Ebook

Archive for the ‘Public Gold’ Category

Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas.

Monday, March 23rd, 2009 |

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap anda semua sihat sejahtera.

Kali ini saya ingin bercerita tentang keburukan membeli jongkong emas di kedai emas. Kalau boleh biarlah pengalaman saya menjadi pengajaran untuk kita semua.

Kisah sedih nie… šŸ™

Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar. Sebagai contoh:

1. Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna
2. Kedai Emas biasa –Ā PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)
3. Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.

Saya sendiri telah membeli 3 ketul PAMP Suisse (Lady Fortuna) dengan Kedai Emas Poh Win Melaka.

Ā 

kedai_emas_poh_win

Pada waktu tu, memang gembira rasa hatiku…

my_pamp_suisse
PAMP Suisse saya – Lady Fortuna

Namun setelah dibuat kajian mendalam, saya dapati membeli emas kat kedai emas ini lebih banyak kelemahannya.

Antaranya kelemahan ialah:

1. Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM)
2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi
3. Tak boleh bukak plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut
Ā Ā Ā Ā  makaĀ gold bar tersebut akan dikira emas terpakai.

Kisah Lady Fortuna yang dibuka.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Kena pakai pisau.

buka_lady_fortuna
Kena toreh dengan pisau. Plastiknya keras.

Bukan seketul, tapi ketiga-tiganya saya buka šŸ˜›

lady_fortuna_dibuka
hehehe.. PAMP Suisse Lady Fortuna yang telah dibuka.

Sebabnya saya nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik dengan membeli lebih banyak emas.

Kemudian, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar MelakaĀ dan bertanya kepada mereka 2 soalan:

1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)

“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?””saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win”
“I see… Ā jadi you all akan tolak 18% la…
“Yes, kalau tak buka plastikĀ tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…

Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%

Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)

Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…

“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?””saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
“Aiya! apasal banyak sangat” saya tanya. Terkejut beruk dibuatnyaĀ …
“Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…

Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira used gold.

Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.

Rasa menyesal beli emas kat diorang nie.

Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

poh_kong_bunga_raya
Gold Bar Bunga Raya – tak boleh buka.

Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri…Ā  jadi waktu isteri dok tengah pilih gelang, saya tanya sales girl pasal gold bar Bunga Raya.

Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600)

“Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?” saya bertanya
“Oh.. ini potong dalam 11.5% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.
“Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?” saya tanya sales girl tu..
“Oooo.. kalau buka plasik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%”

Hati kecilĀ saya berkataĀ .. “Buka plastik cover yang tak bernilai tu boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11.5% kepada 25%”

Rugi betul.

Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…

Kalau tak boleh bukak plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik tu…

Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai. Bertambah lagi potongan yang dikenakan.

Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

So far, yang saya tahu ialah Gold Bar Public Gold.

Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalar… tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama.

Ini adalah jaminan daripada chairman Public Gold sendiri, Mr. Ng

public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Gold Bar Public Gold – kalau buka sarung plastik pun tak terjejas harganya.

Berbezaan harga belian dan jualan emas public gold pula sangat berpatutan, iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.

Jadi, saya berpendapat ia lebih menguntungkan pembeli yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Lebih cepat buat untung bila harga naik.

Kesimpulannya.

Disini saya sekadar menceritakan pengalaman peribadi saya. Ianya hanyalah panduan untuk anda semua. Jika anda ada pengalaman seperti saya, harap dapat dikongsikan bersama-sama pembaca yang lain. Lebih banyak ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan bersama, maka kesannya lebih baik.

Pada pendapat saya, memang lebih jelas Gold Bar Public Gold lebih menguntungkan pelabur emas.

Jika anda berminat mendapatkan gold bar Public gold, anda boleh lihat senarai agen Public Gold yang berhampiran dengan anda. (Klik sini)

Apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang!

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
- anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini. Tq

.

Peluang menjadi agen Public Gold di seluruh Malaysia.

Tuesday, November 4th, 2008 |

Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Saya doakan anda semua sihat sejahtera.

Saya pastiĀ anda telah mengetahui mengenai peluang pelaburan emas fizikal melalui Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold). Betul tak?

Ini kerana saya ada menulis artikel berkenaan pelaburan emas fizikal yang ditawarkan oleh syarikat ini pada 7/10/2008 yang lalu. Anda boleh membaca artikel itu di sini.Ā 

Sepanjang bulan 10/2008 yang lalu, saya dapatiĀ Public GoldĀ telah mula mendapat liputan akhbar mengenai peluang pelaburan emas fizikal yang ditawarkan oleh mereka. Ini kerana artikel akhbar mengenai Public Gold telah muncul di dalam akhbar Harian Metro dan juga Berita Harian.

Anda boleh lihat keratan akhbar mengenainya disini.


Keratan akhbar Harian Metro 25/10/2008
(Klik untuk besarkan)

Ini pula keratan akhbar Berita Harian bulan 10/2008. Saya lupa nak catat tarikhnya šŸ˜›

Ā 
Keratan akhbar Berita harian mengenai Public Gold
(Klik untuk besarkan)

Tahniah saya ucapkan kepada Public Gold kerana telah mempromosikan peluang membeli emas fizikal untuk tujuan pelaburan kepada kita semua.

Peluang menjadi agen Public Gold di setiap negeri seluruh negara.

Pada 3/11/2008 CEO syarikat Public Gold, Mr. Branson telah menelefon saya. Beliau meminta saya memaklumkan kepada pembaca blog jutawanemas bahawa Public Gold kini membuka peluang kepada individu/syarikat/koperasi yang berminat untuk menjadi agen Public Gold di setiap negeri di seluruh Malaysia.

(update) Modal untuk menjad agen Public Gold hanyalah RM30,000

Maklumat terperinci mengenai peluang menjadi agen Public Gold boleh diperolehi dengan menelefon saya di talian 013-3819901.

Ulasan peribadi saya.

Bagi sesiapa yang mengimpikan perniagaan emas sendiri, inilah peluang anda untuk memiliki perniagaan sendiri. Peluang dah ada di depan mata. Memandangkan bilangan agen untuk setiap negeri ada koutanya, maka siapa cepat dia dapat šŸ™‚

Lagi satu, tidak lama lagi Public Gold akan melancarkan produk terbaru mereka iaitu Dinar Emas. Saya jangkakan Dinar Emas ini akan menjadi produk hot macam Dinar Emas Kelantan. Terdapat 3 saiz Dinar Emas Public Gold iaitu 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar. Kalau nak tahu details, boleh tanya dengan Mr. Branson.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli emas Public Gold pula, doakan agar ada agen Public Gold akan membuka kedai di sebelah opis/rumah anda. Nanti senang nak borong emas šŸ™‚

Ok, itu sahaja pengumuman dari saya.

Jika ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen atau kita bincangkan di forum jutawanemas.

Terima kasih.

Membeli dan menjual emas fizikal melalui syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd.

Tuesday, October 7th, 2008 |

Salam sejahtera kepada semua pembaca. KitaĀ berjumpa kembali selepas cuit raya yang panjang. Bestnyer cuti raya, balik kampung jumpa family. Then bila kembali, kita sambung cakap pasal emas ok šŸ™‚

Bila bercakap tentang pelaburan emas fizikal, saya selalu mencadangkan supaya anda membeli syiling emas atau gold bar (Kijang Emas, UOB Bank atau PAMP Suisse). Ini kerana perbezaan antara harga beli dan jual yang rendah membolehkan kita mendapat keuntungan yang lebih tinggi apabila harga emas. Tak seperti pelaburan melalui barang kemas yang akan ditolak antara 15% – 20% dari harga emas semasa.

Namun begitu, rata rata pembaca memberi komen yang syiling Kijang Emas danĀ gold coin UOB bank selalu sold out. Tak bolehĀ nak beli sebab takde stok… ramai sangat orang beli. Kalau ada stok pun tak boleh nak booking, kena cash on delivery dan siapa cepat dia dapat… itu yang susah sikit tu..

Namun sekarang, masalah itu boleh dikurangkan. Sebab saya dah jumpa satu syarikat yang membuat aktiviti menjual dan membeli emas untuk pelaburan dengan harga menarik dan kualiti 24K. Anda boleh membeli emas kat sini šŸ™‚

Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

Alamatnya:

Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Tel : 04-644 9999

Nama pendeknya ialahĀ Public Gold.

Saya telah dimaklumkan tentang syarikat ini pada awal bulan puasa yang lalu. Jadi, saya pun buat research dulu dengan melayari laman web syarikat Public Gold di www.publicgold.com.my

Hmm… nampak menarik

Jadi saya mengambil keputusan untuk melawat syarikat Public Gold nie untuk melihat sendiri syiling emas dan gold bar yang dikeluarkan oleh mereka. So, on the way driving balik beraya ke Kedah, saya singgah sebentar di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Risalah pelaburan emas Public Gold

Apabila tiba diĀ Public Gold, saya diberikan risalah mengenai peluang pelaburan emas yang ditawarkan oleh syarikat ini.


Risalah tentang pelaburan emas dari Public Gold (klik untuk besarkan)
.

Emas yang dijual

Public Gold menawarkan syiling emas dan gold bar kepada pembeli.

Untuk syiling emas cuma terdapat 1 saizĀ  iaitu 50 gram (emas 24K)

Bagi gold bar pula, ia terdapat dalam saiz 20 gram, 50 gram dan 1 Kg (emas 24K)


Syiling emas dan gold bar yang dijual. Klik untuk besarkan

Syiling emas dan gold barĀ keluaran Public Gold memang cantik, Ini antara gambar-gambar syiling emas dan gold barĀ Public Gold yang saya ambil:

Syiling emasĀ 50 gram, emas 24k
Ā 
.
Gold bar 20 gram dan 50 gram (24K)
Ā 
.

Gambar gold bar close-up kat tangan šŸ™‚
Berkilat betul gold bar nie sampai nampak bayang kamera saya.
Ā 
.

Gambar belakang gold bar
.

Setiap gold bar ada siriĀ nombor dan certificate.
.

Ujian berat dan ketulenan.

Saya telah meminta agar emas ini diuji menggunakan precious metal tester untuk menguji berat dan ketulenannya… of course la.. nak recommend kat orang kena test dulu betul tak? šŸ™‚

Untuk timbang berat, ini keputusannya:


Berat gold bar 50gram – timbang dapat 50.01gram
.

Untuk ujian ketulenan pula ini hasilnya:


Keputusan: Gold 24K (999.9)

Namun apa yang lebih menarik ialah harganya…Ā 

Harga belian dan jualan.

Anda boleh melihat sendiri harga belian dan jualan emas Public Gold di laman web mereka www.publicgold.com.my

buy_n_sell
Screenshot harga emas di laman web Public Gold

Terdapat kos penghantaran yang perlu ditambah iaitu:

RM10 untuk gold bar 20gram,
RM20 untuk gold bar 50gramĀ 
RM30 untuk gold bar 100 gram.

Cara membeli dan menjual emas.

Syarikat ini berpusat di Pulau Pinang, so untunglah orang-orang Penang nie. Mudah nak beli sebab dekat.

Buat masa ini, jika anda nak beli, anda perlu menelefon pejabat mereka di 04-6449999. Harga semasa akan diberitahu kepada anda, jika berminat, maka Public Gold akan menghantar kontrak melalui emel atau fax kepada anda. Anda perlu tandatangan kontrak ini dan hantar balik kepada Public Gold.

Untuk pembayaran pula, anda boleh bayar 30% deposit daripada harga emas tersebut dan bakinya dijelaskan ketika menerima emas ataupun bayar 100% sewaktu order emas tersebut (bank-in ke dalam akaun bank Public Gold).

Jika anda ada soalan mengenai penghantaran, baik tanya sewaktu nak order bagi mengelakkan masalah.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh refer cara membeli di sini: http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/Ā 

Perancangan jangka panjang syarikat.

Saya dimaklumkan bahawa Public Gold akan mengeluarkan Dinar Emas pada masa hadapan. Konsepnya seperti Dinar Emas Kelantan. Harga belian dan jualan pun lebih kurang sama dengan Dinar Emas Kelantan. Jadi, kita tunggulah kemunculannya di masa hadapan. Kalau Dinar tu dah keluar, saya akan update dalam blog ini.

Selain itu, lebih banyak cawangan Public Gold akan dibuka di seluruh negara.

Ok, ini summary saya:

Kebaikan:

1. Harga emas fizikal yang dijual adalah sangat kompetitif
2. Emas 24K, 999.9 danĀ Kualiti minting yang cantik.
3. Harga belian balik yang menarik ( cuma -1% dari harga emas semasa)
4. Boleh beli emas pakai kad kredit (tambah 3% dari nilai belian)
5. Laman web syarikat yang informatif tentang emas.
6. Emas nie emas fizikal, so boleh gi pajak kat bank Rakyat or Agro Bank

Kelemahan:

1. Syarikat nie kat Pulau Pinang, so kalau nak melawat kena ke sana.
2. Tak banyak cawangan lagi di seluruh Malaysia.
3. Saiz emas bermula dengan 20 gram. So mungkin agak tinggi bagi sesetengah orang.

Saya berpendapat, Public Gold menawarkan peluang terbaik untuk membuat pelaburan emas fizikal. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, membeli emas adalah pelaburan terbaik. So, apa tunggu lagi. Mulakan pelaburan emas anda sekarang.

p/s: Jika anda ingin membeli gold bar Public Gold, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)

.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas