Ebook

Archive for the ‘skim cepat kaya’ Category

Pelaburan Emas yang betul VS Skim Pelaburan Emas.

Friday, February 19th, 2010 |

say_no_to_skim_pelaburan_emasAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya ūüôā

Baiklah, kali ini saya akan bercerita berkenaan skim pelaburan emas yang dikatakan telah menipu sehingga RM25 juta.

Saya juga akan berkongsi maklumat dengan anda semua bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim-skim pelaburan emas.

Selain itu saya akan terangkan bagaimana membuat pelaburan emas dengan cara yang paling betul, selamat dan menguntungkan. 

Cerita skim cepat kaya menggunakan emas.

Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.

bernama_news_skim_pelaburan_emas
Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas.

Memang menyedihkan apabila membaca berita seumpama ini.

Ini bukanlah kali pertama penipuan seperti ini berlaku. Kalau anda baca artikel saya yang terdahulu anda dapati dari tahun lepas lagi syarikat-syarikat yang menawarkan skim-skim pelaburan emas telah menipu atau diserbu oleh BNM.

Ramai pelabur yang rugi.

Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan.

Tetapi anda kena tahu cara membuat pelaburan emas yang betul.

Kalau tersalah langkah, anda boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.

senyum_dan_duka
Pelaburan emas yang betul maka anda akan tersenyum sebab untung.
Kalau masuk skim pelaburan emas alamatnyer pening kepala ler…

Membuat pelaburan dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas adalah cara yang paling tak selamat, paling tak teguh dan sangat tidak meyakinkan. Tak boleh tidur lena lah jawabnya.

Saya pernah menulis banyak artikel berkenaan pelaburan emas, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya. Saya juga membuat analisis kenapa pelabur skim pelaburan emas boleh mengalami kerugian yang banyak.

Anda boleh membaca artikel-artikel tersebut disini:

1. Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya
2. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas
3. Kajian kes Etika Emas – kenapa pelabur mengalami kerugian?

Kenapa orang masih memilih skim pelaburan emas?

Walaupun skim pelaburan emas telah menipu pelabur sejak Januari 2009, namun masih ramai yang masih terjebak dengan skim pelaburan emas.

Persoalannya mengapa?

Hasil kajian dan temubual saya dengan mangsa-mangsa skim pelaburan, jawapan mereka adalah:

1. Tamak – nak untung cepat
2. Tiada pengetahuan mengenai pelaburan emas
3. Mudah percaya kata-kata dan janji-janji manis penganjur skim.

Jadi, disini saya ingin memberikan panduan bagaimana mengelakkan skim-skim seperti ini.

1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi
    (gunakan harga emas Public Gold www.publicgold.com.my sebagai benchmark)
3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat
    untuk didagangkan.
4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu
    diserahkan kepada syarikat
5. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat  unsur-unsur bonus tajaan,
    bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
6. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen
    seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
7. Elakkan melabur jika anda perlu menyerahkan emas sekarang dan menunggu
    beberapa hari untuk mendapat semula duit anda (bagi kes jualan semula).

Bagaimanakah cara membuat pelaburan emas yang sebenar?

Pelaburan emas yang sebenar ialah dengan cara membeli emas-emas pelaburan samada jongkong, syiling atau akaun simpanan emas bank. Contohnya syiling Kijang Emas, syiling emas UOB Bank, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold dan dinar emas Kelantan.

Anda tak perlukan janji-janji pulangan setiap bulan.

Bila harga naik, anda boleh jual emas tersebut untuk mendapat keuntungan.

Jika anda mahir, anda boleh menggunakan teknik-teknik manipulasi emas yang betul.

Ini membolehkan anda menjana lebih banyak keuntungan daripada emas anda. Semua ini anda boleh pelajari dengan membaca semua artikel terdahulu di dalam blog ini (klik sini).

tn_coverSelain itu, cara termudah dan terpantas¬†mendapat ilmu emas ialah dengan¬†membeli ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”.

Anda tak perlu menghabiskan masa berhari-hari untuk membaca keseluruhan artikel di dalam blog jutawanemas nie.

 Harganya RM80 sahaja.

Anda boleh membaca mengenai ebook saya kat sini (klik sini) . 

Ia disusun dengan teliti agar memudahkan anda mudah memahami pelaburan emas dengan pantas.

Anda boleh praktikkan terus tips-tips pelaburan emas yang diceritakan di dalam ebook ini.

InsyaAllah pulangan yang diperolehi adalah berkali-kali ganda daripada modal anda membeli ebook ini.

Macammana kalau saya nak pulangan cepat?

Andaikata anda nak pulangan cepat daripada pelaburan emas, anda kena buat pelaburan emas + berniaga emas + buat teknik-teknik manipulasi emas.

Ilmu-ilmu¬†ini saya boleh ajarkan¬†kepada anda¬†ūüôā

Confirm memberikan pulangan dengan cepat dan selamat.

Jadi, kalau anda berminat untuk mengetahui peluang perniagaan emas, saya sarankan anda membaca artikel saya mengenai peluang perniagaan emas bersama public gold.

Jika anda menjadi agen di bawah network jutawanemas.com maka anda akan mendapat banyak kelebihan. Antaranya saya akan berikan material untuk memulakan business emas ini dan saya akan membimbing anda menjadi pelabur + usahawan emas yang berjaya.

Nama agen-agen Public Gold juga akan diletakkan di dalam blog ini (klik sini).¬†Jadi anda dapat publisiti free lagi ūüôā

Bacaan: Peluang perniagaan emas Public Gold (klik sini)

Bagaimana mengelakkan dari terjerumus ke dalam skim cepat kaya?

Selain daripada skim pelaburan emas, terdapat beribu-ribu lagi jenis skim pelaburan atau skim cepat kaya diluar sana.

Anda perlu pandai mengenalpasti ciri-ciri skim ini bagi mengelakkan wang dan harta anda terlebur.

Di dalam realiti, anda mesti pernah berjumpa dengan orang-orang yang terlibat dengan skim cepat kaya. Betul tak?

Saya sendiri pernah berjumpa orang yang kehilangan RM80k (duit personal loan) yang dilaburkan di dalam skim pelaburan internet dan forex dan seorang yang lain kehilangan RM100k ++ hasil duit jualan tanah kerana dilaburkan kedalam skim cepat kaya.

Memang malang.

Tanpa ilmu yang betul, ramai lagi yang akan menjadi mangsa.

scam_buster_bookUntuk mendapat maklumat mengenai skim cepat kaya, saya cadangkan anda menbaca buku karangan Azizi Ali MBA ChFC yang bertajuk “SCAM Buster – How to protect yourself from scams, get rich quick schemes and other unwordly investments.

Harga buku ini ialah RM29.90 dan boleh dibeli di kedai-kedai buku.

Di dalam buku ini banyak diterangkan tentang sejarah skim penipuan, skim Ponzi, piramid dan banyak pelaburan yang menipu.

Pembaca juga diajar bagaimana mengenalpasti skim-skim ini serta bagaimana melindungi diri anda daripada terjebak dengan penipuan-penipuan.

Azizi Ali memberikan contoh skim pelaburan internet Swisscash, Pak Man Telo, skim hadiah percuma, Nigerian 419, e-mail scam dan banyak lagi.

Saya recommend anda untuk baca buku ini.

Ini kerana penipuan yang berlaku diluar sana adalah terlalu banyak. Bukan setakat skim pelaburan emas, tetapi banyak lagi skim-skim pelaburan yang mencari mangsa.

Dengan ilmu yang betul maka akan sukar bagi kita untuk ditipu.

Kesimpulan:

1. Mulai hari ini, kita elakkan skim pelaburan emas dan skim-skim cepat kaya.
2. Pelaburan emas yang betul adalah selamat, teguh dan lumayan.
3. Kalau nak untung cepat  anda kena jadi pelabur + berniaga emas di bawah
    network jutawanemas. Saya akan membimbing anda.
4. Kalau nak ilmu emas dengan cepat, baca semua artikel bog jutawanemas
    dan beli ebook saya (klik sini).
5. Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com. Ianya PERCUMA.
    Cuma masukkan e-mail anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas ūüôā

Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd : Mengapa Pelabur Mengalami Kerugian?

Monday, August 10th, 2009 |

maklumat_lanjut
________________________________________________________________________
kajian_kes_etika_emasAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya di sini sibuk banyak. Sekarang nie tengah sibuk buat research pasal pelaburan emas. InsyaAllah kalau takder aral melintang hujung bulan ini saya dah boleh keluarkan e-book saya sendiri ūüôā

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi maklumat kajian kes skim pelaburan emas yang dijalankan oleh Etika Emas Estet Sdn Bhd.

Dalam kes ini saya akan menerangkan kaedah pengiraan kerugian pelabur-pelabur skim Etika Emas Estet dan kenapa kerugian tersebut berlaku.

Follow-up posting yang lepas.

Di dalam artikel yang lepas, saya ada meminta pelabur-pelabur yang bermasalah dengan skim pelaburan emas untuk menghubungi saya.

Niat saya ialah untuk membantu menilai jumlah kerugian yang dialami serta memberikan penyelesaian bagaimana nak meminimakan kerugian.

Saya telah menerima 29 e-mail daripada pelabur yang menyertai skim pelaburan emas.

Kesemuanya daripada pelabur Etika Emas Estet Sdn. Bhd.

Jadi saya membuat keputusan untuk memaparkan cara mengira untung rugi bagi pelabur Etika Emas.

Ini adalah bagi kes Ar-Rahnu.

Bagaimana mengira kerugian/keuntungan anda?

Untuk membuat pengiraan anda perlukan maklumat-maklumat berikut:

1. Berapa nilai marhum emas yang dipajak
2. Nilai pinjaman Ar-Rahnu
3. Upah simpan bulanan
4. Jumlah upah simpan (setelah 6 bulan)
5. Tarikh tamat kontrak
6. Berapa harga emas ketika dibeli dengan Etika Emas
7. Berapa harga emas yang boleh dijual (kepada pihak ketiga)

Contohnya:
En. A melabur 100 gram (1 +1) pada 17/6/2009  dengan kos RM13 296

– Tarikh masuk program = 17/6/2009
– Tarikh tamat = 17/12/2009
– Jumlah emas yang dipajak = 200 gram
– Nilai marhum = RM25 326
– Nilai pinjaman = RM16 460
– Upah simpan sebulan = RM191.51
– Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM1149.04
– Kos kontrak = RM100
– Harga belian Etika Emas = RM13 296 (termasuk 5% brokerage fee)
– Harga emas dijual kepada pihak ketiga = RM10500/100 gram (harga pada 10/8/2009)

Pengiraan untuk En. A:

Jika menggunakan pihak ketiga untuk menebus emas (pada bulan 8/2009) , maka pengiraan untung rugi adalah seperti berikut:

Bayaran yang diterima = RM10 500 x 2 ketul
= RM21 000 –>

ditolak semua kos-kos dibawah
(- ) RM16 460 –> nilai pinjaman Ar-Rahnu
(-) RM383.12 (upah simpan 2 bulan, sehingga bulan 8 sahaja)
(-) RM100 (kos kontrak etika)
Baki ditangan = RM4056.88

Jumlah modal ketika menyertai pelaburan = RM13 296
Jumlah modal yang dapat diselamatkan = RM4056.88
Jumlah kerugian = RM9239.
Peratus kerugian = 69.48%

hmm… banyak juga kerugian En. A.

Lebih kurang 70% modal beliau telah hangus.

Disclaimer:

Jumlah keuntungan dan kerugian pelabur Etika Emas tak sama antara seorang pelabur dan pelabur yang lain. Kat sini saya cuma mengira kerugian bagi kes encik A.

Sekiranya anda tergolong didalam kategori yang dah untung.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.

Bagaimanakah cara meminimakan kerugian?

Setelah anda membuat pengiraan dan mengetahui jumlah kerugian yang perlu ditanggung, maka anda boleh mengambil tindakan-tindakan alternatif seperti :

1. Biar pihak ketiga uruskan penebusan. Anda boleh terima hakikat yang anda telah
rugi. Kalau simpan pun menyakitkan hati jer..

2. Biar aje dalam Ar-Rahnu sehingga kontrak hampir tamat. Anda boleh tunggu
harga emas naik supaya boleh jual tinggi kepada pihak ketiga.
(p/s: anda masih perlu membayar semua upah simpan kat Ar-Rahnu)

3. Kalau kontrak dah nak expired, anda boleh bayar upah simpan sahaja
dan sambung kontrak lagi 6 bulan (andaian harga akan naik lebih tinggi nanti).
Harap-harap anda akan dapat harga yang lebih baik lah..

4. Tebus sendiri dan simpan semua emas-emas tersebut sendiri (kalau ada modal)

5. Biar habis kontrak dan emas tu kena lelong. Kalau lelong dapat harga tinggi nanti
Bank Rakyat akan pulangkan lebihan wang kat anda (ini alternatif terakhir lah..)
Kalau dibuatnyer orang tak beli emas lelong anda, jatuh rugi lah jugak..

Mengapa pelabur rugi banyak?

Berdasarkan analisa saya, pelabur Etika Emas mengalami banyak kerugian disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Harga emas yang dijual oleh Etika Emas lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Jadi apabila masalah berlaku, pihak Etika Emas tidak mampu membeli semula pada
harga yang dijanjikan di dalam kontrak ( -2%) sebaliknya emas tersebut terpaksa
dijual kepada pihak ketiga pada harga yang rendah.

2. On top of that, ada cas 5% brokerage fee ke atas harga jualan emas Etika Emas
menyebabkan kos yang ditanggung pelabur lebih tinggi.

3. Semua wang gadaian diberikan kepada Etika Emas.

4. Pelabur terpaksa menanggung upah simpan di Ar-Rahnu
(sebab akaun Etika Emas kena freez dengan Bank Negara)

5. Hibah bulanan daripada Etika Emas dah tak dapat.

6. Emas tersebut terpaksa dijual pada harga diskaun kepada pihak ketiga.
Ini kerana tiada siapa yang hendak membeli emas tersebut pada harga Etika Emas.

7. Kalau buat personal loan dengan bank, maka kena tanggung interest.
Ini adalah kerugian dalam jangkamasa panjang. Kalau campur dengan kerugian
interest loan, memang lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur.

Apakah pengajaran daripada peristiwa ini?

Well, saya rasa ramai pelabur yang sudah serik nak menyertai skim-skim pelaburan emas. Ini kerana skim pelaburan emas dilihat mempunyai risiko yang tinggi.

Siapa sangka syarikat-syarikat ini akan diserbu dan disiasat oleh pihak berkuasa.

Namun begitu jangan jadikan pengalaman pahit ini sebagai penghalang daripada anda membuat pelaburan emas.

Pelaburan emas memang sangat menguntungkan, tapi ia perlu dilakukan dengan betul.

Kalau nak tahu pasal kaedah pelaburan emas yang betul, anda kena ikuti blog juwawanemas nie. Saya akan ceritakan bagaimana cara membuat pelaburan emas yang sebenarnya.

By the way, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua. Ini saya perolehi daripada buku Robert Kiyosaki yang bertajuk “The REAL Book of Real Estate. Real Expert. Real Stories. Real Life.

robert_kiyosaki_book

Didalam buku tersebut, salah seorang penulisnya telah menceritakan pengalaman peribadi beliau sebelum berjaya.

Katanya “Kejayaan bukanlah datang di dalam bentuk garis lurus; ia adalah siri perjalanan dan perhentian, naik dan turun

i_thought2

Tapi itu bukanlah realitinya.

Ini sebenarnya perjalanan ke arah kejayaan:

reality_of_success1

Jika kita terus bersabar, berani belajar dari kesilapan dan sentiasa tabah.

Dan yang penting sekali ialah menimba ilmu pengetahuan sebelum membuat sesuatu.

Kita akan berjaya. InsyaAllah.

Mari berkongsi pengalaman.

Ok, kat sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Perjalanan mencari kekayaan saya sebijik macam graf zig zag kat atas tu.

Ada ketikanya dapat untung banyak.. lepas tu kena scam, kena tipu dengan janji palsu dan banyak lagi. Berpuluh ribu jugaklah abis..

Semua tu menyebabkan saya lebih berhati-hati.

Nak kumpul duit memang susah.. nak hilang duit senang ajer…

Jadi saya telah berjanji kepada diri saya sendiri.. sebelum saya berbuat sesuatu, saya akan pastikan yang saya mendalaminya terlebih dahulu.

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini :)

Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas

Monday, July 27th, 2009 |

isu_skim_pelaburan_emasAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya…

Saya kat sini sibuk memanjang. Maklumlah baru dapat baby.. so asyik main ngan baby ajer sekarang nie..

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin menyentuh satu isu yang agak sensasi iaitu skim cepat kaya dan skim pelaburan emas yang disiasat pihak berkuasa.

Sejak dari bulan Jun 2009 saya dapati banyak syarikat yang disyaki menawarkan skim-skim pelaburan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.

Mula-mula sekali Bestino Group (17 Jun 2009)
Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21 Julai 2009)

tn_bestino
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti menyerbu Bestino Group

etika_emas_dan_genneva__kena_siasat
Etika Emas Estet dan Genneva dalam siasatan Bank Negara Malaysia.

Public Gold pula telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas.

Mereka cuma menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas fizikal pada harga antarabangsa (klik sini). 

Laporan akhbar berkenaan skim cepat kaya.

The Star 13 Julai 2009 telah menyiarkan laporan khas berkenaan skim cepat kaya.

Laporan berkenaan menunjukkan pelabur-pelabur Malaysia telah kehilangan sejumlah RM845 juta  di dalam skim-skim cepat kaya.

Pergh! banyak tu.

tn_the_star
RM845  juta wang pelabur hangus di dalam skim cepat kaya.

Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya.

Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.

tn_skim_pelaburan_emas
Laporan The Star – Skim pelaburan emas yang diragui kesahihannya.

Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2:

1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung¬†– Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat.

Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.

Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.

warren_buffett

Apabila bercakap tentang ilmu pelaburan saya suka merujuk kata-kata daripada Warren Buffett (gambar).

Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia.

Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia.

Beliau pernah menyebut:

‚ÄúRisk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)

Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.

 

Tips: Bagaimana mengelakkan diri dari skim-skim pelaburan yang berisiko.

Saya pernah menulis artikel berkenaan  menulis artikel berkenaan pelaburan emas sebenar, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya pada 9 Januari 2009.

Anda boleh membacanya disini (klik sini)

Saya ada berikan panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
   Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
   anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
   Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Cuba lawati forum-forum terkemuka seperti www.carigold.com
  dan www.nogold.com. Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.

3. Sarch dalam Google Рwww.google.com  maklumat syarikat tersebut.

Bagaimana mendapatkan maklumat pendaftaran syarikat?

Mudah sahaja.

1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia
   di http://www.ssm.com.my/

2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat. Then masukkan nama syarikat.
    Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.

Biasanya saya beli pakai kad kredit.

company_profile

3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh membaca dan mengenalpasti
    maklumat-maklumat yang kritikal.

    Antaranya:

1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan

Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.

list_company_profile
Sebahagian profil syarikat pelaburan emas yang saya beli dari SSM

Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan emas langsung.

dormant
Jenis perniagaan: Dorman (tidak aktif)

tn_nature_of_business
Kekadang tu jenis perniagaan takder kena mengena dengan emas pun.

laporan_kewangan
Ada syarikat pelaburan emas yang rugi.

Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata.

Macam kes pelaburan emas di bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon.

Tapi akhirnya songlap duit pelabur (Harian Metro 3/1/2009)


Kisah pelabur tertipu -klik untuk besarkan.

Saya telah melabur dan sekarang menghadapi masalah, bagaimana nak buat?

Jika anda merupakan pelabur di dalam skim-skim ini dan menghadapi masalah, especially bagi kes-kes Ar-Rahnu dan risau kerugian besar jika kena emas anda kena lelong,  sila hubungi saya melalui contact form ini (klik sini).

InsyaAllah saya akan berikan panduan menyelesaikan masalah anda.

Nyatakan bilangan gold bar yang dipajak, harga belian dan tarikh tamat kontrak pajakan.

Memandangkan setiap kes tak sama, jadi penyelesaian masalah setiap orang akan berbeza-beza.

Kesimpulan:

1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.

2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur.
   Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.

3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi
   kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
   syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.

4. Jika anda sudah melabur dan menghadapi masalah, especially kes Ar-Rahnu
  Anda boleh menghubungi saya. Saya akan analisa situasi anda dan cuba berikan
  panduan untuk menyelesaikan masalah anda. Hubungi saya dengan menggunakan
  contact form (klik sini).

5. Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika kena cara dan
   tekniknya. Jadi rajin-rajinlah membaca maklumat pelaburan emas di blog nie.

6. InsyaAllah saya akan keluarkan ebook berkenaan pelaburan emas. InsyaAllah akan
¬†¬† disiapkan pada bulan hadapan ūüôā

Mari berkongsi pengalaman.

Jika anda ada sebarang pengalaman terlibat dengan skim pelaburan emas yang telah gagal, apa kata anda kongsikan maklumat tersebut disini.

Pengalaman anda akan membantu orang lain agar berhati-hati dan berwaspada.

Juga, jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas