan bermacam-macam jenis pelaburan contohnya forex, MLM dan skim cepat kaya. Saya kerugian puluhan ribu ringgit di dalam pelaburan-pelaburan tersebut. Saya serik!

Selepas itu saya telah berazam “Apa sahaja pelaburan yang datang lepas ini, aku akan belanjakan RM1000 untuk membeli buku, pergi kursus dan buat research sampai faham. Kalau tak faham, jangan join”.

“Kalau ada orang minta duit dan janji nak tolong uruskan dan nak kongsi profit sharing. Jangan percaya.

Pelaburan yang melibatkan alam maya, matawang maya, emas maya, saham maya, jangan join”.

Dah ramai orang kena. Masalahnya orang cepat lupa ūüôĀ

Untuk penipuan di dalam skim pelaburan emas, tengok di bawah…

skim_pelaburan_emas

 

pelaburan_emas_genneva_diserbu

mangsa_skim_pelaburan_emas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kebun_emas

Memang teruk kalau anda terjebak dengan skim pelaburan emas. Rugi banyak.

Emas dan saya.

Bila saya diperkenalkan dengan pelaburan emas, perkara pertama yang saya buat ialah membeli dan membaca buku berkenaan pelaburan emas.

Apa-apa sahaja buku yang ada perkataan emas saya akan beli, baca.


Gambar: Koleksi buku-buku berkenaan pelaburan emas dan kewangan yang saya miliki.

Kemudian saya menambahkan ilmu dengan menemubual individu-individu yang terlibat di dalam industri emas especially tokey emas, peraih emas, penender emas lelong, pelebur emas dan ramai lagi.

Selepas itu saya tambah lagi ilmu emas dengan mempelajari ilmu analisis teknikal. Ilmu ini biasanya digunakan untuk main forex, tetapi saya fokuskan kepada analisis teknikal untuk pasaran emas.

Invest in knowledge first!

Adakah berbaloi saya melabur masa, tenaga dan wang saya untuk mendalami ilmu emas? Ya sudah tentu!

Menjadi bijak dalam ilmu pelaburan emas mengubah pemikiran saya. Bagi saya, emas bukan setakat simpanan atau pelaburan. Ia juga magnet kekayaan. Ia juga mengelakkan manusia daripada kebocoran wang. Sesiapa yang menguasai ilmu emas, dia terpaksa kaya.

Adakah berbaloi jika anda laburkan sedikit wang dan masa untuk mengetahui ilmu dan rahsia emas?

Sudah tentu ya!

Seperti mutiara kata Benjamin Franklin – seorang tokoh Amerika yang terkenal “An investment in knowledge always pays the best interest”

pelaburan_emas_investment_in_knowledge

Kesimpulan, bagi mereka yang baru nak mengenali pelaburan emas dari peringkat pengenalan ke peringkat pertengahan, dapatkan buku ini dan baca sampai habis.

Saya gerenti anda akan pandai tentang selok-belok pelaburan emas di Malaysia.

Ilmu anda lebih banyak dari mereka yang tidak membaca buku ini.

buku_pelaburan_emas

Gambar: Buku fizikal menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

Bagaimana cara mendapatkan buku ini?

Anda boleh membuat tempahan buku ini di www.pelaburanemas.com

Harganya ialah RM80 (termasuk kos pos)

Dengan RM80, anda akan mendapat:

1. Buku fizikal Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
2. Ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (versi PDF)
3. Bonus ebook “Emas-emas yang Hilang”

Silalah ke www.pelaburanemas.com untuk membuat tempahan.

Semoga anda akan celik emas dan boleh membuat pelaburan emas dengan betul, selamat dan menguntungkan.

website_pelaburan_emas

Selamat menimba ilmu emas.

syukor

 

Syukor Hashim

Penulis buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”

Admin Jutawanemas.com

sms: 013-2126999

p/s: Anda boleh klik recommend button kat bawah untuk menyebarkan maklumat ini di Facebook. Terima kasih

Temubual Tentang Trend Harga Emas 2012 dan seminar Analisis Teknikal Harga Emas 2013 bersama Gold Trader Noor Shufaad (MelakaFX)

Friday, December 28th, 2012 |

Pengenalan: Ini adalah temuramah dan sesi brainstorming saya dan sahabat saya Noor Shufaad.

Beliau adalah seorang full time gold trader, coach dan trainer untuk seminar Analisis Teknikal Harga Emas.

Beliau juga aktif menulis blog di www.melakafx.com dan tinggal di Jasin, Melaka.

Kami berjumpa dan bertukar-tukar idea tentang situasi pasaran emas, ekonomi dunia, trend harga emas sepanjang 2012.

Kami juga berbincang tentang isi kandungan seminar Pelabur Emas Bijak dan Seminar Analisis Teknikal Harga Emas tahun 2013.

Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda semua isi kandungan temuramah ini.

——————————– temuramah bermula ———————————

Syukor: Salam Paat, lama tak jumpa hang. Apa cerita?

Paat : Aku baru baik demam ni. 2 hari jugak tergolek kat rumah. Alhamdulillah lah dah ok.

Syukor: Baguslah, 2 hari tergolek tu kira okie jugak. Maksudnya antibodi kuat. Hehehe… emas tu penting, tapi kesihatan pun kena jaga jugak.

Cerita pasal market emas tahun 2012.

Syukor : Aku cadang nak buat interview pasal gold market. Hang market expert pertama yang aku nak interview. Nanti aku masukkan dalam blog jutawanemas.com

Soalan pertama ialah pasal trend harga emas ni. Bermula 3 Januari (1569 USD/Oz) sehingga  28 Februari harga emas naik pantas, sehingga mencecah USD1790/Oz .

Lepas tu harga emas mencatatkan penurunan sehingga 16/5/2012 (1526 USD/Oz).

Kemudian harga start naik balik sehingga 4/10/2012 sehingga mencecah USD1795/Oz.

Selepas tu harga emas turun balik….. ¬†sekarang hujung bulan Disember harga emas sekitar 1661USD/Oz.

Apa cerita ni?

Carta harga emas tahun 2012, (Klik sini untuk besarkan)

Paat: Panjang ceritanya …tapi aku ringkaskan. Market player sekarang sedang berada di dalam satu fasa yang di panggil fasa lesson learned. Maksudnya, apa yang pada tahun lepas, time harga emas melambung banyak, pastu jatuh tergolek, insyaallah tak akan berlaku. At least dalam jangka masa terdekat ni. Tetapi once market dah sampai satu fasa yang di panggil sebagai adaptability, barulah kita akan dapat lihat kenaikan semula harga. Tapi kali ini lebih berhati-hati.

Syukor: Jadi, apakah strategi yang terbaik untuk memahami turun naik gold market ni?

Paat: Sentimen. Kita kena banyak baca dan paham pasal market sentiment. Kita kena tengok market ni sebagai satu organic living form. Market ni hidup. Maksudnya market emas tidak statik. Ia dinamik. Dia sama ada akan contract atau expand (menurun atau menaik).

Yang kita nak kena tahu adalah the speed of the contract or expand tu. Laju atau slow. Kalau dia menurun, maka kita kena carik garisan support nya. Mesti ada satu harga atau zon harga yang market player rasa selesa, buat masa sekarang. Mungkin 1600. Atau mungkin juga 1650. Begitu juga kalau market menaik. Dia tak boleh dah menaik secara parabolic . Tetapi akan naik jugak.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, kena datang seminar analisis teknikal. Buat masa nie aku ceritakan tentang big picture dulu.

Syukor: Ok. Jadi apa sebenarnya faktor yang menjadikan market emas tu menurun atau menaik?

Paad: Fear dan greed (takut dan tamak). Sejak azali lagi, memang itulah faktornya. Sebagai contoh, tahun 1992, Soros dan kawan-kawan dah tapau Bank of England. Kemudian ketika krisis kewangan Asian tahun 1997, PM kita time tu, menamakan Soros sebagai punca segala-galanya. Dan ya, semenjak dari hari itu, Soros juga di gelar penyangak mata wang .

Tapi cuba bayangkan. Kalau Soros mati, adakah itu bermakna hilang dah sifat tamak kat dalam market?  Tiba-tiba semua market player dan investor akan ambik untung sikit-sikit je….takpe, takpe…kita bagi la orang lain untung jugak…boleh ke macam tu?

Syukor: Hehehe…confirm lah tidak. Akan wujud Soros yang baru di dalam market.

Paat: Sama macam fear (takut). Apa faktor yang menggerakkan harga emas? Asasnya sudah tentulah permintaan dan penawaran. Bagi suatu permintaan, ia akan diimbangi dengan penawaran. Dan juga sebaliknya. Barulah harga stabil.

Tapi cuba kalau permintaan tersebut datang secara mendadak. Bila berlaku perang sebagai contoh. Atau lebih teruk, esok bangun pagi je Uncle Ben (Ben Bernanke – Chairman Federal Reserved US) pakat-pakat dengan Obama (Presiden USA) nak print duit gila banyak. Tak tergolek US dollar? Investor dan trader yang dah pegang US dollar akan cepat-cepat jual dollar dan terus beli sesuatu yang boleh melindungi kekayaan mereka. Emas adalah jawapan nya. No doubt.

Syukor: jadi, kunci untuk faham pergerakan harga emas banyak terletak pada fundamental?

Paat: Betul. Emas dan perak teknikalnya sama dengan kalau kita main currencies (forex). Bezanya, currencies ni kita boleh cetak sesuka hati. Kadang-kadang tak print pon, tapi guna magic checkbook. Macam yang Fed buat untuk beli bond. Keje gila tu. Emas dan perak kena lombong. So ada kos yang terlibat. Machine la, orang la, insurans la. So banyak benda yang terlibat. Semua parameter ni akan di masukkan ke dalam penentuan harga emas nanti.

Sembang pasal projek tahun 2013.

Syukor:  So, apa projek terbaru untuk 2013?

Seminar @ Kelas Analisis Teknikal Harga Emas.

Paat: First sekali untuk kelas Analisis Teknikal Harga Emas. Aku tengah prepare  video how to untuk kelas teknikal. Yang ni special class. Lepas tu, modul baru untuk kelas Analisis Teknikal pon dah siap. Aku yakin impaknya memang sampai. Lebih padat tetapi mudah diikuti dan di fahami. Then update buku Teknikal pon aku nak launch kan bulan februari nanti.

Untuk seminar analisis teknikal tahun 2013 nanti, kita tekankan strategi membeli emas ketika harga turun dimana wujudnya buying opportunity. Kita ajar kaedah menggunakan tools seperti fibonacci retracement, fibonacci expansion, historical price, psyco level dan trend line.

Gambar: contoh menggunakan tool fibonacci retracement.

——————————————————————————————————–

Nota admin:

Untuk pengetahuan pembaca blog jutawanemas. Saya dan Shufaad akan membuat seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas pada 26 Januari 2013 nanti. Isi kandungan adalah lebih segar dan terkini. Sesiapa yang berminat membuat pelaburan emas, seminar ini memang patut dihadiri.

Ini adalah maklumat seminar tersebut:

Tarikh: 26/1/2013 (Sabtu)
Tempat: Brisdale Hotel, 65 Jalan Haji Hussein  50300 KL
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Yuran: RM300 seorang
Bilangan tempat: 30 seat sahaja tinggal 25 sahaja (first come first serve)
Bawa bersama: Notebook, laptop, internet (jika ada), Power plug (jika ada), usb drive (untuk copy material seminar)
Perhubungan: Hubungi Syukor Hashim hp: 013-2126999 @ contact form (klik)
Bonus topik: Bagaimana mengelakkan diri dari ditipu oleh skim pelaburan emas oleh Hazwan Yunus (klik sini) 


Gambar: Contoh seminar pelaburan Emas dan Analisis Teknikal yang telah dijalankan.

—————————————————————————————————————-

ok, sambung balik interview…..

Projek buku ketiga aku pon dah start ni. Almanac. Yang ni memang best sebab aku cari chart pattern untuk emas dan perak sepanjang 10 tahun, dan aku beritahu macam mana nak trade pattern-pattern ni. History always repeat itself. Jadi Almanac dicipta khas untuk kita prepare in case pattern tu berulang balik.

Syukor: Banyak tu…So apa perkembangan positif  dengan industri emas sekarang?

Paat: Satu benda yang aku sangat gembira sekarang ni ialah bila hang bukak je dalam facebook, ramai yang dah berani post kan analisis teknikal dieorang sendiri. Bagus lah macam tu. Betul ke salah lain cerita. Yang penting, dia tahu guna tools. Yang ke laut pun ada jugak.

Tapi ianya secara tidak langsung menunjukkan yang pembeli atau pelabur emas sekarang dah lebih bijak. Dah boleh baca harga market dunia. Dan dah boleh pilih nak beli kat kedai mana. Kalau dulu, asal nak beli emas je aku pegi kampong jawa (tempat famous beli emas di Melaka). Sekarang takde nya. Public Gold kan ada…

Syukor: Betul, betul. Ni baru betul pelabur emas bijak. Ada orang tanya . Apa perbezaan antara buku Analisis Teknikal Harga Emas (klik) dengan buku terbaru hang tu..apa nama dia…Trade Like Me?


Gambar: Buku Trade Like Me. Berminat beli? hubungi saya (klik)

Paat: Beza antara kedua-dua buku ini ialah di dalam buku Analisis Teknikal Harga Emas (ATHE), aku banyak tulis benda-benda basic. Macam mana nak install MetaTrader, macam mana nak guna tools. Kemudian ada la sikit-sikit berkaitan fundamental dan juga candlestick pattern. Yang lebih tu banyak kepada price action dan teknikal tools.

Objektif utama buku ATHE ini ialah untuk memberi pendedahan awal kepada para peminat emas yang mereka sebenarnya boleh memantau harga emas dunia setiap saat. Next, ialah bagaimana nak mengoptimakan pergerakan harga yang mereka tengok di chart dengan emas fizikal. Dekat sinilah Public Gold memainkan peranan penting.

Syukor: Maksudnya, kat mana nak beli dan jual balik dengan praktikal dan mengikut harga emas semasa?

Paat: Betul. Ada orang nak main emas fizikal tapi nak untung cepat. Ada orang nak main emas fizikal untuk jangkamasa panjang. Mungkin masa nak pergi haji lagi 10 tahun, baru dia jual balik. So bergantung pada kehendak dan keperluan masing-masing. At least buku ATHE dan seminar ATHE yang kita adakan selama ini dah boleh membantu mereka yang hendak membeli dan menjual emas fizikal mengikut harga emas dunia.

Berbeza dengan Trade Like Me (TLM). Buku ini lebih kepada mereka yang berminat dan berani untuk main spot gold, spot silver mahupun commodity currencies. High risk tetapi high return. Sebagai contoh, di dalam buku TLM, aku ada ceritakan pasal Risk and Money Management. Bab ni penting. Sebab apa? Kebanyakan orang yang main spot (metal atau currencies), meletakkan objektif untuk untung dengan secepat mungkin.

Bukannya tak boleh untung. Tapi kalau kita tak pandai control risk, sebanyak mana pun capital yang kita pump, lama ‚Äď lama akan dry jugak. Money management pula akan bantu kita dari segi bagaimana untuk kita meletakkan sasaran yang sesuai dan boleh di capai berdasarkan kepada capital dan risk kita tadi. Ni bahagian asas. Kena khatam ni dulu.

Syukor: Bagaimana pulak dengan trading strategy?

Paat:¬†Aku ada letakkan sekali. Bagi mereka yang pernah belajar dengan aku, atau pembeli buku ni, mereka dah tau yang primary strategy aku ialah candlestick pattern. Itu strategi aku. Fahm candle, cerah masa depan. Hehe….

Syukor: Patut la ada orang panggil hang cekgu lilin…hehe. So ada apa-apa lagi kata-kata terakhir yang nak di sampaikan?

Paat: Ya ada, tuan-tuan sekalian. Kuasa untuk memilih, sama ada nak beli emas fizikal atau main spot terletak pada diri sendiri. Kalau nak low risk, confirm selamat, dinasihatkan beli emas fizikal fizikal.

Nak beli kat mana? Boleh cari Public Gold (www.publicgold.com.my). Dah la spread rendah, harga murah dari kedai emas dan mengikut pergerakan harga emas dunia. Bagi yang nak adventurous sikit, high risk tetapi high return, then spot is the way to go. Bukan sport toto beb. Kena panah petir kita kang. Tapi spot gold, silver dan juga currencies.

Cuma nak ingatkan yang anda jangan lah harapkan yang ianya (bermain spot) adalah overnight success. Kadang makan hari, makan bulan, makan tahun baru boleh untung. Itu sebab di dalam kelas Personal Coaching aku, aku suruh student main demo akaun at least 6 bulan. At least tu. Lama kan? Kena ingat macam ni je. Kita belajar Diploma 3 tahun, takkan keluar-keluar gaji 10k?  Tetapi as long as kita keep on learning, then the only direction to go, is to move forward.

Terpulang kepada anda semua. Kuasa memilih di tangan anda.

Syukor: Paat. Terima kasih kat hang. Aku rasa semenjak dua menjak ni hang ni banyak berfalsafah la. Kagum jugak aku. Heheh..Anyway, aku yakin benda yang hang dok cerita ni akan jadi panduan dan input yang baik kepada pembaca blog aku.

Paat:  Aku pun harap macam tu jugak lah. Insyaallah lepas ni semua orang boleh pandai emas. Semua orang boleh pandai baca chart emas. Aku doakan semua pembaca blog jutawanemas emas kaya dan berjaya!

Syukor: Amin!!.


Gambar: Baju kegemaran Paat. Semoga semua pembaca blog ini Money Magnet macam Paat.

Kesimpulan:

1. Ini adalah temuramah saya dengan full time gold trader, Noor Shufaad berkenaan prestasi harga emas 2012.
2. Pelajari kaedah dan strategi pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas melalui seminar kami 26/1/2013 di KL.
3. Dengan ilmu yang betul, strategi yang betul dan timing yang betul anda pasti untung.

 Kongsikan interview ini dengan rakan-rakan facebook anda. Klik ikon FB dibawah sana. Terima kasih!

.

Kisah Skim Pelaburan Emas yang diserbu pihak berkuasa.

Thursday, October 18th, 2012 |
Nota admin:
1. Ingin membaca cerita bagaimana seorang pelabur emas, Muhamad Hazwan dan keluarga tertipu RM280,000 di dalam skim pelaburan emas? (klik sini)
2. Ingin memenangi USB drive 8GB berbentuk jongkong emas? berikan komen anda di bawa. Komen terbaik akan menang hadiah dari saya. 

—————————————————————————————————————————-

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Untuk pengetahuan anda, bulan Oktober 2012 menyaksikan banyak tragedi di dalam pelaburan emas.

Pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia aktif membuat serbuan keatas syarikat-syarikat skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan bulanan.

Antaranya yang terlibat:

1. Pada 1/10/2012 Syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas Genneva Sdn. Bhd telah diserbu oleh pihak berkuasa (Bank Negara, Polis, Kementerian Perdagangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Urusniaga emas Genneva dianggarkan bernilai 4 Billion Ringgit Malaysia.

Dalam masa yang sama cawangan Genneva Pte. Ltd. di Singapura turut diserbu oleh pihak berkuasa singapura iaitu Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura.
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121002/je_01/Syarikat-jongkong-emas-diserbu 

2. Pada 5/10/2012, 3 lagi syarikat yang membuat skim pelaburan emas yang dipercayai berkaitan dengan Genneva Sdn. Bhd.  iaitu Pageantry Gold Sdn. Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd. dan Worldwide Far East Sdn. Bhd. telah diserbu pihak berkuasa.

Laporan penuh boleh dibaca di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121006/dn_17/Lagi-syarikat-jongkong-emas-diserbu


Gambar: Syarikat Skim Pelaburan Emas Diserbu.


Sebelum pihak berkuasa menyerbu Genneva Sdn. Bhd, pada 1 Ogos 2012, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat laporan polis terhadap syarikat itu yang didakwa menjalankan urusniaga emas yang tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syariah dan undang-undang negara.

Kemudian, pada 10/10/2012 Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan siaran akhbar dan dipaparkan di FB rasmi mereka http://www.facebook.com/bnm.official?fref=ts

Pemantauan Bank Negara menunjukkan skim ini tidak boleh bertahan lama dan telah melengah-lengahkan pemulangan emas dan bayaran yang dijanjikan.

Apakah kesan daripada tindakan pihak berkuasa ini?

Kesan daripada serbuan ini, kesemua akaun bank dan set syarikat skim pelaburan emas ini telah dibekukan sementara menunggu tindakan mahkamah diambil.

Pelabur skim pelaburan emas mengalami kerugian. Kalau anda ditempat mereka, sudah tentu akan menghadapi masalah.

Ada kerugian mencecah ratusan ribu. Ramai yang buntu.

p/s: Saya kenal dengan seorang pelabur yang membuat pinjaman RM200 ribu selama 30 tahun semata-mata mahu menyertai Genneva Sdn Bhd. Sekarang beliau terpaksa membayar ansuran bulanan ke bank selama 30 tahun sedangkan income dari Genneva pulak kosong. Memang menderita.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121007/dn_03/Pelabur-jongkong-emas-buntu

Apa yang boleh kita pelajari daripada kes-kes ini?

1. Terdapat pelaburan emas yang betul dan ada juga skim cepat kaya yang bertopengkan emas.
2. Pelaburan emas yang betul menguntungkan dan selamat, tapi kalau terlibat dengan skim cepat kaya bertopengkan emas maka anda boleh kerugian yang sangat banyak.
3. Anda perlu berilmu agar tidak terjerumus dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi boleh menipu atau diserbu pihak berkuasa.
4. Kalau terkena dengan skim pelaburan emas. Merana.

Komen saya.

Saya pernah menulis artikel berkenaan isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas pada 27/7/2009 (dah 3 tahun dah artikel ini). Anda boleh baca kat sini

1. http://jutawanemas.com/v1/news/isu-isu-berkenaan-skim-cepat-kaya-dan-skim-pelaburan-emas/

2. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pelaburan-emas-yang-betul-vs-skim-pelaburan-emas/

3. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/lagi-kisah-penipuan-skim-pelaburan-emas/

Saya pernah membuat kenyataan berikut:

1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.

2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur.
Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.

3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.

Di dalam ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” Saya telah menulis secara mendalam isu pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Anda boleh baca maklumat lanjut tentang ebook saya¬†(klik sini)

Jika anda berminat mengetahui analis blogger lain tentang Genneva Sdn. Bhd, anda boleh baca kat sini.

Menarik analisis yang dibuat:

1. http://jeenhao.com/precious-metal-investment/genneva-gold-investment-scheme-legit-or-scam/

2. http://www.financetwitter.com/2012/10/genneva-gold-another-collapsing-ponzi-scam.html

Pengalaman kerugian RM280,000 akibat skim pelaburan emas.

Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian, bagaimana En. Muhamad Hazwan dan keluarga beliau telah ditipu sebanyak RM280,000 di dalam skim pelaburan emas.

Beliau telah berkongsi cerita dengan terpeinci bagaimana beliau dan keluarga boleh terjerumus di dalam skim ini pelaburan emas.

Walaupun pahit tapi beliau sanggup menulis pengalaman ini agar pengalaman ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Apa yang menarik, setelah ditipu dengan skim pelaburan emas, beliau tidak melatah, sebaliknya telah berusaha mencari ilmu pelaburan emas yang betul. Beliau membeli ebook saya, membacanya sehingga faham dan mengambil tindakan membuat pelaburan emas yang betul.

Cerita tersebut boleh dibaca disini:

http://pelaburanemaspublicgold.com/category/pengalaman/

Sekarang beliau aktif berkongsi ilmu pelaburan emas yang betul, tepat, selamat dan menguntungkan dengan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya bagi orang KL.

Jadi, jika anda berada di KL, anda boleh menghubungi beliau untuk khidmat nasihat percuma.

Kesimpulan.

1. Emas menguntungkan bila anda jual ketika harganya naik.

2. Emas TIDAK memberikan pulangan bulanan. Skim-skim aje yang beri pulangan bulanan.

3. Skim pelaburan emas berakhir dengan tragedi samada mereka lesap atau disebu oleh bank negara.

4. Untuk pelabur Genneva dan 3 syarikat yang diserbu oleh bank negara, saya berharap pihak berkuasa membawa kes ini ke mahkamah. Di mahkamah segalanya akan dibongkarkan. Baru kita tahu samada business mereka tulen atau tidak.

Berikan komen dan menangi hadiah.

Kongsikan pengalaman atau komen anda di ruangan komen. Komen @ cerita @ pengalaman  terbaik akan mendapat hadiah USB Drive berbentuk jongkong Emas dengan kapasiti 8GB.

Seorang pemenang sahaja ūüôā

Tarikh tutup memberi komen ialah pada 25/10/2012. So, hantarkan komen anda sekarang!


Gambar: Komen terbaik akan menang USB drive berbentuk jongkong emas dengan kapasiti 8 GB.

 

Sekian, terima kasih

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com

Keputusan Pemenang Peraduan ‚ÄúKongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas”

Monday, September 3rd, 2012 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan gembira hendaknya.

First sekali, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”

Saya doakan raya ini akan memberikan anda banyak inspirasi emas ūüôā

Baiklah, disini saya ingin mengumumkan pemenang bagi peraduan:

‚ÄúKongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas”

Peraduan ini dianjurkan pada 13 Ogos yang lalu (baca kat sini).

Banyak komen komen yang menarik telah dikongsikan disana oleh pembaca-pembaca blog jutawanemas.

Anda boleh lihat pengalaman-pengalaman pembaca pembaca blog ini dan sebab-sebab mengapa mereka menyimpan emas.

Pemenang peraduan ‚ÄúKongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas”

Baiklah, setelah meneliti komen-komen pembaca, saya telah memilih 3 komen terbaik untuk memenangi peraduan ini.

Ini adalah senarai pemenang-pemenangnya.

 

Tempat pertama: 1 x 10 dirham dan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dimenangi oleh:

Puan Noor Fadilah Kasim (fediera@yahoo.com)

Komen beliau: Saya menyimpan emas sebagai salah satu aset sebagai langkah untuk saya mencapai kebebasan kewangan. Saya mempelbagaikan aset saya dengan emas selain daripada hartanah, perniagaan dan simpanan wang. Selain daripada itu, saya menyimpan emas sebagai simpanan untuk pendidikan anak-anak saya kerana saya sedar bahawa sekiranya saya menyimpan wang ringgit, wang tersebut akan dimamah inflasi, menyebabkan yuran pendidikan anak-anak saya tidak akan mencukupi kelak. Saya juga menjadikan emas sebagai barang perhiasan saya supaya sentiasa nampak cantik dan bergaya. Tambahan pula, saya cuba untuk menjadikan emas sebagai aliran tunai saya setiap bulan melalui perniagaan emas yang bakal saya ceburi satu masa nanti setelah saya mempunyai cukup modal kewangan dan telah benar-benar ‚Äėcelik emas‚Äô melalui penyelidikan saya mengenai emas dengan dibantu oleh website jutawanemas.com dan bahan-bahan bacaan lain seperti richdad.com, buku-buku Azizi Ali serta banyak lagi.

Tempat kedua: Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dimenangi oleh:

Encik Sanadi Abdul Latif  (sanadial@yahoo.com)

Komen beliau: Saya melabur dan menyimpan emas kerana sebelum ini pelbagai pelaburan dan perniagaan saya telah mencuba namun bagaikan Buluh Kasap, Untung tiada modal pun lesap. Saya mula tertarik dengan emas apabila saya terfikir bahawa emas memang disebut di dalam Al Quran. Dan saya yakin kalau sejak zaman nabi s.a.w emas dibandingkan dengan seekor kambing maka sehingga kini nilainya tidak berubah. Maka benarlah bahawa emas adalah kalis inflasi. Benar seperti kata-kata sifu En. Syukur, Orang yang tangannya panas dengan duit..Emas adalah penyejuknya..BENAR sejak saya menyimpan emas walaupun sedikit..tangan saya dah mula sejuk..Terima Kasih Sifu.

Tempat ketiga: Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dimenangi oleh:

Puan Nurulhuda Mokhtar  (nur_rizq@yahoo.com)

‚ÄúAdik‚Ķdah nak raya ni..pakai barang kemasnya‚Ķnanti orang tengok tak berseri‚Ķ‚ÄĚ.Itulah yang sering diucapkan oleh arwah ibu saya pada satu masa dahulu setiap kali menjelang Syawal. Pada saya waktu itu, barang kemas hanyalah sekadar perhiasan orang perempuan. Memandangkan saya masih lagi bersekolah ketika itu, maka ibu hanya memberi kebenaran untuk memakainya setiap kali menjelang musim perayaan atau ketika menghadiri majlis kenduri kahwin. Betapa ceteknya ilmu mengenai emas saat itu.
Kini ibu sudah tiada namun barang kemas peninggalan ibu masih saya simpan dengan rapi. Sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa blog Jutawanemas mengenai kisah pelaburan emas. Pada mulanya saya fikir ini adalah bisnes jual barang kemas tetapi setelah dibaca dengan teliti barulah saya tahu bahawa emas adalah logam ciptaan tuhan yang sangat tinggi nilainya.Sekarang saya telah berjaya membeli beberapa keping bar emas dan syiling emas kijang.Saya berazam untuk menukar wang yang saya ada kepada emas untuk meraih keuntungan sebanyak mungkin. Anak-anak saya sedang membesar, dengan simpanan emas ini diharapkan dapat meringankan beban saya melawan perang inflasi di masa anak saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ya.. ayuh..kawan-kawan..kumpulkan harta anda dengan cara yang bijak!

 

Tahniah saya ucapkan kepada Puan Noor Fadilah Kasim, Encik Sanadi Abdul Latif dan Puan Nurulhuda Mokhtar.

Kepada Puan Noor Fadilah, saya akan hantarkan email untuk meminta alamat pos untuk saya poskan hadiah 10 dirham ini.

Kepada En. Sanadi dan Puan Nurulhuda, saya akan emelkan ebook saya kepada anda berdua.

 

Terima kasih kepada semua pembaca yang mengambil bahagian. Kalau tak menang sekarang tak apa.

Cuba lagi ye!

Akan ada lagi peraduan seperti ini yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas