Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

You must be logged in to post Login Register

Search Forums:


 






Analisa Teknikal Spot Gold oleh gldsnpr

Topic Locked
UserPost

7:37 pm
9 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Okay, ini asas je, takde yang kompleks dan terperinci. Analisa atas pivot, fibo support & resistance SAHAJA!. Takde market news… kalau nak tepat kena tambah market news, ok.

Sekarang 9/10/2008

Masa : 7.30 pm

[Image Removed by User] http://www.flickr.com/photos/31255100@N06/2926839764/

Harga : 887.70

Sekarang berada betul2 atas support line fibo 50%. Nampaknya dah dua kali hari ini price cuba turun dan break support 884.21

Kalau dia boleh break support ni, target seterusnya adalah pivot line  4/8p 874.97 dan seterusnya ke  support 31.8% iaitu 849.70


Jika price takleh break support 884.21 ni, price akan naik lagi kepada pivot line 5/8p 906.09 dan seterusnya akan berjumpa dengan resistance kuat fibo 61.8% iaitu  pada harga 919.34.


Hmm.. kalau ikut indicator saya, waktu sekarang bukanlah waktu yg sesuai untuk beli atau jual kerana price masih mencari arah. Tapi buat masa sekarang, carta menunjukkan bearish untuk jam-jam seterusnya.

Kecuali kalau ada market news yg besar2, atau jualan atau belian emas oleh pelabur2 gergasi (big fish) , keadaan ini akan kekal statik.

Kalau saya salah, tolong betulkan.


p/s : Oh ya, monthly trend masih lagi bullish!!!! :) yeyy..


Update :


Pukul 8.47 pm sekarang.

Satu lagi cubaan untuk break support  884.21 telah terjadi dan gagal. Market masih mencari-cari arah. Undecided

Kita lihat pukul 10 apa terjadi nanti. Wink


Update lagi :


Pukul 9:45 pm.

Support line 884.21 telah tembus hingga ke 881.18. Namun momentum yang rendah menyebabkan tiada daya untuk terus ke bawah. Kita mungkin akan lihat satu price correction ke atas keadaan ini berlaku.. huh.. Tongue out

9.55 pm:

Harga selepas price correction : 887.78 dan mungkin berlanjutan kerana momentum masih lemah untuk ke bawah.


10:30 mlm

Nampaknya price macam nak mencanak naik …  price 889.42, eheh..tunggu 906.09 kot.. ??? Tapi back to basic.. price mlm ni.. sekitar 100 jer. Kalau turun mungkin terarah kepada cecahan 875.00. itu pun kalau ada momentum.


p/s: Eheh.. rugi betul. apa kan daya ya.. malam bank tak bukak…wakakaka. Esok Jumaat, PB tutup kat Klate. Bukak nanti jer laa gi sana.. masa tu.. harap2 harga jatuh sikit, leh beli lagi..


Update lagi:


Pukul : 2.10 a.m (10/10/2008)

Rate terendah tika ini : 881.90

Harga turun tapi masih berlegar di basic price 99~100. Dijangka akan melepasi 875.00. Tapi perlu ingat sekarang masih dlm bullish lagi. Kalau potong 875.00 mungkin esok price jatuh.


~Mencari yg hak~

2:26 am
10 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Nak tau kenapa harga turun sikit hari ni? Yang kat atas tu org panggil TA atau Teknikal Analisis. Sekarang ni FA ataupun Fundamental Analisis dia. FA ni termasuk berita ekonomi laa..

Gold and silver are lower on some profit taking after more steadiness in the banking sector.  There is some perception that perhaps some of the actions being taken by the central banks will serve to mitigate the financial crisis.  It is probably too early to have that sentiment, but the equity market was overdue for a rally and the sellers needed to pause for a breath.  Similarly, gold has advanced aggressively and likewise was due for some profit taking and consolidation.  Gold is currently trading down $20 and silver is down $.06.  The equity market is higher with the Dow up 53 at 9,311.  The U.S. dollar has come back, up 9 basis points at 81.  Oil has again been fairly volatile and it is currently down $.15 at $88.79 a barrel.

by Joe Battaglia
Posted: October 9, 2008

http://www.goldline.com/market-news/gold-commentary/1757/markets-consolidate.html

~Mencari yg hak~

9:11 am
10 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Jika price takleh break support 884.21 ni, price akan naik lagi kepada pivot line 5/8p 906.09 dan seterusnya akan berjumpa dengan resistance kuat fibo 61.8% iaitu  pada harga 919.34.


Pagi ni bangun-bangun saja tengok harga mencanak naik. Ingatkan sempat pukul 10 baru cecah 919.34.

10/10/2008 pukul 9.00 pagi

Sekarang harga dah 923.20. Market juga dah buat new high untuk minggu ini iaitu pada 926.45

Price masih menghala ke atas dengan trend bullish yg kuat.

Kalau ikut fibo expansion (TA). Harga akan cuba mencapai 944.02 dahulu sebelum turun.

Kalau turun pun, mungkin akan hanya mencecah 906.25.

Sekarang ni weekly dan daily chart menunjukkan bullish yg teramat sangat!!! Hmm.. takde peluang beli emas lah minggu ini.


Ini le yg saya kata rugi semalam. Kalau pb buka leh la gi beli emas semalam… dan jual hari ini..eheh..:D


~Mencari yg hak~

9:25 am
10 October 2008


rizzmerr

KL Hardrock

Member

posts 634

tak reti lak aku benda nak analys TA dan FA ni……leh tgk jer laaa

9:27 am
10 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

mungkin sebab nilai harga tu bukan dlm RM? ehehe… skang price tgh retrace, turun balik.


p/s: KAlau ada otai2 TA kat sini, meh laa ajar2 member2 kat sini… aku pun tak reti gak ni.. saja2 kongsi sikit2 yg mana tahu.

Kalau salah tolong betulkan..

~Mencari yg hak~

9:28 am
10 October 2008


cikjune

Moderator

posts 40

gldsnpr, ko biasa main forex ker?

9:32 am
10 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Dulu biasalah… tapi stail aku kena mengadap 24 jam pc. Eheh.. dah dpt keje tetap + dah ada anak bini ni.. dah jadi lain lak komitmen. . Eheh.. aku tak berapa reti trading cara swing (1-2 trade utk 2-3 minggu) nih.. Kalau aku trade mesti ada 4-5 trade sekali gus + MM dan short term jer.


Skang ni.. maintain on offline income..

Err… market price tgh wat retracement dah.. aku tunggu 906.25.

Tgk chart ni:

http://www.flickr.com/photos/31255100@N06/2927560951/in/photostream/

~Mencari yg hak~

9:46 am
10 October 2008


cikjune

Moderator

posts 40

padanlaaaa pun….info yg ko bagi nie.. teknikal sikit… amatur cam aku nie… haremmmm tak paham

10:05 am
10 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Aku rugi sket sebab klate ari ni cuti.

Hmm… trading hours cuma sampai ari khamis jer… tapi market sampai jumaat. Senin bila buka.. price dah lain…huh :P

Cry

Hmm… ko tgk jer indicator kat petak2 bawah tu… cam macam yg naik turun bukit tu.. nama dia MACD…kalau macaM NAK JADI BUKIT TU, price akan naik.. kalau dia nak jadi cam nak turun bukit nak masuk kolam tuh, itu harga nak turun. Ehehe. Secara asasnya lah..

Berdasar MACD tu pun leh wat agakkan price nak gi mana. Tapi macam aku cakap dulu2.. tgk chart saja tak cukup..kena tahu berita2 ekonomi, politik dan dasar2 emas baru leh wat aggaran yg hampir2 tepat.

Aku setakat teknikal analisis ni… saja2 nak kongsi ilmu.

~Mencari yg hak~

11:37 am
10 October 2008


umar_lahmi

Selangor-Melaka-KL-Asia-Selangor

senior members

posts 12

Salam n selamat hari raya semua pd yg beragama Islam dan selamat tghari pd yg non-muslim. Bro gldsnpr, boleh tak bro bg link sumber2 news yg berkait rapat dgn pasaran emas… cthnya jatuh naik dow jones  or sewaktu dgnnya. Tq bro

12:56 pm
10 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

TECHNICAL FORECAST: Short term indicators  improve but still tending toward negative as number of open contracts is lowest in a year, suggesting diminished interest as demand for physical gold is also at or near low levels. The activity of the past few days appears to be  ordinary fluctuation in a declining market.

Dipetik dari http://www.technicalindicators.com/gold.htm


The week of October 6-10 will see a light week of economic data that will be dominated by the Tuesday FOMC minutes from the September 16 meeting and Fed Chair Ben Bernanke speech that same day. Other data to be released during the week will be the Wednesday pending home sales report for August and the weekly initial claims data on Thursday. The week will close with the publication of the August trade balance and the September import price estimate. Depending on events over the weekend out of the US Congress and perhaps the Fed, the market conditions may see a bit of volatility during the early part of next week over economic concerns and redemptions in the hedge fund community.

http://www.marketoracle.co.uk/Article6640.html


Monthly Cycle Pivot Center : 961.8 – 963.8 – 966.2

 Normal Lower Limits : 827.0 – 850.0 – 861.5

Normal Upper Limits : 1070.8 – 1073.6 – 1100.6

http://www.qindex.com/gold.html


GLD – December Gold: Gold still has resistance at 935.  I think gold will soon drop to 600.

http://carlfutia.blogspot.com/


I think the count is very bullish right now. I don't know your position, so it's hard to recommend a strategy.

Right now and for the next 12hrs any move below 893 would be bearish. Neutral from 893-907, bullish above 907.

https://www.kitcomm.com/showpost.php?p=384324&postcount=18980


15.08GMT — NY UPDATE: Gold futures cont to consol below rangetop near $932. Third failure on the dailies to clear congestion zone ($926-$932). 100MA near $887.8. Bottom of range near $822.

http://www.goldessential.com/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

~Mencari yg hak~

8:58 pm
10 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Mlm ni: 10 Oktober

Pukul 8:50 mlm.

Angka 906.25 ternyata berpuaka sebab hari ni dah lebih 3 kali saya sebut.

mlm ni baru tadi harga spot gold turun mendadak lepas statik petang tadi. Turun dari 921.75 kepada 898.23 iaitu jurang beza sebanyak 23.52 –> lumayan ni :P .

Walau pun begitu, harga itu dengan cepatnya retrace naik balik kepada 914.40 pada masa ini.

Bila dilihat carta, market masih menunjukkan trend bullish. Namun carta daily dan hours pula menunjukkan bibit-bibit bearish. Kita saksikan kesudahan minggu ini nanti.


Update :

9:55 mlm

Price dah turun cecah 906 (sekali lagi) dan kemudian mencatat nilai terendah (masa ini) pada 894.70. Jika harga turun melepasi 886.34, kemungkinan untuk melihat emas turun minggu depan adalah amat tinggi. Jika tidak… ini adalah satu price correction dan hanya bersifat seketika. Harga akan turun dan kemudiannya dijangka meneruskan perjalanan kepada nilai 965.50.


Update :

12:20 pagi (11/Oktober/2008)

Price semasa : 889.40

Price masih turun. Jangka menyentuh support (garis fibo 38.2%) iaitu pada harga 888.23 dan naik kembali. Walau bagaimana pun ini bergantung kepada momentum.

M1 : Bearish / Downtrend

M5 : Bearish / Downtrend

M15 : Bearish / Downtrend

M30 : Bearish / Downtrend

H1 : Bearish / Downtrend <— 1 Hour (Tgk ni untuk harga harian)

H4 : Bullish / Uptrend <— 4 Hour (Tgk ni utk harga minguan)

D1 : Bullish / Uptrend <— Daily (Tgk ni utk harga bulanan)

W1 : Bullish / Uptrend <— Weekly (Suku tahun)


Pukul 12.25 pagi (11/10/2008)

Harga baru sahaja turun menyentuh 883.30. Ini bermakna harga telah turun bukan sahaja melangkaui jangkaan saya iaitu 888.23 malah lebih jauh kepada garis support 50% di 884.25.

Sekarang saya melihat garis support itu sedang bertahan dan harga mungkin akan retrace kepada  888 sekali lagi sebelum mencuba untuk melepasi garis support 884.25 sekali lagi.

Jika ia lepas maka sasaran seterusnya ialah harga 875.00.

Perlu diingatkan sekiranya harga terus menjunam… melebihi 856.60, maka trend H4 dan D1 akan berubah kepada bearish… dan jika ini berlaku bermakna bulan 10 @ 11 harga emas amatlah murah.. dan merupakan masa paling sesuai nak beli emas bergantang2.

Tetapi jika harga ini tidak bertahan dan naik lagi, mungkin keadaan minggu ini akan berulang dan akan berlaku  akan berlaku untuk minggu2 oktober ini. Ada juga kemungkinan untuk naik melepasi tahap harga 1000.

Update lagi :

Pukul 12. 44 pagi

Harga : 879.60

Harga terus jatuh dan sekarang melintasi harga low 9 oktober iaitu 881.20.

Huh. 875.00 terasa teramat dekat.


Lagi update :

12:48 pagi

Harga telah mencapai sasaran 875.00 dan tiada lagi bibit2 nak naik semula.

12: 50 pagi

Harga sekarang 867.00 !!!!!! Sasaran seterusnya adalah 857.34 pula, dan ingat jika harga melebihi 856.60, market akan secara rasminya memasuki ruang angkasa bearish!!

Oh ya ada satu support line 862.09.


Lagi-lagi update :

1.05 pagi :

Harga sekarang : 863.40

Saya nak tgk jika support line 862.09 ni boleh tahan terjunan maut GOLD malam ni.

Jika tak boleh tahan juga maknanya harga akan mengganas dan akan membuat terjunan samasok berpusing hingga ke 857.34.

Huh.. sukanya aku update malam-malam macam ni Tongue out


Hmm .. pukul 1: 10 pagi

Nampaknya support line 862.09 telah dengan jayanya dapat bertahan. Tapi market dah pun test 859.38 tadi. Dah ada rasa break support line tu.. dan 859.38 ni adalah pivot line (-2/8). Sekarang price akan retrace. Stoch dan MACD pun dah lemau, tak nak ikut turun dah.. signal nak naik dah ada. Tapi baru tahap benih je..

Update terkini :

Pukul 1:30 pagi

Harga semasa : 852.40

Nampaknya market dah terjun tiruk dah ni….sasaran 843.75. Oh ya…

H4 : Bearish dah <— 4 Hour (Tgk ni utk harga esok2)

D1 : pun dah ada bibit2 bearish..


Ehehe… larat lagi aku update ni :

Harga dah cecah 834.80 pada pukul 1:50 pagi ni..

Target 818.49. <——- low 3 okt, minggu lepas.

Tapi market macam dah lemau…ntah sempat ke tidak cecah harga tu..

Masa untuk membeli dah sampai ke??? Kena lihat close market dulu dan kena lihat FA pula…

~Mencari yg hak~

2:58 am
11 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

15.08GMT — NY UPDATE: Gold futures cont to consol below rangetop near $932. Third failure on the dailies to clear congestion zone ($926-$932). 100MA near $887.8. Bottom of range near $822.

http://www.goldessential.com/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

Ini yg saya post kat atas tu…


Key :

rangetop near $932 <———– siling

Pergerakan harian : ($926-$932)

100MA near $887.8 <———— Support/Resistance

Bottom of range near $822. <——— rapat jijok ko tanoh doh.


Masa : 2: 45

Tarikh : 11 oktober 2008

Price semasa : 846.20

Tadi price dah turun lawat harga lantai dah iaitu : 826.60 (Dr atas tu… d'harga lantai = 822)

Tgk stoch dan MACD dah tak larat dah ngejor price nih… dah overbought,so aku jangka harga naik balik laa… boleh tido. Cam harapan lak…???

Tapi realistiknya.. ada  lagi ruang untuk price  turun… kalau Isnin ni market buka ngan harga ni…nak cek FA.. sebab trend weekly dah berubah dah… dah bearish..


~Mencari yg hak~

2:59 am
11 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Ish..aku sorang jer ke yg wat post kat thread ni? Ade tak org lain nak join…meriahkan thread ni… banyak user2 baru leh belajar. Kalau kawe sorang, kesit laa sikit.

~Mencari yg hak~

3:02 am
11 October 2008


umar_lahmi

Selangor-Melaka-KL-Asia-Selangor

senior members

posts 12

Caya la bro… analisis bro mmg bagus. huhuhu rugi betul x jual siang td, nmpknye kalau hage jd murah balik, kene beli tambahan emas la nmpk gayenye..


3:51 am
11 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

ada modal leh tambah…


Update akhir :


Masa : 3:50 pagi (11 Okt)

Harga semasa : $847.00 @ RM 94.97 /gram

Price kena lepas $850.80 dan seterusnya 865.62 untuk terus naik semula.

Apa-apa pun aku hold…tgk senin ni market buka camna.

~Mencari yg hak~

10:58 am
11 October 2008


beng

senior members

posts 18

caya lah ngko bro, walau satu benda pon aku tak paham. nak tanya sket, rega mas ari senin ni dia ikut harga bila?

11:03 am
11 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Isnin bergantung kepada FA. Maksudnya kena perhatikan news2 ekonomi yg efek gold yg berlaku pada Sabtu dan Ahad. Juga tgk kontrak Dec Gold.


~Mencari yg hak~

5:03 am
13 October 2008


gldsnpr

Kelate

Member

posts 565

Rupanya betul pemahaman aku masa tgk chart.

Jumaat lepas memang pelik bin ajaib chartnya…. maka sama-samalah kita ingati hari Jumaat 10 Oktober 2008 sebab kita mungkin tak akan melihatnya lagi di masa hadapan.

Pergerakan harga pelik market emas ini rupa-rupanya disebabkan para pelabur yg panik. Panik fasal apa???

Bacalah kat sini :

http://goldprice.org/silver-and-gold-prices/2008_10_01_archive.html

~Mencari yg hak~

10:36 am
13 October 2008


sUk@-Em@s

Pantai Timur

senior members

posts 25

Yup

memang hari tu adalah hari yang bersejarah …

yang mana dijumpai mungkin sepuluh tahun sekali…

tapi ini mungkin menunjukkan bahawa ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri

suk@-Em@s


About the Jutawanemas.com – Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, Public Gold, Public Dinar, Etika Emas, Kijang Emas, Dinar Emas, Gold Saving Passbook, Barang Kemas, Harga Emas forum

Currently Online:

8 Guests

Forum Stats:

Groups: 4

Forums: 19

Topics: 735

Posts: 6837

Membership:

There are 4649 Members

There have been 30 Guests

There is 1 Admin

There are 4 Moderators

Top Posters:

rizzmerr – 634

gldsnpr – 565

syedkhalil – 364

zulfaizuddin – 205

ann – 185

taufik – 125