Ebook

Archive for the ‘Public Gold’ Category

Anda ingin menyimpan jongkong emas tercantik? cuba tengok Jongkong BungaMas keluaran Public Gold.

Tuesday, October 8th, 2013 |

Jika anda suka menyimpan emas yang cantik seni buatannya, maka produk terbaru Public Gold iaitu BungaMas, pasti menarik perhatian anda.

BungaMas telah dilancarkan pada bulan September 2013.

Jongkong BungaMas boleh dibeli di dalam berat 10g, 20g, 50g dan 100g.

Jadi, berapa sahaja budget anda untuk menyimpan emas, insyaAllah anda mampu memiliki jongkong BungaMas yang cantik ini ūüôā

Jadi saya nak share dengan anda mengenai jongkong BungaMas ini.

Jongkong emas yang cantik rupa nya.

“Cantiknya rupa¬†BungaMas nie…” itu adalah kata-kata pertama yang keluar dari mulut saya apabila melihat jongkong BungaMas 50gram.

Ini kerana BungaMas dihiasi ukiran bunga dan dan tulisan jawi di permukaan hadapan.

Manakala di permukaan belakang pula dicetak corak tenunan songket yang unik dan cantik.

Permukaan hadapan BungaMas

50gram_bunga_mas_front

Permukaan belakang BungaMas

100gram_bungaMas_back

Fuh! memang cantik

Baik, mari tengok gambar jongkong BungaMas yang sebenar ūüôā

Ini gambar permukaan hadapan BungaMas 100 gram.

bungamas_100g

Ini pula gambar permukaan hadapan BungaMas 50 gram

bunga_mas_50g

Ini pula gambar permukaan belakang BungaMas

bunga_mas_50g_back

Memandangkan jongkong BungaMas ini berketulenan 999.9 ia sangat berkilau ūüėÄ

Sijil ketulenan.

Setiap produk Public Gold mempunyai sijil ketulenan yang tersendiri.

Begitu juga dengan BungaMas. Ia mempunyai sijil ketulenan yang tersendiri.

Sijil pengesahan ini memberi jaminan setiap emas Public Gold adalah tulen dari segi mutu dan beratnya.

Jaminan ini memberikan ketenangan fikiran untuk pembeli emas Public Gold.

50g_bunga_mas_front
Gambar: Sijil ketulenan (hadapan)

50g_bunga_mas2
Gambar:  sijil ketulenan (belakang)

BungaMas didatangkan dengan berat 10g, 20g, 50g dan 100g.

Anda boleh pilih.. yang mana satu idaman kalbu.

BungaMas_range
Gambar: BungaMas 10g, 20g, 50g dan 100g.

Bagaimana cara anda melihat harga BungaMas?

Untuk melihat harga semasa BungaMas, sila ke www.publicgold.com.my (klik)

Anda boleh lihat senarai harga produk Public Gold disana.

Tengok kat BungaMas / Tai Fook Series 24K.

p/s: Harga BungaMas sekarang jatuh banyak.

Cuba bandingkan harga sekarang dengan harga BungaMas bulan Oktober 2013 (ketika artikel ini ditulis).

10 gram bulan 10, 2013 = RM1517 sekarang RM1428
20 gram bulan 10, 2013 RM3028 sekarang RM2850
50 gram bulan 10, 2013 RM7534 sekarang RM7091
100 gram bulan 10, 2013 RM14,998 sekarang RM14,116

p/s: Harga diatas akan berubah mengikut harga emas semasa.
Anda perlu melihat harga semasa di www.publicgold.com.my (klik)

Sangat untung jika anda beli jongkong BungaMas sekarang.

bungamas_price
Gambar: Harga terkini BungaMas

harga
Gambar: Harga BungaMas pada bulan Oktober 2013.

Kelebihan lain BungaMas: spread (susutnilai rendah) dan boleh digadaikan di Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Selain dari kecantikan dan jaminan ketulenan, satu lagi kelebihan BungaMas adalah spread nya adalah kecil (spread = susutnilai emas bila anda jual balik emas kepada Public Gold)

Susutnilai BungaMas adalah seperti berikut:

10 gram = 8%
20 gram = 7%
50 gram = 6.5%
100 gram = 6%

Selain itu, jongkong BungaMas boleh digadaikan di mana-mana Arrahnu Bank Rakyat, Arrahnu X’change atau Ar-Rahnu Pos Malaysia. Sila refer artikel ini untuk maklumat lanjut (Arrahnu Bank Rakyat)

Ingin membeli jongkong BungaMas?

Jika anda ingin membeli BungaMas atau apa-apa produk Public Gold, anda boleh melihat kaedah belian pembelian di bawah.

Anda boleh menggunakan sistem tempahan online, telefon atau SMS.

Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Di mana anda berada, anda boleh dapatkan produk Public Gold.

Ia sangat mudah.

Klik link dibawah untuk maklumat lanjut. 

http://jutawanemas.com/v1/saya-nak-beli-emas/

Jadi agen dan nikmati diskaun belian 1%.

Walaupun anda boleh membeli BungaMas dengan nilai sekecil 10gram, namun saya ada satu berita yang perlu dikongsikan dengan anda.

Jika anda membeli sebarang produk public gold dengan nilai RM20 ribu (termasuk BungaMas) , anda layak menjadi agen secara automatik.

Apakah kelebihan dealer?

Dealer Public Gold mendapat 3 kelebihan utama iaitu:

1. Diskaun 1% untuk sebarang pembelian produk Public Gold
2. Tambahan 0.5% komisyen daripada harga semasa bila menjual balik emas anda.
3. Mendapat komisyen 1% apabila anda recommend pelanggan baru membeli emas Public Gold.

Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini:

Peluang keemasan anda sebagai agen Public Gold (klik)

Anda perlu bantuan?

Anda Boleh hubungi saya samada melalui call, sms atau whatsapp.

InsyaAllah saya akan memberikan bantuan kepada anda ūüôā

pelaburan_emas_contact_wechat_whatsapp

 Kesimpulan.

Jika anda gemar mengumpul emas, BungaMas adalah jongkong yang cantik untuk disimpan. Dengan harga yang lebih rendah dari kedai emas, susutnilai yang kecil dan jaminan mutu oleh Public Gold, ia adalah emas fizikal yang baik untuk disimpan.

Dengan ada promosi belian 100g BungaMas anda layak menjadi dealer. Ini merupakan satu peluang terbaik untuk anda start menyimpan emas.

Semoga aura emas ini menyebabkan anda bertambah kaya!

Sila kongsikan berita baik ini dengan rakan-rakan FB anda. Klik butang Recommend dibawah.

Terima kasih.

---------------------------------------------------------------------
.
Berminat mendapatkan emas Public Gold? sila baca di sini
http://jutawanemas.com/v1/saya-nak-beli-emas/
---------------------------------------------------------------------

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan Melalui Barang Kemas i-Series

Tuesday, August 16th, 2011 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Baiklah, di dalam artikel saya yang lalu, saya telah berkongsi tips dengan anda mengenai cara memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas. Anda boleh baca artikel ini disini:

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.

Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda.

Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan… iaitu…

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.


Sepintas lalu – Rantai leher i-Series Public Gold


Rantai leher i-Series ( i-Series bermaksud investment series)

Di dalam artikel yang lepas, saya telah memberikan 6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

Diantara tips-tips tersebut adalah:

1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)

2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)

3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).

6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.

Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.pulicgold.com.my), sebuah syarikat  yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.

Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.

Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Ciri-ciri istimewa barang kemas i-series.

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.

Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my)  Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).


Harga emas di kedai emas Wah Chan pada 13/8/2011 adalah RM190/gram.

Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (16/8/2011 1.00 pagi) hanyalah RM174.14 segram! Dengan kata lain pembeli i-Series dapat berjimat sehingga RM15.86 segram.

Memang best ūüôā

p/s: Harga emas untuk barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit. Anda boleh memantau harganya di laman web Public Gold Live Price di http://www.publicgold.com.my/liveprice.html


Harga barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit.

Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).

Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.

p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.

Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)

Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal¬†digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian ūüôā

Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.

Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.


Gambar dekat rantai leher i-Series. Tebal, padu dan tahan lasak.


Perbandingan ketebalan rantai leher i-Series 100 gram, 50 gram dan 20 gram dengan paper clip.

Ujian ketulenan emas i-Series menggunakan densimeter.

Apabila diuji menggunakan mesin densimeter, produk i-Series memberikan bacaan ketulenan yang tepat iaitu 22 karat (916). Jadi, ini membolehkan anda mendapat pinjaman maksimum apabila menggadaikan emas i-series di Ar-Rahnu (pajak gadai Islam).


i-Series yang diuji menggunakan densimeter. Tepat 22K (916)

Jadi, bagi mereka yang berminat membuat pelaburan emas + menggunakan emas sebagai pusingan modal + boleh dipakai hari-hari, maka i-series merupakan pilihan terbaik.

 Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.

Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold.

Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.

Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!

Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.

Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.

Memang menguntungkan.


Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja. Memang kecil.

Kelebihan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.

Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.

Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.


Barang kemas boleh digadaikan dengan mudah di Arrahnu.

Dengan kelebihan-kelebihan diatas, anda akan mendapati bahawa barang kemas i-Series adalah contoh terbaik pelaburan emas melalui barang kemas. Anda akan mendapat keuntungan yang maksima jika membeli barang kemas yang memiliki kelebihan-kelebihan diatas.

Bayangkan, harganya adalah lebih murah, design pula tebal dan tahan lasak manakala susut nilai pula cuma 10%.

Jenis-jenis produk di dalam i-Series.

Jika anda berminat mendapatkan i-Series, Produk i-Series terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1. Rantai leher
2. Rantai tangan
3. pendant.

Rantai leher i-Series terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 (¬Ī) 1 sentimeter)
b) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (¬Ī) 1 sentimeter)
c) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (¬Ī) 1 sentimeter)


Rantai leher 20 gram (atas), 50 gram (tengah) dan 100 gram (bawah sekali)

Untuk rantai tangan terdapat 1 jenis sahaja iaitu 10 gram.


Rantai tangan (10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter (¬Ī) 1 sentimeter)

Untuk pendant, terdapat 3 jenis berat iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.


Pendant terdapat di dalam 3 saiz iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:

1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price: http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon ke office Public Gold (paling mudah)

3. Anda juga boleh walk-in ke pejabat Public Gold yang berhampiran tempat anda.

Bagi mereka yang menempah dan mengambil produk di Penang, anda tidak akan dikenakan kos pengangkutan.


Sebahagian cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Ini adalah alamat dan telefon untuk cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

*klik sini (senarai cawangan Public Gold)

pesanan: Jika staff Public Gold tanya bagaimana anda tahu tentang produk i-series, sila inform mereka yang anda membacanya dari blog saya www.jutawanemas.com

Kesimpulan.

1. Emas adalah aset. Jadi, membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas tetetap menguntungkan anda. Namun anda perlu memilih barang kemas terbaik. Dengan adanya barang kemas i-series, pelabur emas kini boleh memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

2. Anda boleh menggunakan spesifikasi i-Series sebagai perbandingan dengan barang kemas di kedai emas. Anda akan mendapati barang kemas i-Series adalah jauh lebih menguntungkan pembelinya.

3. Dengan cawangan Public Gold di seluruh negara, kini anda boleh mendapatkan barang kemas i-Series dengan mudah.

p/s:

 1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

2. Berminat mempelajari ilmu pelaburan emas dan teknik2 menjana keuntungan dengan emas di Malaysia dengan pantas? dapatkan ebook saya ‚ÄúMenyingkap Rahsia Pelaburan Emas‚ÄĚ (klik sini) . Anda akan mempelajari dengan pantas kaedah membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

3. Saya akan sambung buat seminar Peluang Perniagaan Emas bersama Public Gold selepas hari Raya Aidilfitri. Nantikan jadual seminar saya di dalam blog ini. Untuk memudahkan anda, sila subscribe newsletter blog jutawanemas.com. Anda akan mendapat update daripada saya secara percuma ke email anda.

Sekian terima kasih ūüôā

Selamat berpuasa.

 

Promosi: Peluang menjadi agen Public Gold dengan modal serendah RM20,000 sahaja.

Thursday, June 3rd, 2010 |
Nota admin: Promosi sedang berjalan. Kos untuk menjadi agen
hanya RM20k ++ (mengikut harga emas semasa).
TAWARAN INI AKAN TAMAT PADA 31/10/2010.
cepat ambil tindakan. Terima kasih.
_____________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga adanya.

Saya kat sini Alhamdulillah sihat…

Baiklah, disini saya ingin membuat satu pengumuman menarik, yang saya terima semalam daripada Public Gold.

Pengumuman ini juga dipaparkan di dalam Facebook page Public Gold.

Ini adalah promosi kali kedua, memandangkan sambutan daripada promosi yang diadakan pada bulan Jun 2010 adalah sangat menggalakkan.

.

Ianya adalah promosi menjadi agen Public Gold dengan modal 20,000 sahaja!

Sebelum ini, kos untuk menjadi agen adalah sekitar RM40,000 (bergantung kepada harga emas semasa). Anda boleh membaca mengenai peluang menjadi agen Public Gold di sini (klik)

Dengan hanya RM20k, anda berpeluang mendapat peluang menjadi tokey emas Public Gold. Ini adalah satu peluang yang menarik kerana anda boleh menjual produk-produk Public Gold dan mendapatkan keuntungan.

Sebagai agen Public Gold anda boleh menjual produk-produk Public Gold seperti:

1. Jongkong Emas Public Gold
2. Dinar Emas Public Dinar
3. Jongkong Perak Public Silver
4. Barang kemas Public Jewellery

produk_public_gold
Rangkaian produk-produk Public Gold yang boleh dijual ūüôā

Anda akan mendapat komisyen jualan 1.5% daripada nilai jualan produk Public Gold.

Selain itu, anda juga boleh mendapat keuntungan belian balik produk antara 5% dan 6%.

Dengan training yang saya berikan, anda akan diajar teknik-teknik marketing dan teknik-teknik manipulasi emas fizikal (contohnya Ar-Rahnu) bagi menambahkan keuntungan ūüôā

Memang best.

Nak tahu keuntungan menjadi peniaga emas?

Apakah keistimewaan berniaga emas?

Untuk mendapat jawapannya, anda boleh lihat powerpoint presentation saya. Saya gunakan powerpoint ini di dalam seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold di seluruh Malaysia.

Saya dah tukarkan ke dalam bentuk pdf bagi memudahkan anda membacanya (klik untuk download)

Di dalam slide ini saya bercerita tentang 3 perkara:

1. Kenapa emas? Apakah keistimewaannya?
2. Kenapa berniaga emas?
3. Keistimewaan menjadi agen Public Gold

tn_ppt
Slide presentation saya (klik gambar untuk download)

Saya harap selepas anda melihat slide ini, anda akan mendapat sedikit ilham tentang betapa untungnya menjadi pelabur + peniaga emas secara kecil-kecilan ūüôā

Dengan kata lain:

1. Beli emas untuk pelaburan (simpanan) = untung
2. Beli emas untuk untuk pelaburan + berniaga = untung banyak
3. Beli emas untuk pelaburan + berniaga + teknik-teknik manipulasi emas
     = untung maksima.

Training untuk agen-agen yang baru.

Bagi mereka yang baru dalam dunia emas, anda akan diberikan training oleh saya sendiri. Saya akan bantu anda untuk lebih faham potensi perniagaan ini dan boleh memulakan business emas anda.

Ini adalah gambar daripada salah satu training agen Public Gold.

tn_agent_training
Gambar agen-agen Public Gold yang menghadiri training di Sunway office.

Saya berminat. Apakah langkah yang saya perlu ambil?

Jika anda berminat, maka anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:

1. Isikan borang agen dibawah (klik untuk download).
   Pastikan ruangan introducer adalah Syukor Hashim
   (anda akan menjadi business partner saya)

Word_icon
Klik untuk download borang pendaftaran agen.

2. Buat belian 20k ( samada Jongkong, Dinar, perak atau jewellery)
   (Anda bebas membuat pilihan. Anda boleh campur antara gold bar, dinar,
   barang kemas dan jongkong perak asalkan nilai keseluruhan RM20k keatas.

3. Buat bayaran kepada Public Gold. Hubungi mereka jika anda masalah
     Nombor telefon office Public Gold Sunway, KL = 03-5634 8999
     Nombor telefon office Public Gold Penang = 04-6449999
     Nombor telefon office Public Gold Kota Bharu = 09-7462 999
     Nombor telefon office Public Gold Ipoh = 05-242 8999

     (p/s: hantarkan borang agen semasa mengambil stok emas anda)

4. Datang sesi training untuk agen.

5. Selesai ūüôā

Jika anda ingin mendapatkan bantuan, sila sms saya di talian 013-3819901 atau hubungi saya melalui contact form (klik sini)

Kesimpulan:

1. Jangan lepaskan peluang ini. Jadikan emas sebagai business sampingan anda.
2. Dengan membuat business emas, anda akan menjana pendapatan melalui
    kaedah melabur + berniaga.
3. Dengan menghadiri training dan mempelajari teknik-teknik pemasaran dan
    manipulasi emas, anda mampu membuat keuntungan yang lebih.

Ok then, selamat menjadi tokey emas ūüôā

.

Sekitar Majlis Pelancaran Public Jewellery dan Public Silver

Saturday, March 6th, 2010 |

logo_pelancaranAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda sihat, ceria dan bertenaga.

Saya disini Alhamdulillah sihat sahaja ūüôā

Baiklah, kali ini saya ingin membawa anda ke sekitar majlis pelancaran Public Jewellery dan Public Silver yang telah dianjurkan pada 28/2/2010 yang lalu.

Tempatnya ialah di, Dewan Sri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya.

Majlis ini memang cukup meriah kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

kehadiran

Memang ramai yang datang… mungkin¬†sebab¬†datang nak melihat barang kemas Public Jewellery ataupun jongkong perak Public Silver.

launching_all_vip

Tambahan lagi majlis ini diserikan dengan kehadiran Datuk Danny Ooi, pengasas The Malaysian Book of Records dan Duta Public Jewellery Diana Danielle.

Di dalam majlis ini terdapat beberapa acara yang penting iaitu:

1. Pelancaran koleksi barang-barang kemas Public Jewellery
2. Pelancaran Public Silver
3. Penyampaian sijil The Malaysian Book of Records daripada Datuk Danny Ooi.

Pelancaran koleksi barang kemas Public Jewellery.

Di dalam majlis ini Public Jewellery, anak syarikat Public Gold telah melancarkan koleksi barang-barang kemas mereka.

Design bagi barang-barang  kemas tersebut adalah berdasarkan design Timur Tengah.

Memang cantik ūüôā

Antara kebaikan membeli barang kemas daripada Public Jewellery ialah:

1. Harganya adalah mengikut harga emas antarabangsa
2. Tiada kos upah (workmanship) dikenakan.
3. Susutnilai adalah 20 peratus sahaja (jika anda nak jual balik)
4. Dijamin mutu dan ketulenannya oleh Penang Assay Office Sdn Bhd.

Barang-barang kemas yang dikeluarkan terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

1. Subang dan pendant
2. Rantai leher
3. Rantai tangan

Ini adalah sebahagian daripada gambar barang kemas Public Jewellery ūüôā

design_pendant
pergh.. bersilau mata melihatnyer….

public_jewellery_pendant
Amacam…¬†cantik tak?

rantai_tangan_public_jewellery
Koleksi rantai tangan Public Jewellery

launching_diana_danielle_public_jewellery
Diana Danielle memperagakan barang kemas Public Jewellery

Anda boleh tengok semua design-design ini kat www.publicjewellery.com.my

launching_website_public_jewellery
Laman web Public Jewellery – www.publicjewellery.com.my

Jika hati anda teruja dengan barang-barang kemas ini, anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda dan order kat mereka.

Senarai agen Public Gold di seluruh Malaysia (klik sini)

Pelancaran Public Silver.

Public Silver – anak syarikat Public Gold telah melancarkan produk mereka iaitu jongkong perak 1 kg.

jongkong_perak_1kg_public_silver
Jongkong perak 1 kg keluaran Public Silver.

Bagi mereka yang berminat melabur melalui jongkong perak, ini adalah peluang anda.

Ini kerana jongkong perak keluaran Public Silver ini mempunyai ketulenan 999.9 dan di iktiraf oleh assayer yang bertauliah.

Setiap jongkong perak mempunyai sijil ketulenan.

Buat masa ini spread untuk jongkong perak adalah 20%. 

Namun Public Silver memberi jaminan bahawa spread ini akan dikurangkan dari masa ke semasa berdasarkan sambutan daripada pelabur.

Analisis kenaikan harga perak sepanjang 5 tahun lepas.

Pada 6/3/2006 – harga perak ialah 10.22 UDS/Oz
Pada 5/3/2010 – harga perak ialah 17.25 USD/Oz

Ini adalah kenaikan harga 40.7% dalam 5 tahun ( purata 8.14% setahun)

Harga jongkong perak ini adalah mengikut harga perak dunia. Anda boleh melihat harga jongkong perak ini di laman web www.publicgold.com.my

silver price

Jika anda ingin memiliki jongkong perak ini anda boleh menghubungi agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda dan order kat mereka.

Senarai agen Public Gold di seluruh Malaysia (klik sini)

Penyampaian sijil The Malaysian Book of  Record kepada Public Gold.

Majlis pelancaran ini dimeriahkan lagi dengan penyampaian rasmi sijil The Malaysian Book of Record daripada pengasasnya, Datuk Danny Ooi, kepada Louis Ng, Pengarah Eksekutif Public Gold.

Ini berikutan kejayaan Public Gold menghasilkan jongkong emas tempatan pertama di Malaysia yang diiktiraf mutu dan ketulenannya oleh assayer yang bertauliah.

launching_malaysia_book_of_record
Penyampaian sijil The Malaysian Book of Record kepada Public Gold

Anda boleh membaca mengenai perkara ini di dalam artikel saya disini (klik)

Duta Public Jewellery – Diana Danielle.

Public Jewellery telah melantik Diana Daniele sebagai duta bagi barang-barang kemas Public Jewellery.

Sebagai seorang artis yang cantik, popular dan meningkat naik, Diana Daniel memang sangat sesuai menjadi duta barang kemas ūüôā

diana_and_louis_ng
Diana Danielle dan Louis Ng ketika melancarkan barang kemas Public Jewellery

Di dalam majlis pelancaran ini, Diana Danieel memperagakan koleksi barang kemas Public Jewellery dan juga membuat persembahan.

Memang best ūüôā

launching_diana_danielle_modelling
Diana Danielle memperagakan barang kemas Public Jewellery

launching_diana_danielle_menyanyi
Diana Danielle membuat persembahan.

Acara-acara lain.

Antara acara lain yang dianjurkan ialah cabutan bertuah.

Tahniah kepada beberapa agen saya sebab memang hadiah besar ūüôā

Khairul sebab dapat 10 dinar, Pok Ya dapat 5 dinar dan Pok Li dapat 1 dinar… hehehehe.. menang rezeki korang nie dengan emas lah..

lucky_draw
Pemenang-pemenang cabutan bertuah

Selepas habis acara nie saya sempat bersembang-sembang dengan beberapa agen dan ambil gambar.

denga_pokli_dan_sebol
saya, pokli dan sebol.

suzie
bersama agen saya dari Bangi – suzie dan suami

Kesimpulannya.

1. Anda kini boleh membuat pelaburan emas dan perak melalui produk-produk
   keluaran Public Gold. Ini kerana Public Gold dan anak-anak syarikatnya telah
   mengeluarkan emas dan perak khusus untuk tujuan pelaburan.
 
   Produk Public Gold kini merangkumi:

   i. Jongkong emas dan Syiling Emas
   ii. Dinar Emas
   iii. Jongkong perak
   iv. Barang kemas

2. Selain membeli, Public Gold menawarkan peluang perniagaan kepada anda
   untuk menjadi agen mereka. Sebagai agen Public Gold, anda boleh menjual
   produk-produk Public Gold dan menjana pendapatan. Sila klik sini untuk
   mendapatkan maklumat mengenai peluang perniagaan emas Public Gold (klik)

3. Jika anda masih baru dengan pelaburan emas, anda boleh mendapat maklumat
   lanjut dengan membaca semua artikel saya (klik sini) atau pun mendapatkan
¬†¬†¬†ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini)¬†

4. Jika anda berminat menghadiri seminar peluang perniagaan emas bersama
   Public Gold, anda boleh dapatkan maklumat terkini di notis board (klik sini).

Ok then, selamat membuat pelaburan emas ūüôā

.

Jemputan ke Majlis Pelancaran Public Silver dan Public Jewellery

Saturday, February 20th, 2010 |
Nota admin: Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold bulan March:
Lokasi: Bandar Sunway, JB ,Kota Bahru, Penang, Ipoh dan Perak,
Jika inginkan maklumat lanjut sila kilk sini (notice board)
________________________________________________________________________

jemputan_public_silver_public_jewelleryAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya ūüôā

Baiklah, disini saya ingin membuat satu pengumuman.

Public Gold akan menganjurkan majlis pelancaran Public Silver dan Public Jewellery bersempena pembukaan cawangan Public Gold Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, Public Gold ingin menjemput anda semua untuk hadir ke majlis pelancaran ini. Maklumatnya adalah seperti berikut:

Tarikh: 28/2/2010 (Ahad)
Tempat: Dewan Sri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya.
Masa: 2.00 petang – 6.00 petang
Bayaran: FREE, makanan dan minuman disediakan.

Memandangkan tempat duduk adalah terhad, anda perlu membuat tempahan untuk hadir ke majlis pelancaran ini.

Untuk tempahan sila hubungi:

1. Katrina/Carmen: 03-5634 8999
2. Denise/ Cyrene: 04-2619999
3. Cheryl / Kay: 04-6449999

Apa yang istimewa di majlis pelancaran ini?

First sekali anda berpeluang melihat dan menempah jongkong perak 1 kilogram keluaran Public Silver ūüôā

Pergh.. memang cun.. saya pun dah order seketul.

public silver kilobar

Jongkong Public Silver mempunyai sijil ketulenan daripada Assayer yang bertauliah iaitu Penang Assay Office Sdn Bhd.

Ini bagi menjamin mutu  jongkong perak keluaran Public silver adalah setaraf dengan jongkong perak lain di peringkat antarabangsa.

Selain itu, anda boleh melihat harga jongkong perak ini di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my

Harga yang ditawarkan adalah mengikut harga perak antarabangsa. 

silver price

Public Jewellery

Bagi peminat barang kemas, anda juga boleh melihat koleksi barang kemas keluaran Public Jewellery.

Banyak barangan Public Jewellery yang akan dipamerkan di majlis pelancaran tersebut.

jewellery

err… ini bukan gambar sebenar koleksi Public Jewellery ¬†dan ini bukan model Public Jewellery ūüôā

Kalau nak tengok gambar-gambar¬†koleksi sebenar anda kena datang sendiri ke majlis pelancaran nie…

saya tak nak letak gambar-gambar tu kat sini.

hehehehe.. kasik suspen sikit.

Harga barang kemas Public Jewellery adalah mengikut harga emas semasa dan tiada kos workmanship.

Best tu.

diana_danielle

Selain itu, terdapat penampilan istimewa duta produk Public Jewellery, Diana Danielle.

Diana Danielle, yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi popular tanahair akan membuat persembahan di majlis pelancaran ini.

Kesimpulannya.

Booking diari anda, datanglah beramai-ramai ke majlis pelancaran Public Silver dan Public Jewellery.

Ambillah kesempatan ini untuk melihat dengan lebih dekat Diana Danielle, jongkong perak 1 kg dan barang-barang kemas keluaran Public Jewellery.

Memandangkan masuk adalah percuma tapi tempat terhad, sila buat reservation terlebih dahulu. Telefon staf-staf Public Gold diatas.

Ok, jumpa di sana ūüôā

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas