Ebook

Archive for the ‘skim cepat kaya’ Category

Masalah dengan Skim Pelaburan Emas Ar Rahnu @ 30:70

Friday, September 5th, 2014 |

ar_rahnu

Pada 27 September 2013, saya pernah menulis artikel di dalam blog jutawanemas.com tentang 3 orang mangsa Arrahnu.

Anda boleh baca artikel itu disini (klik sini)

Hampir setahun telah berlalu.

Kini masalah yang sama timbul lagi.

Tiba-tiba saya menerima lagi soalan dari seorang mangsa skim Ar-Rahnu 30:70 iaitu puan Liza daripada Ipoh.

Beliau buntu dengan situasi yang beliau hadapi sekarang.

Beliau telah membeli emas setengah kilo menggunakan konsep 30:70 yang ditawarkan oleh sebuah syarikat yang popular dengan teknik ini.

Jadi, Puan Liza cuma keluarkan modal RM25 ribu sahaja (30%)

Baki 70% adalah pinjaman daripada Ar-Rahnu.

Masalah nak bayar upah simpan.

Upah simpan 6 bulan pertama berjumlah RM5 ribu. Beliau mampu bayar sebab harga emas naik. Boleh overlap surat (baca sebagai tambah hutang) dan cover upah simpan.

Pada 6 bulan kedua, harga emas jatuh dan puan Liza kena bayar upah simpan RM5k. Kat sini beliau sangkut sebab tiada modal dan teknik overlap tidak boleh digunakan.

Sekarang, dah masuk 6 bulan ketiga (dah satu setengah tahun), beliau dah terima notis minta bayar upah simpan. Kalau tak bayar secepat mungkin maka Ar-Rahnu Bank Rakyat akan lelong semua emas beliau.

Beliau rasa sedih dan tertipu kerana sewaktu agen syarikat menjual emas kepada beliau, macam-macam mereka janji. Nak bagi khidmat jualan terbaik lah, nak tolong orang Melayulah..

Tapi bila Puan Liza nak minta nasihat, langsung tidak berjawab dan senyap.

Call tak jawab
SMS tak reply
Whatsapp tak balas.

Jadi puan Liza terpaksa meminta saya, En Syukor (yang dipanggil En Shukri) untuk membantu.

pelaburan_emas_ar_rahnu_1

pelaburan_emas_ar_rahnu_2

pelaburan_emas_ar_rahnu_3

pelaburan_emas_ar_rahnu_4

Apa penyelesaiannya?

Jadi, jalan penyelesaian yang saya boleh cadangkan boleh boleh dilihat di dalam artikel yang saya tulis di sini (klik sini)

Saya rasa simpati dengan keadaan Puan Liza.

Beliau terpaksa menanggung upah simpan yang tinggi kat Ar-Rahnu.

6 bulan kena bayar RM5 ribu tu banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau emas tu disimpan sendiri, at least bolehlah jugak pakai.

Apapun, jadikan ini sebagai pengajaran.

Apakah itu Ar-Rahnu?

Arrahnu ini cuma tempat pinjaman duit bercagarkan emas sahaja.

Mereka akan kenakan upah simpan kepada penyimpan. Jika gagal menjelaskan upah simpan, emas tuan puan akan dilelong.

No hard feeling. It is just business.

Sama juga dengan syarikat yang menjual dengan 30:70 nie

It is just business

Syarikat tawar keuntungan pelaburan emas 10% ke 12% sebulan selama 36 bulan. Boleh percaya ke?

Friday, September 5th, 2014 |
p/s: Ingin belajar kemahiran membaca harga emas? 
Anda dijemput hadir ke seminar Pelaburan Emas dan 
Analisis Teknikal Harga Emas saya pada 20/9/2014.
klik sini untuk maklumat lanjut (Seminar Teknikal)
--------------------------------------------------------------

Saya dapat soalan berkenaan pelaburan emas.

Jadi saya ingin berkongsi jawapannya dengan anda:

 

Soalan:

soalan-email

Baik, mari kita analisis tawaran pelaburan emas tersebut.

1. Pelabur perlu membeli emas daripada syarikat.

2. Kemudian emas itu DISERAHKAN KEMBALI kepada syarikat untuk diniagakan.

3. Syarikat menawarkan pulangan 10% ke 12% setiap bulan selama 36 bulan.

4. Syarikat mengaku patuh syariah.

 

Jawapan saya:

 

1. Jika anda perlu menyerahkan kembali emas tersebut kepada syarikat maka risiko 100% ditanggung oleh anda.

2. Jika berlaku kejadian yang tidak diingini seperti syarikat lari atau syarikat kerugian maka pelabur akan menanggung kerugian

3. Janji pulangan tetap antara 10% ke 12% sebulan adalah terlalu tinggi.

4. Ada tak syarikat emas yang pernah menipu orang menggunakan teknik janji pulangan tinggi?

5. Jawapannya ada. Tengok keratan akhbar dibawah.

6. Berwaspada  jika anda perlu serahkan kembali emas kepada syarikat dan dijanjikan pulangan bulanan.

7. Anda mungkin ditipu.

8. Secara peribadi, saya sendiri TIDAK akan melabur di dalam syarikat ini.

umpan_pelaburan_emas

 

Sekian,
Syukor Hashim,
www.pelaburanemas.com

Skim Cepat Kaya Bertopeng Pelaburan Emas Masih Wujud. Berhati-Hati!

Tuesday, October 22nd, 2013 |

Pada 4/10/2013 Team Majalah Niaga (www.majalahniaga.com) telah menulis satu artikel yang menarik.

Tajuknya ialah “Manipulasi Bisnes MLM & Skim Cepat Kaya (klik)”

Di dalam artikel ini team Majalah Niaga telah membongkarkan kisah dan ciri-ciri MLM yang memanipulasikan ahli-ahlinya. Kemudian, Majalah Niaga membuat analisis panjang lebar tentang perkembangan skim cepat kaya di Malaysia.

majalah_niaga_skim_cepat_kaya
Gambar: Artikel dari www.majalahniaga.com

Memandangkan saya tidak terlibat dengan aktif dengan MLM (sekadar jadi ahli Cosway ajer) maka saya kongsikan apa yang saya tahu sahaja.

> Ada MLM yang betul (ada produk dan sistem, very establish)
> Ada MLM yang palsu (money game, fokus kepada rekrut ahli)

> Ada pelaburan emas yang betul
> Ada pelaburan emas yang palsu.

Fokus saya adalah kepada skim cepat kaya.

Saya akan fokus panjang tentang skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelaburan emas.

Walaupun beberapa syarikat skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas seperti Genneva telah diserbu dan pengarahnya dihadapkan ke mahkamah, masih wujud lagi syarikat-syarikat di luar sana yang menjalankan skim cepat kaya.

Awas tuan-tuan dan puan puan. Skim-skim ini masih wujud!

Jika anda tidak berhati-hati, anda pasti rugi besar.

awas_skim_pelaburan_emas
Gambar: Awas dengan skim cepat kaya

Timeline skim cepat kaya di Malaysia (copy dari artikel Majalah Niaga)

Skim cepat kaya tahun 1980 – 1990

pak_man_teloDaripada tahun 1980-an sehingga 1990-an generasi lama menyaksikan kejatuhan skim-skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Labu Peram, Platinum Lane, Skim 350 dan banyak lagi. Ketika ini, perbankan Internet masih tidak wujud.

Majoriti pelaburan dibuat melalui serahan tangan dan melalui mesin deposit tunai. Pulangan pelaburan pula ada yang dihantar menggunakan kenderaan ke rumah-rumah pelabur. Selepas kes serbuan dan penutupan skim ini, ia terus senyap sepi.

Komen saya: Ayah saya sendiri merupakan mangsa skim cepat kaya Pak Man Telo. Rugi RM10,000. Lepas tu ramai-ramai cuba appoint lawyer utk fight kes dan dapat balik duit. Pun tak dapat duit balik. 

 

Skim cepat kaya tahun 2006 – 2007

swisscash_scam

Pada tahun 2006, fenomena skim cepat kaya kembali gempar dengan kemunculan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Internet seperti Swiss Cash, EA Index, DanaFutures, E-Barrel, Arabic Fund dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, skim-skim pelaburan Internet ini mula ditutup dan pusat operasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa.

Majoriti penganjur-penganjur dan individu di sebalik tabir skim ini masih bebas kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

Komen saya: Saya sendiri pernah terjebak dalam skim cepat kaya internet seperti autosurf  Studiotraffic (klik sini), 12dailypro (klik sini) dan HYIP (High Yield Investment Program).

Semuanya lebur duit. Selepas itu muncul Swiss Cash dan macam-macam fund lagi. Tapi saya dah taubat tak nak join lagi. Memang akan hangus duit. 

Skim cepat kaya tahun 2008 – 2010

Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.

Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat. Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.

Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas. Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.

Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara. Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.

Komen saya: Tahun 2010, saya pernah diajak untuk join koperasi yang menawarkan pulangan bulanan. Kononnya koperasi ini terlibat dengan forex trading dan menjanjikan pulangan 3%-5% sebulan. Sekarang dah tutup. Ramai pelabur terlebur.

Skim cepat kaya tahun 2011 – 2013 (kita sekarang berada disini!!)

Baca dengan teliti. Ini adalah trend skim cepat kaya pelaburan emas sekarang!

You-are-here

Tamat kisah skim cepat kaya koperasi , kini timbul pula skim berasaskan Forex dan Emas.

Kami tidak mahu mengulas panjang mengenai skim pelaburan emas berikutan kes serbuan ke atas syarikat Genneva pada tahun lepas dan tempoh hari 5 individu berkait rapat dengan syarikat ini akan dihadapkan ke Mahmakan Seksyen atas tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM 937 juta.

Hati-hati dengan mana-mana syarikat pelaburan emas yang menawarkan pulangan setiap bulan atas pembelian emas. Ia satu operasi bisnes yang tidak logik. Cara betul ialah dengan membeli emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas di kedai-kedai emas atau melalui institusi kewangan berlesen. Keuntungan diperolehi melalui jualan semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.

Berkenaan dengan Forex pula, kami tidak mahu mengulas mengenai urusniaga mata wang asing melalui Internet yang dibuat secara individu. Walaupun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun status hukumnya masih diperdebatkan di kalangan pedagang-pedagang Forex.

Kami hanya mahu mengulas mengenai segelintir syarikat yang menjadikan Forex sebagai wayang. Syarikat-syarikat ini membina platform graf yang dipanggil Metatrader4. Mereka membenarkan klien membuka akaun Forex sama ada akaun Demo atau Real. Syarikat ini kelihatan seperti memenuhi kriteria dan ciri-ciri asas broker Forex yang sah.

Namun, itu semua dibuat untuk mengaburi mata. Di belakang tabir, syarikat ini menawarkan pulangan bulanan di atas pelaburan yang dibuat. Laman web broker ini juga tidak menunjukkan dengan jelas siapa pengasas, board of directors, dan staf-staf yang terlibat. Ayat-ayat di laman web mereka adalah skrip sama yang dipakai oleh laman-laman web syarikat skim cepat kaya yang lain.

Mereka juga menyatakan kononnya mereka didaftarkan secara sah di negara-negara seperti Cyprus, Panama, Virginia Island, South Africa dan di lokasi-lokasi luar pesisiran pantai.

Modus operandi di belakang tabir ialah, apabila klien mendepositkan jumlah tertentu untuk membuka akaun Forex, duit dagangan mereka itu akan dipaparkan di skrin ‘trading station’. Untuk menarik minat klien atau pelabur, biasanya mereka akan ditawarkan bonus berupa modal tambahan di dalam akaun merekaContohnya, klien mendeposit 1000 usd, mereka akan diberi modal tambahan sebanyak 1000 usd, menjadikan jumlah modal untuk didagangkan di pasaran Forex berjumlah 2000 usd.

Dari manakah duit itu datang? Duit yang dipaparkan itu sebenarnya hanya wujud ‘on screen’sahaja. Modal tambahan itu sebenarnya tidak wujud dan biasanya diberikan syarat-syarat tertentu supaya pelabur sukar untuk melakukan pengeluaran.

Di belakang tabir, deposit asal itu dipusing untuk membayar pelabur lama dan membayar komisyen kepada pihak yang menjadi ‘introducer’. Dagangan Forex mereka seolah-olah dilakonkan di skrin sahaja. Ia sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah ‘money game’semata-mata.

Apakah trend skim pelaburan emas sekarang?

Komen saya: Modus operandi skim pelaburan emas sekarang masih tak berubah.

1. Anda dapat pulangan bulanan yang tinggi.

2. Bila anda tanya penganjur, kenapa mereka mereka boleh offer pulangan lumayan? Tiada jawapan yang konkrit akan diberikan.

3. Awas kalau anda beli emas tetapi emas tak dapat dalam tangan. Ini petanda skim tersebut rolling emas yang sama kepada pembeli berbeza. Contohnya penjual menggunakan 1 kilo emas (harga RM150,000) tetapi menjual emas yang sama kepada 10 orang pembeli. Jadi penjual akan kutip duit yang sangat banyak (jualan 10 kg emas = RM1.5 juta) tapi modal dia cuma 1 kg ajer.  Lepas itu penganjur akan buat money game. Duit RM1.5 juta itu dirolling untuk menbayar keuntungan yang tinggi kepada pelabur. Itu sebabnya mereka boleh bayar keuntungan lumayan. Ini namanya skim Ponzi. Lama-kelamaan akan runtuh bila tiada kemasukan pelabur baru.

4. Orang tertarik menyertai bukan kerana nak beli emas. Tetapi join kerana tertarik dengan pulangan bulanan.

P/s: Jika anda melabur emas bukan kerana emas, tapi lebih kepada tertarik dengan pulangan lain maka ITU BUKANLAH PELABURAN EMAS YANG SEBENAR!

Berhati-hatilah dengan syarikat yang beroperasi dengan kaedah ini.

Skim cepat kaya bertopengkan forex.

Tentang skim cepat kaya bertopengkan Forex (dan boleh trade emas online), saya meminta sahabat saya Noor Syufaad dari  www.melakafx.com untuk membuat ulasan.

Sebagai seorang trader sepenuh masa, beliau berpengalaman di dalam urusniaga Forex dan spot gold.

shufaad
Gambar: Saudara Noor Shufaad, full time trader (www.melakafx.com)

Komen Shufaad  “Forex yang sebenar adalah bila seorang trader membuka akaun dengan broker yang sah dan trade sendiri menggunakan platform broker berkenaan. Platform pula biasanya web base atau MetaTrader4.

Trader akan mendepositkan wang  ke dalam akaun trading beliau dan dari situ beliau boleh trade secara live.

Trader tersebut perlu membuat analisis teknikal sendiri, ada sistem trading sendiri dan ada money management sendiri.

Trader menanggung 100% risiko dalam setiap position yang dibuka (selling atau buying) .

Broker Forex tidak memberikan pendapatan bulanan, apatah lagi pairing bunus, matching bonus dan macam-macam bonus kepada trader.

“There’s no such thing as monthly income dalam forex trading. Itu semua skim cepat kaya. Nak mengaburi mata orang sahaja” ujar Shufaad.

Kalau anda nak faham tentang Forex scam, sila baca artikel ini:

1. http://www.investopedia.com/articles/forex/09/spot-a-forex-scam.asp
2. http://www.investopedia.com/articles/forex/09/forex-broker-scam.asp

Kajian kes tentang skim cepat kaya forex bertopengkan emas.

Satu contoh skim cepat kaya yang dah bungkus dan berselindung di sebalik nama perdagangan emas dan forex ialah Rapid Gold Currency Exchange – rapidgcx.com

Mula-mula skim ini hangat mendapat sambutan di web carigold. Mula-mula ramai leader-leader pujuk pelabur baru join, Lepas bermasalah terus senyap.

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=311185

Ini hanyalah satu skim cepat kaya yang bertopengkan forex dan emas. Terdapat BERIBU lagi skim-skim cepat kaya yang bungkus dan menipu yang anda boleh baca kisahnya.

Tempat terbaik untuk anda belajar mengenai skim cepat kaya ialah di forum carigold. (www.carigold.com)

Forum Carigold : Pyramid/Ponzi/Merapu Program Stop Paying. Klik bawah

http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=54 

skim_cepat_kaya

Skim cepat kaya tahun 2014??

Kami tidak tahu apakah lagi idea-idea penganjur skim cepat kaya ini. Mereka terdiri daripada orang yang sama. Apabila sudah melesapkan duit pelaburan berjuta-juta ringgit, mereka akan rehat dahulu berbulan-bulan sebelum kembali dengan skim terbaru.

Mereka sungguh licik. Mereka akan terus menjadikan sesuatu produk, saham, emas, perak atau forex sebagai wayang untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan bakal pelabur supaya modus operandi sebenar di belakang tabir sukar dikesan.

Tidak mustahil pada tahun 2014, skim cepat kaya ini akan berlindung pula di sebalik nama kelab kebajikan. Itu jangkaan kami berdasarkan penubuhan beberapa kelab kebajikan yang mempunyai pelan pelaburan dengan pulangan tetap setiap bulan.

Akhir sekali, pegang pada kata-kata ini untuk menyelamatkan duit kita daripada hangus ditelan skim-skim anjuran syaitan bertopeng manusia…

Kesimpulan.

“There’s always a legitimate investment and there are always a fake and scam investment”

Siapkan diri anda dengan ilmu.

Anda akan terselamat.

Enough said 🙂

say_no_to_skim_pelaburan_emas1

Artikel berkaitan:

1. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas

2. Pelaburan emas yang betul vs. skim pelaburan emas

3. Lagi Kisah Penipuan Skim Pelaburan Emas

 

Kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan FB anda. Klik butang Recommend dibawah. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

.

6 Pegawai Atasan Genneva Didakwa Di Mahkamah. Apa nasib Pelabur Mereka?

Monday, September 30th, 2013 |

Muka hadapan suratkhabar The Star 28/9/2013 telah memaparkan kisah Genneva – sebuah syarikat yang membuat skim pelaburan emas telah didakwa di Mahkamah.

Syarikat ini diserbu oleh Bank Negara Malaysia pada 1/10/2012. Saya ada menulis mengenainya di sini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kisah-skim-pelaburan-emas-yang-diserbu-pihak-berkuasa/

genneva_the_star
Gambar: Laporan akhbar The Star berkenaan Genneva.

926 pertuduhan dibacakan ke atas 6 orang bekas pegawai atasan Genneva.

Pengarah Genneva, Datuk Tan Liang Keat, 41, dan Datuk Philip Lim Jit Meng, 56; Pengurus Besar, Lim Kah Heng, 42; penasihat-penasihat perniagaan syarikat itu, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Chin Wai Leong, 37, serta Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

marcus
Gambar: Marcus Yee Yuen Seng (kiri) 

Mereka dituduh terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga emas bernilai hampir RM5.5 bilion, dengan 35,000 orang pelabur 2 tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagi saya, samada mereka bersalah atau tidak tertakluk kepada keputusan mahkamah.

Saya cuma kisahkan nasib 35 000 orang pelabur mereka.

35 000 pelabur yang terlibat dengan Genneva, ada yang rugi sedikit, ada yang rugi banyak.

genneva_victim
Gambar: Pelabur-pelabur Genneva

Saya pernah berjumpa dengan pelabur 1 kg sehingga 3 kg emas dengan Genneva. Memang mereka tepuk dahi!

Pelabur yang dapat emas di tangan tu kira bernasib baiklah juga. Bagi yang serahkan kembali kepada syarikat untuk mendapat keuntungan lebih, mereka adalah pelabur yang paling rugi.

Terperangkap di dalam situasi ini amat menyakitkan. Ini kerana modal hangus dan tiada tanda-tanda akan dapat balik duit.

rugi_pelaburan_emas

Jangan terperangkap, jangan rugi! Ini tips dari saya.

Sekiranya anda ingin membuat pelaburan emas, jangan sesekali terperangkap dengan skim cepat kaya yang bertopengkan emas.

Apakah ciri-ciri skim cepat kaya bertopengkan emas?

1. ANDA DITAWARKAN PULANGAN BULANAN!!!! Ini adalah tanda paling JELAS, TERANG dan NYATA bahawa anda sedang menghampiri skim cepat kaya.

2. Anda beli emas dengan syarikat tersebut bukan kerana ingin menyimpan emas, tetapi tertarik dengan janji penganjur.

3. Maklumat syarikat di dalam SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) tidak menunjukkan mereka terlibat dengan perniagaan emas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca artikel yang saya tulis berkenaan pelaburan emas, skim cepat kaya dan skim cepat kaya yang bertopengkan emas.

http://jutawanemas.com/v1/news/isu-isu-berkenaan-skim-cepat-kaya-dan-skim-pelaburan-emas/

Kesimpulan:

1. Banyak cara untuk untung dengan emas
2. Banyak juga cara untuk rugi dengan emas

Tuan-tuan cuma kena cari ilmu dahulu. Jika anda betul-betul berminat dengan pelaburan emas, dapatkan buku saya di www.pelaburanemas.com 

Anda juga boleh berhubung dengan saya di email admin(at)jutawanemas.com @ sms@ whatsapp @  wechat at 013-2126999

Semoga anda bertambah kaya dengan emas dan katakan tidak pada skim cepat kaya yang bertopengkan emas.

p.s – Jangan lupa melanggan newsletter blog saya. Masukkan nama anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini. Anda akan mendapat update dari blog saya secara percuma.

p.p.s –  Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan FB anda, klik butang recommend di bawah. Mereka pasti berterima kasih kepada anda 🙂

 

Lagi Kisah Penipuan Skim Pelaburan Emas

Monday, March 22nd, 2010 |
Nota admin: Training untuk agen-agen Public Gold akan
diadakan pada hari Sabtu dan Ahad 27/3/2010 & 28/3/2010 jam 10 pagi
di PG Sunway outlet. Agen PG yang berminat sila SMS saya untuk booking
tempat (klik sini untuk maklumat lanjut)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhbar Harian Metro hari ini  memaparkan kisah skim pelaburan emas di Kuala Lumpur yang telah menipu 130 orang mangsa.

Saya sedih melihat riak muka mereka di dalam gambar di bawah sana.

Ada yang marah.. ada yang termenung…

pelabur_berang
Gambar: Pelabur yang menjadi mangsa skim pelaburan emas.

Jadi untuk artikel ini, saya akan membuat analisa apa sebenarnya yang berlaku.

Kita juga boleh belajar daripada kesilapan yang mereka.

Modus operasi syarikat.

Modus operasi syarikat sangat mudah.

Mereka menjual jongkong emas pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran (RM150/gram)

Namun pelabur tertarik untuk melabur kerana bagi setiap 100 gram yang dibeli, mereka dijanjikan pulangan tetap RM300 sebulan selama 8 bulan. Syarikat memberikan jaminan akan memulangkan modal mereka setelah tamat kontrak. 

Malangnya, sebelum tamat kontrak syarikat ini telah menghadapi masalah aliran tunai yang tidak mencukupi.

Anda boleh baca keseluruhan kisah tersebut di dalam keratan akhbar dibawah:

skim_pelaburan_emas

Apa yang berlaku selepas itu?

Syarikat tersebut hanya mampu membayar pulangan untuk beberapa bulan awal.

Selepas itu syarikat dah tak boleh bayar. Alasan yang diberikan ialah aliran tunai yang tidak mencukupi.

Jadi timbul persoalan kat sini.. takkan sebuah syarikat yang berniaga emas boleh menghadapi masalah aliran tunai??

Bukankah syarikat yang buat skim pelaburan emas nie sepatutnya kaya raya?

Analisa saya.

Berdasarkan pengalaman saya, syarikat yang membuat skim seumpama ini menjalankan skim ponzi (klik sini)

Mereka menggunakan wang daripada pelabur baru untuk membayar pelabur yang lama. Apabila bilangan pelabur baru berkurangan maka syarikat akan kekeringan dana untuk membayar pelabur yang sedia ada.

Akhirnya keseluruhan skim pelaburan akan runtuh.

Kesannya, ramai yang takut dan was-was bila mendengar perkataan pelaburan emas.

Sedangkan pelaburan emas adalah paling selamat, menguntungkan dan meyakinkan.

Sedikit pengiraan.

Dengan menjanjikan pulangan RM300 sebulan selama 8 bulan syarikat ini terpaksa memperuntukkan sekurang-kurangnya RM312 000 untuk belanja faedah sahaja (andaian 130 orang invest 100 gram).

Ini tak termasuk kos-kos tetap yang lain seperti sewa, elektrik, gaji pekerja, untung syarikat, kos belian dan penyimpanan emas dan lain-lain lagi.

Ini akan memberikan tekanan yang besar kepada syarikat untuk membayar pelabur. Sebab itulah syarikat skim pelaburan emas tidak boleh bertahan lama.

Kesimpulan.

Saya pernah menulis tentang pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.

Anda boleh baca kat sini:

1. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas
2. Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd. Kenapa pelabur mengalami kerugian.
3. Pelaburan emas yang betul vs. skim pelaburan emas

 Saya berharap perkongsian ilmu di dalam blog ini akan memberikan panduan yang terbaik bagi mereka yang ingin membuat pelaburan emas.

Elakkan menyertai skim-skim pelaburan emas.

p.s: Jika anda ingin mendapat ilmu pelaburan emas dengan cepat,
     sila dapatkan ebook saya "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"
     klik sini (klik)
p.p.s: Jadilah orang pertama mendapat update daripada blog ini.
     Langgan newsletter jutawanemas.com sekarang. Ianya PERCUMA.
     Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

p.p.p.s: Jika anda ingin membeli jongkong emas/dinar emas
     Public Gold, sila dapatkan daripada agen berhampiran (klik sini)
.
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas